Anda di halaman 1dari 3

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR

SEKOLAH KEBANGSAAN…….

PENGAWAS SEKOLAH
PENGAWAS PUSAT SUMBER
KETUA DAN PENOLONG KELAS

ANJURAN :
UNIT DISIPLIN PELAJAR
1.0 Pendahuluan

Berdasarkan hakikat kejadian setiap insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi
untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang
diinginkan. Walau bagaimanapun, pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran
memimpin bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran
ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran
formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran,
pengalaman dan latihan. Kursus yang dijalankan diharapkan dapat membantu guru dan
murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamatkan untuk melahirkan
insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di
sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing
ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa yang akan
datang.

2.0 Rasional

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara


seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Kursus ini diadakan untuk meningkatkan mutu kerja pengawas sekolah, pengawas
pusat sumber dan ketua serta penolong ketua kelas supaya mereka dapat
meningkatkan jati diri dan lebih berdedikasi untuk melaksanakan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan terhadap mereka.
3.0 Objektif

3.1 Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan
untuk memimpin murid-murid lain di sekolah.

3.2 Mempelajari kaedah, strategi dan prinsip kepimpinan yang berkesan.

3.3 Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan


dan berwawasan.

3.4 Melahirkan pemimpin yang cekal dan tabah dalam menghadapi sebarang
cabaran semasa menjalankan tugas atau dalam kehidupan rutin seharian.

3.5 Mempunyai kemahiran dalam mengelola, merancang dan menyelia aktiviti-aktiviti


di sekolah bawah pimpinannya.