Anda di halaman 1dari 1

KUIH GANDUS

Bahan-bahannya

600 gram tepung beras


200 gram tepung gandum
2 sudu makan tapai nasi
1 biji atau 500 gram kelapa muda parut putih
1200 ml santan dari 1 biji kelapa kepala parut putih
1 bungkus yeast kering
garam secukup rasa
gula merah (gula tanjung)
acuan gandus

Cara-caranya
Tepung beras, tepung gandum, tapai nasi, separuh bahagian kelapa muda,
yeast kering, garam serta santan digaul rata dan dikisar sedikit. Masukkan
separuh bahagian lagi kelapa, gaul rata dan perap selama kira-kira satu jam
atau hingga adunan naik berbuih. Panaskan acuan diatas dapur gas dan
sapu seikit minyak, kemudian tuangkanlah aduanan tadi kedalam acuan
anggaran tiga suku bahagian, lalu dibakar kira-kira 10 minit atau hingga
masak. Keluarkan dari acuan ketika masih panas dan dihidangkan dengan
gula merah.