Anda di halaman 1dari 73

m Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan

tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya


menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan
jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima
seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah
dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu
mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana
buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-
rasulnya.
Aku tidak sekali-kali menghendaki
sebarang rezeki pemberian dari
mereka, dan Aku tidak
menghendaki supaya mereka
memberi makan kepadaKu.
˜. Kita sebagai manusia perlulah beriman
kepada rasul dan bertaqwa kepada Allah
2. Kita sebagai manusia juga perlu berusaha
mencari kebaikan didunia ini dan menjauhi
segala keburukan yang bolah membawa
kepada kehancuran.
3. Allah tidak meminta sebarang benda
kepada manusia malah dia yang
memberikan segala nikmat dan rezeki
kepada manusia.
m Allah mencipta manusia daripada 2
unsur :

m ˜)Unsur Jasmani
-penciptaan manusia melalui tanah

m 2) Unsur Rohani
-Roh manusia
Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan
manusia dari air, lalu dijadikannya
(mempunyai) titisan baka dan penalian
keluarga (persemendaan); dan
sememangnya tuhanmu berkuasa
(menciptakan apa jua yang
dikehendakiNya)
m Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaanNya
(menghidupkan kamu semula),
bahawa Ia menciptakan kamu dari
tanah; setelah sempurna sahaja
peringkat-peringkat kejadian kamu,
kamu menjadi manusia yang hidup
bertebaran di muka bumi.
m (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka
bertanyalah (wahai Muhammad) kepada
mereka (yang ingkarkan hidupnya semula
orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih
sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk
lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya
Kami telah mencipta mereka dari tanah liat
(yang senang diubah dan diciptakan semula).
m Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika
Tuhanmu berfirman kepada
malaikat: "Sesungguhnya Aku
hendak menciptakan manusia dari
tanah liat yang kering, yang berasal
dari tanah kental yang berubah
warna dan baunya.
Ia menciptakan manusia
(lembaga Adam) dari
tanah liat kering seperti
tembikar,
˜. Allah berkuasa mencipta apa jua yang diinginkan-Nya .

2. Diantara bukti kekuasaannya , Dia mampu mencipta manusia


daripada tanah .

3. Manusia dicipta melalui berperingkat-peringkat sebelum


sempurna menjadi manusia.

4. Manusia pada mulanya diciptakan oleh Allah daripada tanah


liat yang kering yang kental yang mampu berubah warna dan
baunya.

5. Kemudian ditiupkan roh kedalam jasad manusia maka


sempurnalah seseorang itu.
TURAB

AIR TIN

ADAM
HAMAIN
AL ARDH
MASNUN

SOLSOL
m Manusia dicipta melalui beberapa unsur iaitu air, turab (Tanah),
Tin (pati tanah), Hasmain Masnun (Tanah yang panas dan
berbau ) , Solsol ( Tanah yang keras seperti tembikar ), Al-Ardh (
Tanah Bumi ) .

m Hal ini menunjukkan , Allah telah mencipta manusia dengan


sebaik-baiknya iaitu manusia yang sebenarnya ialah sebaik-
baik makhluk.

m Oleh hal yang demikian , manusia perlulah bersyukur atas


penciptaanNya dan brusaha untuk bertaqwa kepadanya
dengan penuh ikhlas dan berusaha meninggalkan segala
larangannya.
m [26]
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
(Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari
tanah kental yang berubah warna dan baunya.
[27]
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api
yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
[28]
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman
kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang
berasal dari tanah kental yang berubah warna dan
baunya.
[29]
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta
Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka
hendaklah kamu sujud
m Manusia dicipta daripada tanah manakala
jin pula diciptakan daripada
api.
m Darjat manusia dianggap tinggi oleh Allah
kerana Dia menciptakan manusia dengan
tangannya sendiri dan manusia dianggap
sebagai Khalifah dimuka bumi.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman
kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan
memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui
akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam,
akan segala nama benda-benda dan
gunanya, kemudian ditunjukkannya
kepada malaikat lalu Ia berfirman:
"Terangkanlah kepadaKu nama
benda-benda ini semuanya jika kamu
golongan yang benar".
m
Malaikat itu menjawab: "Maha suci
Engkau (Ya Allah)! Kami tidak
mempunyai pengetahuan selain
dari apa yang Engkau ajarkan
kepada kami; sesungguhnya
Engkau jualah yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama
benda-benda ini semua kepada mereka". Maka
setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda
itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku
telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku
mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku
mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang
kamu sembunyikan?
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada
malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi
Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi
hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan
menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang
menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis
menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau
(wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau
jadikan dari tanah."
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari
Syurga ini, kerana tidak patut engkau
berlaku sombong di dalamnya; oleh
sebab itu keluarlah, sesungguhnya
engkau dari golongan yang hina
m Allah ingin menjadikan Nabi Adam sebagai
khalifah di muka bumi ini.
m Malaikat tunduk dan patuh kepada perintah Allah
lalu sujud kepada Nabi Adam.
m Manakala Iblis dengan takbur dan sombong ingkar
kepada perintah Allah dan enggan sujud kepada
Nabi Adam kerana mengakui dirinya lebih hebat.
m Lalu Allah telah melaknat Iblis dan mencampak
menghalau Iblis keluar dari syurga.
Allah berfirman: "Kalau demikian,
keluarlah engkau daripadanya, kerana
sesungguhnya engkau dari sekarang ke
masa depan adalah (satu makhluk yang)
diusir.
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa
laknat terus-menerus hingga ke hari
kiamat".
m Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika
demikian, berilah tempoh kepadaku
hingga ke hari mereka dibangitkan (hari
kiamat)"
m Allah berfirman: "Dengan
permohonanmu itu, maka sesungguhnya
engkau dari golongan yang diberi
tempoh.
m "Hingga ke hari - masa yang termaklum".
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau
telah menjadikan daku sesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan
segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan
menyesatkan mereka semuanya
"Kecuali di antara zuriat-zuriat
Adam itu hamba-hambaMu
yang dibersihkan dari sebarang
syirik"
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau
(wahai Tuhan) menyebabkan daku
tersesat (maka) demi sesungguhnya
aku akan mengambil tempat
menghalangi mereka (dari menjalani)
jalanMu yang lurus;
Kemudian aku datangi mereka, dari
hadapan mereka serta dari belakang
mereka, dan dari kanan mereka serta
dari kiri mereka; dan Engkau tidak
akan dapati kebanyakan mereka
bersyukur
m Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari
Syurga sebagai makhluk yang terhina
serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di
antara mereka yang menurutmu,
tetaplah aku akan memenuhi neraka
jahanam dengan (golongan) kamu
(yang derhaka) semuanya;
"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan
isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari
makanannya sepuas-puasnya apa sahaja
kamu berdua sukai, dan janganlah kamu
hampiri pokok ini, (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah
kamu dari orang-orang yang zalim".
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan)
kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia
menampakkan kepada mereka akan aurat mereka
yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan)
mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu
melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini,
melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua
menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang
yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)"
m Dan ia bersumpah kepada
keduanya (dengan berkata):
"Sesungguhnya aku adalah dari
mereka yang memberi nasihat
kepada kamu berdua"
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli)
perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan
memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya
diperhubungkan, dan mereka pula membuat
kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu
ialah orang-orang yang rugi.
m Iblis telah dihalau oleh Allah dari syurga kerana mengingkari
perintahnya.
m Sebelum dicampak keluar dari syurga , Iblis meminta kepada
Allah agar hayatnya dipanjangkan sehingga Hari Kiamat.
m Iblis juga berjanji akan menyesatkan semua anak Adam agar
bersama dengannya di neraka kelak.
m Semasa Nabi Adam dan Hawa tinggal di dalam syurga , Allah
telah memberi satu larangan kepada mereka iaitu menjauhi
dari pokok iaitu pokok Khuldi.Mereka dilarang memakan buah
dari pokok tersebut.
m Tetapi Syaitan cuba menghasut mereka untuk memakan buah
tersebut .
m Nabi Adam dan Hawa kedua-duanya terpedaya dengan
hasutan syaitan dan memakan buah dari pokok tersebut.
m Sesungguhnya orang yang melakukan kerosakan dan
melanggari perintah Allah merupakan orang yang paling rugi.
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu
dengan sebaik-baiknya, dan
dimulakanNya kejadian manusia
berasal dari tanah

Kemudian Ia menjadikan keturunan


manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari
air (benih) yang sedikit dipandang
orang;
(Setelah mengetahui yang demikian), maka
hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia
diciptakan.Ia diciptakan dari air (mani) yang
memancut (ke dalam rahim)Yang keluar dari
"tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-
perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang
mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya
Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan
keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah,
dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai
peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu
memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah
sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. (
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang
berasal) dari tanah;Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih
pada penetapan yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu
menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu
menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi
beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan
daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi
makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan
ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta
m Allah telah mencipta makhluknya dengan sebaik-baiknya
iaitu bermula dengan ciptaan manusia daripada tanah.

m Kejadian manusia bermula dengan setitis air mani .Daripada


air mani kemudian membentuk daging.Daripada daging
menjadi beberapa tulang dan tulang-tulang tersebut dibaluti
daging.Sehingga lah proses tersebut selesai maka
sempurnalah kita sebagai manusia.

m Allah lebih mengetahui apa yang kita lakukan dan kerana Ia


Maha Mengetahui .

m Kita perlulah segera bertaubat kepada Allah setelah


melakukan dosa sama ada sengaja atau tidak sengaja kera
Ia Maha Pengampun.
m Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat
iaitu :
m v v  

m    
iaitu peringkat pertama bermula selepas
persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah
berlakunya percampuran air mani.
m v 
m  
Peringkat pembentukan alaqah ialah pada
hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang
ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan
tertanam di dinding rahim (qarar makin).
m Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan
makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan
pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu
benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain
itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
-sesuatu yang bergantung atau melekat
-pacat atau lintah
-suatu buku atau ketulan darah
m v  

m   
Pembentukan mudghah dikatakan
berlaku pada minggu keempat.

m Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak,


saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang
lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot
ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri.
Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk
perkembangan seterusnya, darah mula mengalir
dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang
secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem
pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
m v  v

m   
Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam
dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului
pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk,
otot-otot akan membungkus rangka tersebut
m Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang
kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan
tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem
pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga
ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan,
kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain
terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula
tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna.
Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
m v   

m     : Pada peringkat ini iaitu


menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi
berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi
sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua
tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-
kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat,
pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan
baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk
menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.
Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya
hanya pada ukuran bayi sahaja.
m v   

m    
Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak
Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad
yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat
mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh
hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh
termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun
bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim
perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan
fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan
dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana
yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A·raf :
˜ 2. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu
untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah
SWT.
m Keperluan Jasmani ialah keperluan asas manusia
yang wajib dipenuhi Maka sesuatu hukum asalnya
haram pun dihalalkan oleh Allah SWT untuk orang-
orang yang memerlukannya kerana apabila
keperluan asasnya tidak dipenuhi, akan
menyebabkan binasa Maka siapa sahaja yang
dalam keadaan terpaksa, tanpa unsur
kesengajaan dan penentangan, maka tiada dosa
baginya.
m Sebagai contoh , konteks keharaman bangkai,
darah, khinzir dan mencuri .
Manusia secara bahasa disebut insan yang dari
bahasa arabnya yang berasal daripada kata
nasiya yang bererti lupa

Jika lihat dari kata dasar al-uns bererti jinak.

Kata insan dipakai untuk menyebut manusia


kerana manusia memiliki sifat lupa dan jinak yang
bererti manusia selalu menyesuaikan diri dengan
keadaan yang baru disekitarnya.
Manusia dianggap mulia kerana mereka telah dikurniakan
akal fikiran.Jika dibandingkan dengan haiwan , manusia
mampu berfikir kerana mempunyai akal manakala haiwan
cuma dikurniakan hawa nafsu.

Melalui akal fikiran manusia mampu berfikir dan


membezakan perkara yang baik dan buruk dan mampu
mengeksploitasi ilmu dan ciptaan Allah dimuka bumi ini.

Status manusia juga dimuliakan kerana manusia sebagai


khalifah dimuka bumi ini.Allah telah memberi
tanggungjawab kepada manusia untuk mengimarahkan
muka bumi ini dengan sebaik-baiknya.
˜. Kehidupan didunia merupakan permainan dan hiasan semata-mata.
(Al-Hadid Ayat 20)

2. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati .(Al-Imran ˜5)

3. Sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan kedalam


syurga bermaksud dia telah berjaya melalui ujian dunia (Al-Imran ˜5)

4. Sesungguhnya sekiranya pada Hari Kiamat kelak sesiapa yang


diperlihatkan neraka kepadanya dan ia mengutamakan dunia semata-
mata maka neraka lah tempatnya.Tetapi bagi orang yang berjaya
mengawal dirinya di dunia dan beramal kepada Allah maka Syurgalah
tempatnya.(Al-Naziat 34-4˜)

5. Kehidupan dunia dijadikan begitu indah pada pandangan orang kafir


dan memandang rendah orang yang beriman.Namun ,martabat orang
beriman lebih tinggi disisi Allah. (Al-Baqarah 2˜2)

6. Allah memiliki segalanya dimuka bumi dan langit.Dan kecelakaan bagi


orang yang kufur dan ingkar kepadanya.Orang-orang yang
mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan terpesong daripada
jalan Allah maka itulah orang-orang yang terjerumus dalam kesesatan.
m ( Ibrahim 2-3)
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
(bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang
melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang
bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan
bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak
pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang
(menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka
dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke
suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya
ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat
ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan
kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah
(disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah,
bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang
yang terpedaya.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa
yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan
(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini
(meliputi segala kemewahannya dan pangkat
kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan
bagi orang-orang yang terpedaya.
m Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar,Iaitu hari manusia
akan mengingati apa yang telah diusahakannya.Dan neraka diperlihatkan
kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, Maka (dapatlah masing-
masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau
(perbuatan derhakanya), -Serta ia mengutamakan kehidupan dunia
semata-mata,Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat
kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di
mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya
dari menurut hawa nafsu,Maka sesungguhnya Syurgalah tempat
kediamannya
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan
(dan dijadikan amat indah) pada (pandangan)
orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak
sombong dan) memandang rendah kepada orang-
orang yang beriman. Padahal orang-orang yang
bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi
(martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada
hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak
terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan
kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari
azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).Orang-orang yang
mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan
agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka
itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang
menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan
memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatuDia lah
yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)
- untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia
Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai
orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata
pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang
berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar
(dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami
dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita
tentang keadaan kamu
Perhiasan dunia

Kenikmatan Dunia

Godaan Syaitan

Godaan hawa nafsu

Kebaikan dan Keburukan

Ketakutan,kelaparan,kerugian harta dan anak

Anak dan harta

Pangkat dan darjat


m Untuk menjadi manusia yang sempurna pelbagai proses perlu
dilalui. Setelah kita menjadi manusia pelbagai ujian perlu dihadapi
untuk menjadi manusia yang sempurna imannya kepada Allah
m Manusia merupakan khalifah dimuka bumi ini dan amat disanjung
tinggi oleh semua makhluk , malah malaikat sendiri sujud kepada
Adam atas perintah Allah tetapi Iblis yang bongkak dan sombong
enggan patuh kepada perintah Allah.
m Kita sebagai manusia perlu berusaha melawan hasutan syaitan dan
iblis kerana mereka akan terus berusaha untuk menyesatkan anak
Adam hingga ke hari kiamat.
m Allah berkuasa menjadikan apa yang dimahukannya dan menarik
semula dengan apa yang telah Dia berikan kepada semua
makhluk.
m Internet
m -http://gemainsaniah.blogspot.com
m -http://drmaza.com
m -http://fkejadianmanusia.blogspot.com
m -http://www.surah.my
m -http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/index.html
m -http://www3.pmo.gov.my
m -http://mahabbahislamiyah.blogspot.com

m Buku
m -Handbook Pendidikan Agama Islam 20˜0 Edition for students