Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 3103: PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


SEMESTER MEI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang
tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz
12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Tugasan hendaklah dihantar sebelum/ pada Tutorial 4 ATAU mengikut arahan yang
akan diumumkan kemudian.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang
diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar [0] akan diberikan untuk bahan tersebut.

1
SOALAN TUGASAN

Soalan 1

“...KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan di


samping mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran
perasaan dan penghayatan”.
(Nadzeri Isa:2008)

Kenal pasti SATU teks KOMSAS yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Bincangkan pelaksanaan KOMSAS dalam memenuhi tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping dapat membantu penguasaan berbahasa pelajar.
Perbincangan anda perlu disertakan dengan contoh dan data yang berkaitan dengan
mengambil kira aspek sistem bahasa dan seni bahasa.
Lampirkan teks tersebut bersama tugasan anda.

(20 markah)

Soalan 2

“KOMSAS telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Malaysia mulai tahun 2001. Dalam hal ini, beberapa kajian telah
dijalankan berhubung tentang KOMSAS sama ada berkaitan dengan teks,
pelaksanaan, penilaian mahupun isu-isu berkaitan dengan
pelaksanaannya”.
(Nik Rafidah Nik Mohamad Affendi:2009)

Kenal pasti kajian yang berkaitan dengan KOMSAS dan hasilkan ulasan tentang kajian
tersebut. Ulasan yang diberikan perlu memasukkan maklumat-maklumat yang berkaitan, iaitu:
(a) Tajuk kajian/ Nama pengkaji/ institusi yang menjalankan kajian
(b) Kaedah Kajian (Sampel/ responden kajian/ bahan kajian)
(c) Dapatan kajian
(d) Rumusan/ kesimpulan/ cadangan
(e) Lampirkan kajian yang dijadikan sebagai bahan ulasan.
(10 markah)

[Jumlah: 30 Markah]

2
PANDUAN PELAJAR

1. Pelajar dinasihatkan supaya merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain
atau sumber dalam Internet yang boleh dipercayai untuk memahami konsep sebelum
dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

2. Setiap huraian perlu disertakan contoh-contoh yang berkaitan dan relevan.

3. Kedua-dua soalan memerlukan pelajar memberikan contoh berdasarkan aplikasi


pengajaran di dalam kelas atau berdasarkan perancangan yang dibuat untuk sesuatu
topik pengajaran bahasa atau sesuatu kemahiran berbahasa.

4. Pemarkahan juga dinilai berdasarkan kreativiti dan “keupayaan berfikir di luar kotak”
dalam menterjemah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan
pembelajaran bahasa.