Anda di halaman 1dari 6

NOVEL DAN SINOPSIS

1. SINOPSIS NOVEL: Panas Salju karya Talib Samat

Novel ini mengisahkan kegigihan Zulkifli dalam usaha untuk


membiayai kos rawatan anaknya Nadhirah di luar negara.
Nadhirah menghidap penyakit rosak hati dan hempedu dan
memerlukan sebanyak RM 350,000. Isterinya Bushrah rela
mengorbankan sebahagian daripada hatinya untuk
didermakan kepada anak kesayangannya. Namun,
keputusan tersebut mendapat tentangan daripada pelbagai
pihak kerana bimbang akan risiko yang bakal dihadapinya.

Zulkifli bekerja sebagai pembantu hospital dan masih


belajar secara jarak jauh di Universiti Sains Malaysia. Dia
juga gigih menulis skrip drama radio. Malah, dia tabah
menghadapi dugaan dan tidak jemu berusaha mengubati
penyakit anaknya itu. Sahabat baiknya, MUlyadi
mencadangkan agar dia memohon derma daripada ahli
korporat dengan mendedahkan penyakit anaknya di akhbar.

Berita tersebut telah berjaya menarik perhatian seorang tokoh korporat iaitu
Pengarah Urusan Sapura Holdin, Tan Sri Shamsuddin(TSS). TSS dan isterinya bersetuju
membiayai kos rawatan dan penginapan tersebut. Malah pihak sekolah tempat Busrah
bekerja turut melancarkan kutipan derma untuk mengurangkan beban yang
ditanggung oleh Bushran. Penduduk di kawasan tempat tinggal mereka turut
membantu dengan cara mengutip derma. Setibanya di London, Zulkifli dan
keluarganya berjumpa dengan Dr. Tan Kai Chah(TKC) bagi membincangkan
pembedahan yang akan dijalankan kelak. Dr. TKC merupakan seorang pakar
pemindahan hati telah berjaya melakukan proses pembedahan tersebut dengan
selamatnya. Selepas lima tahun berlalu Nadhirah dan Bushrah kelihatan sihat .Mereka
terpaksa menjalani rawatan perubatan susulan bagi memastikan hati mereka
berfungsi dengan baik. Namun, pada suatu malam Jumaat, Bushrah telah
menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah mengadu susah untuk bernafas.
Sebelum itu, Zulkifli telah meninggalkan pekerjaanya kerana mendapat tawaran yang
lebih lumayan sebagai pengarang sastera di Mingguan Malaysia. Nadhirah pula bekerja
di Bank Islam dan berkahwin dengan seorang doktor bedah di Kuala Lumpur.
2. SINOPSIS NOVEL: Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib
Hassan

Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda


yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya
yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan
pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama
sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi
sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang
hina, dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat
kampung malah bapa tirinya, Harun juga sering
menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang
untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan
oleh arwah ibunya.Hidupnya keseorangan dan
menanti permata hati untuk menerangi semula sinar
hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah segala-
galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah
kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa
diharunginya untuk meneruskan hubungan
persahabatan bersama Adila.

Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam
terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk
memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan
mengahwini Alias malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah
menuntut di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta
khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila
tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi
sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian
daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri
terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk
memulihkannya. Orang kampung pula kini telah melihat diri Bujei yang menjadi
manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei.
Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan
isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya.
Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang
pensyarah di salah sebuah universiti swasta.
3. SINOPSIS NOVEL: Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang
Murshid

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati


Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke
Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-
olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi
halangan yang tak berkesudahan. Berita
kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke
pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda
kerana tidak dapat mengahwini Haryani
menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi


keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa
untuk sampai ke abad 21.

Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan


kisah cinta yang melangkaui masa mekar
semula.Namun, kejahatan yang senantiasa
mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori.
Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan
sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
4. SINOPSIS NOVEL: Rayyan Fantasi karya Ramlee Awang
Murshid

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh


ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah
keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan
manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila
disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor
meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam
tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan
sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh


tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada
ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum
kematian meragut kehidupannya adalah untuk
mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana,
tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan.
Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di
kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri
pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri
sering mendengar bisikan suara perempuan.
5. SINOPSIS NOVEL: Natrah karya Fatini Ayob

Natrah memaparkan rentetan kehidupan


Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh.
Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang
dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku
perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu
bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara
Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi
rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini
terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan
warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal
dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda
akibat leukemia.

Maria Hertogh adalah gadis keturunan


Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan
neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk
dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan
Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan
tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah
dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam. 
Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan
Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia
balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya
Natrah.
Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu
pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah
membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di
Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes
rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa
berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di
rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road,
Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam
Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi
mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah,
bapanya berhak menentukan kehidupannya. Konflik agama dan isu penjagaan yang
telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.
6. SINOPSIS NOVEL: Bukit Kepong karya Fatini Ismail Johari

Pihak lnggeris mengisytiharkan darurat ke


seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948 akibat daripada
ancaman pengganas komunis. Othman yang baru
berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Keladi di
Kulim Kedah berminat menjadi polis walaupun
dilarang oleh ibunya. Setelah menamatkan latihan
selama enam bulan di Pusat latihan Polis Kuala
Lumpur, Othman berkahwin dengan Limah. Selepas
itu dia memulakan perkhidmatan di Pagoh, Muar,
Johor. Beberapa bulan kemudian, Othman
ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit Kepong. Limah
yang sedang hamil terpaksa di hantar balik ke
kampung.

Pada ketika itu ancaman pengganas komunis di


Bukit Kepong dan ka wasan sekitarnya semakin
hebat. Pada subuh 23 Februari 1950, 180 orang
pengganas komunis menyerang Rumah Pasung Bukit
Kepong yang hanya dipertahankan oleh 18 orang
anggota polis. Pasukan polis diketuai oleh Sarjan
Jamil Mohd Shah. Walaupun bilangan anggota polis
sangat kecil tetapi mereka berjuang dengan berani.

Akhirnya, hanya empat orang anggota polis yang terselamat, termasuk seorang
anggota polis tambahan. Othman turut terselamat tetapi mengalami kecederaan di
lutut kiri dan tangan kiri. Setelah menerima rawatan selama empat minggu di
Hospital Muar, Othman dibenarkan bercuti. Dia segera balik ke kampung. Isterinya
yang baru melahirkan anak lelaki mengalami tekanan jiwa apabila mendapat berita
kononnya Othman telah meninggal dunia. Othman meletakkan jawatan apabila
keadaan isterinya semakin teruk sehingga dihantar ke Hospital Bahagia di Ipoh. Kaki
kiri Othman pula terpaksa dipotong kerana kecederaannya tidak dapat dipulihkan.

Anda mungkin juga menyukai