Anda di halaman 1dari 3

HAKIKAT DAN KEDUDUKAN SASTERA

Kritikan sastera adalah satu displin ilmu yang saintifik yang membicarakan soal penghayatan,
penganalisisan dan penilaian terhadap sesebuah karya kreatif

Saintifik pula bermakna menggunakan pendekatan teori atau metodologi sewaktu membuat
kritikan.

Kritikan pula boleh dilakukan dalam apa jua genre tetapi harus menggunakan teori atau
pendekatan yang sesuai.

penghayatan dalam kritikan sastera bermaksud apresiasi, pengamatan, pemahaman,


tanggapan, perasaan serta pemikiran yang terjelma dari reaksipembacaan.
penganalisan dalam konteks yang sama diertikan sebagai menghurai, membincang,
mendalami aspeks penghayatan tadi. Ia juga menjelaskan pengalaman apresiasi dan
tanggapan dengan memberi bukti, contoh dan hujah yang konkrit. Ia juga merumus dengan
penelitian yang objektif.

Penilaian adalah aspek terpenting dalam kritikan sastera. Ini kerana berdasarkan
penghayatan dan penganalisisan, seseorang itu dapat memberikan pandangan, bahasan dan
keputusan samada karya itu berjaya, bermutu dan sebaliknya.

Tegasnya, penilaian adalah hasil dari pengamatan, penafsiran, pertimbangan dan


penghakiman yang rasional, tepat, adil dan meyakinkan.

Pengalaman dan kekuatan kritikan yang dilakukan oleh pengkritik dilihat dari penilaian itu.
Konsikuansi kritikan tersebut menilai...

Kritikan telah diterima sebagai satu bidang yan amat penting dan berguna dalam melihat
tinggi rendahnya karya sastera. Sesebuah karya sastera akan berhadapan dengan susur lapis
masyarakat yang terdiri daripada empat golongan iaitu peminat, pengkritik, pengkaji dan
penyelidik. Masing-masing mempunyai daya tanggapan dan keilmuannya sendiri. Walaupun
hasil penilaiannya sama tetapi berbeza cara memberi kesimpulan.

Ada juga pembaca yang membaca karya selepas membaca kritikan.

Apa yang mendorong seseorang itu membuat kritikan.


 Teori sastera dalam kajiannya menyatakan sekurang-kurangnya ada lima tahap
bagaimana keinginan mengkritik itu timbul reaksi daripada membaca sebuah karya.
 Eric 1946 adanya perasaan positif atau negetif selepas menikmati sesebuah karya, ada
sesuatu yang dirasakan tidak kena atau berasa amat terharu dan berkesan.
 Kesan daripada pembaca itu, timbul pula keinginan untuk membandingkannya dengan
karya yang telah banyak dibaca atau diteliti oleh pengarang lain, atau karya lain yang
dicipta oleh pengarang yang sama.
 Mencari rasionaliti sesebuah karya iaitu mengapa sesebuah karya tersebut menurun
atau memuncak. Pengkritik itu mempunyai pandangan dan pengertian tersendiri
terhadap keseluruhan karya. Ada aspek2 tertentu yang mendorong samada suatu aspek
penciptaan yang cemerlang seperti dari aspek gaya bahasa atau sesuatu yang terasa
amat kurang menarik seperti plot yang longgar.
 Pendidikan sastera muncul di antara karya dengan masyarakat pembaca. Kritikan sastera
yang baik selalunya mampu untuk mematangkan inderadaya baca masyarakat sastera. Ia
juga memberikan dorongan kepada karyawan akan hakikat sesebuah karya yang baik.
dan tanpa disedari, penulis akan berasa akur tentang kelemahannya dan bersedia
mempertingkatkan kreativiti.
 Diketahui umum bahawa kritikan memerlukan displin kaedah dan kebijaksanaan dalam
menganalisis serta berani memberikan hukuman samada karya itu bermutu atau tidak.
Setiap darinya perlu disertai dengan hujah yang konkrit.

Mengapa kritikan menjadi kurang bermutu. SOALAN EXAM!


 Sesuatu kritikan sering kurang tepat dalam memberikan penilaian yang hakiki. Ini
disebabkan pengkritik berkenaan kurang cekap menggunakan pendekatan atau kurang
memahami karya yang dinilai.
 Tidak menggunakan pendekatan atau metodologi, ia tidak sesuai disebut kritikan.
 Hujah huraian, hujah tidak tersusun dan tiada suatu pembinaan yang kuat. ini kerana
tiada persediaan yang lengkap.
 Kelemahan bahasa menjadikan kritikan itu tidak bertenaga. Apa yang membezakan
seseorang pengkritik iailah penggunaan gaya bahasa dalam menghujah dan menganalisis
serta dapat menerangkan sesuatu yang kurang jelas dengan contoh yang tepat dan
meyakinkan. Bahasa kritikan mempunyai gaya yang tersendiri. Penggunaan ayat yang
bernas ditambah dengan kejujuran dari sudut isi yang hendak ditunjukkan akan
menghasilkan suatu kritikan yang baik.
 Tidak ramai pengkritik yan konsisten dengan dunia kritikan kerana mereka menulis
berdasarkan minat sahaja.
 Ada juga yang mengkhususkan diri dalam dunia kritikan tetapi tidak mahu berusaha
untuk meninggikan ilmunya, sedangkan dunia kritikan terdedah kepada pembacaan yang
luas dan ini menghasilkan pengkritik yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai pembicara
sastera yang beribawa.

Kritikan juga mampu memberikan sumbangan yang baik terhadap dunia kesusteraan
 Sifat jujur dan yang paling penting ialah keberanian. Dunia kritikan haruslah dihayati
dengan belajar dari setiap kesalahan. Ertinya kita sentiasa merelakan kritikan dikritik.
 Kritikan yang baik dan cekap dalam penggunaan pendekatan, pengkritik benar2
mengetahui pendekatan yang diaplikasikannya disamping menguasai pendeketan lain.
 Menjadi cita-cita seorang pengkritik yang baik memberikan prestij kepada dunia kritikan.
dan memahami kritikan moden
 seorang pengkritik yang baik selalu mengembangkan usaha dan melipatgandakan
kerjayanya.
 kritikan sastera mmg sudah diterima sebagai suatu bidang yang penting dan berguna
untuk mengukur tinggi rendahnya mutu sesebuah karya. kedudukan kritikan sastera akan
bertambah cemerlang jika usaha2 memartabatkannya berjaya jika berupaya menguasai
pendekatan atau metodologi kritikan sebagai alat penilaian

Anda mungkin juga menyukai