Anda di halaman 1dari 11

1

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan
pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak
memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan
kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya
mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata
penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi
kurang memakan makanan berserat.

Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian
banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda
mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein,
vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko
serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak
dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak
gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin
dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan
sebagainya.

Terlalu banyak garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti
kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh
membawa kepada serangan jantung atau strok.

Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
2

Terlalu sedikit serat

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran
penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat
melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun
yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa
yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu
menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan
ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk
kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah
menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda
memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda
makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.

UTUSAN PENGGUNA, MAC 1997, M/S 19

makanan dan Amalan Pemakanan - Document Transcript


1. KONSEP MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN TUTORIAL 5
2. MAKANAN DAN PEMAKANAN • Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan
pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan • Makanan juga ialah
bahan-bahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan
pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan
dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan • Pemakanan adalah sains nilai
makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan
perseimbangan makanan • Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada
manusia untuk terus hidup • Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang
sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan
gentian
3. TUJUAN PENEKANAN KONSEP PEMAKANAN DALAM PAKK • Meningkatkan
kesihatan kanak-kanak • Membina kelaziman kanak-kanak supaya makan makanan
yang berkhasiat • Meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif
• Memelihara adab sopan dan peraturan makan • Berpeluang memperolehi bimbingan
ilmu pengetahuan tentang pemakanan • Memantapkan daya ketahanan kanak- kanak
dari segi fizikal, emosi atau rohani
4. JENIS MAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK- KANAK JENIS
FUNGSI SUMBER Karbohidrat Membekalkan Nasi, roti, ubi, tenaga dan haba kayu,
keledek, bagi mengekalkan kentang suhu badan Lemak Membekalkan Minyak sayur-
tenaga sayuran, mentega, minyak sapi, minyak limpa, limpa ikan Protein Membina
otot- Ikan bilis, telur, otot tubuh badan, susu, daging, ikan membina tisu baru dan
menggantikan tisu yang mati atau rosak
5. JENIS MAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK- KANAK (sambungan)
JENIS FUNGSI SUMBER Vitamin A Penting untuk Tomato, lobak, kesihatan mata
dan minyak limpa dapat mengelakkan ikan, sayur- penyakit rabun sayuran ayam
berdaun hijau Vitamin B Untuk membina Susu, telur, sel-sel darah bijirin, buah-
supaya kulit buahan dan sentiasa segar dan sayur-sayuran cantik segar Vitamin C
3

Untuk kesihatan Jambu batu, kulit. Kekurangan betik, limau, vitamin ini boleh oren,
sayur- menyebabkan sayuran penyakit kulit dan berdaun hijau gusi berdarah
6. JENIS MAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK- KANAK (sambungan)
JENIS FUNGSI SUMBER Vitamin D Membantu Ikan, minyak pertumbuhan gigi
yang limpa, susu, sihat dan kuat. telur, mentega Kekurangan vitamin ini boleh
menyebabkan tulang menjadi lemah Vitamin E Otot-otot berfungsi Gandum, dengan
berkesan selain kekacang, menjadikan bulu dan sayuran rambut menjadi hitam
berdaun, bijirin, dan berseri hati haiwan Vitamin K Mempercepatkan darah Sayuran
membeku apabila berdaun hijau, mendapat luka atau telur, kacang kemalangan soya,
minyak soya, minyak limpa, ikan, bunga kubis
7. JENIS MAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK- KANAK (sambungan)
JENIS FUNGSI SUMBER Garam Untuk membantu perkembangan mineral dan
pertumbuhan kanak-kanak Kalsium dapat membina Susu, ikan bilis, pertumbuhan
tulang dan gigi ketam, kulit supaya kuat udang Fosforus Kismis, telur, ikan, kuaci,
daging Kalium membolehkan otot kanak- Buah belimbing, kanak berfungsi di
samping pisang, oren, membantu perkembangan saraf sayuran berdaun Natrium
membantu pengawalan Kicap, makanan imbangan cecair di dalam badan berjeruk
semulajadi, garam Besi penting untuk pembentukan Telur, kismis, hemoglobin yang
memproses daging ayam, oksigen di dalam darah hati, ikan, kacang tanah
8. ELAKKAN DARIPADA KANAK-KANAK Makanan berikut harus dielakkan
daripada kanak-kanak; • Makanan ringan disebabkan pewarna tiruan, perasa atau gula
yang berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan • Makanan yang masin – garam
yang berlebihan akan menyebabkan penyakit lain apabila dewasa • Makanan yang
manis • Makanan dalam tin • Buah-buahan jeruk • Makanan yang berminyak dan
berlemak
9. PANDUAN PIRAMID MAKANAN Lemak, minyak dan manisan Kumpulan susu,
Kumpulan daging, ayam, dadih dan keju ikan, telur dan kekacang Kumpulan sayur-
sayuran & buah-buahan Roti, bijirin, nasi & kumpulan pasta
10. LANGKAH-LANGKAH YANG DISYORKAN MENGIKUT PIRAMID
MAKANAN • Makan pelbagai makanan • Makan sekurang-kurangnya lima hidangan
buah-buahan dan sayur- sayuran dan 3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan
kacang setiap hari • Kurangkan makanan yang diproses • Makan buah-buahan dan
sayur- sayuran dengan kulit sekali tetapi pastikan makanan yang dibasuh dengan
bersih • Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil • Banyak minum air
kosong iaitu lebih kurang enam hingga lapan gelas sehari
11. GIZI SEIMBANG • Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungi karbohidrat,
lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk
memenuhi keperluan badan
12. KESAN GIZI YANG TIDAK SEIMBANG KESAN HURAIAN • Kekurangan
nutrien tertentu dalam Malnutrisi makanan • Malnutrisi menyebabkan pelbagai
penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket • disebabkan kekurangan
protein Kwasyiorkor • gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak
terencat, kehilangan selera makan, badan lemah • disebabkan oleh kekurangan
vitamin C Skurvi • lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas • gusi membengkak dan
mudah berdarah • pembawa kepada serangan sakit jantung Tekanan darah tinggi dan
strok • kerana pengambilan garam yang berlebihan yang menyebabkan ginjal gagal
berfungsi • sebab: makan terlalu banyak Kegendutan • berat badan adalah 20%
melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya • akan menyebabkan
diabetis melitus, darah tinggi, kanser kolon
4

13. KESAN GIZI YANG TIDAK SEIMBANG (sambungan) KESAN HURAIAN •


berlaku apabila ara glukosa yang Diabetis melitus berlebihan daripada julat normal
(kencing terdapat dalam darah manis) Osteoporosis • berlaku kerana pengurangan
jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi • kurang
kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh dan mudah patah
Sakit jantung • tahap kolesterol dalam darah tinggi • kolesterol berlebihan terenap
pada dan strok dinding arteri dan menyempitkan salur darah dan jantung sukar untuk
mengepam darah • gizi yang mengandungi lemak Penyakit kanser haiwan yang
banyak •Serabut yang sedikit
14. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG Menyediakan makanan yang seimbang
adalah penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar. • Dapat memberi tenaga
yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam aktiviti belajar sambil bermain •
Dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit
serta sembuh daripada luka ataupun penyakit • Ia penting bagi pembinaan badan dan
juga pembesaran yang baik • Otak dapat berkembang dengan sihat dan cerdas
15. CARA MEWUJUDKAN WAKTU MAKAN YANG MENYERONOKKAN •
Elakkan memarahi kanak-kanak semasa makan • Jangan ugut kanak-kanak untuk
makan • Galakkan kanak-kanak makan sendiri • Memperkenalkan sesuatu jenis
makanan baru secara langsung dan tidak langsung • Makanlah bersama-sama •
Elakkan melakukan aktiviti lain semasa makan (menonton televisyen) • Elakkan
menghidangkan makanan yang terlalu banyak • Sediakan makanan ringan yang
kurang lemak dan berkhasiat (buah-buahan, sayur-sayuran dan dadih)
16. PANDUAN MEMILIH BAHAN-BAHAN MENTAH SEGAR DAN BERSIH
BAHAN MENTAH KEADAAN BAHAN MENTAH • segar Sayur-sayuran •
berkeadaan elok • cantik bentuknya • pilih sayur-sayuran yang berdaun hijau •
badannya berkilat dan bercahaya Ikan • badannya tidak diselaputi lendir yang tebal •
matanya bercahaya dan tidak terbenam • insangnya segar dan berwarna merah terang
segar • teksturnya keras dan anjal • dagingnya segar Daging • teksturnya keras dan
anjal • isinya segar Ayam • berisi pada bahagian dadanya • kepalanya tidak tertanggal
Udang • tidak berbau busuk • badannya tidak bertompok-tompok hitam • segar dan
tidak disimpan terlalu lama Telur • kulitnya tidak retak • bersih dan tidak diselaputi
kekotoran atau najis • bersih dan tidak bercampur dengan bahan lain Bijirin • kering
dan tidak berketul-ketul • berbau harum dan segar • tidak ada bubuk atau ulat • tidak
berkulat
17. KESAN PEMAKANAN YANG TIDAK BERSIH DAN TIDAK BERKHASIAT
TERHADAP KANAK-KANAK • KERACUNAN MAKANAN kanak-kanak akan
mengalami keracunan makanan kerana makanan yang dimakan tidak dijaga
kebersihannya • MUDAH MENDAPAT PENYAKIT antibodi kanak-kanak lemah
berbanding orang dewasa, oleh itu mereka mudah mendapat sesuatu jangkitan
18. PANDUAN MENGHIDANGKAN MAKANAN UNTUK KANAK-KANAK
Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik Hiaskan
makanan sebelum dihidang Gunakan peralatan yang pelbagai warna dan bentuk
19. ETIKA MAKAN BAGI KANAK-KANAK • Cara hendak mula makan • Cara makan
dengan tangan • Cara makan dengan sudu, garpu, pisau • Cara makan di meja makan •
Cara minum pagi • Cara makan tengah hari • Cara minum petang • Cara makan
malam

--
5

Pengenalan
Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan dan makan
tengahari. Makan malam seringkali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin
mengurangkan berat badan. Pada tanggapan mereka, makan malam boleh mengakibatkan
mereka menambahkan berat badan. Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Ini kerana faktor-
faktor lain seperti makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, berminyak serta
tinggi kalori dan gaya hidup yang sedentari boleh menyumbang kepada kegemukan.

Kepentingan makan malam


Makan malam penting untuk membekalkan tenaga dan zat-zat makanan untuk keperluan
tubuh badan. Pengambilan makanan yang teratur penting untuk memastikan tubuh badan
mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal. Makan malam
melengkapkan pengambilan makanan yang mungkin tidak mencukupi di siang hari seperti
pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga susu. Selain daripada kepentingan biologi,
makan malam juga penting untuk memenuhi fungsi psikologi dan sosial. Sekiranya ibu bapa
bekerja di siang hari, makan malam adalah penting untuk merapatkan kemesraan di antara
ahli keluarga. Ini kerana makan malam mungkin merupakan satu-satunya masa untuk
bersama ahli keluarga yang lain.  Bagi fungsi psikologi pula, makan malam mungkin adalah
salah satu cara untuk merehatkan fikiran selepas seharian berdepan dengan pelbagai masalah
terutama bagi mereka yang bekerja.

Benarkah makan malam boleh mengakibatkan berlebihan


berat badan ?
Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan
makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada
beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam. Oleh itu, makan malam yang sihat
dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan.
Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira samada semasa
sarapan, makan tengahari ataupun makan malam.

Namun begitu, makan malam seringkali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan
oleh beberapa faktor :

 Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian
mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita
6

akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan
bersendirian.
 Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau waktu makan semasa di siang
hari. Melangkau (skipping) sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang
tidak terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan
malam.
 Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan
tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah
orang, makanan dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan
melupakan segala masalah yang dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan
makanan secara berlebihan.
 Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk
melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan
untuk menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan
antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa
menonton, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori
seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya.

Panduan makan malam yang sihat


1. Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan termasuk makan
malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam
atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
2. Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak pada setiap
masa.
3. Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan
anda 400-500 kalori.
4. Waktu makan malam yang ideal adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam.
Sekiranya anda tidur lewat, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur
seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
5. Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana
pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan
dan akan menggangu tidur anda.
6.  Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar
berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
7. Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi
boleh mengakibatkan gangguan tidur.
8. Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan
semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil
saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan
serta air kosong.
7

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT

30. Jan, 2011 0 Comments

Share

Sebentar tadi terbaca satu buku ni tentang kesihatan, menarik juga untuk dikongsi
bersama. Tahukah kita bahawa kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga
namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.
Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat
untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah
kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang
berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.
Pepatah ada mengatakan, “Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan” dan
kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan
kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di
negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small
Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula,
alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.

Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya
memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada
mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

TERLALU BANYAK LEMAK DAN KOLESTROL


Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan
sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak
dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung
dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama
sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga
mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

TERLALU BANYAK GULA


Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim
mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat
makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan
menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi,
kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis,
serangan jantung dan sebagainya.
8

TERLALU BANYAK GARAM


Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram
seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak
garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada
serangan jantung atau strok.
Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit
(edema).

TERLALU SEDIKIT SERAT


Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 – 80 jam untuk melalui
saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui
saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan
mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan
pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan
sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan,
anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan
sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau
tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang
digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari,
bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk
sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan
itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa
yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari
peringkat muda lagi.
9

Makanan dan Pemakanan - Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit


Berbahaya

MAKANAN SEIMBANG KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang


sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan
bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet


seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa
penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin
ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis
dan spina bifida.
Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan
diri daripada penyakit berbahaya?
10

Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon,
perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko
itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum
dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara
tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam
meningkatkan risiko kanser.

Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan
Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap
serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami
lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah
lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan
darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap
penyakit jantung koronari.

Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium


dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan
kalsium.

Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik
yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi
daripada mengalami spina bifida.

Pengambilan Makanan Berkhasiat


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan
peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah
kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang
berkhasiat.
11

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal
kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak
teratur memburukkan kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di
negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet
beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol,
bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.

Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan
kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet
anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber
protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan
kolesterol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan


risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak
lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi
banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi,
kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis,
serangan jantung dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai