Anda di halaman 1dari 37

Solat jamak dan

qasar
Syamim
Fasha
Solat qasar
Makna Qasar ialah dipendekkan

Maksud solat qasar bagi musafir=memendekkan solat fardhu 4


rakaat(zohor, asar dan isyak) menjadi 2 rakaat dengan syarat ia
masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat
kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang
dikhususkan kepada musafir sahaja.

Manakala solat subuh dan maghrib perlu dilaksanakan dengan


sempurna tanpa qasar.
 Musafir tidak bertujuan maksiat
 Perjalanan lebih 2 marhalah
 Solat yang boleh diqasarkan ialah solat 4 rakaat
 Niat qasar ketika takbiratul ihram
 Tidak boleh berimam org yg solat sempurna
 Sudah menetapkan tempat yg dituju. Jika tidak tentu
lagi destinasi, maka tidak boleh qasar.
 Kekal perjalanan hingga sempurna solat
 Tahu bahawa orang musafir harus mengqasarkan solat
Solat jamak
• dihimpunkan
• Menghimpun atau mengumpul
2 solat dalam satu waktu iaitu
Maksud zohor dengan asar dan maghrib
dengan isyak dalam satu waktu
yg sama.

Solat jamak • Jamak taqdim


terbahagi • Jamak takkhir
kepada dua
Jamak taqdim
Melakukan solat zohor dan asar pada
waktu zohor

Melakukan solat maghrib dan isya’ pada


waktu maghrib

Dinamakan jamak taqdim kerana solat


kedua yg belum masuk waktu dibawa ke
solat pertama
Syarat-syarat jamak taqdim
Dahulukan solat yg empunya waktu dengan tertib
Hendak berniat jamak pada solat yang pertama
Perlu berturut-turut atau mualat antara 2 solat dgn
tidak diselangi dgn perceraian yg dikira panjang
uruf.
Hendak berkekalan pd musafir drpd permulaan
solat yg pertama hingga sempurna takbiratul ihram
solat kedua(batal solat jamak dgn jd mukim di
antara dua solat itu.)
Jamak takkhir
Melakukan solat zohor dan asar pd
waktu asar

Melakukan solat maghrib dan isyak


dalam waktu isyak.

Dinamakan jamak takkhir kerana


solat pertama yg telah masuk waktu
dibawa ke solat kedua.
Syarat-syarat jamak takkhir
Niat jamak takkhir sebelum habis solat yg
pertama(jika tidak hukumnya haram mentakkhirkan
solat pertama yg telah masuk waktu dan solat itu
menjadi qada’ kepada waktu kedua)
Hendak berkekalan musafir itu hingga diselesaikan
solat kedua
Jika bermukim sebelum selesai solat kedua nescaya
yg pertama menjadi solat qada’
Hal berkenaan dengan solat qasar dan jamak
Apabila seseorang itu bermusafir melebihi 2
marhalah, maka harus melakukan solat qasar dan
jamak sekali.
Ertinya ia boleh menjamakkan dua solat dan
mengqasarkan sekali. Tetapi boleh juga melakukan
antara satu berikut.:
 Jamakkan kedua-dua solat fardhu tanpa qasar
 Jamakkan dua solat fardhu dan qasar
 Qasarkan solat tanpa jamak
Lafaz niat solat jamak dan
qasar
Jama’ taqdim dan qasar: zuhur-asar

‘sahaja aku solat fardhu zohor 2 rakaat dijamakkan


kepadanya asar kerana Allah taala.’
Niat semula untuk solat berikutnya:

‘sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar kerana


Allah taala.’
Jama’ taqdim dan qasar: maghrib-isya’

‘sahaja aku solat fardhu maghrib 3rakaat


dijamakkan kepadanya isya’ kerana Allah taala.’
Niat semula untuk solat berikutnya:

‘sahaja aku solat fardhu isya’ dua rakaat qasar


kerana Allah taala.’
Jama’ ta’khir dan qasar: zuhur-asar

‘sahaja aku solat fardhu zuhur 2 rakaat qasar


dihimpunkan kepada asar kerana Allah taala.’
Niat semula untuk solat berikutnya:

‘sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar kerana


Allah taala.’
Jama’ ta’khir dan qasar: maghrib-isya’

‘sahaja aku solat fardhu maghrib 3rakaat


dihimpunkan kepada isya’ kerana Allah taala.’
Niat semula untuk solat berikutnya:

‘sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar kerana


Allah taala.’
Perkara berkaitan haid
Solat qadha bagi perempuan haid:
 Jika perempuan haid mendapati darah haid
berhenti sebelum masuknya waktu maghrib,
kira-kira sempat baginya solat asar sebanyak
satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat
zohor dan asar.
 Jika perempuan mendapati darah haid sudah
kering sebelum masuk waktu subuh, kira-kira
sempat baginya solat isyak satu rakaat maka
wajib qadha solat maghrib dan isyak
Solat jamak bagi doktor
Dalam kes surgery tugas sebegini sememangnya tidak
dapat dielakkan, kemungkinan pembedahan tersebut
menjangkau masa yang panjang.
Jadi, boleh jamakkan antara dua solat secara Tamam
( lengkap ) tanpa melakukan secara Qasar . Ia
termasuk dalam situsi Masyaqqah iaitu kesusahan.
Bagi doktor atau staff yang bertugas di unit
kecemasan, cuba usahakan 10minit, sekiranya tidak
mampu dan tiada langsung pengganti yang boleh
menggantikannya seketika maka ia juga termasuk
dalam situasi diatas. Apatah lagi ia membabitkan
nyawa seseorang yang perlu diselamatkan secepat
mungkin.
Jamak kerana hujan.
 Mazhab Syafii merupakan mazhab yang paling kuat berpegang
dengan pendapat ini. Bagaimanakah caranya melakukan solat
“jamak” kerana hujan ?, ia mempunyai syarat – syaratnya dan
caranya yang unik seperti berikut :

1) Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah


yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di
rumah ianya tidak dibenarkan.

2) Waktu yang dibenarkan untuk di”jamak”kan solat ialah pada
waktu Zohor yang di”jamak”kan dengan waktu Asar, ataupun
solat Maghrib yang di”jamak”kan dengan solat Isyak pada
waktu Maghrib.
3) Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak
berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun
Maghrib.

4) Hujan yang menyebabkan solat boleh di”jamak”kan ialah hujan yang
membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.

5) Ada juga di kalangan ulama Syafiiyah yang meletakkan syarat
tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh
mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang
tinggal tidak jauh dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan
jamak. (namun begitu, Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari
mazhab Syafii sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas
yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat)
Mazhab maliki dan hanafi membatasi hadis ini
dengan riwayat-riwayat lain. Mereka menghadkan
jamak hujan hanya di malam hari sahaja.(maghrib
dan isyak.)
Beberapa masalah dalam solat dan penyelesaiannya
1. bacaan makmum ketika mendengar qamat ketika
hendak mula solat.
(rujuk bacaan m/s 125)-yg bermaksud: moga Allah
menegak solat itu dan mengekalkan atas kerja
sembahyang dan menjadikan aku sebaik-baik daripada
ahlinya.
2. jangan berdiri hingga selesai iqamat
-makmum yg duduk tidak berdiri hingga ucapan qamat
tamat. Jika tidak mampu berdiri dengan segera, elok
berdiri ketika ‘qadqamatisssolah’ supaya bertakbiratul
ihram dengan imam dan kata qeel.(jika makmum itu
muda, hendaklah berdiri setelah tamat qamat)
3. tidak disunatkan ketika tahiyatul masjid ketika
sembahyang diiqamatkan.
Sabda nabi: apabila sembahyang telah diqamatkan
maka tidak boleh seembahyang melainkan solat
fardhu sahaja.
Demikian juga diterang oleh pengarang kitab kifayah
dan juga berkata hanathi di dalam fatwanya: jika
seseorang masuk ke dalam masjid dan solat
diqamatkan maka hendaklah dia duduk dahulu dan
apabila seelesai qamat barulah ia bangun untuk
bersolat.
4. makruh solat sunat atau sujud tilawah selepas
qamat atau hampirnya.
Petua khusyuk solat

Khusyuk dalam solat amat dituntut dalam Islam.


Firman Allah swt yang bermaksud:
‘telah berjayalah orang yang beriman, iaitu orang yang
khusyuk dalam solatnya’ [surah al-mukminun ayat 1-2]
‘peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat
utama(asar dan subuh) dan berdirilah untuk
Allah(melalui solatmu) yang khusyuk.’ [surah al-Baqarah
ayat 238]
‘maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu
orang-orang yang lalai dari solatnya.’ [surah al-Maun,
ayat 4-5]
Sabda rasulullah saw:
Maksud:’ berapa ramai orang yang mendirikan solat tetapi
diperolehi hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai
dalam sembahyangnya.”
Hadis yang kedua, bermaksud: ‘tidak ada habuan bagi
hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang
ia ingat”
Hadis lain, bermaksud:’aku selalu mengingati mati di
dalam seembahyang.’
Hadis keempat bermaksud: apabila kamu sembahyang
anggap lah sembahyang ini sembahyang perpisahan.’
diperhatikan untuk kekal khusyuk dalam
solat:
1. menjaga makan, minum, pakaian dan lain-lain agar datang
dari punca yang halal.
2. lintaskan pemikiran dengan kematian seakan-akan amat
hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir
dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3.Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu agar
tidak gopoh apabila masa hampir luput.
4. membaca dengan baik(husnul qori’ah), berusaha untuk
memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat al-quran
yang dibacakan itu terutama sekali al-fatihah, gerakan dan
maknanya(tafakhum). Ini kerana bacaan dalam solat
mengandungi banyak makna yang halus yang patut difahami.
5. lakukan rukun solat dengan tertib.
6.rasa malu(haya’) dan takut (khauf) terhadap
kekuasaan Allah swt.
7.Berharap serta yakin Allah menerima solat kita.
8.menggunakan sejadah yang tidak mempunyai
terlalu banyak gambar yang menghayalkan fikiran.
9. berwuduk dengan sempurna
10. ditegahkan bersolat berpakaian pakaian
berwarna-warni, lukisan dan bertulisan yang
mengganggu kekhusyukan jemaah lain ketika
solat.
Dosa dan balasan orang yang meninggalkan solat

Azab: neraka saqar… firman Allah yang


bermaksud:
‘apakah yang menyebabkan kamu diheret ke
neraka saqar? Mereka menjawab, kami tidak
menunaikan solat.’
Barangsiapa yang meninggalkan ….

Solat subuh: Allah akan mencampakkannya ke


dalam neraka selama 60 tahun

Solat zohor: berdosa seperti membunuh 1000


orang Islam.

Solat asar: berdosa seperti meruntuhkan


ka’bah.
Solat maghrib: berdosa seperti berzina dengan
ibu atau anak perempuan bagi lelaki dan begitu
juga sebaliknya.

Solat isyak:Allah tidak akan redha ia tinggal di


sunia dan menggunakan segala nikmat Allah
swt. Segala gerak-geri adalah semata-mata
dalam keadaan berdosa kepada Allah swt.
Hadis menyebut mengenai dosa orang yang
meninggalkan solat:

Sabda nabi saw:


‘solat itu tiang agama, sesiapa yang
mendirikannya maka ia mendirikan agamanya,
dan barang siapa yang meringankan solat maka
ia akan diseksa dengan 15 perkara.’
6 seksaan di dunia:
Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada
umurnya
Dikurangkan rezeki dalam usahanya
Tiada dipelihara baginya agama Islam
Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
Segala amal kebajikan diamalkan dalam dunia tidak
diberi pahala oleh Allah
Tidak diangkat oleh malaikat ke lagit akan segala
amalnya.
3 perkara ketika hendak mati:
Dimatikan dalam kehinaan
Dimatikan dengan kelparan
Dimatikan dalam keadaan kehausan
walaupun dituangkan air
kekerongkongnya sebanyakmanapun
3 seksaan di dalam kubur:
Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan
tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan
memerintahkan malaikat munkar dan nakir
menyiksanya hingga hari kiamat.
Ular besar bernama Shawaun Rak yang keadaannya
sangat dahsyat, matanya seperti guruh dilangit
menggigit dan membenamkan kukunya kepada
mangsanya hingga hari kiamat.
Didatangkan malaikat yang bertongkat besi sambil
berkata dengan suara dengan ganas dan kuat: ‘aku
diperintahkan oleh Alllah memalu engkau dari
subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh.”
Tamat.
 Terima
kasih=]

Anda mungkin juga menyukai