Qiamullail
Qiamullail
Mukaddimah
Fizikal, intelek, emosi dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan. Fizikal dibina
dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala
emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria
mahmudah dan dijauhkan daripada sifat mazmudah. Rohani pula dapat dibina dengan
memperbanyakkan Ibadan ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.
Oleh itu Qiamullail merupakan salah satu cara membina rohani yang mantap dan seterusnya
menjadi penjana jati diri setiap mukmin. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan,
ketabahan dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi
ruang dan peluang yang ada.
Pengertian
Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada
Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Sejarah Qiamullail
Pada awalnya Qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-
10). Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap Umat
Islam. Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (lihat surah al-Muzammil 20)
Hikmah Qiamullail
◊ Meningkatkan keimanan individu
◊ Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
◊ Melatih diri bersikap khauf (takut) dan roja’ (berharap) kepada Allah
◊ Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah
Kelebihan Qiamullail
◊ Dimurahkan rezeki
◊ Dihormati masyarakat
◊ Dilindungi Allah daripada khianat manusia
◊ Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung
kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).
Waktu-Waktu Qiamullail
Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat
Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
“ Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah
ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur
seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”
◊ Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu
Isya’.
Adab-adab Qiamullail
” Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia
terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu
merupakan rahmat Allah kepadanya.”
◊ Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur.
◊ Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa (rujuk buku panduan Qiamullail) dan membaca
sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran.
◊ Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa
banyak yang disukai.
◊ Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berQiamullail.
◊ Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan
mengantuk.
◊ Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali
darurat.
◊ Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.
“ dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat
tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di
tempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
◊ Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat
sunat yang lain.
◊ Solat witir
◊ Membaca al-Quran
◊ Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.
Penutup
Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan
yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik-baik
ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W? Adakah kita
lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di
kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ’abid yang bermujahadah
dengan ibadah malam mereka? Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi
bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan, kemungkaran, kemaksiatan
dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang, yang mana kita turut mendapat
bahagian dalam saham yang besar nilainya ini? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa
dilimpahi nur Ilahi....