Anda di halaman 1dari 2

Tugas-tugas Ketua Pengawas dan Pengawas adalah seperti

berikut:

1. Ketua Pengawas dan Pengawas hendaklah memeriksa meja-meja sebelum mengedarkan kertas
soalan, buku / kertas jawapan dan lain-lain keperluan,
2. Ketua Pengawas hendaklah mengarahkan pengawas-pengawas mengatur kertas soalan, buku /
kertas jawapan, borang kehadiran dan lain-lain keperluan di atas meja calon dan mestilah siap
dalam masa 15 minit sebelum peperiksaan bermula,
3. Pengawas dikehendaki mencatat kehadiran calon dengan teliti,
4. Ketua Pengawas hendaklah mengumumkan waktu bermula dan berakhirnya sesuatu peperiksaan.
Beliau juga hendaklah mengingatkan calon baki masa 15 minit yang terakhir,
5. Ketua Pengawas hendaklah mengingatkan calon sebelum peperiksaan dimulakan mengenai
perkara-perkara berikut:

5.1 Tiada nota atau apa jua bentuk catatan pada diri calon atau apa-apa alat atau bahan yang
dibawa masuk,
5.2 Tidak berkomunikasi di antara satu sama lain dengan apa cara sekali pon ketika peperiksaan
sedang dijalankan,
5.3 Mengisi slip kehadiran calon yang disertakan pada kertas soalan,
5.4 Tidak menulis nama pada buku/kertas jawapan,
5.5 Tidak menulis sebelum diarahkan atau berhenti menulis selepas diarahkan,
5.6 Tidak membawa masuk kalkulator boleh program atau sebarang pita rakaman, dan
5.7 Tidak membawa masuk sebarang alat komunikasi seperti telefon bimbit.
5.8 Calon yang lewat lebih daripada 30 minit tidak dibenarkan menduduki peperiksaan,
5.9 Calon tidak keluar dari dewan / bilik peperiksaan dalam masa 30 minit pertama selepas
peperiksaan bermula,
5.10 Calon yang meninggalkan dewan / bilik peperiksaan untuk sesuatu maksud dan kemudian
kembali semula, hendaklah berada di bawah penyeliaan Pengawas Peperiksaan,
5.11 Calon tidak keluar dari dewan / bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan tamat,
5.12 Calon tidak membawa kertas tulis yang telah atau belum digunakan,
5.13 Suasana di sekitar dewan / bilik peperiksaan tidak mengganggu calon,

1
6. Ketua Pengawas hendaklah mengarahkan seorang daripada Pengawas menjalankan tugas Ketua
Pengawas semasa ketiadaannya.
7. Di dalam kes meniru, cuba meniru atau memberi tiru, Ketua Pengawas/Pengawas perlu
mengambil semua bukti.

7.1 Mencatat segala peristiwa yang menyebabkan tindakan perlu diambil.


7.2 Menandatangani semua mukasurat skrip jawapan yang ada jawapan setakat itu dan
membenarkan calon meneruskan menjawab soalan.

8. Ketua Pengawas dan Pengawas tidak boleh bertindak secara kasar terhadap seseorang calon. Budi
bahasa dan budibicara harus digunakan dengan sebaik-baiknya supaya calon berkenaan dan calon
yang lain tidak terganggu pemikiranya.
9. Setelah tamat waktu peperiksaan, Ketua Pengawas dan Pengawas hendaklah mengutip skrip
jawapam semasa calon masih duduk tempat masing-masing. Buku / kertas jawapan yang tidak
digunakan hendaklah dikumpulkan secara berasingan.
10. Selepas sesuatu peperiksaan tamat, Pengawas hendaklah menandatangani Fail Rekod Kehadiran.
11. Ketua Pengawas adalah tanggungajawab ke atas pengesahan bilangan skrip jawapan yang
diterima.
12. Ketua Pengawas adalah bertanggungjawab terhadap pengawas peperiksaan di bawah seliaannya
dan juga skrip jawapan kepada Pegawai Peperiksaan atau wakilnya. Skrip jawapan mestilah
disusun mengukit kelas dan modul dan menandatangani Buku Keluar/Masuk kertas
soalan/jawapan.
13. Pengawas hendaklah menyerahkan alat-alat atau bahan-bahan berkaitan ke Unit Peperiksaan.
14. Ketua Pengawas tidak boleh menangguh, menggantung atau membatalkan sesuatu peperiksaan
yang telah ditetapkan tanpa kebenaran dari Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat atau Pegawai
Peperiksaan.
15. Dalam menjalankan tugasnya, Ketua Pengawas boleh mengarahkan Pengawas untuk memberikan
bantuan yang diperlukannya dan arahan itu hendaklah dipatuhi.