Anda di halaman 1dari 1

AKTA PENDIDIKAN 1996

(Akta 550)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagipendidikan dan bagi perkara-perkara yang
berkaitandengannya.
[31hb Disember 1997]
BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalahpenentu utama arah tujuan negara dan
penyelamatbangsa:
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untukmembolehkan masyarakat Malaysia
menguasai ilmu,kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam duniayang berdaya saing tinggi serta
bersifat global, kesandaripada perkembangan pesat sains, teknologi danmaklumat:
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai perananpenting dalam menjayakan wawasan negara
demi untukmencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segikemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatanrohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatumasyarakat yang bersatupadu, demokratik,
liberal dandinamik:
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untukmenghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf
dunia dansegi kualiti bagi memperkembangkan potensi individusepenuhnya dan mencapai aspirasi
negara Malaysia:
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaanadalah berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaanyang dizahirkan seperti yang berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembangkanpotensi
individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonisdan segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani,

2
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggung-jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberikan sumbangan
terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakatdan negara”:
DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atasakan dilaksanakan melalui suatu sistem
pendidikankebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaansebagai bahasa pengantar utama,
Kurikulum Kebangsaandan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikanadalah pelbagai dan
komprehensif skopnya dan yangakan memenuhi keperluan negara, serta memupukperpaduan negara
melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsipRukunegara:
DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yangperlu, selagi ia selaras dengan dasar itu,
denganmenyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidakmelibatkan perbelanjaan awam yang
tidak munasabah,untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa muridharus dididik mengikut hasrat ibu
bapa masing-masing:
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUATUNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan DewanNegara dan Dewan Rakyat yang
bersidang dalamParlimen, dan dengan kuasa daripadanya, sepertiberikut:

Anda mungkin juga menyukai