Anda di halaman 1dari 30

1

1.0 PENDAHULUAN

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫ له الملك وله الحمد‬,‫الحمد هللا الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لو ال أن هدانا هللا واشهد أن ال اله اال هللا وحده ال شريك له‬
.‫ واشهد أن سيدنا محمد عبده ورسوله بعثه هللا رحمة العلمين‬.‫وهو على كل شيء قدير‬

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya dan rahmatNya, selawat dan salam
buat nabi junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang tercinta, juga kaum keluarga dan kerabat
baginda, para sahabat serta para tabi’in yang sentiasa memperjuangkan agama Islam dimuka
bumi Allah SWT ini yang diciptakanNya dengan kekuasaanNya.

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaan dan
rahmatNya, taufiq dan InayahNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan atau ulasan kitab yang
telah diamanahkan kepada saya mengenai analisa ringkas daripada sebuah kitab ulum al-Hadith
yang hebat dan masyhur ini iaitu Kitab “ Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi ”, yang
dikarang oleh Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti.

Kandungan di dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya
ialah bahagian pertama meliputi aspek pengenalan ringkas mengenai pengarang kitab dan juga
kitab itu sendiri. Bahagian kedua pula ialah menyentuh mengenai metodologi kitab. Manakala
bahagian ketiga pula, ulasan berkaitan dengan kandungan kitab tersebut. Seterusnya bahagian
yang terakhir ialah merupakan ulasan mengenai kitab tersebut berkenaan kelebihan dan
kekurangan atau kelemahan kitab yang dapat dikesan melalui kajian yang tidak seberapa ini.

Akhir kalam, dengan terhasilnya tugasan ini, ianya diharap dapat membantu kepada
mereka yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu hadith dengan lebih mantap, serta kepada
mereka yang ingin menjadikan kitab ini sebagai rujukan ilmiah dari semasa ke semasa kerana
ianya amat sesuai. InsyaAllah mudah-mudahan kitab ini dapat memberikan manfaat kepada kita
semua.
2

2.0 PENGENALAN RINGKAS

2.1 Latar Belakang Penulis

Individu yang bertanggungjawab dalam mengarang kitab ini iaitu Kitab Tadrib al-Rawi fi Syarh
Taqrib al-Nawawi ialah nama penuh beliau Jalal al-Din bin Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-
Suyuti. Kitab ini adalah syarah daripada kitab Taqrib wa al-Taisir Lima’rifati Sunan al-Basyir al-
Nadhir, yang merupakan karangan Imam al-Nawawi, seterusnya kitab ini ditahqiqkan dan dikaji
usulnya oleh Abd Wahhab Abd Latif dan beliau merupakan seorang pensyarah di Jabatan
Usuluddin di Universiti al-Azhar, Mesir.

Nama sebenar pengarang kitab ini ialah Abd Rahman bin Kamal bin Abi Bakr bin
Muhammad bin Sabiq Humam al-Din al-Khadiri al-Suyuti. Beliau dilahirkan di Kaherah, Mesir
pada tahun 849 H dan meninggal dunia pada 19 Jamadil Awwal pada tahun 911 H.
3

2.2 Pengenalan Kitab

Kitab ini merupakan kitab cetakan kedua pada tahun 1972 M bersamaan dengan 1392 H. Dicetak
oleh Maktabah al-Alamiah, Madinah al-Munawwarah. Ianya terbhagi kepada dua jilid. Jilid yang
pertama sebahagiannya berkenaan dengan prakata penulis, prakata pentahqiq, dan prakata
pensyarah kitab ini iaitu Imam al-Suyuti sebagai tahap permulaan Kitab Tadrib al-Rawi fi Syarh
Taqrib al-Nawawi, seterusnya kepada topik perbahasan ilmu hadith.

Dapat dinyatakan bahawa jilid yang pertama dalam kitab ini mengandungi 303 muka
surat dan 23 perbahasan. Manakala jilid yang kedua pula adalah kesinambungan daripada jilid
yang pertama yang membahaskan dengan panjang lebar lagi mengenai ilmu hadith. Jilid yang
kedua ini mengandungi 360 muka surat dan 93 perbahasan. Kitab Tadrib al-Rawi ini, bentuk
kulit depannya berwarna biru gelap atau hitam dan mempunyai corak disekelilingnya yang
berwarna keemasan. Kulit depan kitab ini berkulit tebal. Ketebalan kitab ini ialah lebih kurang 3
cm. Kitab ini juga menggunakan tulisan khat Nasakh.

Selain itu, pada kedua-dua jilid kitab ini, terdapat satu fakta menarik berkenaan dengan
kitab ini yang ditulis iaitu tentang dipermulaan kitabnya yang bermaksud kitab ini adalah cetakan
kali pertama untuk salinan manuskrip yang sebahagiannya ditulis sewaktu hayat penulis. Ini
bermaksud cetakan kali pertama ketika penulis masih hidup lagi.

Kemudian, menurut pendapat Abd al-Wahhab Abd al-Latif, Kitab Tadrib al-Rawi ini
mempunyai beberapa salinan manuskrip di Kaherah. Terdapat tujuh salinan manuskrip di Dar al-
Kutub, manakala enam lagi salinan manuskrip terdapat di perpustakaan al-Azhar al-Syarif.
Beliau juga ada memberikan penerangan lebih lanjut tentang manuskrip-manuskrip tersebut di
dalam Kitab Tadrib al-Rawi ini pada jilid satu dalam halaman 32-33.
4

3.0 METODOLOGI KITAB

Sebelum memulakan penulisan pada bahagian pertama kitab ini, dimulakan dengan kata alu-
aluan atau muqaddimah oleh pengarang, puji-pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Setelah itu, pengarang menerangkan juga mengenai kepentingan salaf dalam memelihara
al-Sunnah dan periwayatannya. Di samping itu, diterangkan juga tentang biodata dan sejarah
hidup Imam al-Nawawi dan al-Suyuti. Seterusnya pengarang menekankan kepada topik
perbahasan secara keseluruhannya tentang ilmu hadith dari segi pembahagian bab dan
sebagainya.

Dari segi bahasa pula ialah pengarang menggunakan bahasa Arab, tidak menggunakan
gaya bahasa yang tinggi serta berbunga-bunga yang mana apabila dibaca oleh para pembaca
sukar atau susah difahami. Manakala dari segi tulisan pula, tulisan yang digunakan tidak terlalu
kecil dan tidak terlalu besar. Jadi, saiz tulisannya adalah sederhana besar di mana para pembaca
dapat membacanya dengan jelas.

Kemudian, susunan perenggan dalah kemas dan teratur. Ianya memudahkan pembaca
membaca dan memahami isi-isinya yang dibahaskan di dalam kitab ini.

Selain itu, dari segi pembarisan baris, hadith yang dimasukkan diletakkan baris. Hal ini
adalah supaya para pembaca dapat membacanya dengan betul dan letakkan makna yang sesuai
dan tepat. Hal ini kerana pembaca tidak akan keliru di antara hadith dengan ayat atau kalimah
arab yang lain.

Tidak ketinggalan, terdapat juga nota kaki yang memberi maklumat tambahan kepada
pembaca sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang sukar difahami serta memudahkan
pembaca membuat rujukan terhadap sesuatu yang dinyatakan.
5

4.0 KECENDERUNGAN PERBAHASAN KITAB

Kitab Tadrib al-Rawi ini secara keseluruhannya banyak membahaskan mengenai disiplin atau
pembahagian ilmu hadith. Walaupun ada beberapa bahagian pada jilid satu kitab ini yang
memuatkan prakata daripada pentahqiq, penulis dan pensyarah kitab ini. Meskipun begitu,
kandungan kitab ini masih tidak lari daripada aspek ilmu hadith. Di dalam kitab ini, ada juga
menceritakan berkenaan isu-isu umum iaitu mengenai biodata dan sejarah hidup Imam al-Suyuti
selaku penulis asak kitab ini, di samping perkara berkaitan dengan sanad, matan, serta sanad dan
matan. Kemudian, pada jilid pertama atau jilid satu kitab ini, dimulai dengan prakata daripada
penulis sendiri.

Di bawah ini adalah tajuk-tajuk besar yang dibincangkan di dalam kitab Tadrib al-Rawi
bagi kedua-dua jilid tersebut:

Jilid satu (1) :-

 Prakata pentahqiq ( Abd al-Wahhab Abd al-Latif )


 Banyak menekankan kepentingan salaf dalam memelihara al-Sunnah dan
periwayatannya.
 Beliau juga ada memuatkan biodata dan sejarah hidup imam al-Nawawi dan al-
Suyuti.
 Terdapat juga penjelasan tentang salinan manuskrip kitab ini dan kaedah yang
telah digunakan untuk mentahqiq kitab ini.

 Prakata penulis (Imam al-Nawawi)


 Penjelasan oleh Imam al-Nawawi tentang kaedah faedah ilmu hadith dan istilah-
istilahnya dan juga jenis-jenis ilmu dirayah hadith.
 Prakata pensyarah ( al-Suyuti )
 Permulaan perbahasan mengenai ilmu hadith dalam kitab ini.
6

 Bahagian 1 : Al-Sahih
 Bahagian 2 : Al-Hadith al-Hasan
 Bahagian 3 : Al-Dhaif
 Bahagian 4 : Al-Musnad
 Bahagian 5 : Al-Muttasil
 Bahagian 6 : Al-Marfu’
 Bahagian 7 : Al-Mauquf
 Bahagian 8 : Al-Maqtu’
 Bahagian 9 : Al-Mursal
 Bahagian 10 : Al-Munqati’
 Bahagian 12 : Al-Mudallas
 Bahagian 13 : Al-Syaz
 Bahagian 14 : Mengetahui istilah Munkar
 Bahagian 15 : Mengetahui istilah I’tibar, Mutaba’at dan Syawahid serta makna al-Sunan,
al-Jami’, al-Musnad, al-Musyayyikhat dan al-Ajza’
 Bahagian 16 : Mengetahui istilah al-Thiqat, hukumnya dan bahagiannya
 Bahagian 17 : Mengetahui istilah al-Afrad
 Bahagian 18 : Mengetahui istilah al-Mu’allal
 Bahagian 19 : Al-Mudhtarib
 Bahagian 20 : Al-Mudraj
 Bahagian 21 : Al-Maudhu’
 Bahagian 22 : Al-Maqlub
 Bahagian 23 : Al-Sifat yang diterima riwayatnya dan mazhab ulama’ dalam periwayatan
hadith dhaif.
7

Jilid dua ( 2 ) :

Kesinambungan daripada jilid satu ( 1 ). Di dalam kitab ini Imam al-Nawawi mengakhiri
penjelasannya pada bahagian 65. Kemudian, untuk makluman semua, bahagian 66 hingga 93
ianya dibahaskan oleh Imam al-Suyuti.

 Bahagian 24 : Kaedah mendengar hadith, pembawaannya dan pendhabitannya.


 Bahagian 25 : Penulisan hadith
 Bahagian 26 : Sifat dalam meriwayatkan hadith
 Bahagian 27 : Mengetahui adab al-Muhaddith
 Bahagian 28 : Mengetahui adab bagi penuntut ilmu hadith
 Bahagian 29 : Mengetahui al-Isnad al-‘Ali dan al-Nazil
 Bahagian 30 : Al-Masyhur
 Bahagian 31 : Al-Gharib dan al-‘Aziz
 Bahagian 32 : Lafaz hadith yang ganjil
 Bahagian 33 : Al-Musalsal
 Bahagian 34 : Hadith al-Nasikh dan al-Mansukh
 Bahagian 35 : Mengetahui al-Musahhaf
 Bahagian 36 : Mengetahui perbezaan al-hadith dan hukumnya
 Bahagian 37 : Penambahan pada penyambungan sanad
 Bahagian 38 : Al-Marasil al-Khafiyy
 Bahagian 39 : Mengenali sahabat dan hasil karya mereka
 Bahagian 40 : Mengetahui al-Tabi’in dan faedahnya
 Bahagian 41 : Riwayat al-Akabir
 Bahagian 42 : Al-Mudabbaj dan riwayat al-Aqran dalam kalangan sahabat dan al-Tabi’in
 Bahagian 43 : Mengenali al-Ikhwah
 Bahagian 44 : Riwayat al-Aba’ ‘an al-Abna’
 Bahagian 45 : Riwayat al-Abna’ ‘an al-Aba’
 Bahagian 46 : Mengetahui Man Isytaraka fi al-Riwayah
8

 Bahagian 47 : Mereka yang tidak meriwayatkan melainkan kepada seorang perawi


 Bahagian 48 : Mengetahui mereka yang disebut dengan nama-nama dan sifat-sifat yang
berbeza
 Bahagian 49 : Mengetahui al-Mufradat dengan nama, panggilan dan gelaran
 Bahagian 50 : Mengetahui nama dan panggilan serta mereka yang terkenal
 Bahagian 51 : Mengetahui nama mereka yang dikenali dengan panggilan kuniyah
 Bahagian 52 : Mengetahui gelaran al-Muhaddithin dan perawi
 Bahagian 53 : Perbezaan daripada nama, gelaran dan panggilan
 Bahagian 54 : Al-Muttafiq wa al-Muftariq
 Bahagian 55 : Al-Mutasyabih
 Bahagian 56 : Al-Mutasyabih al-Maqlub
 Bahagian 57 : Mengetahui mereka yang dinasabkan bukan kepada bapa mereka
 Bahagian 58 : Nasab yang khilaf dari segi zahirnya
 Bahagian 59 : Al-Mubhamat min al-Rijal wa al-Nisa’
 Bahagian 60 : Sejarah kelahiran perawi
 Bahagian 61 : Mengetahui orang yang thiqah dan lemah
 Bahagian 62 : Mengetahui mereka yang bercampur thiqahnya
 Bahagian 63 : Thabaqat ulama’ dan perawi
 Bahagian 64 : Mengetahui al-Mawali
 Bahagian 65 : Mengetahui asal-usul perawi dan tempat tinggal mereka

 Penambahan oleh Imam al-Suyuti, bahagian 66 hingga 93.

Bahagian 66-67 : Al-Mu’allaq dan al-Mu’an’an


Bahagian 68-69 : Al-Mutawatir dan al-‘Aziz
Bahagian 70 : Al-Mustafidh
Bahagian 71-72 : Al-Mahfiz dan al-Ma’ruf
Bahagian 73 : Al-Matruk
Bahagian 74 : Al-Muharrif
Bahagian 75 : Mengetahui Atba’ al-Tabi’in
9

Bahagian 76-77 : Riwayat sahabat, sebahagian mereka daripada sebahagian


yang lain
Bahagian 78 : Ma rawahu al-Sahabah
Bahagian 79-80 : mengetahui mereka yang bersetuju kuniyahnya pada nama
bapanya
Bahagian 81 : Mengetahui mereka yang bersetuju kuniyahnya pada nama
isterinya
Bahagian 82 : Mengetahui mereka yang bersetuju nama gurunya adalah
nama bapanya
Bahagian 83-84 : Mengetahui mereka yang ittifaq namanya, bapanya dan
datuknya
Bahagian 85 : Mengetahui mereka yang ittifaq namanya dan perawi
Bahagian 86 : Mengetahui mereka yang ittifaq namanya dan kuniyahnya
Bahagian 87 : Mengetahui mereka yang bersetuju namanya adalah nasabnya
Bahagian 88 : Mengetahui nama-nama yang dikongsi oleh lelaki dan
perempuan
Bahagian 89 : Mengetahui sebab hadith
Bahagian 90 : Mengetahui sejarah al-Manun
Bahagian 91 : Mengetahui mereka yang tidak meriwayatkan hadith
melainkan satu sahaja
Bahagian 92 : Mengetahui mereka yang bersandarkan kepada sahabat yang
meninggal dunia ketika hayat Nabi SAW
Bahagian 93 : Mengetahui al-Huffaz
10

5.0 KOMENTAR

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT dan segala puji serta pujian dipanjatkan kehadrat
Ilahi dengan izinNya dapat saya menganalisis kitab Tadrib al-Rawi ini dan sekaligus
memberikan pelbagai maklumat kepada saya khususnya. Setelah dikaji dan diteliti, dapatlah saya
simpulkan bahawa kitab ini adalah amat sesuai untuk dijadikan atau digunakan sebagai bahan
rujukan ilmiah atau ingin mendalami ilmu hadith dengan lebih mendalam lagi oleh para penuntut
ilmu hadith.

Hal ini kerana, pada pendapat dan kajian atau analisa yang telah dilakukan kitab ini
mempunyai banyak atau pelbagai kelebihan dari segi perbahasannya yang mendalam mengenai
setiap topik yang dibahaskan yang berkaitan dengan ilmu hadith. Antara kelebihan dan
keistimewaannya ialah :

I. Menceritakan sirah kehidupan penulis dan pensyarah kitab secara terperinci.


II. Mempunyai susunan perenggan yang tersusun.
III. Membahagikan tajuk-tajuk mengikut bahagian sebelum membahaskan sesuatu.
IV. Terdapat juga nota kaki yang banyak sebagai rujukan kepada pembaca sekiranya
terdapat perkataan yang sukar difahami dan untuk rujukan.
V. Mempunyai bilangan halaman pada setiap muka surat
VI. Meletakkan baris pada matan hadis.

Namun begitu, di sebalik kelebihan dan keistimewaan itu terdapat juga beberapa
kekurangan atau kelemahan yang kebanyakannya berbentuk teknikal sahaja di dalam kitab ini.
Antaranya ialah :

1) Tulisan bagi tajuk dan isi perbahasan sukar untuk dibezakan.


2) Tajuk perbahasan tidak dihitamkan dan dibesarkan tulisannya.
3) Tiada sumber rujukan.
4) Terdapat sesetengah ayat dan perkataan sukar difahami.
5) Tidak menggunakan bentuk grafik yang menarik seperti jadual dan sebagainya.
11

Walaupun begitu, secara keseluruhannya, Kitab Tadrib al-Rawi ini adlah amat baik dan
bagus serta boleh dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin mendalami ilmu hadith,
tetapi ianya kurang sesuai untuk dijadikan rujukan bagi mereka yang baru mempelajari dalam
bidang ilmu hadith disebabkan beberapa kelemahan yang tidak seberapa yang telah disebutkan di
atas. Pada pendapat saya, kitab ini perlulah ditingkatkan lagi mutu persembahannya dari segi
teknikal kebanyakannnya agar ia lebih menarik dan mudah untuk difahami.

Antara penambahbaikan yang dicadangkan ialah:

 Meletakkan senarai rujukan, indeks nama, indeks al-Quran, dan indeks perkataan
yang sukar difahami.
 Setiap tajuk yang baru hendaklah diletakkan pada halaman yang baru, dihitamkan
dan dibesarkan tulisannya serta digariskan bagi memudahkan pembaca untuk
membuat rujukan.
 Menggunakan grafik atau gambarajah agar proses pembelajaran menjadi lebih
efektif dan kemas.
12

6.0 PENUTUP

Menimba ilmu dalam bidang ilmu hadith memerlukan pembelajaran yang cukup teliti dan kajian
dari pelbagai aspek. Hai ini kerana, pembelajaran ilmu hadith merupakan satu pembelajaran yang
cukup menarik, mendalam dan mempelajarinya perlulah penuh ketelitian dan perhatian bagi
menjaga hadith Rasulullah SAW daripada penyelewengan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.

Berdasarkan penelitian yang telah dijalankan atau dilakukan, dapatlah saya simpulkan
bahawa kitab ini mempunyai empat bahagian yang utama dan disertakan peratusannya yang
penting dalam pembelajaran ilmu hadith yang terkandung di dalam kitab ini.

Isu-isu Umum : 20%


Perbahasan yang berkaitan dengan Sanad : 60%
Perbahasan yang berkaitan dengan Matan : 10%
Perbahasan yang berkaitan Sanad dan Matan : 10%

Antara contoh perbahasan isu-isu umum, berkaitan sanad, berkaitan dengan matan dan
berkaitan dengan sanad dan matan ialah :

Isu-isu Umum - Kepentingan Salaf dalam memelihara al-Sunnah


- Faedah-faedah Ilmu Hadith
- Biodata dan sejarah hidup Imam al-Nawawi dan al-Suyuti

Sanad - Riwayat al-Aba’ ‘an al-Abna’


- Riwayat al-Abna’ ‘an al-Aba’
- Mengetahui nama mereka yang dikenali dengan panggilan
kuniyah
- Riwayat al-Akabir
13

- Mengetahui Atba’ al-Tabi’in


Matan - Hadith al-Nasikh dan al-Mansukh
- Lafaz hadith yang ganjil

Sanad dan Matan - Penulisan hadith


- Kaedah mendengar hadith

Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa kitab Tadrib al-Rawi ini sememangnya sesuai
dan bagus untuk dijadikan bahan rujukan bagi mendalami atau mengkaji berkaitan ilmu hadith.
Hal ini kerana perbahasan yang dibincangkan bertepatan dengan kehendak segenap lapisan
masyarakat terutamanya kepada para pelajar dan pengkaji hadith.

Akhir kata daripada saya, saya berharap semoga dengan hasil kertas kerja atau ulasan
kitab saya yang tidak seberapa ini, insyaAllah mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit
sebanyak manfaat atau kebaikan kepada kita bersama.
14

MUKA DEPAN KULIT KITAB


15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

PERATUSAN KECENDERUNGAN KITAB

Peratusan Kecenderungan Kitab

Sanad

Matan

Sanad dan Matan

Isu-isu Umum

PETUNJUK:

Sanad 60%

Matan 10%

Sanad dan Matan 10%

Isu-isu Umum 20%

Anda mungkin juga menyukai