Anda di halaman 1dari 1

Anda gemar bermandi-manda dan bersuka-ria?

Bergembiralah di Desa Watepark, Kuala


Lumpur. Adakan majlis hari lahir atau hari keluarga anda di sini.

Desa Waterpark menawarkan harga tiket yang berpatutan dan sesuai untuk seisi keluarga. Anda
akan disambut dengan tangan terbuka oleh para pekerja kami yang sedia menanti di pintu masuk.

Pelbagai kemudahan turut disediakan seperti tandas, bilik mandi, peti berkunci, surau, dan
banyak lagi. Adalah diingatkan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk dan
pakaian mandi yang sesuai sahaja dibenarkan.

Kami menawarka n kegembiraan tidak terhingga di sini. Rasailah pengalaman bermain hujan
buatan, berenang, bermain ombak, berperahu getah, dan lain-lain. Anda tidak perlu membawa
pelampung sendiri kerana di sini disediakan perkhidmatan menyewa pelampung.

Orang dewasa juga boleh bergelongsor air, berenang, menggelongsor di atas belon gergasi, dan
berjalan di tapak yang mudah tergelincir. Bersemukalah dengan hantu sebenar di Scream Park.
Atasi rasa gayat anda di ‘Pirate Ship’. Jangan lupa untuk bertemu dengan kawan-kawan dari
rimba di ‘Mini Zoo’ kami.

Ramai pengunjung di sini berpuas hati terhadap layanan kami dan berhasrat untuk datang lagi.
Jangan lupa untuk melayari laman web kami untuk mendapatkan tawaran istimewa dan pakej
terkini.

Anda mungkin juga menyukai