Anda di halaman 1dari 1

Bersukan Banyak Faedah-faedahnya

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, sukan itu adalah segala
kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang
dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan, kegiatan, menyihatkan dan
sebagainya. Antara contoh permainan sukan yang boleh dilakukan ialah bermain
tenis, bola sepak, bola tampar atau bola keranjang.

Antara faedah-faedah bersukan ialah bersukan boleh mengurangkan berat


badan seseorang dan mengelakkan kegemukkan. Mengikut kajian scientifik dan
fizikal, cara mengurangkan berat badan ialah dengan bersukan.

Seterusnya, bersenam dapat mengurangkan risiko untuk mendapatkan


penyakit-penyakt seperti serangan jantung, darah tinggi dan sakit jantung. Ini telah
membuktikan kepada kita bahawa bersenam baik untuk kesihatan berdasarkan
kajian saintifik yang telah dilakukan.

Selain itu juga, bersukan dapat meningkatkan ekonomi sesebuah negara.


Sebagai contohnya, penganjuran Sukan Olimpik diadakan di Negara China.
Impaknya, semua orang akan ke China untuk menyaksikan Sukan Olimpik itu.
Justeru, ekonomi Negara China turut meningkat kerana ramai pelancong ke negara
itu.

Bedasarkan faedah-faedah yang telah diberikan, ternyata bersukan amat


penting bagi setiap manusia tidak kira usia. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai