Anda di halaman 1dari 2

Abraham Maslow

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya bernama
Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih menyayangi
bapanya dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama dan
kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering membandingkan Maslow dengan
adik – adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow. Maslow juga sering
dihina oleh ibunya. Pada zahirnya Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke atas
ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia, Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian
ibunya. Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai anak
bapa dan bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan. Abraham
Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934.
Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 - 1951).
Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis,
Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di
universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel – artikel
berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas
kesihatan dirinya. Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah
meninggal dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung. Teori Humanistik
Mengikut Pandangan Abraham Maslow Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang
berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan
sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan
rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa
andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu
bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai
sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga
menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini
dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira
budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih
kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan
motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat
sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang
dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk
hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi
terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain
keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak
mencapai tahap kesempurnaan. Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan
peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya : · Keperluan di peringkat
tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur – ansur.
Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut. ·
Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia. · Keperluan penghargaan kendiri
timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud
selepas pertengahan umur. Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa
erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat
tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan. ·
Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh
setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

Hieraki Keperluan Maslow

1. Keperluan Fisiologi Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia
perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan
utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak
asas ini dipenuhi.
2. Keperluan Keselamatan Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan
hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri daripada
ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin
kesejahteraan hidup.
3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang
pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan
yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini
sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.
4. Keperluan Penghargaan Kendiri Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan
kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang
sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya
manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.
5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk
mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih
dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

Anda mungkin juga menyukai