Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU KEDUA

28 MAC 2011 – 1 APRIL 2011

PERISTIWA

Pada minggu kedua ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa
yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah
dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa.

MASALAH

Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya
objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

PUNCA MASALAH

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan
semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak
dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini
juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan selepas rehat
yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah
dirancangkan.

KELEMAHAN

Saya akui, saya tidak mempunyai hak untuk memastikan murid dapat masuk
awal ke dalam kelas disebabkan perhimpunan selepas rehat yang kadang kala
mengambil masa yang lama walaupun tempoh yang diberikan hanya 5 minit.
KEKUATAN

Saya dapat berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru yang


berpengalaman disekolah tersebut untuk mengatasi masalah ini walaupun sekali
pandang ianya hanyalah masalah remeh. Tetapi jika kerap kali berlaku mungkin murid-
murid sendiri akan ketinggalan dalam pembelajaran.

PENYELESAIAN MASALAH

Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa


dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa
dengan lebih sempurna. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara
berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa
mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap
kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya
perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil
perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan

TEMPOH PENYELESAIAN MASALAH

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin . Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu
objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

RUJUKAN

Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing dan rakan untuk


memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan
lain yang mengajar kumpulan pelajar saya ini.

REFLEKSI

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan


objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Saya
juga perlu bersedia dengan plan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa yang
kucar kacir.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

………………………… ………………………

Muhammad Zulhakim bin Hazaha

Anda mungkin juga menyukai