Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Definisi Sivik dan Kewarganegaraan

Sivik dan Kewarganegaraan bermaksud ilmu tatarakyat, hak, perasaan

tanggungjawab, dan sebagainya seseorang terhadap masyarakatnya. Menurut Kamus

Dewan Edisi Empat (2005) mendefinisikan ilmu tatarakyat sebagaimana orang hidup

dalam sesuatu masyarakat sivik. Manakala Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

pula menjelaskan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara, menghargai

perpaduan dan mengapresiasikan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

2.0 Perlaksanaan Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan mata pelajaran PSK

sebagai mata pelajaran teras untuk sumua murid tahap dua di peringkat sekolah rendah

dan sekolah menengah mulai tahun 2005. Masa yang diperuntukkan untuk mata

pelajaran PSK ialah dua waktu dalam seminggu.

Mata pelajaran ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat seperti berikut:

Tahun Tahap
2005 Tahun 4 dan tingkatan 1
2006 Tahun 5 dan tingkatan 2
2007 Tahun 6 dan tingkatan 3
2008 Tingkatan 4
2009 Tingkatan 5

Di peringkat Sekolah Rendah mata pelajaran PSK untuk Tahun 4 (2005)

dilaksanakan 2 waktu seminggu yang diambil dari mata pelajaran Kajian Tempatan, jadi

1
jumlah bagi mata pelajaran Kajian Tempatan dikurangkan daripada 4 waktu kepada 2

waktu seminggu.

Di peringkat sekolah menengah PSK untuk Tingkatan 1 (2005) dilaksana 2 waktu

iaitu mengambil 1 waktu dari mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dan 1 waktu

tambahan (40 minit). Jadi waktu KHB dikurangkan daripada 4 waktu kepada 3 waktu

seminggu dengan pertambahan 1 waktu menjadikan waktu keseluruhan daripada 41

waktu kepada 42 waktu seminggu.

2.1 Laporan Terkini (Positif)

Mata pelajaran ini bukan mata pelajaran yang diwajibkan diambil dalam

peperiksaan besar tetapi PSK wajib diajar pada peringkat sekolah. Proses pengajaran

dan pembelajaran PSK dua waktu dalam seminggu.

Pada peringkat kementerian penggubalan mata pelajaran ini ada kaitannya

dengan membanteras gejala salah laku murid melalui penerapan ilmu, kemahiran dan

sikap dalam mata pelajaran PSK. Keadaan ini dapat dilihat iaitu proses pengajaran dan

pembelajaran PSK mengandungi tunjang kemanusiaan yang memberi ruang untuk

perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya

dengan bidang ilmu Sains Sosial iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kewujudan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan

Sekretariat Tetap menangani gejala salah laku murid ditubuhkan. Nilai dan peraturan

yang telah diterapkan di sekolah melalui Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


2
menambahkan lagi keyakinan bahawa berlaku penerapan yang berterusan elemen nilai

murni yang perlu diterapkan kepada pelajar oleh guru melalui pendidikan formal iaitu

memalui PSK.

Melalui pelaksanaan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kerana Ia sangat

menekankan mengenai peranan, hak dan tanggungjawab ke arah melahirkan

masyarakat patriotik seterusnya membawa kepada keharmonian dalam masyarakat.

2.2 Laporan Terkini (Negatif)

Perdebatan beberapa persatuan bukan kerajaan (NGO) dengan Timbalan

Menteri pelajaran 2 iaitu YB. Dr. Puad Zarkashi yang mempersoalkan Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan diwujudkan di Malaysia. Mereka juga perdebatkan kewajaran

PSK diajarkan di sekolah padahal ia tidak termasuk dalam subjek wajib diambil dalam

peperiksaan besar seperti PMR dan SPM. Tambahan pula mereka mempersoalkan lagi

bahawa penambahan masa PSK sehingga mengganggu mata pelajaran lain contohnya

Bahasa Melayu.

Mereka memberi cadangan supaya membubarkan PSK dan memasukkan

pengajaran PSK dalam kurikulum matapelajaran lain dan kurikulum tersembunyi.

Peintegrasian PSK dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam

sudah cukup dan tidak perlu mata pelajaran PSK dijadikan mata pelajaran teras lagi.

Manakala peintegrasian PSK dalam kurikulum tersembunyi pula bermaksud

3
menerapkan ilmu PSK dalam aktiviti ko-kurikulum yang lain seperti kadet polis yang

menerapkan nilai berdisiplin.

3.0 Isu-isu Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3.1 Pentadbir

Pentadbir sekolah tidak menitik beratkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan. Hal ini berlaku kerana para pentadbir sekolah iaitu guru besar atau

pengetua sekolah beranggapan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

merupakan mata pelajaran yang tidak penting kerana mata pelajaran ini bukan mata

pelajaran dalam peperiksaan awam iaitu seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh

hal yang demikian, para pentadbir sekolah telah mengabaikan mata pelajaran ini.

Selain itu, pentadbir juga beranggapan bahawa tugas untuk menerapkan nilai dalam

kalangan murid-murid adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral dan Pendidikan

Islam.

3.2 Guru

Kebanyakkan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan di sekolah pada masa ini adalah guru bukan opsyen bidang ini.

Selain itu, guru yang mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah pada

masa ini juga tidak mempunyai pengalaman atau ilmu pengetahuan dalam bidang ini.

Hal ini akan menyebabkan guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
4
Kewarganegaraan seperti mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tanpa memahami

isi kandungan, objektif, nilai, kemahiran sivik yang dituntut oleh mata pelajaran ini untuk

diterapkan dalam diri sesorang murid. Guru juga hanya mementingkan pencapaian dari

segi aspek kognitif (pengetahuan) sahaja tidak menekankan aspek psikomotor (tingkah

laku) dan afektif (nilai).

3.3 Murid

Murid-murid juga kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini berlaku kerana pedagogi yang digunakan oleh guru

untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tidak sesuai

dengan tahap penerimaan mereka. Murid berasa mata pelajaran ini amat

membosankan kerana guru hanya menggunakan kaedah perbincangan atau kaedah

penyoalan sahaja. Hal ini menyebabkan para murid hilang motivasi untuk mempelajari

mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

4.0 Peranan Belia Dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Pendidikan sivik merupakan satu usaha memberi panduan bagi para belia ke

arah menjadi seorang warga Malaysia yang sedang bertanggungjawab dan produktif di

dalam kalangan masyarakat.

Para belia merupakan anggota masyarakat yang paling aktif dan dinamik yang

boleh menentukan corak dan arah kemajuan sesebuah masyarakat. Sebagai manusia

yang baru menjangkau alam dewasa di mana mereka dikehendaki memikul pelbagai
5
tanggungjawab serta diberi pelbagai pilihan serta cabaran yang perlu diatasi dengan

sebaik mungkin. Mereka perlu berdikari dan mempunyai sikap bertanggungjawab

terhadap diri mereka dan terhadap masyarakat yang lain.

Menurut Dr. Wan Halim (1991) senarai ciri-ciri yang idaman yang sepatutnya

terdapat pada seorang warga Malaysia adalah seperti berikut:

i. Kesedaran tentang hak kendiri.

ii. Patriotik

iii. Hidup harmoni

iv. Sedia berkhidmat

v. Kesyukuran

vi. Sistem nilai

vii. Menghormati orang lain

viii. Menghadapi masalah

ix. Berkompromi

x. Berdisiplin

xi. Bertanggungjawab

xii. Perhubungan

xiii. Memilih pemimpin

Umumnya para pengkaji bersetuju bahawa sifat-sifat kewarganegaraan yang

baik bukan merupakan sesuatu yang menjelma secara berakar tabii dan spontan. Ianya

berakar umbi di dalam diri seseorang individu melalui satu proses pembelajaran dan
6
pematangan. Seseorang perlu didedahkan serta diajarkan tentang tugas-tugas serta

sifat-sifat seorang warganegara sebelum dia boleh memahami dan menghayati peranan

ini dengan baik.

5.0 Pendidikan Bukan Formal

Sistem pendidikan bukan formal melibatkan usaha mendidik di dalam bentuk

rancangan-rancangan latihan di luar dan pendidikan bukan formal juga sebagai

tambahan kepada pendidikan formal. Sebagai contoh pendidikan bukan formal yang

diwujudkan sebagai tambahan kepada pendidikan formal ialah program-program

latihan, kursus-kursus, seminar dan bengkel. Selain itu para belia juga mempunyai

kebebasan untuk memilih kursus-kursus yang ingin diikiuti tanpa terlaku terikat dengan

struktur dan urutan peringkat-peringkat yang terdapat dalam sistem pendidikan formal.

Pendidikan bukan formal boleh memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran

secara khusus atau secara umum seperti menimba ilmu, mengubah sikap dan

menambah kemahiran melalui pengalaman. Di samping itu, dalam konteks,

pembangunan belia kriteria umum pendidikan bukan formal boleh diterima seperti

berikut:

Tujuan: Untuk menghasilkan pertumbuhan individu belia yang sihat dan seimbang

dalam pembangunan rohani, sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik.

7
Penerima: Individu belia atau kumpulan yang bersedia memikul tanggungjawab untuk

memperbaiki diri serta memberi sumbangan kepada pembangunan keluarga,

kumpulan, masyarakat dan negara.

Strategi: Pendidikan melahirkan agensi dan menggunakan kemudahan yang sedia ada

atau penerima sendiri menjadi agen pendidikan serta terlibat secara aktif. Kehadiran

tenaga murid hanyalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan bukan memaksa.

5.1 Kelebihan Pendidkan Bukan Formal

Pendidikan bukan formal juga mempunyai kelebihan walaupun dilaksanakan di

luar sistem persekolahan formal, tetapi masih tersusun dan mempunyai struktur

tertentu. Antara kelebihan pendidikan bukan formal ialah pendidkan ini biasanya

dilakukan secara sukarela dan juga mengikut minat masing-masing terhadap sesuatu

program tanpa perlu banyak tekanan untuk mendapatkan kelulusan tertentu. Selain itu,

kelebihan pendidikan bukan formal juga berkeupayaan menggalakkan pembangunan

belia ke arah peningkatan produktiviti. Dengan kata lain, pendidikan non-formal boleh

mendedahkan serta menyediakan belia agar menceburkan diri dalam pekerjaan

tertentu atau meningkatkan keupayaannya bekerja. Untuk mendapatkan kesan kepada

pembangunan belia, adalah diharapkan pendidkan bukan formal bukan sahaja

menumpukan kepada mengajar kemahiran melalui latihan tetapi mengambil kira faktor

sokongan yang lain seperti mewujudkan penyelarasan dan bekerjasama antara agensi

dan badan-badan berkaitan dalam mengintegrasikan aktiviti dan latihan, melibatkan

8
belia secara langsung dalam meningkatkan kemahiran serta membuka peluang kepada

mereka yang kurang bernasib baik.

5.2 Kelemahan Pendidikan Bukan Formal

Kelemahan pendidikan bukan formal ialah biasanya hanya mereka yang

berminat sahaja akan mengikuti kursus-kursus bukan formal sementara mereka yang

perlu mengikutinya mungkin tidak melakukan perkara tersebut. Selain itu, kelemahan

pendidikan bukan formal juga hanya memberi latihan dalam sesuatu kemahiran yang

bersifat khusus. Ini membawa maksud, pendidikan pada tahap ini kurang menekankan

elemen-elemen emosi dan rohani dalam kurikulum pengajaran. Jika adapun ia tidaklah

begitu merata dan bersifat terpisah (fragmented). Program-program pendidikan bukan

formal tidak bersepadu (intergrated), penekanan lebih kepada bidang teknikal dan

vokasional. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor tanggapan dan usaha yang

dijalankan demi mencapai matlamat “melahirkan pekerja mahir” daripada “pekerja

berilmu dan beriman”. Jesteru itu, paling penting program-program yang dibangunkan

itu mestilah menjurus ke arah melahirkan warganegara yang terdidik (educated) dan

bertanggungjawab dari segi ilmu dan etika. Boleh dikatakan hampir keseluruhan

daripada kurikulum PBF tidak terdapat elemen-elemen penerapan nilai. Dengan kata

lain, kurikulum yang dirancang dan dilaksanakan lebih kepada usaha menghasilkan

„tenaga kerja‟ yang bersifat produktif dan inovatif.

9
6.0 Jenis Hubungan Asas

Secara rumusannya, boleh dikatakan bahawa untuk menjadi seorang

warganegara yang bertanggungjawab, seseorang perlu mewujudkan dan mengekalkan

empat jenis hubungan asas yang penting di dalam kehidupan seharian. Antara

hubungan asas tersebut ialah :

i) Hubungan dengan tuhan

ii) Hubungan dengan diri

iii) Hubungan dengan orang lain

iv) Hubungan dengan alam

6.1 Hubungan Dengan Tuhan

Dalam konteks hubungan manusia dengan Pencipta, setiap insan dalam

keghairahan membangunkan persekitarannya hendaklah sentiasa mengingati Pencipta.

Perhubungan ini hendaklah dijadikan sebagai fokus segala aktiviti kehidupan dan

kemasyarakatan serta memupuk dan memperkukuhkan sifat ketakwaan manusia

kepada Pencipta. Selain itu, penonjolan aspek-aspek tertentu kehidupan di dalam

perancangan dan pembangunan juga harus mempunyai pengertian dan pertalian yang

sentiasa berupaya memperdekatkan manusia dengan Pencipta.

10
6.2 Hubungan Dengan Diri

Hubungan diri membawa pengertian menjaga keselamatan diri walau di mana

sahaja kita berada. Selain itu, kita tidak menyeksa diri semata-mata untuk mendapatkan

kepuasan di dunia dan kita perlu memikirkan akhirat juga. Tidak membunuh diri

disebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku menimpa diri kita. Di samping itu, kita

sentiasa memastikan keadaan diri berada dalam keadaan bersih dan suci. Kita juga

perlu memelihara kesucian diri dan maruah.

6.3 Hubungan Dengan Orang Lain

Hubungan dengan orang lain bererti hubungan antara manusia dengan manusia

yang membawa pengertian bahawa fokus setiap usaha pembangunan adalah

pembangunan insan dan pembangunan masyarakat. Cita rasa manusia sememangnya

sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan perancangan yang berkesan

memberi perhatian kepada keperluan memenuhi pelbagai cita rasa setiap anggota

masyarakat. Namun demikian, manusia tidak mampu hidup bersendirian dan erti

kehidupan itu adalah kesempurnaan hidup bermasyarakat. Oleh yang demikian,

perancangan dan pembangunan bandar harus mampu mewujudkan persekitaran

kehidupan bermasyarakat yang serba lengkap, memupuk semangat kejiranan dan

kekeluargaan serta menggalakkan interaksi di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Umpamanya, kewujudan kelompok-kelompok komuniti dan unit-unit kejiranan yang

serba lengkap serta saling berinteraksi adalah selaras dengan konsep masyarakat

penyayang. Usaha seumpama ini akan memastikan persekitaran kehidupan dapat


11
berfungsi dengan sempurna menerusi pergerakan harian penduduk yang berkesan

serta penuh makna.

6.4 Hubungan Dengan Alam

Kehidupan manusia tidak sempurna tanpa dikelilingi oleh alam persekitaran yang

aman dan selamat. Allah SWT mencipta segala isi alam mini untuk kemudahan dan

kegunaan manusia. Manusia mempunyai peranan sebagai pembina, pengindah dan

penyelamat alam sekitar dan bukan melakukan kerosakan, kemusnahan serta

memporak-perandakannya. Manusia dituntut memelihara alam serta pelbagai sumber

alam yang telah disediakan Pencipta demi untuk kehidupan berterusan manusia.

Perancangan dan pembangunan yang berasaskan konsep pembangunan mampan

akan memastikan kesemua sumber alam tersebut seperti gunung-ganang, sungai,

udara, pelbagai flora dan fauna dijaga sebaik mungkin serta berkekalan untuk dinikmati

oleh generasi akan datang.

12
7.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa mata pelajaran Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan perlu ditekankan dalam kurikulum sekolah kerana perlu

menyeimbangkan pencapaian akademik murid setaraf dengan pembentukan sahsiah

diri para murid. Dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan penilaian kendalian

sekolah tidak dapat dijalankan secara menyeluruh dan berterusan kerana aspek afektif

dan amalan tidak dapat diuji dalam penilaian sumatif. Kaedah yang boleh dimasukkan

adalah aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik yang merupakan tiga

kompenon utama dalam organisasi kandungan kurikulum. Selain itu, Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran teras yang diperkenalakan oleh

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua murid tahap dua peringkat

sekolah rendah dan sekolah menegah mulai tahun 2005. Pelaksaan Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan di sekolah telah dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Pelaksanaan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menimbulkan isu kepada

pentadbir, guru dan murid. Melalui Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, peranan

belia memainkan peranan penting kerana satu usaha yang memberi panduan kepada

para belia ke arah menjadi seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan

produktif. Dengan terdapatnya ciri-ciri idaman maka akan mewujudkan warganegara

yang bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan negara. Oleh itu, Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan perlulah dilaksanakan dengan berhati-hati dan adil supaya

guru sendiri dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sebenar murid. Jesteru itu,

usaha untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan murid terhadap aspek


13
pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan

baik.

14
Rujukan

Asmawati Suhid, 2009. Pendidikan Akhlak dan Adab Islam (Konsep dan Amalan).

Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Isu-isu dalam Pendidikan Sivik

Kamaruddin Jaffar dan Hazami habib, 1992, Isu-isu dalam pendidikan Sivik ke Arah

kecermelangan. Institut Kajian Dasar, Kuala Lumpur

Kamaruddin Jaffar dan Hazami Habib (1993), Wawasan 2020, Institut Kajian Dasar,

Kuala Lumpur.

Rujukan Laman Web

http://eprints.utm.my/2287/1/PENDIDIKAN_BUKAN_FORMAL_DI_MALAYSIA.pdf

http://sabah.edu.my/ipgkgaya/kjurnal_kel12.htm#abs6

http://sabah.edu.my/ipgkgaya/kjurnal_kel12.htm#kdg

http://www.ippbm.gov.my/v2/index.php?option=com

http://www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/Garispanduan/12PembangunanSejagat/GP12_0
DoktrinPembangn&PerancangnSejagat.htm

http://www.scribd.com/doc/24884227/Akhlak

15