Anda di halaman 1dari 12

SULIT

Perdagangan
Kertas 1
Ogos
2003
1 jam

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2003

PERDAGANGAN

Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Penggunaan kalkulator elektronik biasa dibenarkan.

Portal Pendidikan Utusan 2004 1


1 Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan penghargaan/
A Melengkapkan diri dengan kemahiran dan kecekapan
B Meningkatkan keyakinan diri dan imej kendiri
C Menerima penghormatan daripada orang lain
D Memberi dorongan dan galakan kepada diri

2
• Mengecat
• Memasang tayar
• Memasang enjin
• Memasang cermin tingkap

Pembahagian tugas di atas dilakukan di sebuah kilang kereta di Shah Alam.


Apakah jenis pengkhususan tersebut?
A Pengkhususan antarabangsa
B Pengkhususan mengikut proses
C Pengkhususan mengikut kawasan
D Pengkhususan mengikut profesion

3 Setiap firma mengeluarkan hasil keluaran yang


berbeza antara satu sama lain untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna

Jenis pengeluaran di atas merujuk kepada


A pengeluaran langsung
B pengeluaran ekstraktif
C pengeluaran tak langsung
D pengeluaran perkhidmatan

4 Seseorang itu mesti terlibat dalam perdagangan jika ia melibatkan diri dalam
perniagaan.
Antara berikut, yang manakah paling tepat menerangkan pernyataan
tersebut?
A Kedua-duanya bermotifkan keuntungan
B Kedua-duanya memerlukan bantuan kerajaan
C Kedua-duanya memerlukan bantuan perniagaan
D Kedua-duanya membolehkan barangan diagihkan

Portal Pendidikan Utusan 2004 2


5 • Bekalan barang berlebihan di pasaran
• Harga barang menjadi tidak stabil
• Barang menjadi rosak

Antara berikut, yang manakah menyebabkan timbulnya masalah-masalah di


atas?
A Pengeluar tidak dapat mengagihkan barangan dengan segera
B Pengeluar tidak menjalankan promosi secara intensif
C Pengeluar menghasilkan barangan secara berlebihan
D Pengeluar menghadapi masalah pergudangan

6 Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan kerajaan memberi


pelepasan cukai kepada perniagaan?
I Menggalakkan eksport bahan mentah tempatan
II Menggalakkan penggunaan pekerja tempatan
III Menggalakkan pelaburan dalam perusahaan tertentu
IV Menggalakkan penempatan perusahaan di kawasan tertentu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

7 Mengapakah peruncit kecil-kecilan lebih suka mendapatkan stoknya daripada


pemborong bayar dan bawa?
A Pemborong menawarkan harga yang murah
B Pemborong menyediakan perkhidmatan serahan
C Peruncit boleh membeli barang secara kredit
D Peruncit boleh membeli beraneka jenis dan jenama barang

8 • Stok dibeli secara pukal oleh ibu pejabat


• Stok yang dijual adalah sama dari segi
kualiti harga, jenama dan pembungkusan

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Kedai sejaras
B kedai tunggal
C kedai koperasi
D kedai serba ada

Portal Pendidikan Utusan 2004 3


9 Antara berikut, pasangan manakah menunjukkan perbezaan antara
pemborong jober para dan pemborong satu barisan?

Pemborong jober para Pemborong satu barisan


A Menjual pelbagai jenis Menjual satu jenis barang sahaja
barang
B Memastikan stok sentiasa Memastikan stok dibekalkan apabila
mencukupi dipesan
C Menerima keuntungan Menerima komisen sebagai ganjaran
sebagai ganjaran daripada daripada jualan barang
jualan barang
D Memastikan aktiviti promosi Memastikan aktiviti promosi dijalankan
dijalankan oleh pemborong oleh peruncit.

10 Antara berikut, yang manakah menyebabkan peranan pemborong


disingkirkan?
I Penubuhan kedai runcit
II Penubuhan kedai sejaras
III Kemunculan jualan langsung
IV Kemunculan peruncit besar-besar
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

11 Maklumat di bawah berkaitan dengan urus niaga yang dilakukan oleh Puan
Hasiah.

Harga mesin basuh : RM2 200


Wang pendahuluan : RM 200
Tarikh belian : 6 September 2002
Tarikh bayaran : 20 September 2002
Syarat pembayaran : 10% 5 hari
5% 15 hari
2 % 30 hari

Hitungkan jumlah yang perlu dibayar oleh Puan Hasiah.


A RM1 800
B RM1 900
C RM1 960
D RM2 000

Portal Pendidikan Utusan 2004 4


Soalan 12 memerlukan pilihan jawapan seperti berikut:

Pilihan Pernyataan 1 Pernyataan II


A Betul Betul
B Betul Salah
C Salah Salah
D Salah Betul

12 I Dalam teknik pemasaran hasil pertanian, promosi dijalankan secara


bergabung antara pengeluar.
II Dalam teknik pemasaran keluaran perindustrian, pengiklanan secara
intensif dan bersaing diperlukan.

13
• Dokumen ini dihantar oleh syarikat perkapalan kepada pihak
lembaga pelabuhan yang menerima barang-barang untuk
dihantar
• Dokumen ini juga dihantar untuk memintanya memuatkan
barang-barang ke dalam kapal

Dokumen yang diterangkan di atas ialah


A Pemberitahuan Panggil Datang
B Waran Limbungan
C Nota Perkapalan
D Resit Nakhoda

14 Antara berikut, urus niaga yang manakah merupakan eksport tak nyata
Malaysia?
I Syarikat Speed membeli komponen komputer dari Jepun
II Encik Karim membuat pelaburan di Switzerland
III Pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan
IV Mercy menghantar sekumpulan doktor ke Iraq
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Portal Pendidikan Utusan 2004 5


15
Koperasi Sameba Bhd.
Modal : RM150 000
Lebihan : RM47 000
Rizab : RM 8 000
Jumlah belian tahunan
ahli : RM390 000

Pernyataan di atas berkaitan dengan Koperasi Sameba Bhd. pada tahun


2002.
Berapakah rebat atas langganan koperasi tersebut?
A RM0.02 dalam seringgit
B RM0.10 dalam seringgit
C RM0.12 dalam seringgit
D RM0.38 dalam seringgit

16 Mengapakah milikan tunggal mudah ditubuhkan?


A Diurus oleh pemilik
B Modal yang besar
C Saiz perniagaan yang kecil
D Peraturan dan dokumentasi yang sedikit

17
• Mengumpulkan modal daripada ahli-ahlinya menerusi
penjualan syer
• Menjalankan perkhidmatan yang terhad sahaja
• Melindungi kepentingan dan kebajikan ahlinya

Antara berikut, bank manakah yang mempunyai ciri-ciri di atas?


A Bank Simpanan Nasional
B Bank Rakyat Malaysia Berhad
C Bank Bumiputera-Commerce Berhad
D Bank Pembangunan Malaysia Berhad

18 Tuan Hj Baharom, kontraktor binaan di Mersing.


Beliau menghadapi masalah aliran tunai untuk
membayar gaji pekerjanya seramai 10 orang.

Apakah jenis pembiayaan bank yang sesuai dipohon oleh beliau?


A Pinjaman
B Overdraf
C Kad kredit
D Kredit berdokumen

Portal Pendidikan Utusan 2004 6


19 Berikut merupakan unsur-unsur yang terdapat di dalam insurans
konvensional kecuali
A faedah
B perjudian
C ketidakpastian
D pembahagian keuntungan

20 Ganti rugi dalam insurans biasanya diberi dalam bentuk berikut:


I Memberi polisi insurans secara percuma
II Membaik pulih kenderaan yang rosak
III Membina semula sebahagian bangunan yang musnah
IV Mengganti barang yang hilang dengan wang tunai
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

21
Adalah dimaklumkan melalui radio bahawa
pendaftaran calon bagi peperiksaan SPM akan
ditutup pada 22 Mei 2003

Pernyataan di atas, merujuk kepada


A iklan kolektif
B iklan memujuk
C iklan bertanding
D iklan penerangan

22

Antara berikut, media pengiklanan yang manakah sesuai bagi mengiklan


keluaran di atas?
A Peragaan tingkap
B Kenderaan awam
C Van serahan
D Sampel

Portal Pendidikan Utusan 2004 7


23

Gambarajah di atas merujuk kepada lesen pembawa.


Antara berikut, lori manakah yang mematuhi pelesenan tersebut?
A Lori persendirian yang mengangkut muatan 1 000 kg.
B Lori persendirian yang mengangkut muatan 2 500 kg.
C Lori sewa yang mengangkut muatan 1 000 kg.
D Lori sewa yang mengangkut muatan 2 500 kg.

24
PERNIAGAAN EMAS AYU

Gambar rajah di atas merujuk kepada Perniagaan Emas Ayu.


Apakah kelebihan yang diharapkan oleh perniagaan tersebut daripada
perkhidmatan kurier?
A Barang sampai ke destinasi dengan cepat
B Barang sampai ke destinasi dengan selamat
C Perkhidmatan yang berisiko rendah
D Perkhidmatan terdapat di bandar-bandar besar

25 Antara jenis-jenis perniagaan berikut, yang manakah berkemungkinan


menggunakan kad jawapan perniagaan?
A Gedung aneka jabatan
B Kedai sejaras
C Pesanan mel
D Pasar raya

Portal Pendidikan Utusan 2004 8


26 • Perkhidmatan telefaks
• Perkhidmatan teleks

Antara berikut, yang manakah merupakan persamaan kedua-dua


perkhidmatan komunikasi di atas?
I Menghantar maklumat secara lisan dengan cepat
II Mengirim dan menerima maklumat sepanjang hari tanpa pengawasan
III Kedua-dua perkhidmatan disediakan oleh Telekom Malaysia
IV Mengirim mesej bercetak di dalam dan di luar negeri
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

27 Bagaimanakah pergudangan dapat mengelakkan barang daripada


mengalami kerosakan dan pembaziran?
A Membolehkan barang-barang diawet, didingin bekukan, dibungkus dan
distor dengan sempurna
B Menyediakan ruang dan memastikan penerusan proses pengeluaran
dalam kilang
C Mengawal pengeluaran barang berdasarkan penawaran dan permintaan
pasaran
D Mengawasi barang keluar dan masuk oleh pihak kastam

28 Di antara berikut, pemilik gudang yang manakah harus menandatangani


suatu perjanjian dengan pihak kastam?
A Gudang kerajaan
B Gudang peruncit
C Gudang berlesen
D Gudang pengilang

29
Encik Imran sentiasa membuat pembayaran kepada
pemiutang syarikat mengikut tarikh dan syarat yang telah
dipersetujui.

Berdasarkan kenyataan di atas, apakah nilai-nilai keusahawanan yang


dimiliki oleh Encik Imran?
A Menepati janji
B Mengambil risiko
C Bertanggungjawab
D Berpandangan jauh

Portal Pendidikan Utusan 2004 9


30
Borang B

Borang B merujuk kepada


A Borang Perakuan Pendaftaran
B Borang Pendaftaran Penutupan Perniagaan
C Borang Pendaftaran Penubuhan Perniagaan
D Borang Pendaftaran Perubahan Perniagaan

31 Berikut ialah butir-butir yang dipetik daripada buku-buku akaun Perniagaan


Gemilang pada 31 Disember 2002.

(RM)
Stok Januari 2002 1 650
Jualan 25 000
Belian 13 650
Insurans kedai 200
Diskaun jualan 350
Air, elektrik, telefon 215
Diskaun belian 300
Komisen diterima 150
Stok 31 Disember 2002 5 250

Hitungkan untung bersih bagi Perniagaan Gemilang.


A RM13 735
B RM14 635
C RM14 735
D RM14 950

32
X Mengurus kewangan

PENIAGA

Mengawal risiko
Memimpin dan perniagaan
mengurus kakitangan

Dalam gambarajah di atas, X ialah


A mengurus stok
B mengurus pelaburan
C mengurus maklumat
D mengurus pelanggan

Portal Pendidikan Utusan 2004 10


33 Antara berikut, pasangan manakah menunjukkan perbezaan antara syer
biasa dan syer keutamaan?
Syer Biasa Syer Keutamaan
A Pemegang syer adalah pemilik Pemegang syer adalah pemiutang
syarikat syarikat
B Dividen syer adalah bersifat Dividen adalah tidak kumulatif kecuali
kumulatif dinyatakan sebaliknya
C Pemegang syer biasa Pemegang syer keutamaan
menanggung risiko kerugian menghadapi risiko kerugian yang
yang tinggi kurang.
D Kadar dividennya adalah tetap Kadar dividen bergantung kepada
keuntungan syarikat

34 Encik Ramlan mempunyai milikan syarikat dalam Syarikat Ram Era


Sdn.Bhd.

2 000 syer keutamaan 6%, RM2 sesyer


5 000 syer biasa RM1 sesyer
RM6 000 debentur 6%

Syarikat mengisytiharkan 10% dividen ke atas syer biasa. Hitungkan jumlah


pendapatan Encik Ramlan daripada pelaburannya.
A RM 240
B RM 500
C RM 740
D RM 1 100

35 Apakah sumbangan industri desa terhadap perkembangan ekonomi


negara?
A Meningkatkan pengimportan barang pengguna
B Memperluaskan penggunaan sumber tempatan
C Menggalakkan persaingan antara jenis industri
D Membantu proses pengeluaran barang ringan

36 Mengapakah industri desa mendapat pulangan yang sedikit sedikit sahaja?


A Pasaran yang terhad
B Kadar cukai yang tinggi
C Manipulasi harga orang tengah
D Barang-barang kurang berkualiti

Portal Pendidikan Utusan 2004 11


37 Antara agensi kerajaan berikut, yang manakah memberi bantuan
pengeluaran kepada industri desa?
I Majlis Amanah Rakyat (MARA)
II Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
III Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
IV Lembaga Pemasaran Pertanian dan Persekutuan (FAMA)
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

38 Mengapakah pengguna perlu dilindungi?


A Pengeluar tidak tahu hak pengguna
B Pengeluar mengutamakan keuntungan
C Pengeluar memerlukan sokongan pengguna
D Pengeluar lebih berkuasa daripada pengguna

39 Encik Prakash, pemilik Kedai Runcit Jaya di Taman Melati. Beliau telah
membeli gula dalam kuantiti yang banyak setelah mendengar berita
bahawa kerajaan akan menaikkan harga gula mulai minggu hadapan.
Beliau menghadkan perjualan gula setakat 2 kg kepada pengguna.

Perbuatan Encik Prakash telah menyalahi …………


A Akta Perihal Dagangan 1972
B Akta Kawalan Bekalan 1973
C Akta Kawalan Harga 1946
D Akta Kontrak 1974

40 Etika Amalan perniagaan menggariskan tanggungjawab penjual terhadap


pelanggan seperti berikut:
I Menjual barang yang bermutu
II Mengadakan promosi yang jujur
III Menyediakan kemudahan perubatan
IV Melakukan timbangan dan sukatan yang tepat
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

Portal Pendidikan Utusan 2004 12

Anda mungkin juga menyukai