Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan Teori Etika Teleologi: Utilitarianisme dan Egoisme.

Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung


kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme
(consequentalism). Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau
peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai
bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu
ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan
dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun,
pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat
telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu
Utilitarianisme dan Egoisme.

1.1 Teori Utilitarianisme:


1.1.1 Definisi:
Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya
melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak
kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan
yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu
yang bukan bersifat moral).

1.1.2 Pengasas-pengasas:
Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan
seterusnya dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873).

Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi


kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari
kebahagiaan, iaitu kesenorokan.

Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara


keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti
sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah,
baik/buruk, baru/lama objektif/subjektif, dan. Faktor yang boleh mempengaruhi
keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan
dan kesihatan yang baik.

Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan


Terbanyak  yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik
mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh
perlakuan itu. Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil
yang benar, baik dan yang diidamkan.

1.1.3 Penyokong:
Quinton (1973), menggangap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau
perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentu nilai
berkenaan ialah kesenorokan dan kesakitan yang wujud bersamanya.

1.1.4 Jenis dan Ciri-ciri:


Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat
bolehnya  disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita
harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam
keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan
diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap
betul.

Jenis-jenis Utilitarianism:

      Act utilitarianism:

Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada
bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism.
Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak
bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja
yang bermanfaat seperti kerja kebajikan.
      Hedonistic utilitarianism:

Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada
suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk
menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil
kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh
meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri
kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak
yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.

Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti


berikut:

(a.)  Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan


dan pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.

(b.) Istilah kebahagiaan:  Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.

1.1.5 Contoh yang berkaitan:


(a.)   Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme
Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu
mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil.
Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan
dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya,
utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak
yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini
kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan
kezaliman yang berleluasa.
(b.)  Pandangan tentang peraturan yang bermoral
Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi
semua yang terlibat. Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam
kampus perguruan.

(c.)  Tindakan mencuri


Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya
dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana
bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang
kena curi.

1.1.6 Kelemahan-kelemahan teori ini:


1.   Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan
sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu
adalah berbeza.
2.   Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah
tidak sama dengan orang lain.

1.2 Teori Egoisme:


1.2.1 Definisi:
Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika
menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.

1.2.2 Pengasas:
Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900), ialah seorang ahli falsafah yang
mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan
sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat.

Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata
yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah
ramai dan lemah. Manakala golongan bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu,
rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap
gologan bangsawan ini.

Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai
durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme)
sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi
konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama
dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan
dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil daripada
pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu
menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan.

Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang
egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan
kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.

1.2.3 Jenis dan ciri-ciri:


Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau Egoisme Etika.
Egoisme Psikologi Egoisme Etika
satu teori deskriptif Memberitahu (pescribe)
mengatakan bagaimana orang bagaimana mereka perlu
melakukan tindakan. bertindak.

Berpendapat bahawa semua Berpendapat bahawa semua


orang adalah selfish. orang perlu selfish.

Rajah 2

Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira
kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois
tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela.
Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai
sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan
mestilah bersifat individualistik.

1.2.4 Contoh yang berkaitan:


a)  Tindakan membantu orang lain
Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan
mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain,
Seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta
melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.

b)  Tindakan peperangan
Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka,
tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan
kepentingan diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat.
Manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak
mengunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik) untuk
mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah melayu
adalah bermoral.

c)  Tindakan kegiatan pertubuhan


Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap
sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya,
pertubuhan parti-parti politik.

1.2.5 Kelemahan-kelemahan:
1.  Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri
sendiri, hal ini memudaratkan orang lain.
2.   Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu piawaian atau
ukuran untuk menghakimi sesutau tindakan.

1.2.6 Kesimpulan:
Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita seharusnya
memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan. Manakala  pengajaran
Egoisme pula menyokong etika individualisme. Oleh itu, dalam kehidupan seharian,
kita mestilah berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau
pendapat daripada mana-mana pihak.

Anda mungkin juga menyukai