Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN KEWANGAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2006


Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Semua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan
PINDAAN NO.8 KEPADA PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 10
TAHUN 1994 DAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 6 TAHUN
1995 - KADAR KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Tujuan
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk memaklumkan
pindaan kepada pindaan ke-2 dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil 10 Tahun
1994 (PP 10/94)dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1995 (PP 6/95)
berhubung kadar kelayakan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.
Pindaan ini digunapakai untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Am,
Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia , Anggota Angkatan Tentera Malaysia
dan Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf
dengannya kecuali Anggota Pentadbiran.
Latarbelakang
2. Dalam Pembentangan Bajet 2007, Kerajaan menghargai sumbangan dan
dedikasi Anggota Perkhidmatan Awam. Menyedari akan harga rumah yang
semakin meningkat, Kerajaan bersetuju menaikkan kelayakan Pinjaman
Perumahan kakitangan awam sebanyak 20% bagi menjamin anggota
perkhidmatan awam memperolehi rumah yang lebih selesa.
Pindaan
3. Amaun kelayakan Pinjaman Perumahan adalah dipinda seperti berikut :-.Gaji Bulanan Hakiki
Kelayakan Pinjaman
(RM) (RM)
3,500 dan ke atas 360,000
3,000 ke 3,499 300,000
2,500 ke 2,999 264,000
2,000 ke 2,499 240,000
1,500 ke 1,999 192,000
1,200 ke 1,499 156,000
1,000 ke 1,199 120,000
800 ke 999 96,000
600 ke 799 72,000
599 dan ke bawah 48,000
Syarat-syarat Lain
4. Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam PP
10/94 dan PP 6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan No.1, No.3, No.4,
No.5, No.6 dan No.7 kepada Pekeliling-pekeliling tersebut adalah tidak
berubah.
Pembatalan
5. Dengan berkuatkuasanya SPP ini, pindaan ke-2 kepada PP 10/94 dan PP
6/95 bertarikh 7 Disember 2000 adalah terbatal.
Kuatkuasa
6. SPP ini berkuatkuasa mulai 1 September 2006.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( Tan Sri Izzuddin bin Dali )
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
6 September 2006
s.k.
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara Malaysia
Akauntan Negara Malaysia
2

Anda mungkin juga menyukai