Anda di halaman 1dari 15

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 02/1

BAHASAMELAYU
Kertas 1
Oktober
1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soplan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
(Lihat halaman sebelah

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


2

Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Ibu sedang _________________ kain sebelum menyidainya di ampaian di belakang nimah.


A memerah
B membilas
C memutar
D mengilas

2 Rohana _________________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik
membaca novel.
A terkial-kial
B tersipu-sipu
C terpinga-pinga
D termangu-mangu

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


3

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Jamal dan rakan-rakannya _________________ anak sungai sebelum pulang ke tapak


perkhemahan mereka.
A melintasi
B merintangi
C menghamngi
D menyeberangi

4 Pak Mat merotan __________________ menunggu pokok getahnya yang ditanam semula
boleh ditoreh.
A sambil
B kerana
C apabila
D sementara

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


4

5 Zulkifli berasa ___________________ apabila melihat Zaleha yang disangkanya


telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya.
A kaget
B takjub
C kagum
D pelik

6 Pembentangan kertas kerja tentang kemajuan ekonomi negara telah disampaikan


oleh seorang _________________ dari pusat pengajian tinggi tempatan.
A wartawan
B karyawan
C negarawan
D cendekiawan

7 Masih ada__________________ pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca


kenaikan harga barang.
A kekeliruan
B kegusaran
C perselisihan
D perbandingan

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


5

Soalan 8-14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.
Pilihjawapan yang paling sesuai.

8 Dengan yakin Amir berdiri sambil membidas hujah pihak pembangkang dalam pertandingan
A B C
bahas peringkat negeri. Tiada kesalahan.
D

9 Kerja-kerja pembungkusan dilakukan dengan cermat oleh pekerja perkilangan itu


A B
sebelum proses penghantaran dilakukan. Tiada kesalahan.
C D

10 "Maafkan patik kerana mengganggu tuanku beristirahat." sembah Bendahara kepada Sultan
A B C
Mahmud. Tiada kesalahan. D

11 Atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan lancar kerana halangan angin yang bertiup
A B
kencang dari arah yang bertentangan. Tiada kesalahan.
C D

12 Muzik selingan yang diperdengarkan dalam majlisjamuan itu mengembalikan nostalgia


A B
zaman bersekolah para tetamu yang hadir. Tiada kesalahan.
C D

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


6

13 Tatkala menyingkap pembabitan awal beliau dalam dunia kewartawanan, Puan Halimah
A
tidak menafikan bahawa pada awalnya hanya segelintir wanita yang menceburi bidang itu.
B C
Tiada kesalahan.
D

14 Sejak berkhidmat di syarikat ini, saya turut terlibat di dalam kerja-kerja sosial seperti
A B
membantu mangsa banjir serta membantu golongan daif. Tiada kesalahan.
C D

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


7

Soalan l5-17
Pilih ayat-ayatyang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa.


II Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera.
III Banyak wanita menginginkan kulit muka yang sehalus bayi.
IV Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

16 I Beberapa buah kereta berhias berarak dari pusat bandar ke stadium negeri.
II Kenangan silam berarak datang dalam fikirannya ketika dia melalui kawasan sekolah lamanya
itu.
III Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung berarak yang
menandakan hujan akan turun.
IV Ahli pasukan unit beruniform berarak semasa pengetua melakukan pemeriksaan barisan pada
hari sukan sekolah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

17 I Meja kecil itu beransur sedikit setelah dilanggar oleh adik.


II Kenderaan yang dipandu secara beransur dapat mengelakkan kemalangan.
III Penyakit yang dihadapinya beransur pulih setelah seminggu dirawat di hospital.
IV Kami sekeluarga beransur dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


8

Soalanl 8-21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

18 Angkasawan Negara menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di


angkasa lepas dengan penuh keceriaan.
A bercerita pengalaman
B menceritakan pengalaman
C berceritakan tenfang pengalaman
D menceritakan tentang pengalaman

19 Murid-murid sekolah itu sangat menghormati akan guru-guru mereka yang baik hati,
penyayang dan bertanggungjawab.
A hormat guru-guru mereka
B hormat pada guru-guru mereka
C menghormati guru-guru mereka
D menghormati akan guru-guru mereka

20 Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.
A Amat terindah
B Sungguh amat indah
C Amat sungguh terindah
D Sungguh amat terindah

21 Kata-kata aluan dalam buku program Majlis Anugerah Cemerlang itu membawa
mesej yang amat berkesan.
A Kata aluan
B Kata alu-aluan
C Kata-kata alu-aluan
D Kata-kata aluan

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


9

Soalan 22 - 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

22 Faizal mencadangkan agar keiasnya membuka gerai jualan makanan


bersempena dengan Hari Kantin Sekolah untuk menambahkan tabungan kelas.
A Bagi menambahkan tabungan kelas, Faizal mengesyorkan supaya kelasnya
membuka gerai jualan makanan semasa Hari Kantin Sekolah.
B Semasa Hari Kantin Sekolah, kelas Faizal disarankan membuka gerai jualan
makanan untuk mengisi tabung kelas.
C Kelas Faizal bercadang untuk membuka gerai jualan makanan bersempena
dengan Hari Kantin Sekolah agar tabungan kelas bertambah.
D Gerai jualan makanan yang dicadangkan oleh kelas Faizal dibuka bersempena
dengan Hari Kantin Sekolah bertujuan untuk menambahkan tabungan kelas.

23 Banyak orang tidak kira lelaki atau wanita sanggup berbelanja lebih semata-
mata untuk kelihatan menawan.
A Hanya untuk kelihatan menarik banyak orang sama ada lelaki atau wanita rela
berbelanja lebih.
B Untuk kelihatan menawan semata-mata, banyak orang sama ada lelaki atau wanita
perlu berbelanja lebih.
C Dengan hanya berbelanja secara berlebihan, banyak orang tidak kira lelaki atau
wanita akan kelihatan menawan.
D Banyak orang sama ada lelaki atau wanita sanggup kelihatan menawan semata-
mata dengan berbelanja lebih.

24 Kerajaan menggesa peniaga, pembekal dan pemborong agar menurunkan harga


barang kepada harga asal namun keadaan masih tidak berubah.
A Peniaga, pembekal dan pemborong dinasihati oleh kerajaan agar menurunkan
harga barang tetapi mereka tetap menjualnya dengan harga asal.
B Keadaan masih tidak berubah walaupun peniaga, pembekal dan pemborong
menggesa kerajaan agar menurunkan harga barang kepada harga asal.
C Harga barang diturunkan kepada harga asal namun kerajaan masih menggesa
peniaga, pembekal dan pemborong kerana keadaan masih tidak berubah.
D Walaupun peniaga, pembekal dan pemborong didesak oleh kerajaan supaya
menurunkan harga barang kepada harga asal namun belum ada tanda yang positif
ke arah itu.

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


10

Soalan 25-27
Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Tiap pelajar perlu mematuhi peraturan keseiamatan yang ditetapkan di makmal.


II Penduduk setempat tidak patuh larangan membuang sampah ke dalam sungai itu.
III Mak Jah mengadakan majlis doa selamat tanda kesyukuran atas kejayaan anaknya.
IV Ibu membeli alat-alat keperluan persekolahan untuk adik di kedai itu.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

26 I Aiman sedari dia perlu mengubah sikapnya jika ingin berjaya dalam pelajaran.
II Zalina menyerahkan buku latihan karangannya kepada Cikgu Aina.
III Fatimah mengesahkan penyertaannya dalam acara lumba lari itu,
IV Kakak menjahit sehelai baju kurung berwarna merah untuk adik.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

27 I Yang berkaca mata itu bijak berpantun dan bersyair.


II Buku-buku teks yang dibawanya itu penuh hingga satu beg.
III Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.
IV Penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja mampu mengelakkan
kesesakan lalu lintas.
A I dan IV sahaja
B II dan HI sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


11

Soalan 28 - 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

28 Peribahasa ini mengingatkan kita bahawa tiap-tiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah
sesuai dengan kemampuan kita sendiri.
Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah
A ukur baju di badan sendiri.
B tepuk dada tanya selera.
C alah membeli, menang memakai.
D alah bisa tegal biasa.

Emak : Kamu mesti memikirkan perkara itu dengan teliti sebelum


mengambil sebarang keputusan. Emak tidak mahu kamu
berasa kecewa dengan keputusan kamu itu.
Hassan : Terima kasih, mak. Nasihat mak akan saya ingat selalu.

29 Peribahasa yang sesuai dengan nasihat di atas ialah


A sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
B mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
C ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
D buang yang keruh, ambil yang jernih.

30 Prestasi kerja Anuar dianggap buruk kerana dia hanya akan melakukan tugasnya
apabila disuruh.
Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan sikap Anuar ialah
A seperti tikus membaiki labu.
B seperti melepaskan batuk di tangga.
C seperti hangat-hangat tahi ayam.
D seperti pahat dengan penukul.

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


12

Soalan 31-35
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Murad sedang duduk berbincang dengan kawan-kawan sepengakapnya, Hassan dan


Nazim.

HASSAN : Jadi, abang kau sudah betul-betul hendak berhenti sekolah?


MURAD Begitulah, Hassan. Sebab ayahku sakit. Bukannya kau tak tahu. Tengok
sekarang bila petang-petang macam ni, kerjanya asyik tidur saja.
NAZIM : Mintalah bantuan dari sesiapa saja!
MURAD : Siapa yang nak tolong kita! Oh, sebenarnya sejak aku dengar berita
tentang abangku nak berhenti sekolah, timbul dalam kepalaku tentang, ya...
ya... Hassan, Nazim kau baca tak surat khabar semalam?
HASSAN : Berita tentang apa tu? Dalam surat khabar tu banyak berita, ada berita
orang mencuri, berita kapal terbang terhempas, berita pembunuhan dan
macam-macam lagi.
MURAD : (Dia masuk sebentar dan kemudian keluar dengan membawa surat
khabar semalam.) Hah ... cuba kau baca berita ini! (Hassan dan Nazim
berebut-rebut hendak membacanya. Mereka membaca berita itu.)
NAZIM : (Setelah membaca.) Habis, apa rancangan kau, Murad?
MURAD : (Bangun.) Aku ada rancangan... menurut berita itu tempat kejadian itu
boleh jadi di sekitar tempat perkhemahan kita esok. Jadi sambil menyelam
kita minum air.
HASSAN : Aku rasa perbuatan kita ni berbahaya!
MURAD : Itu sudah tentu... ini memang kerja bahaya!
NAZIM : Ya, memang kerja bahaya, tapi aku rasa kita boleh cuba. Ini satu cabaran
kepada kita. Lagipun aku rasa mereka tentu tak menyangka kita ni tak buat
sesuatu...
HASSAN : (Memotong.) Kalau mereka tangkap kita macam mana?
MURAD : (Tegas.) Kalau kita nak buat sesuatu kerja, yang berat macam ni, jangan
terlalu memikirkan akibat buruknya. Semuanya tak jadi.
NAZIM Aku memang suka buat kerja macam ni... aku pemah ikut ayahku masuk
ke dalam hutan, memburu binatang.
HASSAN : Itu lain, Nazim. Kau memburu binatang,sekarang kita hendak memburu
manusia. Memburu binatang kerana hendakkan daging, sekarang memburu
manusia kerana hendakkan...

(Dipetikdaripada drama; Adik Berjasa,


antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


13

31 Apakah perkara yang dibincangkan oleh Hassan dan rakan-rakannya?


A Mereka merancang untuk menjejaki penjahat.
B Mereka berbincang tentang topik hangat yang tersiar dalam akhbar.
C Mereka mencari jalan untuk membantu abang Murad bagi mengatasi masalah
keluarga.
D Mereka berbincang tentang cabaran yang mungkin mereka hadapi seniasa
perkhemahan.

32 'Sambil menyelam kita minum air'yang diungkapkan oleh Murad bermaksud


A mereka memburu binatang sambil menangkap penjahat.
B mereka membaca'surat khabar sambil berbincang isu semasa.
C mereka bersekolah sambil membuat kerja untuk membantu keluarga Murad.
D mereka berkhemah sambil mencari jalan untuk memberkas penjahat.

33 Antara yang berikut, manakah bukan perwatakan Murad berdasarkan petikan drama?
A rajin membantu ibu bapa
B berpendirian tegas
C cekap menyusun strategi
D berani menempuh cabaran

34 Di manakah peristiwa dalam petikan drama tersebut berlaku?


A di tapak perkhemahan
B di bilik pengakap
C di rumah Murad
D di dalam hutan

35 Apakah kesudahan dramaAdik Berjasa?


A Murad dan kawan-kawannya ditangkap oleh penjahat.
B Murad dan kawan-kawannya sesat di hutan dan terpaksa bermalam di dalam gua.
C Gadis yang ditawan penjahat dapat dilepaskan tetapi mereka pula dijadikan
tebusan.
D Dengan bantuan pihak polis, Murad dan kawan-kawannya berjaya menangkap
penjahat.

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


14

Soalan 36 - 40
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jemur padi di tanah padang,


Anak ayam disambar helang;
Apa malang nasibnya badan,
Burung di tangan disambar orang.

Seri Mersing lagu Melayu,


Mari dikarang zaman dahulu;
Duduk termenung menongkat dagu,
Mengenang nasib dagang piatu.

Pukul Gendang kulit biawak, Sedikit tidak


berdentum lagi;
Di mana badan hend#k dibawa, Sedikit
tidak beruntung lagi.

Dari Jawa ke Bangkahulu,


Membeli keris di Inderagiri;
Kawan ketawa ramai selalu,
Kawan menangis seorang diri.

Pantai Lukut luas terbentang,


Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang,
Masuk tak penuh keluar tak kurang.

(Dipetik daripada Pantun Nasib,


antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

36 Seseorang akandianggap kurang bernasib baik apabila


A ditinggalkan kawan ketika dalam kesusahan.
B kehadirannya tidak dipedulikan oleh orang lain.
C sesuatu yang menjadi miliknya diambil oleh orang lain.
D hidup dalam keadaan yatim piatu dan tidak berharta.

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com


15

Ibarat melukut di tepi gantang

37 Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam baris pantun di atas
ialah
A personifikasi.
B hiperbola.
C simile.
D metafora.

38 Rangkap kelima dalam pantun tersebut bermaksud


A seseorang yang menganggap dirinya lemah.
B seseorang yang berasa dirinya tidak penting.
C seseorang yang sedar akan kemampuan dirinya.
D seseorang yang berasa sangat kecewa akan dirinya.

39 Apakah persoalan yang terdapat dalam pantun ini?


A Nasib malang akan menyebabkan kehidupan menjadi semakin susah
B Nasib malang bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan
C Nasib malang menjadi punca hidup dihina oleh masyarakat
D Nasib malang boleh diubah jika rajin berusaha

40 Apakah nilai yang terdapat dalam pantun ini?


A Berwaspada
B Bertanggungjawab
C Bekerjasama
D Berdikari

KERTAS SOALAN TAMAT

Untuk tip-tip peperiksaan PMR Bahasa Melayu lawati http://retibahasa.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai