Anda di halaman 1dari 13

PERINGKAT PENGUTARAAN TAMPAK KANAK-KANAK MENGIKUT

VIKTOR LOWENFELD DAN HERBERT READ

VIKTOR LOWENFELD
Lahir pada tahun 1903 di Linz, Austria. Bermain muzik
(violin) sejak dari kecil, dan pada umur 9 tahun beliau
mula menceburkan diri dalam bidang seni lukis.

Menurut Viktor Lowenfeld peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak dapat diketahui


dengan meneliti lukisan kanak-kanak mengikut perkembangan kanak-kanak. Bahan,
kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat
perkembangan untuk merangsang perutaraan tampak kanak-kanak,
Perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembagan menyeluruh kanak-
kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada
tahap perkembangan kanak-kanak.

 Menggunakan aksi kanak-kanak.


 Menggunakan isi kandungan yang berkaitan dengan kehidupan seharian kanak-
kanak.
 Objek yang konkrit.

Apabila pengetahuan sedia ada (pasif) diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran
akan berlaku secara semula jadi. Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-
kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk
membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Hasilnya,
perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihat dalam
keadaan tidak sedar.

Viktor Lowenfeld telah mengkelaskan peringkat pengutaraan tampak di kalangan


kanak-kanak hingga remaja, peringkat-peringkat tersebut adalah:

Contengan – usia 2 hingga 4 tahun

Pra Skematik- usia 4 – 7 tahun

Skematik – Usia 7 – 9 tahun

Awal realisme – usia 9 – 12 tahun

Penakulan- Usia 12 – 14 tahun

Remaja – usia 14 hingga 17 tahun


Peringkat contengan boleh dibahagi kepada 3 peringkat iaitu:

Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu.

Contengan Terkawal atau Contengan Kawalan garisan.

Contengan bermakna.

Contongen tanpa kawalan atau contengan tidak menentu.

Bermula dengan menconteng menggunakan apa sahaja bahan yang dapat


dipegang ke atas sebarang permukaan yang berada di persekitaran. Melihat
permukaan yang luas sebagai tempat paling mudah bagi mereka menconteng.

Merupakan contengan garisan bersifat panjang, pendek, tidak tentu arah secara
berulang-ulang.

Tidak menggambarkan apa-apa imej kerana kawalan maskular mereka masih


berada pada tahap lemah.

Hanya merupakan catatan kinestatik bukan bertujuan untuk menggambar. Lebih


kepada kepuasan dan keseronokan dapat memegang sesuatu tanpa memahami
fungsi sebenar alat.

Cara alat dipegang banyak bergantung kepada perkembangan fizikal dan


psikologi kanak-kanak.
Contengan terkawal atau contengan kawalan garisan

2 ½ tahun hingga 3 tahun

Pada peringkat ini keupayaan menconteng banyak kepada kawalan maskular


tangan.

Wujud koordinasi mata dan tangan.

Suka menconteng sehingga memenuhi ruang permukaan.

Garisan berulang-ulang dengan pelbagai nilai garisan.

Alat contengan dipagang dengan lebih baik selalunya tidak diangkat ketika
menconteng.

Mula membentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak dan melintang.

Cuba menampakkan sesuatu representasi klerana mereka mula menyedari


hubungan antara contengannya dengan objek tampak.

Contengan bermakna

Lewat usia 3 hingga 4 tahun.

Kanak-kanak cuba menamakan bahagian-bahagian pada lukisan mereka atau


menceritakan tentang apa yang mereka lukis walaupun imej sebenar tentang
cerita atau nama tersebut tidak jelas.

Gambar yang dilukis sudah mula dapat dikaitkan dengan alam sekeliling
terutamanya percubaannya untuk menggambarkan perasaannya.

Sudah mula menampakkan imaginasi dan tidak lagi hanya tertumpu kepada
pergerakan kinestetik
PERINGKAT PRA SKEMATIK

 Bermulanya bentuk konkrit yang mana kanak-kanak di peringkat ini melukis


bentuk-bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka

 Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya

 Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan


representasi tampak

 Misalnya mereka suka melukis muka orang

 Mereka tahu setiap muka ada mata, hidung, telinga dan mulut

 Kedudukan dan kadar banding mata, mulut dan lainnya tidak penting bagi
mereka

 Imej manusia digambarkan dengan rupa asas, iaitu bulat bagi muka, garis
panjang bagi anggota tubuh badan, kaki dan tangan.

 Objek dilukis di mana-mana sahaja ruang lukis(kertas atau permukaan).

 Unsur ruang telah cuba dinampakkan iaitu berasaskan kepada objek-objek


penyokong yang diletakkan di sekeliling objek utama.

 Ruang ini dinamakan ‘ruang badan’.

 Mereka suka mencuba dan membuat pernyataan sendiri walaupun imej yang
terhasil tidak logik bagi orang dewasa.
PERINGKAT SKEMATIK

o Skema bermaksud suatu konsep. Ianya diulang-ulang.

o Simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya


tidak tekal.

o Ia akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.

o Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan apa
yang mereka rasai(emosi) serta keupayaan kinestetik mereka.

o Kanak-kanak diperingkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek


yang menarik perhatian mereka.

o Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometrik seperti bulat(mandala),


empat segi, tiga segi, bujur dan kaku.

o Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia akan digambarkan
secara berlebih-lebih(exegeration)

o Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar


satah, yang mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis
tersebut.

o Lukisan mereka banyak kelihatan bersifat hiasan(dekoratif).


PERINGKAT AWAL REALISME

 Kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun

 Peringkat ini mereka mula menyedari tentang dirinya sebagai seorang ahli rakan
sebaya dan masyarakat.

 Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian.

 Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak
mengikut rakan sebaya atau jantina.

 Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri-ciri


rambut dan pakaian.

 Cara melebih-lebihkan mulai dikurangkan dan adakala langsung tidak diaplikasi

 Cuba untuk menampakkan ciri-ciri dewasa.

 Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja
bukan melalui pengamatan.

 Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindih-tindih objek.

 Objek tidak lagi diletakkan di atas garis dasar satah, tetapi memahami garisan.
horizontal di mana objek banyak bertumpu di bahagian bawah(tanah).

 Kadar banding(propotion) pada lukisan orang dilakukan secara naturalistic.

 Menggunakan warna-warna bagi menggambarkan sesuatu objek.

 Hijau untuk pokok, biru untuk langit, kuning untuk tanah dan sebagainya.

 Memasukkan lebih banyak objek ke dalam lukisan mereka.


CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN KEUPAYAAN TAMPAK KANAK-KANAK

 Rangsang(stimulasi) pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan


bacaan, bercerita, menonton filem tentang haiwan, manusia dan sebagainya.

 Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu, memainkan peranan


penting di peringkat usia ini.

 Berikan perhatian terhadap karya seni mereka agar mereka merasakan


kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai.

 Bimbing kanak-kanak berfikir sehingga kepada satu titik mula di mana mereka
boleh berfikir dan bertindak secara berdikari.

 Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka, kerana kesilapan juga
meriupakan proses pembelajaran.
PERINGKAT-PERINGKAT PENGUTARAAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI
VIKTOR LOWENFELD.

1) PERINGKAT
CONTENGAN CIRI-CIRI
(2-4 tahun)

 Mula dengan conteng menggunakan apa sahaja


bahan atau alat pada sebarang permukaan di sekitar
mereka.
a) Contengan tanpa  Contengan garisan bersifat panjang, pendek secara
kawalan atau berulang-ulang.
contengan tidak  Cara alat dipegang ikut keupayaan dan kesukaan
menentu  Daya contengan bergantung kepada perkembangan
fizikal dan psikologikal kanak-kanak.

 Keupayaan menconteng bergantung kepada kawalan


maskular tangan
 Wujud koordinasi mata dan tangan
 Suka conteng hingga penuhi ruang permukaan
 Garisan berulang dengan pelbagai nilai garisan
b) Contengan  Alat contengan dipegang dengan lebih baik
terkawal ataupun  Tangan selalunya tidak diangkat semasa menconteng
contengan kawalan
 Mula bentuk rupa mudah seperti bulat, garisan
garisan
menegak dan melintang
 Cuba menampakkan sesuatu representasi kerana
mula menyedari hubungan diantara contengan
dengan objek tampak

 Lewat usia 3-4 tahun


 - Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada
lukisan atau menceritakan tentang lukisan mereka
c) Contengan walaupun imej sebenar tentang cerita atau nama
bermakna tersebut tidak jelas.
 Gambar yang dilukis dapat dikaitkan dengan alam
sekitar (cuba menggambarkan perasaan)
 Mula menampakkan imaginasi (tidak hanya tertumpu
pada pergerakan kinestetik)
 Piaget namakan peringkat ini sebagai peringkat
intuitif dalam operasi konkrit
 Bermulanya bentuk konkrit (kanak-kanak melukis
bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka)
 Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya
 Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu
bukan merupakan reprensentasi tampak
 Contoh : Mereka lukis muka orang, mereka tahu
setiap muka ada telinga, mata, hidung dan mulut.
2) PERINGKAT Kedudukan atau kadar banding mulut, mata dan lain-
PRA- SKEMATIK lain tidak penting kepada mereka
(4- 7 tahun)  Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat
bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki
dan tangan).
 Objek dilukis dimana-mana sahaja pada ruang lukis
 Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan
objek-objek penyokong yang diletakkan disekeliling
objek pertama. Ruang ini dinamakan ruang badan.
 Suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun
imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa

 Skema bermaksud sebagai suatu konsep. Ianya


diulang-ulang
 Simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh
kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ia akan
berubah mengikut tahap perkembangan kanak-
kanak.
 Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa
yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi)
3) PERINGKAT serta keupayaan kinestatik mereka.
SKEMATIK  Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar
manusia dan objek-objek yang menarik perhatian
(7 – 9 tahun)
mereka.
 Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk
geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur
dan lain-lain.
 Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka
manusia, digambarkan secara berlebihan
(exegeration).
 Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan
melalui satu garisan dasar satah di mana semua
objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis
tersebut.
 Lukisan mereka bayak kelihatan bersifat hiasan
(dekoratif).

 mereka mula menyedari tentang diri sebagai seorang


ahli rakan sebaya dan masyarakat
 kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian
mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan
sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan
sebaya sam jantina.
 Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri
perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian.
 Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi
dilakukan
 Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada
kesedaran tampak sahaja bukan melalui
pengamatan.
 Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-
tindih objek.
 Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah,
tetapi memahami garis horizon di mana, objek
banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah).
4) PERINGKAT
 Kadar banding (propotion) pada lukisan orang,
AWAL REALISM
dilakukan secara naturalistik.
(9-12 tahun)
 Menguunakan warna bagi menggambarkan sesuatu
objek.Hijau untuk pokok,biru untuk langit,kuning untuk
tanah dan sebagainya.
 Memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan
mereka.

Cadangan untuk meningkatkan keupayaan tampak

 rangsangkan pemikiran mereka dengan memberikan


banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem
tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan
dan kepercayaan mereka tentang sesuatu
memainkan peranan penting diperingkat usia ini
 Berikan perhatian terhadap karya mereka agar
mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka
dan dirinya dihargai.
 Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke satu titik mula
di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara
berdikari
 Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan
mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses
pembelajaran
 Peringkat Peeudo-natiralistik, iaitu lebih menyedari
tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang
diperhatikan
 Peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman
5) PERINGKAT remaja dan bersifat lebih kritikal.
PENAAKULAN  Lukisannya diolah lebih natural
 Mmahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz
(12-14 tahun)
lebih kecil berbanding yang dekat
 Terdapat tanda-tanda dalam lukisan mereka yang
Cuma menggunakan perspektif
 Terdapat juga yang cuba mengubahsuai gambar
orang dan haiwan ke dalam bentuk karton melalui
lukisan satirikal.

6) PERINGKAT  Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri,


REMAJA idealistik dan menyedari peranannya dalam
(14-17 tahun) masyarakat.
 Bersifat individualistik dan merasakan bebas
membuat keputusan sendiri.
 Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan
menjadi lebih matang.
 Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada
mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan,
respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.
 Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk
mendapatkannya kemahiran seni dan tertentu yang
disukainya seperti batik, catan dan sebagainya.
 Peringkat ini memulakan era memahami kehidupan
sosial dan konsep seni yang berfungsi.
HERBERT READ

Born on 4 December 1893, Kirkbymoorside,


North Yorkshire.
Died 12 June 1968 (aged 74), Stonegrave, North
Yorkshire.
Occupation as a poet, modern art historian, and
literary & art critic
Nationality : English

Herbert Read menyatakan seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. – Seni adalah alat
untuk mendidik seseorang. Seni juga boleh menyatukan semua Negara melalui
pendidikan dan pembentukan diri.

Anda mungkin juga menyukai