Anda di halaman 1dari 72

1

NILAI-NILAI TERAS
SEKOLAH MENENGAH

 Rajin
 Usaha
 Berilmu
 Berfikir
 Amanah
 Berakhlak mulia
 Ikram

OBJEKTIF
KEMENTERIAN PELAJARAN

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan


sejahtera

3. Menyediakan sumber tenaga mausia untuk keperluan dan kemajuan negara

4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

BAB 1

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
2

PANDUAN AM

1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

1.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pelajaran, sekolah dan
Nilai-Nilai Teras Sekolah Menengah.

1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Vivi dan Misi Sekolah.

1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi Matlamat dan Objektif
Sekolah.

1.4 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.

1.5 Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi
kepentingan peribadi.

1.6 Semua guru adalah guru displin.

1.7 Semua guru adalah gu ru kaunseling.

2. KEDATANGAN

2.1 Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
3

2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu
persekolahan dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah,
dipejabat.

2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya


tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang
munasabah.

2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan
kecuali keadaan kecemasan.

2.5 Waktu bekerja semua staf sokongan mengiktu waktu bekerja perkhidmatan awam
yang sedang berkuatkuasa.

3. KELUAR WAKTU BERTUGAS

3.1 Pada waktu persekolahan / kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran
Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada
Pengetua / Guru Penolong Kanan.

3.2 Guru Dikehendaki mengisi dua salinan Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan
tandatangan Ketua Bidang masing-masing ( untuk menyediakan guru ganti ) dan
tandatangan Pengetua / Guru Penolong Kanan. Satu salinan disimpan dalam fail
di pejabat manakala satui salinan lagi diserahkan kepada jaga bertugas di pondok
jaga untuk direkodkan. ( Rujuk Lampiran A )

3.3 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah

3.4 Staf sokongan dikehendaki mendaptkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau
wakilnya dan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan sebagai
tanda kebenaran.

3.5 Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk
semula.

4. MELAKUKAN KERJA LUAR

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
4

4.1 Penjawat awam ( termasuk guru ) dibolehkan melakukan kerja luar dengan
mematuhi Perintah Am Bab ’ D ’ seperti berikut :-

4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.


4.1.2 Dibenarkan dengan syarat :-

4.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja / pejabat


4.1.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
4.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan
kepentingan jabatan.

4.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa


tindakan tersebut adalah melanggar Akta pendidikan 1996 ( Akta 550 )
subseksyen 79 ( 1 ) dan subseksyen 132 ( g ) di mana boleh didenda tidak
melebihi RM 50,000 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu ) atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedu-duanya sekali.

5. CUTI

5.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut surat pekeliling Kementerian Pelajaran KP ( PP ) 0046.SJ / A (30)


bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakkan mendapat cuti penggal sekolah
untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh
Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
5.2 Cuti Rehat Khas ( CRK )

5.2.1 Cuti sambilan tidak lebih daripada tujuh ( 7 ) hari yang diberi kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8. Pekekliling Perkhidmatan Bilangan
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
5

4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh ( 7 ) hari dalam
satu tahun kalendar ; dan

5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang
Tunai Gantian bagi pegawai yang layak.

5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru
Kontrak.

5.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan


keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

5.2.5 Bilangan hai CRK yang layak diambil adalh berdasarkan tempoh
perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan
( rujuk Perintah am 1 ( ix ) Bab C ) .

5.3 Cuti Sakit

5.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-
berturut hendaklah disahkan oleh P egawai Perubatan Kerajaan.

5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari
dalam setahun.

5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus
akan dilaporkan ke jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.

5.4 Cuti Keluar Negara

5.4.1 Semua Guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan
borang permohonan yang ada dipejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu
sebelum tarikh bercuti.

5.5 Cuti Khas – Isteri bersalin

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
6

5.5.1 Diberikan selama tujuh hari ( 7 ) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan
kelepasan am. Kemudahan in dihadkan kepada lima ( 5 ) kali dan tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan.

5.6 Cuti Tanpa Rekod

5.6.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih
masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemak tahunan
pertubuhan / persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan,
mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas
perubatan.

5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat

5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat. Selama tiga (
3 ) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami
atau isteri, anak – anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari
rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.

6. PAKAIAN

6.1 Guru hendaklahberpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan


masyarakat timur.

6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak
dibenarkan bagi guru perempuan.

6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai.

6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut / sepatu, guru perempuan juga
dikehendaki memakai sepatu ( kasut sarung / bukan sandal ) supaya kelihatan
lebih kemas dan rasmi.

6.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada 1 dan 15 haribulan setiap
bulan.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
7

6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai :

6.6.1 Guru perempuan : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T,
Kemeja sukan, Baju trek, Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

6.6.2 Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, Kemeja
sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

7. TANDA NAMA

7.1 Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

8. BILIK GURU

8.1 Guru hendaklah berada dil bilik guru semasa tidk mengajar di kelas. Masa
tersebut hendaklah dianggap ’non teaching period’ dan bukannya ’free period’.
Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di
bilik guru.

8.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sam bertanggungjawab


memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu kententeraman orang
lain.

8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.

8.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru, ternasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.

8.5 Sesiapa yang terakhir meninggallakan bilik guru hendaklah memastikan semua
komputer, lampu, air-cond dipadamkan dan semua pintu di kunci.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
8

9. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

9.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah
berurusan dengan ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.

9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah
berurusan dengan ketua panitia, guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang
atau Guru Penolong Kanan.

10. TUGAS GURU

10.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga
pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan
bertanggungjawab.

10.2 Sekiranya guru dikehendaki mengahadiri mesyuarat, di Jabatan Pelajaran atau


Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang
ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakan tanpa pengetahuan
Pengetua.

10.3 Guru ysng mewakili sekolah dalam man-mana mesyuarat atau taklimat di luar,
minit curai hendaklah dikemukakan kepad Pengetua dengan menggunakan
borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat Sekolah (rujuk Lampiran B).

10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya,
apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ”In House Training” kepada guru
dan dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan / Pengetua tarikh dan masa
pelaksanaannya.

10.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada ketua Bidang.

11. BUKU REKOD MENGAJAR

11.1 Setiap guru bertangggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar.


Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
9

ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Penolong Kanan / Guru Kanan
Mata Pelajaran setiap hujung minggu mengikut jadual untuk disemak dan
ditandatangani.

11.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada guru Penolong
Kanan, untuk urusan guru pengganti.

11.3 Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke
Pejabat Sekolah.

12. JADUAL WAKTU MENGAJAR

12.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.

12.2 Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.

12.3 Guru tingkatan ( Akademik ) hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu
untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

13.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja
atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada Guru Penolong kanan HEM.

13.2 Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-
peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentuseperti makmal,
bengkel dll.

14. KEBERSIHAN

14.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran


bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan
masing-masing. Alat-alat membersihkankan kelas hendaklah digunakan dengan
cermat dan disimpan dengan baik.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
10

14.2 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik
khas / tempat khas ( bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, makmal bahasa dan
lain-lain ) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik masing-masing.

14.3 Semua guru, staf sokongan dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap
kebersihan kawasan sekolah.

15. SURAT MENYURAT

15.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolah hendaklah ditandatangani
oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.

16. SURAT YANG DITERIMA

16.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap
surat-surat tersebut.

16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui salinan
dan salinan kepada Pengetua, Surat itu boleh itu boleh disimpan sendiri setelah
diambil tindakan.

16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah :

16.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika
salinan asal minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan
dalam fail di pejabat.

16.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang
yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap
disi hendaklah disediakan surat litup / iringan ( covering ) yang boleh didapati
di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus
kepada yang berkenaan tanpa surat litup ( covering ) dari sekolah walaupun
dihantar dengan serahan tangan. Satu salinan borang berkenaan dan surat litup

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
11

( covering ) hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod


atau rujukan bila diperlukan.

17. URUSAN DENGAN JPN / PPD

17.1 Guru dan staf sokongan tidak digallakkan pergi ke jabatab Pelajaran Negeri atau
Pejabat Pekajaran Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat
demikian.

18. PELAWAT / JURUJUAL

18.1 semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Guru Penolong


Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil
firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua / wakilnya ( rujuk
Lampiran C )

19. PEMBELIAN BARANG

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
12

19.1 Setiap pembelaian barang mesti dengan kebenaran terlebih dahulu dengan
menggunakan borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah,
( rujuk lampiran D )

19.2 Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Guru
Penolong Kanan Sebelum diluluskan oleh Pengetua.

19.3 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk


menyediakan Borang Pesanan Tempatan ( Local Orcer / LO )

19.4 Segala invoismesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekodkan no.
daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima
hendaklah direkodkan serta merta dalam buku buku stok dengan tepat dan kemas.

20. KEGIATAN KOKURIKULUM

20.1 Semua guru adalah penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan teratur dan megikut jadual yang ditetapkan.

20.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku
kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.
21. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan
hari yang ditetapkan.

21.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.

21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menasyidkan Asmaul Husna, menyanyikan


Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.

22. MESYUARAT GURU

22.1 Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan
guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
13

22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru
Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia.

22.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja, Kemeja
T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan.

23. ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS DALAMAN

23.1 Semua Guru Dikehendaki hadir dalam semua acara / majlis rasmi sekolah dan
juga kursus dalaman.

23.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran
kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.

24. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT

24.1 Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional
yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud
perasaan kekitaan dalam organisasi.

24.2 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan atau pun pelajar
sekolah ini.

24.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum,status sosial,


sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali
wujud di sekolah.

25. KEAHLIAN KELAB GURU / PERSATUAN IBU BAPA & GURU ( PIBG )

25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
14

26. ARAHAN DAN PEKELILING.

26.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya
didalam fail khas.

27. PENGGUNAAN ALAT- ALAT

27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.

27.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.

27.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera
serta berkeadaan baik.

27.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.

28. TELEFON

28.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru dan staf
sekolah tidak dibenar mengguna telefon sekolah untuk urusan peribadi.

28.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bilik darjah dan
semasa mesyuarat

29. KUNCI

29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah
mengisi Buku Rekod Peminjam di pejabat.

29.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat
kebenaran daripada pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas
sekolah.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
15

30. BUKU STOK / INVENTORI

30.1 Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok /
inventori dan memuaskan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemaskini, ( setiap pembelian dan keluar masuk barang
hendaklah direkodkan dengan serta merta ).

30.2 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok
inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun
untuk disahkan oleh Guru Penolong Kanan / Pengetua.

31. KOMPUTER RIBA / LCD PROJEKTOR

31.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD projektor hendaklah
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan.

31.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untukl P & P


sebagaimana objektif penggunaanya.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
16

BAB 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


SEKOLAH
1. Pemimpin Organisasi ( Organisational Leader )

1.1 Mewujudkan infrastuktur yang sesuai untuk mengumpulkan data.

1.2 Merancang secara kolaboratif untuk keperluan ’stakeholder’.

1.3 Memanfaatkan sumber manusia, fizikal dan kewangan sekolah berasaskan


keutamaan.

1.4 Mengaitkan proses akauntabiliti dengan output yang telah dipersetujui.

2. Pemimpin Pendidikan ( Educational Leader )

2.1 Memberi ransangan kepada guru dan ahli komuniti untuk menyumbang idea dalam
proses pembentukan visi sekolah.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
17

2.2 Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman mengenai prinsip padagogi


serta untuk mendapatkan outptut pengajaran dan pembelajaran yang
maksimun.

2.3 Memupuk kepimpinan secara bersama ( Collective Responsibility )

2.4 Melaksanakan proses perubahan yang berkesan melalui penambahbaikkan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Menggalakkan hubungan yang efektif diantara sekolah dan komuniti.

3. Pemimpin Pengajaran ( Curriculum Leader )

3.1 Mengaplikasikan ketrampilan Teknikal ( Technical Competencies )

3.1.1 Mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan tentang perkembangan


kurikulum, kemahiran dalam displin ilmu untuk membuat keputusan
berdasarkan nilai-nilai yang dingini.

3.1.2 Mengaplikasikan pengetahuan tentang bidang yang generik dan spesifik.

3.1.3 Mengaplikasikan asas-asas kurikulum ( falsafah, sosiologi, psikologi dan


sejarah )

3.1.4 Menjalankan kajian dan membuat kajian atas perkara yang dibuat untuk
dimanfaatkan.

3.2 Mengaplikasikan Ketrampilan Kemanusiaan ( Human Resource Competence )

3.2.1 Cekap dala mengendalikan keperluan individu dan keperluan pasukannya


serta komuniti ( interpersonal skills ) dan proses ”group dynamics”.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
18

3.2.2 Memenuhi keperluan pelajar dan komunitti.

3.2.3 Memberi penghargaan kepada individu dan kumpulan.

3.3 Melaksanakan Ketrampilan Bekerja di dalam Sistem Organisasi ( Political


Competencies ).

3.3.1 Memastikan sistem di dalam organisasi itu berfungsi dan bagaiman hendak
mnyesuaikan diri ke dalam sistem.

3.3.2 Mengimbangi bebanan dengan kemampuan seseorang.

3.4 Mengaplikasikan Ketrampilan ”Kejurubinaan” ( Architecural Competencies )

3.4.1 Membina satu kerangka peranan dan perhubungan dengan manusia di dalam
organisasi untuk menggerakkan sesuatu tugas ( task-oriented )

4. Pengurus Sumber Manusia

4.1 Fungsi Penghubung Dan Pembangunan sumbar Manusia :

4.1.1 Berkomunikasi secara berkesan dengan guru, pelajar, ibu bapa dan ahli
komuniti.

4.1.2 Menguruskan konflik secara berkesan dengan harapan untuk mencapai senario
menag-menag ( win-win ).

4.1.3 Menguruskan keselamatan dan kesihatan serta kebajikan staf.

4.1.4 Menggalakkan semangat berpasukan dan proses membuat keputusan


kolaboratif.

4.1.5 Menguruskan Latihan dan Pembangunan Manusia.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
19

4.1.6 Menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk guru, pelajar dan ibu bapa.

4.2 Fungsi Pentadbir

4.2.1 Mewujudkan persekitaran yang menimbulkan kepercayaan.

4.2.2 Mewujudkan persekitaran yang teratur.

4.2.3 Mewujudkan polisi komunikasi terbuka.

4.2.4 Mewujudkan tingkahlaku menerima dan menyayang.

4.2.5 Akui keunikan dan diberi peluang individu menunjukkan identiti diri.

4.2.6 Iktiraf individu dan buatkan dirinya dihargai.

4.2.7 Bina kejelekitan dan saling trime staf.

4.2.8 Wujudkan perasan bangga terhadap sekolah dan pekerjaan.

4.2.9 Tingkatkan semangat berpasukan dan kerjasama rakan sekerja.

4.2.10 Sediakan peluang bagi individu menonjolkan kebolehannya dan iktiraf.

4.2.11 Tetapkan tahap pencapaian yang tinggi dan boleh dicapai.

4.2.12 Memantau kemajuan dan diberi maklum balas yang spesifik.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
20

2. GURU PENOLONG KANAN

Bidang Tugas

1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua.


2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan
masyarakat dan keselamatan.
4. Membantu penngetua menyelia dan meneliti proses pengajaran.
5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengajaran sekolah.

Senarai Tugas

1. Kurikulum
1.1 Menentukan pelaksanaan bidang pengajian.
1.2 Menentukan rancangan pelajaran harian dan tahunan.
1.3 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
1.4 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan
bengkel.
1.5 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
1.6 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru
yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas
harian mereka.
1.7 Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian
dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan.
1.9 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
21

1.10 Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
1.11 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta jadual guru ganti.

2. Pengurusan
2.1 Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.
2.2 Membantu menyemak dan mengawas kedatangan guru dan staf sokongan.
2.3 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan untuk guru serta staf sokongan.
2.4 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat.
2.5 Membantu merancang,menyelia dan mengawasi pelaksanaan Takwim Sekolah.
2.6 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.8 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
2.9 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.10 Menjadi penandatangan kedua cek sekolah.
2.11 Membantu menyelia surat-surat sekolah.
2.12 Menjaga dan menyemak stok/inventori peralatan sekolah.
2.13 Mengurus dan menilai prestasi tahunan guru dan staf sokongan.

3. Pembangunan Diri Pelajar


3.1 Membantu merancang langkah-langkah keselamatan.
3.2 Membantu merancang, melaksana Latihan Mencegah Kebakaran/Latihan
Kebakaran dan Kegiatan seumpamanya.
3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
3.4 Membantu menyemak/menandatangan Buku Laporan Adab Belajar.

4. Pembangunan Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan.

5. Pembangunan Kendiri
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang iktisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
keguruan.

6. Tugas-tugas Lain

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
22

6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari


semasa ke semasa.
6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa.

3. GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)

Bidang Tugas

1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru Penolong


Kanan.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan kaunseling,
keselamatan dan kebajikan pelajar, kesihatan, buku teks, biasiswa, perayaan sekolah,
kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara (1.3) di atas.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai Tugas

1. Pembangunan Diri Murid

1.1 Disiplin
1.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
1.1.2 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
1.1.3 Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah/Majlis
Perwakilan Pelajar.
1.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar
peraturan tatatertib dan salahlaku.
1.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin pelajar.

1.2 Bimbingan dan Kaunseling


Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
23

1.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan


kaunseling bersama-sama dengan guru bimbingan dan kaunseling.
1.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling pelajar serta
menyediakan laporan yang diperlukan.
1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
1.2.4 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi pelajar-pelajar
baru.

1.3 Program Perlindungan Murid/Pelajar


1.3.1 Merancang dan mnyelaras program penyalahgunaan dadah dan program
lain di peringkat sekolah.
1.3.2 Memastikan langkah-langkah Keselamatan pelajar semasa berada di
sekolah dilaksanakan.
1.4 Kesihatan
1.4.1 Mengurus kemudahan rawatan pelajar.
1.4.2 Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan
sempurna.
1.4.3 Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
1.4.4 Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
1.4.5 Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.

1.5 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


1.5.1 Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku
teks.
1.5.2 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT.
1.5.3 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku
teks.

1.6 Biasiswa dan Bantuan


1.6.1 Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
1.6.2 Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
1.6.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran bisiswa pelajar.

1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah


1.7.1 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan,
keceriaan dan keindahan sekolah.

2. Pengurusan

2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran pelajar.


Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
24

2.2 Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.


2.3 Menguruskan pertukaran pelajar.
2.4 Menyemak buku kedatangan harian pelajar.
2.5 Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran
sijil berhenti sekolah.
2.6 Menyemak kad 001/002 dan kad tenaga asas.
2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.8 Membantu merancang Takwim Sekolah.

3. Pembangunan Organisasi

3.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat.

3.2 Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan.

4. Pembangunan Kendiri

4.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.

4.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.

4.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan bagi pengurusan sekolah (R&D).

4.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang iktisas dan pengurusan.

4.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang


memerlukannya.

4.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
keguruan.

5. Tugas-tugas lain

5.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari


semasa ke semasa.

5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh


pengetua dari semasa ke semasa.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
25

4. GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Bidang Tugas

1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan


yang lain.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aktiviti kokurikulum iaitu
sukan/permainan, kelab/persatuan dan unit beruniform, aktiviti koperasi sekolah dan
penerbitan/percetakan Majalah Sekolah.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti dalam perkara 3 di atas.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai Tugas

1. Kokurikulum
1.1 Sukan dan Permainan
1.1.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan
permainan di semua peringkat.
1.1.2 Membantu merancang Takwim Sukan dan permainan Sekolah.
1.1.3 Mengurus pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah.
1.1.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya
mencapai matlamatnya.

1.2 Kelab/Persatuan
1.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang
bercorak akademik.
1.2.2 Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut
jadual.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
26

1.3 Unit Beruniform


1.3.1 Merancang strategi penglibatan unit beruniform.
1.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.
1.3.3 Memastikan pelaksaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.

1.4 Koperasi Sekolah


1.4.1 Menyelaras kegiatan-kegiatan berkaitan koperasi sekolah.

1.5 Penerbitan dan Percetakan Majalah Sekolah


1.5.1 Membantu dan mengurus segala hal yang berkaitan dengan penerbitan dan
percetakan Majalah Sekolah dan seumpamanya.

2. Pengurusan
2.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
2.3 Menentukan langkah keselematan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah
diambil.
2.4 Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan
pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
2.5 Menguruskan dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
2.6 Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
2.7 Mengenalpasti pelajar yang berpotensi untuk maju dalam bidang kokurikulum
dan mengadakan program khas untuk mereka.

3. Pembangunan Organisasi
3.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat.
3.2 Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan.

4. Pembangunan Kendiri
4.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
4.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
4.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan bagi pengurusan sekolah (R&D).
4.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang iktisas dan pengurusan.
4.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
4.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
keguruan.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
27

5. Tugas-tugas Lain
5.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.
5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa.

5. GURU KANAN MATA PELAJARAN (Ketua Bidang)

Bidang Tugas

1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan


bidangnya.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kurikulum
yang berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah
pelajar.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan
yang berkaitan bidangnya.
6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal berkaitan dengan bidangnya, dengan
pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Latihan Mengajar
bagi guru-guru pelatih/maktab/universiti dan seumpamanya.
7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

Senarai Tugas

1. Kurikulum
1.1 Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran
Tahunan, Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia mata pelajaran
bi bawah kawalannya.
1.3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Membimbing guru terlatih, guru yang baru dan guru sandaran dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
28

1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan
berkesan.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.
1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan
dan pengkayaan.
1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan kurikulum
yang dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran.
1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang
dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.
1.10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang
diarahkan oleh pengetua.
1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan, dan perjumpaan di
sekolah dalam konteks perkembangan staf.
1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan
pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
guru.
1.13 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-
amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum.
1.14 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya.

2. Kokurikulum
2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang
bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan
akademik pelajar.
2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah
bidangnya.

3. Pengurusan
3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di
bawah bidang dan kawalannya.
3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.
3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan
segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.4 Membantu merancang Takwim Sekolah.
3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaan.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
29

3.7 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit


tahunan.
3.8 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan
yang berkaitan dengan bidangnya.
3.9 Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku
di bilik darjah dan sekolah.
3.10 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah
dan menjaga keceriaannya.
3.11 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar dan program Penilaian Kendalian Sekolah
Menengah (PKSM) sebagaiman yang dirancang.

4. Tugas-tugas Lain
4.1 Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru (PKG), Pejabat Pendidikan Daerah
Bahagian dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri tentang apa juga maklumat dan
bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
4.2 Berhubung dengan Guru Kanan Bidang sekolah lain yang berhampiran bagi
tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan
keupayaan dan pengetahuan.
4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai
semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.
4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan
sekolah.
4.5 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, penyediaan jadual
waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

6. GURU MATA PELAJARAN

6.1 Mengajar mata pelajaran mengikut jumlah waktu dan kelas yang ditetapkan.
6.2 Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan
sukatan pelajaran dan huraian sukatan yang berkenaan.
6.3 Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang
harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus
dicapai di akhir setiap pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi setiap tingkatan.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
30

6.4 Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang sentiasa dikemaskini dan
menyerahkan kepada pengetua atau wakilnya pada masa yang ditetapkan.
6.5 Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian bagi mata pelajaran yang
diajar dengan lengkap dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan
Pelajaran yang disediakan. Rancangan Harian perlu disediakan sekurang-
kurangnya sehari sebelum P&P tersebut dijalankan.
6.6 Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.
Menyerahkan/menunjukkan buku latihan pelajar kepada Pengetua atau wakilnya
pada masa yang dikehendaki.
6.7 Menjalankan Ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar. Rekodkan soalan-
soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
6.8 Mengesan kelemahan pelajar dalam mata pelajaran yang diajar dan menjalankan
kelas pemulihan/bimbingan untuk mencapai objektif SBP.
6.9 Menjadi ahli dalam Panitia Mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
6.10 Guru mata pelajaran hendaklah menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah.
6.11 Memastikan keselamatan pelajar di makmal sains/bengkel KH/bilik ERT/makmal
bahasa/makmal komputer dan bilik-bilik khas yang lain serta mengawasi penggunaan
peralatan.
6.12 Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada
yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat
Pelajaran Daerah. Menyampaikan semula kepada guru lain yang mengajar mata
pelajaran yang sama di sekolah.
6.13 Sentiasa mengikuti prkembangan dan pembaharuan tentang tknik mengajar bagi mata
pelajaran berkenaan bagi meningkatkan lagi prestasi dalam P&P.
6.14 Melaporkan kepada Guru Kanan Mata pelajaran tentang masalah P&P untuk tindakan
selanjutnya.
6.15 Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar (ABM) yang
digunakan, memastikan ABM digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam
menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber sekolah.
6.16 Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
6.17 Membantu menguruskan Koleksi Soalan dan Bank Soalan.
6.18 Menjalankan tugas seorang kaunselor dan guru disiplin.
6.19 Bekerja sebagai “Team Player”.

7. GURU PENYELARAS BESTARI (ITC)

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
31

Senarai Tugas

7.1 Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah

7.1.1 Guru penyelaras bestari menjadi sumber penting menyalur semua maklumat dan
maklum balas kepada semua perlakuan perisian yang dibekalkan.

7.2 Mengurus dan menyelenggara kemudahan IT dan perisian-perisian aplikasi yang


dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.

7.2.1 Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal


atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti yang ditentukan oleh Kementerian
Pendidikan.

7.2.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap
hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan
sebagainya.

7.2.3 Memastikan kesemua infrastuktur teknologi berada dalam keadaan baik.

7.2.4 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan
infrastruktur teknologi ditempatkan.

7.3 Menyediakan keperluan peralatan IT untuk guru dan membantu serta membimbing
mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

7.3.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang
diperlukan oleh pihak pengguna.

7.3.2 Menyediakan keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah


dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam
aktiviti-aktiviti sekolah bestari.

7.3.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti


sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.

7.4 Melatih guru menggunakan kemudahan IT secara efektif di samping menggalakkan


penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

7.4.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan


dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam
penggunaan sistem aplikasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.

7.4.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan IT dijalankan untuk menentukan


keberkesanan penggunaan tersebut.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
32

7.4.3 Memastikan penggunaan Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching


and Learning Materials atau TLM atau courseware).

7.5 Melatih staf menggunakan kemudahan IT secara efektif di samping menggalakkan


penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

7.5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran


kepada pengguna-pengguna dengan sistem komputer dan aplikasi perisian.

7.5.2 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan


kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah
Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran.

7.5.3 Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan SEkolah Bestari (Smart School


Management System atau SSMS) untuk pengurusan sekolah beroperasi dengan
baik.

7.6 Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah
ditentukan oleh kementerian Pendidikan.

7.6.1 Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran.

7.7 Sebagai Pengurus e-mel.

7.7.1 Menguruskan akaun pengguna dan e-mel.

7.8 Memastikan integrity dan keselamatan data.

7.8.1 Guru Penyelaras Bestari dikehendaki memastikan supaya ciri-ciri dan polisi-polisi
keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan.

7.8.2 Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi dengan langkah-


langkah seperti berikut:

7.8.2.1 Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak


komputer.

7.8.2.2 Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi
kuasa sahaja.

7.8.2.3 Memastikan alat penghawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

7.8.2.4 Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di
tempat-tempat yang telah dikenalpasti.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
33

7.8.3 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:

7.8.3.1 Memastikan konfigurasi system beroperasi dengan baik dan lancer.

7.8.3.2 Memastikan komputer bebas dari virus.

7.8.3.3 Membuat backup dan replikasi maklumat.

7.9 Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (Resource Person) IT sekolah dan sentiasa
mengikuti perkembangan IT semasa.

7.9.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi
masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows,
SSMS, MS Office, E-Mail, Internet, Printer dan lain-lain lagi.

7.9.2 Memberi latihan IT dalaman kepada masyarakat sekolah.

7.9.3 Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan
perkakasan, Sistem pengoperasian, Sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti
Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

7.9.4 Menentukan kelancaran perjalanan Sistem Rangkaian secara keseluruhan dan


sentiasa memastikan bahawa pengguna (enduser) dapat menggunakan sistem dan
aplikasi secara optimum.

7.10 Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak
yang berkenaan.

7.11 Meningkatkan budaya IT di sekolah.

7.11.1 Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan


infrastruktur teknologi.

7.11.2 Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan laman web sekolah.

7.12 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
34

7.13 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke
semasa.

7.13.1 Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dari dalam negeri atau luar
Negara mengenai fungsi-fungsi infrastruktur teknologi sekolah-sekolah bestari.

8. KAUNSELOR SEPENUH MASA

Senarai Tugas

8.1 Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling sekolah.

8.2 Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melaui kajian
keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir,
kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

8.3 Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan iventori pelajar.

8.4 Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua
pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

8.5 Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk
ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

8.6 Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


individu secara professional dan beretika.

8.7 Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar.

8.8 Merancang, melaksana dan mengawal selia serta menilai program dan aktiviti pemberian
maklumat sesuai dengan penawaran pakej persijilan terbuka dan keperluan IPT.

8.9 Merancang, melaksana dan mengawal selia serta menilai program dan aktiviti
pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol dan HIV-AIDS.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
35

8.10 Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti untuk
menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran dalam dan
luar Negara.

8.11 Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling, kerjaya dan
pendidikan pencegahan dadah.

8.12 Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibubapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang
terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

8.13 Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh
bagi meningkatkan mutu dan professionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

8.14 Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling.

8.15 Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling.

8.16 Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman
dan peningkatan professionalism perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

8.17 Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa yang
memerlukannya.

8.18 Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.

8.19 Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

8.20 Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah dan
Jawatankuasa Lembaga/ Badan Pengawas Sekolah.

8.21 Menjadi penyelaras dalam program mento-mentee sekolah.

8.22 Menjadi penyelaras dalam program Jati Diri.

8.23 Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolukium,


motivasi, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan.

8.24 Menjadi urusetia kepada program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib Matematik
dan Sains Dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa
penempatan (kemasukan) pelajar di sekolah.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
36

8.25 Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

8.26 Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan
kaunseling jabatan pendidikan negeri di peringkat sekolah.

8.27 Melaksana tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dan penolong kanan dari
semasa ke semasa.

9. GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER

Senarai Tugas

9.1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

9.2 Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah
bersama-sama Pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.

9.3 Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK
Kurikulum sekolah.

9.4 Merancang Pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan
kemaskini.

9.5 Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat
Sumber Sekolah yang dapat menyokong perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

9.6 Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan
ilmu.

9.7 Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan
dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

9.8 Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.

9.9 Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran


berasaskan sumber.

9.10 Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/PKG/Perpustakaan


Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
37

9.11 Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.

9.12 Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.

9.13 Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.

9.14 Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

9.15 Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.

9.16 Menjalankan penyelidikan/kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat


Sumber Sekolah.

9.17 Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan
aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.

9.18 Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya
Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada
bulan Oktober setiap tahun.

9.19 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke
semasa.

10. JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN PENTADBIRAN

Sebagai bahan bertindak tertinggi di sekolah yang anggotanya terdiri daripada wakil-wakil
komponen/bidang bagi tujuan memastikan perlaksanaan dasar dan program sekolah mencapai
matlamatnya dengan sempurna selaras dengan dasar dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Bidang Tugas

1. Bertanggungjawab untuk memastikan semua misi dan visi sekolah tercapai.

2. Menjalankan tugasnya berasaskan peruntukan, undang-undang dan peraturan pelajaran


serta Arahan Perbendaharaan, Perintah Am dan Surat-surat Pekeliling Am/Khusus yang
berkaitan.

3. Bertindak berasaskan peraturan-peraturan yang dilulukan oleh jawatankuasa dengan tidak


melampaui kuasa-kuasa yang diperuntukan.

Senarai Tugas

10.1 Kurikulum

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
38

10.1.1 Memimpin guru-guru menetukan dan merancang Rancangan Pelajaran


Tahunan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.

10.1.2 Memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah


kawalannya.

10.1.3 Menjalankan penyeliaan/pencerapan terhadap aktiviti pengajaran dan


pembelajaran.

10.1.4 Menetukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan


dengan berkesan.

10.1.5 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.

10.1.6 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan,


pemulihan dan pengkayaan.

10.1.7 Menanggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang


diarahkan oleh Pengetua.

10.1.8 Membantu menjalankan kursus taklimat atau penerangan di sekolah dalam


konteks perkembangan staf.

10.1.9 Mendapatkan dan meyebarkan maklumat terkini tentang kaedah atau


pendekatan P&P yang berkesan kepada guru-guru.

10.1.10Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar serta masalah disiplin dan


mencari langkah mengatasinya.

10.2 Kokurikulum

Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang


bersifat akademik bagi membantu meningkatkan kecemerlangan akademik
berkaitan dengan bidangnya.

10.3 Pentadbiran

10.3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata


pelajaran di bawah bidang kawalannya.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
39

10.3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk
guru.

10.3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data dan maklumat


serta segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.

10.3.4 Membantu merancang Takwim Sekolah.

10.3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.

10.3.6 Menyediakan anggaran belanjawan dan mengawal perbelanjaan di bawah


bidang kawalannya.

10.3.7 Menjaga dan menyemak stok/inventori segala peralatan barang atau bahan
yang berkaitan.

10.3.8 Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni diamalkan di bilik


darjah dan di sekolah.

10.4 Tugas-tugas Lain

10.4.1 Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru (PKG), Pejabat Pendidikan


Daerah Bahagian dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri tentang apa juga
maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan
guru.

10.4.2 Berhubung dengan Guru Kanan Bidang sekolah lain yang berhampiran
bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan.

10.4.3 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan
kebersihan sekolah.

10.4.4 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, penyediaan


jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.

10.4.5 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

11. JAWATANKUASA KEWANGAN

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
40

11.1 Membantu Pengetua mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan


kewangan dan akaun supaya berjalan lancar menepati kehendak Akta Prosedur
Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling, Surat Pekeliling dan
Tatacara yang berkaitan dalam bidang:

11.1.1 Pergurusan Perbelanjaan

11.1.2 Pengurusan Perakaunan

11.1.3 Pengurusan Punggutan dan tunggakan hasil

11.1.4 Penyediaan dan perbentangan penyata kewangan dan laporan tahunan


sekolah

11.2 Membantu Pengetua meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan
Audit.

11.3 Merancang latihan untuk staf yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan.

11.4 Mengadakan mesyuarat tiap-tiap bulan atau sekurang-kurangnya 2 bulan sekali


yang boleh membantu jawatankuasa mengesan dan mengawasi operasi kewangan
dan peraukaunan dengan lebih berkesan.

12. JAWATANKUASA INDUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH BESTARI

12.1 Mengurus bidang masing-masing dengan memastikan penggunaan IT berjalan


lancar.

12.2 Memasukkan data-data yang diperlukan mengikut waktu yang ditetapkan.

12.3 Melancarkan pengurusan peminjaman dan pemulangan buku perpustakaan.

12.4 Menghasilkan video sekolah/laman web mengemaskinikan bahan dari semasa ke


semasa.

13. JAWATANKUASA SERANTA & HUBUNGAN LUAR

13.1 Bertanggungjawab dalam urusan menyebarkan berita tentang sekolah kepada


masyarakat luar.

13.2 Berhubung dengan pihak media cetak dan media elektronik dan memastikan
kehadiran pihak-pihak tersebut dalam acara-acara sekolah.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
41

13.3 Menentukan protokol dalam majlis-majlis yang diadakan.

13.4 Menerbitkan Buletin Sekolah sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk diedarkan


kepada ibu bapa.

14. JAWATANKUASA TAKLIMAT DAN MESYUARAT GURU

14.1 Menyediakan surat panggilan mesyuarat dan menentukan agenda mesyuarat.

14.2 Mencatat dan menyediakan laporan minit mesyuarat.

14.3 Mengedarkan minit mesyuarat sebelum mesyuarat bermula.

14.4 Menyimpan minit mesyuarat dalam fail di billik Pengetua.

14.5 Memastikan keperluan semasa mesyuarat disediakan dan berfungsi dalam sistem
PA.

14.6 Mengedarkan dapatan mesyuarat kepada guru-guru yang tidak hadir dalam
mesyuarat.

15. JAWATANKUASA PAMERAN DAN GALERI

15.1 Mengenalpasti ruang yang sesuai untuk dijadikan tempat pameran/galeri.

15.2 Mengumpul bahan-bahan yang sesuai berkaitan dengan sekolah untuk


dipamerkan.

15.3 Menjaga keselamatan bahan-bahan yang dipamerkan.

15.4 Menjaga kebersihan dan keceriaan tempat pameran.

15.5 Mengemaskini bahan –bahan pameran dari semasa ke semasa.

15.6 Membaik pulih/menggantikan bahan-bahan pameran yang rosak atau hilang.

15.7 Membuat catatan tentang bahan-bahan yang dipamerkan untuk pengetahuan


pengunjung.

15.8 Merekod/membuat inventori bahan-bahan yang disimpan di galeri.

16. JAWATANKUASA GALERI ANUGERAH


Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
42

16.1 Mengumpul semua anugerah yang dicapai oleh sekolah dalam tempoh 5 tahun
untuk dipamerkan.

16.2 Menyusun atur bahan dan menjaga keselamatannya.

16.3 Menjaga kebersihan dan keceriaan galeri.

16.4 Mengemaskini bahan-bahan pameran dari semasa ke semasa.

16.5 Membuat catatan tentang bahan-bahan yang dipamerkan untuk pengetahuan


pengunjung.

16.6 Merekod/membuat inventori bahan-bahan yang disimpan di galeri.

17. JAWATANKUASA DEWAN AL-MUSYAWARAH

17.1 Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan.

17.2 Memastikan guru-guru membuat tempahan sebelum menggunakannya.

17.3 Merekodkan penggunaan.

17.4 Memastikan kebersihan dan keceriaan.

17.5 Memastikan alat-alat yang ada seperti OHP, Sistem PA, LCD Projektor dan
televisyen berfungsi dengan baik dan selamat.

18. JAWATANKUASA PENGURUSAN DEWAN SERI BESTARI

18.1 Memastikan dewan sentiasa bersih dan ceria.

18.2 Menguruskan tempahan penggunaan dewan oleh pihak luar.

18.3 Memastikan kerusi dewan dikemas semula selepas acara dijalankan.

18.4 Memastikan sistem PA berfungsi sebelum acara di dewan berlangsung.

19. JAWATANKUASA PENGURUSAN ANJUNG TAMU

19.1 Memastikan anjung tamu sentiasa bersih dan ceria.

19.2 Menguruskan penggunaan anjung tamu apabila diperlukan.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
43

19.3 Mengawasi pergerakan dan keselamatan peralatan dalam anjung tamu yang
dibawa keluar dan dihantar semula apabila selesai digunakan.

20. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

Senarai Tugas

20.1 Guru bertugas hendaklah dating ke sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum


persekolahan bermula dan balik pada jam 4.30 petang.

20.2 Memastikan Bendera Malaysia, Bendera Negeri dan Bendera Sekolah dinaikkan
pada sebelah pagi dan diturunkan pada sebelah petang. Bendera perlu diturunkan
sekiranya hujan.

20.3 Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap pelajar-pelajar


sebelum waktu pertama bermula, semasa rehat, sekitar kawasan sekolah dan
mengambil tindakan segera jika perlu.

20.4 Memeriksa kebersihan bilik-bilik darjah, bilik air, kantin, bilik-bilik khas dan
kawasan sekolah.

20.5 Menilai dan memberi markah kebersihan dan keceriaan kelas serta diumumkan
pemenang semasa perhimpunan rasmi. Keputusan pemenang hendaklah
diserahkan kepada Guru Penolong Kanan HEM pada hari jumaat (akhir minggu
persekolahan) untuk tujuan pengesahan.

20.6 Memastikan pelajar menepati waktu datang ke sekolah dan balik dari sekolah,
waktu rehat dan waktu pertukaran guru.

20.7 Mengawasi kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

20.8 Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi


harta benda sekolah.

20.9 Melibatkan diri dalam acara/program sekolah.


Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
44

20.10 Mengumum dan menyebarkan maklumat dan arahan-arahan kepada guru dan
pelajar (jika ada).

20.11 Mengelolakan perhimpunan pagi dan perhimpunan rasmi. Pelajar dipastikan hadir
di perhimpunan dan beratur dengan kemas.

20.12 Memastikan pembesar suara berfungsi dan tempat duduk guru mencukupi untuk
perhimpunan rasmi di dewan.

20.13 Memastikan guru menandatangani borang kehadiran guru dalam perhimpunan


rasmi dan serahkan kepada Pengetua/PK untuk pengesahan sebelum difailkan.

20.14 Menyampaikan ucapan ringkas/pengumuman semasa perhimpunan pagi dan


menyampaikan laporan mingguan semasa perhimpunan rasmi.

20.15 Menyediakan laporan berasingan untuk perhimpunan rasmi dan dapatkan


pengesahan Pengetua/PK sebelum difailkan.

20.16 Menjadi pencatat taklimat mingguan (jika ada) dan dapatkan pengesahan
Pengetua/PK sebelum difailkan.

20.17 Memastikan semua lampu, kipas, dan komputer ditutup setelah tamat waktu
persekolahan.

20.18 Menyediakan laporan lengkap dalam Buku Laporan Bertugas mengikut format
yang disediakan.

BAB 3 : PENGURUSAN KURIKULUM

1. JAWATANKUASA INDUK DAN PENGURUSAN KURIKULUM

1.1 Mengesan dan memastikan bahawa semua aspek program kurikulum sekolah
dilaksanakan dengan sempurna.

1.2 Mengemukakan, mengambil keputusan dan melaksanakan cadangan-cadangan


berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Membuat penilaian strategi-strategi yang dilaksanakan dengan tujuan untuk


memperbaik kualiti pendidikan.

1.4 Merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan peperiksaan.

1.5 Merancang dan mengadakan taklimat/kursus (in house training) kepada semua
guru tentang perkara-perkara baru dalam pendidikan.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
45

1.6 Mendapatkan bahan-bahan rujukan berhubung dengan pendidikan untuk


disebarkan kepada semua guru.

1.7 Menganalisis laporan akademik selepas setiap kali proses peperiksaan/ penilaian
dijalankan.

1.8 Mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan prestasi akademik


berasaskan analisis peperiksaan.

2. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN

2.1 Struktur dan Organisasi

2.1.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan iktisas yang dianggotai oleh
semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.

2.1.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh semua guru kanan yang
dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Pengetua.

2.1.3 Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi Ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata
pelajaran masing-masing dan menjadi penghubung di antara ahli-ahli dengan
Pengetua.

2.1.4 Keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia dalam perjumpaan-perjumpaan


berhubung dengan masalah kurikulum dan tenaga pengajar perlu dibawa oleh
Ketua Panitia kepada Pengetua untuk mendapatkan penyelesaian atau untuk
makluman.

2.2 Tujuan Panitia Mata pelajaran

2.2.1 Memperbaik dan meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran.

2.2.2 Berusaha untuk mendapatkan strategi pengajaran yang inovatif dan boleh
mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap
pembelajaran.

2.2.3 Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pelajar dalam peperiksaan


PMR, SPM dan STPM berasaskan target yang ditunjukkan dalam
perancangan akademik sekolah.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
46

2.2.4 Mewujuddkan semangat kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan


persatuan/kelab akademik.

2.3 Peranan Panitia Mata pelajaran

2.3.1 Mendapatkan sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan
ahli panitia.

2.3.2 Menyediakan rancangan pengajaran yang diselaraskan antara guru dalam


sesuatu tingkatan yang berkaitan.

2.3.3 Menetapkan TOV (Take Off Value) bagi setiap pelajar dalam mata pelajaran
berkaitan.

2.3.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan tambahan


yang sesuai dengan keperluan para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk
dibekalkan di Pusat Sumber sekolah.

2.3.5 Memilih dan mencadangkan pada pentadbiran sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi
kehendak sukatan pelajaran.

2.3.6 Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang


disediakan bagi tiap-tiap tingkatan dan menubuhkan Bank Soalan.

2.3.7 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dan mengambil


langkah untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.

2.3.8 Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara


formal atau tidak formal).

2.3.9 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya 4 kali


setahun.

2.3.10 Bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman serta kepakaran dengan penitia


sekolah berhampiran.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
47

2.3.11 Menyelenggara fail panitia, minit mesyuarat, surat-menyurat dan rekod-rekod


yang berkenaan.

2.3.12 Menyampaikan laporan prestasi dan analisis pencapaian mata pelajaran


kepada Pengetua.

2.3.13 Melantik seorang guru dalam sesuatu panitia sebagai penyelaras dalam
sesuatu tingkatan.

2.3.14 Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan kertas soalan peperiksaan
dan memeriksa skrip pelajar bagi setiap peperiksaan yang dijalankan.

2.3.15 Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat
bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.

2.3.16 Menyediakan Perancangan Strategik Akademaik 3-5 tahun.

2.3.17 Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata pelajaran.

3. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU INDUK DAN GURU GANTI

3.1 Mengkaji keperluan guru pada sesuatu masa berpandukan bilangan mata pelajaran
dan opsyen guru mata pelajaran dan lain-lain lagi.

3.2 Memaklumkan kepada Pengetua tentang lebihan atau kekurangan guru pada
sesuatu masa untuk tindakan beliau.

3.3 Merancang dan menyediakan senarai nama guru, mata pelajaran yang diajar,
jumlah waktu mengajar dan kelas yang diajar kepada Pengetua untuk kelulusan.

3.4 Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.

3.5 Menyusun jadual waktu.

3.6 Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.

3.7 Menyebarkan jadual waktu kepada semua guru.

3.8 Membuat pindaan jadual waktu apabila perlu.

3.9 Menyediakan jadual guru ganti seberapa awal yang boleh dengan cara mengenal
pasti guru-guru yang tidak hadir.

3.10 Menyerahkan kepada Pengetua jadual waktu peribadi dan jadual waktu kelas
sebanyak 3 salinan bagi setiap kelas untuk disahkan.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
48

4. JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Tugas setiausaha dibantu oleh penyelaras-penyelaras:

4.1 Peperiksaan Dalaman

4.1.1 Merancang pelaksanaan semua jenis peperiksaan dalaman (peperiksaan


penggal, ujian bulanan, ujian lisan, peperiksaan percubaan, dengan
menentukan tarikh dan takwim/jadual waktu peperiksaan).

4.1.2 Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan soalan dan memeriksa
kertas jawapan setelah ditentukan oleh Panitia Mata pelajaran.

4.1.3 Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan


serta memastikan keselamatan.

4.1.4 Menentukan satu sistem pengawasan peperiksaan dan mengambil langkah


tertentu jika ada guru yang tidak dapat mengawas disebabkan hal-hal tertentu.

4.1.5 Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan


sebelum peperiksaan dijalankan dan disusun mengikut:

4.1.5.1 Mata pelajaran

4.1.5.2 Kelas

4.1.5.3 Bilangan pelajar

4.1.5.4 Tarikh peperiksaan

4.1.5.5 Guru mata pelajaran

4.1.6 Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan.

4.1.7 Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa
yang ditetapkan.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
49

4.1.8 Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.

4.1.9 Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincangkan
kemajuan pelajar.

4.2 Peperiksaan PMR, SPM dan STPM

4.2.1 Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan


kepada guru tingkatan.

4.2.2 Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang


Sekolah/Borang Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru
tingkatan.

4.2.3 Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan, yang biasanya diberikan


oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan.

4.2.4 Mengumpulkan dan menyemak borang-borang kemasukan (Borang


Sementara) dengan kerjasama guru tingkatan.

4.2.5 Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PMR/SPM/STPM.

4.2.6 Memasukan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPN,
Lembaga Peperiksaan dan sekolah.

4.2.7 Memaklumkan kepada Pengetua jika ada pelajar yang tidak mampu
membayar dan memerluka bantuan.

4.2.8 Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan


PMR/SPM/STPM:

4.2.8.1 Analisis kertas soalan yang dipilih oleh calon.

4.2.8.2 Borang Kewangan

4.2.8.3 Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan

4.2.8.4 Borang-borang lain yang berkaitan.

4.2.9 Menentukan dewan/bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik


peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
50

4.2.10 Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi dewan/bilik peperiksaan dalam 4
salinan.

4.2.11 Mengedarkan jadual waktu peperiksaan kepada semua calon dan


memaparkannya di papan kenyataan peperiksaan.

4.2.12 Menyediakan label meja calon untuk ditampal di atas meja (selepas kerusi dan
meja siap disusun).

4.2.13 Slip peperiksaan SPM dan STPM diliminet sebelum diedar kepada calon
untuk menggelakkan daripada rosak kerana tempoh masa peperiksaan agak
panjang.

4.2.14 Menyediakan perkara-perkara berikut di dewan/bilik peperiksaan:

4.2.14.1 Almari

4.2.14.2 Jam dinding yang berfungsi

4.2.14.3 Cop sekolah/lakri

4.2.14.4 Whiteboard

4.2.14.5 Pen marker

4.2.14.6 Pemadam whiteboard

4.2.14.7 PA sistem (jika dewan)

4.2.15 Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.

4.2.16 Menyediakan jadual pelaksanaan Ujian Lisan Bahasa Melayu, Bahasa


Inggeris dan Bahasa Arab PMR, SPM dan STPM.

4.2.17 Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata pelajaran/ Ketua Panitia dalam
menentukan kelancaran perjalanan Peperiksaan Amali.

4.2.18 Mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik
darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjam dikembalikan ke pejabat atau
disimpan di bilik peperiksaan.

4.2.19 Mendapatkan 3 set soalan PMR, SPM dan STPM untuk rujukan sekolah.

4.2.20 Menyelaraskan penyediaan sijil untuk Penilaian Kendalian Sekolah Menengah


(PKSM).

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
51

4.2.21 Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan Ketua Panitia Mata


pelajaran.

4.2.22 Mengedarkan analisis keputusan peperiksaan/ujian untuk tindakan susulan


oleh guru-guru memulih dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

5. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

5.1 Tanggungjawab jawatankuasa Pusat Sumber

5.1.1 Menyediakan satu polisi berdasarkan peruntukan-peruntukan tertentu untuk


dilaksanakan oleh Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.

5.1.2 Membincang dan menimbangkan untuk diluluskan:

5.1.2.1 Perlantikan Pengawas PSS

5.1.2.2 Anggaran Perbelanjaan PSS

5.1.2.3 Hukuman ke atas Pengawas PSS yang melanggar peraturan atau tidak
menjalankan tugas seperti yang diharapkan.

5.1.2.4 Pemberian penghargaan kepada pengawas PSS yang difikirkan sesuai


yang dicadangkan oleh Penyelaras PSS

5.1.2.5 Tugas-tugas lain atas arahan pihak berkuasa sekolah.

5.2 Tanggungjawab Penyelaras PSS

5.2.1 Bertanggungjawab ke atas segala hal yang berkaitan dengan Pusat Sumber
Sekolah.

5.2.2 Mengurus dan menyimpan buku stok PSS dalam keadaan baik.

5.2.3 Menyediakan bidang tugas bagi tiap-tiap kakitangan di bawah seliaannya.

5.2.4 Memastikan semua keputusan dan polisi jawatankuasa PSS dilaksanakan


dengan sempurna oleh semua Penyelaras Unit PSS.

5.2.5 Menyelia dan membantu Penyelaras Unit di dalam bidang tugas masing-
masing.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
52

5.2.6 Mengambil tindakan ke atas semua pekeliling yang diterima daripada PPD,
JPN & KPM.

5.2.7 Mencadangkan pelantikan guru Penyelaras Unit kepada Pengetua.

5.2.8 Mengadakan perjumpaan/mesyuarat/taklimat dengan semua Penyelaras Unit


PSS di bawah seliaannya sekurang-kurangnya sekali di dalam sepenggal.

5.2.9 Memikirkan dan melaksanakan langkah-langkah untuk menggalakkan guru-


guru dan pelajar menggunakan kemudahan PSS.

5.2.10 Mengetuai urusan pemilihan dan pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
yang diadakan di dalam penggal ke-2 tiap-tiap tahun.

5.3 Tanggungjawab Penyelaras Unit Perpustakaan

5.3.1 Bertanggjawab ke atas semua urusan yang berkaitan dengan perpustakaan dan
bahan percetakan.

5.3.2 Menyediakan program pelaksanaan tahunan bagi Unit Peperiksaan.

5.3.3 Menyediakan jadual giliran penggunaan perpustakaan.

5.3.4 Mengurus dan memproses kerja katalog semua bahan di bawah jagaan.

5.3.5 Mengemaskini buku stok unit perpustakaan dan menyerahkan kepada


Penyelaras PSS pada akhir tahun.

5.3.6 Menerbitkan majalah/risalah perpustakaan.

5.3.7 Menguruskan pelantikan Pengawas PSS yang baru.

6. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAF

6.1 Mengadakan kursus perkembangan staf sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.

6.2 Mengenal pasti kursus dalaman yang sesuai diadakan untuk guru.

6.3 Membuat catatan/laporan ceramah.

6.4 Menguruskan surat-menyurat/ bayaran dengan penceramah jemputan.

6.5 Memastikan guru-guru mengisi borang laporan minit curai setiap kali selesai
berkursus.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
53

BAB 4 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID

1. Bertanggungjawab terhadap aspek-aspek kebajikan pelajar seperti membantu pelajar


yang menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.

2. Bertanggungjawab mengadakan langkah keselamatan bagi semua pelajar.

3. Mengesan dan membuat keputusan tentang hal-hal kebajikan pelajar yang timbul dari
semasa ke semasa.

2. JAWATANKUASA DISIPLIN PELAJAR


2.1 Menentukan dan melaksanakan dasar-dasar disiplin berpandukan arahan/buku
panduan disiplin Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran.
2.2 Membuat keputusan tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan oleh guru dan
pengawas.
2.3 Melaksanakan polisi displin dengan bantuan semua kaki tangan sekolah dan
Lembaga Pengawas.
2.4 Menyimpan rekod pelajar yang melanggar disiplin.
2.5 Menghubungi ibu bapa pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
2.6 Memantau dan melaksanakan perjalanan perhimpunan rasmi dan perhimpunan
khas.

3. JAWATANKUASA MAJLIS PIMPINAN PELAJAR


3.1 Menjadi ahli panel pemilihan calon pengawas.
3.2 Mengendalikan temuduga bertulis dan temuduga berkelompok calon pengawas.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
54

3.3 Merangka dan melaksanakan program dan kursus kepimpinan yang berkaitan
dengan pengawas.
3.4 Membimbing dan memantau pengawas supaya dapat menjalankan tanggungjawab
dengan sempurna.
3.5 Memastikan para pengawas sentiasa berdisiplin serta menampilkan imej yang
sesuai sebagai seorang pemimpin pelajar.

4. JAWATANKUASA ORGANISASI KELAS


a. Menyenaraikan segala yang diperlukan oleh setiap kelas.
b. Merangka program kebersihan dan keceriaan kelas dan memantau dari semasa ke
semasa.
c. Mengadakan pertandingan kelas terbersih.
d. Memaklumkan kepada guru kelas tentang polisi, peraturan atau makluman terbaru
daripada pihak pentadbiran.
e. Melaporkan aduan salah laku pelajar di dalam kelas kepda guru disiplin.

5. PENYELARAS/PENYELIA TINGKATAN
a. Membantu Pengetua dan mendapatkan kerjasama semua guru tingkatan mentadbir
bilik darjah iaitu:
i. Menjaga kebersihan.
ii. Menjaga keselamatan perabot dan mempastikan disusun dengan kemas.
iii. Menghias kelas secara berpatutan.
iv. Mengadapakan sudut-sudut tertentu dengan bantuan guru mata pelajaran.
v. Menyelaraskan kegiatan-kegiatan yang berhubung dengan kelas.
b. Mengambil alih tugas guru tingkatan, jika guru tersebut tidak hadir.
c. Menyemak jadual waktu kelas.
d. Menyelaraskan semua hal yang berkaitan dengan kelas di bawah seliaannya.
e. Menyelaraskan kerja guru-guru tingkatan di bawah jagaannya iaitu:
i. Pengisian borang masuk peperiksaan.
ii. Mengagihkan Jadual Waktu Peperiksaan.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
55

iii. Penyediaan Dewan Peperiksaan.


f. Bertanggungjawab mengumpulkan Laporan Adab Belajar (LAB) dan Mark Sheet
yang telah dikemaskinikan oleh guru-guru tingkatan dan menyerahkannya ke
pejabat untuk ditandatangani oleh Pengetua/Penolong Kanan.
g. Memberikan taklimat tentang pemilihan mata pelajaran dan bayaran-bayaran yang
dikenakan bagi peperikasaan awam kepada pelajar-pelajar dan ibubapa/penjaga
beserta dengan senarai nama pelajar yang belum menjelaskan yuran peperiksaan.

6. GURU TINGKATAN (HAL EHWAL MURID)


a. Mentadbir Bilik Darjah
i. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketu kelas, penolong
ketua kelas, setiausaha dan ahli jawatan kuasa kelas.
ii. Mengadakan mesyuarat kelas dari semasa ke semasa.
iii. Memastikan segala minit mesyuarat direkodkan dalam buku log khas dan
dihantar kepada Setiausaha organisasi kelas.
iv. Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria.
v. Memastikan pelajar membuat jadual tugasan dan menjalankan tugas
masing-masing.
vi. Memastikan perabot, peralatan dan keadaan fizikal kelas dalam keadaan
selamat.
vii. Menerima laporan kerosakan dan mengambil tindakan segera dengan
melaporkan kepada pihak pengurusan.
viii. Memaparkan dengan jelas segala peraturan berkaitan dengan kelas di
papan kenyataan kelas.
ix. Menentukan disiplin pelajar di dalam kelas terkawal.
x. Memastikan papan kenyataan kelas diuruskan teratur dan dapat
memanfaatkan pelajar.

b. Menguruskan Jadual Kedatangan Kelas

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
56

i. Merekod dan memasukkan semua butiran pelajar ke dalam Jadual


Kedatangan mengikut ruangan yang ditetapkan.
ii. Menandakan kedatangan pelajar setiap hari sewaktu perhimpunan pagi.
iii. Menghantar jadual kedatangan pelajar ke pejabat sekolah sebelum
bermula waktu ketiga pada setiap hari persekolahan.
iv. Menutup jadual kedatangan pada akhir tiap-tiap bulan dan
menyerahkannya kepada penyelaras tingkatan untuk disemak.
v. Memastikan pelajar-pelajar yang tidak hadir membawa surat ibu
bapa/penjaga/doktor jika pelajar tidak dapat hadir ke sekolah.
vi. Memaklumkan ketidakhadiran pelajar ke sekolah yang tidak melebihi tiga
hari kepada pihak sekolah (PK HEM) dan ibu bapa.
vii. Mengambil tindakan tentang pertukaran pelajar:
1. Mencatatkannya ke dalam jadual kedatangan
2. Menyediakan semua dokumen pertukaran seperti laporan
keputusan peperiksaan, butiran biasiswa, markah ujian lisan
(tingkatan 4 dan 5) dan perkara-perkara lain yang berkaitan dan
menyerahkannya kepada pejabat.
viii. Warna dakwat yang digunakan dalam jadual kedatangan hendaklah serupa
dari awal hingga akhir.
ix. Pemadam cecair tidak boleh digunakan untuk memadam apa-apa catatan
dalam jadual kedatangan. Sekiranya berlaku kesilapan potong sahaja
dengan menggunakan dakwat yang serupa dan tandatangan ringkas.

c. Yuran
i. Mengutip yuran persekolahan, asrama, peperiksaan dan PIBG.
ii. Mengeluarkan resit bayaran yuran dan rekod dalam jadual kedatangan
kecuali kutipan PIBG perlu dicatat dalam buku rekod mengajar (Bukan
Jadual Kedatangan).
iii. Menghantar wang kutipan yuran atau slip bank kepada kerani kewangan di
pejabat sekolah atau bendahari PIBG pada hari diterima.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
57

iv. Memasukkan butiran buku resit ke dalam Buku Rumusan Resit.


v. Menghantar Buku Rumusan Resit kepada Jawatankuasa Kewangan untuk
disemak.
vi. Memasukkan butiran yuran ke dalam buku kedatangan kelas.
vii. Mengambil tindakan sewajarnya seperti memberikan peringatan terhadap
pelajar yang masih belum menyelesaikan bayaran yuran sehingga bulan
Ogos.

d. Membantu JK SPBT serta bantuan dan biasiswa.


i. Mengedarkan borang berkenaan kepada para pelajar.
ii. Mencadangkan pelajar-pelajar yang sesuai untuk menerima bantuan
dengan mematuhi syarat yang ditetapkan.
iii. Membantu pelajar mengisi borang permohonan.
iv. Menguruskan penyerahan, pengambilan serta pemulangan buku-buku
SPBT mengikut jadual yang ditetapkan.

e. Lain-lain tugas
i. Mengedarkan borang serta membantu pelajar mengisi borang-borang surat
akuan dan surat berhenti pelajar yang akan digunakan bagi keperluan
mengeluarkan sijil berhenti dan surat akuan.
ii. Melaporkan pelajar-pelajar yang perlu bimbingan dan kaunseling kepada
bahagian bimbingan dan kaunseling serta memberikan kerjasama yang
diperlukan.
iii. Bertanggungjawab tentang kebajikan pelajar dalam kelas.
iv. Menyediakan dan mengisi profil pelajar dalam komputer.
v. Bertanggungjawab menyemai dan memupuk rasa kebanggaan terhadap
sekolah serta semangat kekitaan dan semangat kekeluargaan dikalangan
pelajar-pelajar di dalam kelasnya.
vi. Melaporkan kepada penolong kanan dan penolong kanan HEM tentang
perkara-perkara yang tidak dapat diatasi sendiri misalnya masalah disiplin.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
58

vii. Membantu penyelaras/penyelia tingkatan /setiausaha peperiksaan


melengkapkan butir-butir yang dikehendaki bagi peperiksaan
PMR/SPM/STPM.
viii. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pengetua dan
penolong-penolong kanan.

7. GURU TINGKATAN (AKADEMIK DAN KOKURIKULUM)


a. Akademik
i. Mengumpul semua markah ujian/peperiksaan daripada guru
matapelajaran.
ii. Mengisi markah ujian/peperiksaan ke dalam komputer.
iii. Memproses dan menganalisis data.
iv. Mencetak keputusan ujian/peperiksaan untuk setiap pelajar.
v. Menulis dan memberikan ulasan sewajarnya serta menandatangani slip
keputusan peperiksaan.
vi. Menghantar slip keputusan pelajar kepada pengetua untuk ditandangani
lengkap dengan dokumen-dokumen lain berkaitan Laporan Adab Belajar
(LAB).
vii. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran dan mengambil
langkah tertentu mengatasinya.

b. Kokurikulum
i. Mengumpul dokumen berkaitan kokurikulum setiap individu dalam kelas.
ii. Semua dokumen dismpan dalam fail peribadi pelajar dalam Pusat Sumber
Dokumentasi.
iii. Melengkapkan Laporan Adab Belajar berkaitan kokurikulum.

8. PENYELARAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS.


a. Merancang pelaksanaan aktiviti skim pinjaman buku teks untuk setahun.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
59

b. Mengedarkan borang-borang SPBT:


i. Mengedar dan memungut kembali borang SPBT kepada/daripada semua
pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
ii. Menyemak dan memastikan setiap borang itu diisi dengan betul.
iii. Membuat penyiasatan jika terdapat keraguan mengenai kesahihan butir-
butir dalam borang tersebut.
iv. Mengasingkan borang SPBT bagi pelajar-pelajar yang layak dan yang
tidak layak menerima buku teks SPBT.

c. Mengesan buku-buku SPBT :


i. Mengisi dan menyediakan borang SPBT tertentu mengikut bilangan
salinan yang diperlukan dengan kerjasama guru tingkatan.

d. Menerima buku dari pembekal.


i. Memastikan bilangan dan jenis buku teks yang diterima mencukupi
sebagaimana yang tercatat dalam borang penghantaran.
ii. Menyemak keadaan fizikal dan kualiti buku-buku seperti mutu kertas yang
digunakan, muka surat, kesilapan cetak, penjilidan dan sebagainya.
iii. Memasukkan buku ke dalam buku stok SPBT sebelum diedarkan kepada
pelajar-pelajar yang berkenaan.

e. Memproses buku-buku teks.


i. Mengecop semua buku teks yang diterima.
ii. Menulis bilangan siri bagi tiap-tiap buku.

f. Mengedarkan buku SPBT kepada pelajar-pelajar dengan kerjasama guru tingkatan


i. Menyemak kembali senarai pelajar yang layak dan tidak layak menerima
SPBT.
ii. Mengedarkan buku-buku kepada pelajar yang layak melaliu guru
tingkatan.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
60

iii. Menyediakan dan mengedarkan peraturan penggunaan buku SPBT.


iv. Mengedaran borang G kepada guru tingkatan untuk dipenuhkan dalam dua
salinan.
v. Memungut satu salinan borang G untuk disemak supaya tidak berlaku
kesilapan dan seterusnya disimpan di dalam fail.

g. Memungut kembali buku SPBT daripada pelajar-pelajar melalui guru tingkatan.


i. Menentukan tarikh bagi tiap-tiap pelajar memulangkan buku SPBT.
ii. Menyerahkan kembali borang G kepada guru kelas supaya ditandatangani
oleh pelajar-pelajar yang memulangkan buku.
iii. Menyemak bilangan buku yang dipulangkan supaya sama dengan bilangan
buku diterima pada awal tahun.

h. Menyimpan buku-buku SPBT ditempat yang dikhaskan ( BOSS)

i. Mempastikan pelajar-pelajar menggantikan buku-buku yang


dihilangkan/dirosakkan.

j. Menyediakan senarai pelajar yang tidak mengembalikan buku teks SPBT atau
tidak menggantikan/tidak membayar harga buku berdasarkan borang G.

k. Memberitahu ibu bapa/penjaga.

9. JAWATANKUASA BIASISWA DAN YAYASAN


a. Menyediakan polisi berpandukan peruntukan-peruntukan tertentu untuk
dilaksanakan oleh penyelaras biasiswa, bantuan pelajar dan yayasan.
b. Menguruskan permohonan pelajar-pelajar untuk diluluskan.
c. Menguruskan kes-kes rayuan permohonan.
d. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
61

10. JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING


a. menyediakan rancangan tahunan dalam hal bimbingan dan kerjaya.
b. Menyelaras sistem mentor-mentee/penjaga mengikut cara yang ditentukan oleh
pihak sekolah.
c. Menentukan sebarang maklumat dari runding cara dirahsiakan dan hanya
disampaikan kepada pengetua sahaja.
d. Menghadiri kursus yang berkaitan dengan bimbingan dan kerjaya.
e. Memrikan nasihat kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran dan
peribadi.
f. Menyimpan rekod murid-murid yang mendapatkan khidmat kaunselor.
g. Menyebarkan maklumat tentang kerjaya dan peluang-peluang melanjutkan
pelajaran.
h. Menjemput pihak-pihak tertentu untuk memberikan ceramah motivasi.

11. JAWATANKUASA REKOD PELAJAR


a. Mendaftarkan pelajar-pelajar baru ke dalam buku pendaftaran sekolah.
b. Mengambil tindakan berhubung dengan hal-hal yang berkaitan dengan pelajar
masuk atau berpindah.
c. Menjaga keselamatan dan kekemasan buku pendaftaran.
d. Memastikan semua maklumat yang perlu diisikan di dalam buku jadual
kedatangan adalah benar, tepat dan kemaskini.
e. Memastikan semua guru tiingkatan telah menutup dan menandatangani jadual
kedatangan pada hari terakhir setiap bulan.

12. JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH.


a. Mencadangkan taman-taman yang sesuai (bertema) disekitar kawasan sekolah dan
asrama.
b. Membantu menyelia pembinaan hiasan yang dilakukan oleh pekerja.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
62

c. Memastikan pokok-pokok hiasan sentiasa dijaga dan melapor kepada pengurusan


sekolah mana-mana taman atau pokok hiasan yang tidak sesuai lagi untuk diganti
dan sebagainya.
d. Meneliti dan merujuk kepada panduan pengurusan keceriaan dan keindahan
sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dari semasa ke semasa serta
mengambil tindakan sewajarnya.

13. JAWATANKUASA KESELAMATAN


a. Memastikan peralatan keselamatan yang disediakan berfungsi dengan baik.
b. Mengadakan latihan kebakaran dua kali setahun di sekolah dengan diselia oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat.
c. Menentukan kereta diletakkan ditempat yang ditetapkan.
d. Meletakkan papan tanda/arahan keselamatan ditempat yang sesuai.
e. Mengedarkan arahan-arahan keselamatan/pelan kebakaran kepada setiap kelas.

14. JAWATANKUASA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN SEKOLAH.


a. Menjalankan program/kempen kebersihan yang berterusan sepanjang tahun
b. Mengedarkan risalah untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan
kebersihan kepada seluruh warga sekolah.
c. Memastikan tempat berlangsungnya acara-acara tertentu dibersihkan apabila
selesai sahaja acara tersebut dijalankan.
d. Memastikan tong sampah yang mencukupi disediakan disekitar sekolah.

15. JAWATANKUASA KANTIN


a. Mengawasi segala peraturan yang terkandung dalam surat perjanjian antara pihak
sekolah dengan pengurus kantin dipatuhi.
b. Memaklumkan pekada pengurusan kantin mengenai hari persekolahan,cuti dan
perubahan-perubahannya.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
63

c. Memantau kebersihan, mutu makanan, harga serta perkhidmatan kantin serta


mencatatkannya dalam buku laporan.
d. Menerima aduan dan pandangan daripada pelajar, guru dan staff sekolah serta
mengambil tindakan yang sewajarnya.
e. Mengawasi kantin supaya tidak menjual barang larangan.

BAB 5 : PENGURUSAN KOKURIKULUM

1.0 JAWATAN KUASA KOKURIKULUM


1.1 Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum di peringkat
sekolah.
1.2 Menyelaras program tahunan setiap untuk kokurikulum.
1.3 Memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan berterusan, lancar dan
berkesan.
1.4 Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
1.5 Menyelaras dengan pihak sekolah tentang peruntukan dan perbelanjaan kokurikulum.
1.6 Menyelia rekod pengurusan kewangan gerak kerja kokurikulum dari segi pungutan
dan perbelanjaan wang.
1.7 Membuat penilaian ke atas penglibatan dan pencapaian pelajar dalam penyertaan
sesuatu aktiviti kokurikulum.
1.8 Mengawal pembekalan, penyimpanan dan penggunaan peralatan gerak kerja
kokurikulum dengan penyelaras-penyelaras.
1.9 Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir datahun daripada
penyelaras-penyelaras.
1.10 Memilih pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum untuk diberikan anugerah
kecemerlangan kokurikulum.

2.0 SETIAUSAHA KOKURIKULUM

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
64

2.1 Merancang dan menyusun semua aktiviti kokurikulum di sekolah.


2.2 Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan semua program kokurikulum sekolah.
2.3 Menentukan semua aktirviti kokurikulum berjalan dengan berkesan dan berterusan
sepanjang tahun.
2.4 Menyelesaikan masalah berkaitan dengan aktiviti kokurikulum.
2.5 Menyediakan takwim aktiviti kokurikulum sepanjang tahun.
2.6 Berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal berkaitan aktiviti kokurikulum
2.7 Mendapatkan laporan tentang kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2.8 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk disampaikan kepda pihak sekolah
bagi tindakan yang selanjutnya.
2.9 Menyediakan mini mensyuarat jawatankuasa kokurikulum sekolah.
2.10 Menguruskan penilaian aktiviti kokurikulum.
2.11 Mengumpulkan maklumat dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum.
2.12 Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi persatuan/ kelab/unit beruniform
tentang cara-cara menggerakkan aktiviti kokurikulum.
2.13 Merekodkan semua pencapaian sekolah dalam pertandingan kokurikulum.

3.0 GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM


3.1 Mengadakan Mensyuarat Agung kelab/persatuan/unit beruniform pada minggu ke-3
bulan Januari untuk melantik AJK persatuan/kelab/unit beruniform berkenaan.
3.2 Mengadakan peraturan/perlembagaan.
3.3 Merancang kegiatan untuk satu tahun
3.4 Menyerahkan perkara-perkara berikut kepda setiausaha kokurikulum:
3.4.1 Perlembagaan persatuan/kelab/unit beruniform.
3.4.2 Senarai AJK.
3.4.3 Senarai nama ahli
3.4.4 Rancangan/aktiviti tahunan.
3.5 Memastikan setiap aktiviti berjalan lancar mengikut jadual. Guru penasihat hendaklah
menghadiri setiap perjumpaan.
3.6 Mengawal dan mengemaskini papan kenyataan

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
65

3.7 Bertanggungjawab memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam


menyediakan laporan kegiatan mengikut format yang ditentukan selewat-lewatnya
seminggu selepas setiapa kegiatan diadakan.
3.8 Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya.
3.9 Memajukan kelab/persatauan dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai.
3.10 Sekiranya ada pungutan selain dari yuran persatuan/kelab, guru penasihat
hendaklah menyerahkan penyata kewangan kepada penyelaras Gerakerja
Kokurikulum pada akhir tahun.
3.11 Semua kegiatan lawatan anjuran persatuan/kelab hendaklah mendapat kebenaran
pengetua.
3.12 Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar yang menyertai kegiatan
diluar kawasan sekolah kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan HEM.
3.13 Bertanggungjawab menempah bas sekolah jika pengangkutan diperlukan.

4.0 PENYELARAS SUKAN/PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM


4.1 Memanggil dan mempengerusikan mensyuarat unit Gerakerja Kokurikulum masing-
masing sekurang-kurangnya sekali sepenggal.
4.2 Menyediakan aggaran perbelanjaan setahun.
4.3 Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa
Gerakerja Kokurikulum untuk penyelarasan.
4.4 Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh setiap unit
dilaksanakan dengan sempurna.
4.5 Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada Setiausaha
Jawatankuasa Gerakerja untuk rekod sekolah.
4.6 Menyediakan dan mengedarkan borang bagi tujuan penilaian Gerakerja Kokurikulum
kepada guru-guru penasihat unit gerakerja kokurikulum untuk diisi dan disahkan.
Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dipungut dan diserahkan kepada
setiausaha pengurusan maklumat pelajar.
4.7 Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit untuk diubahsuai jika perlu dan
mengadakan mensyuarat sekali dalam sepenggal persekolahan.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
66

5.0 SETIAUSAHA SUKAN


5.1 Mengatur rancangan/jadual sukan sekolah dengan rancangan MSSD, MSSN dan
MSSM sepanjang tahun.
5.2 Membahagikan pelajar-pelajar mengikut rumah sukan masing-masing.
5.3 Menetapkan ketua guru rumah dan guru-guru rumah.
5.4 Menyelaraskan kegiatan, latihan dan pertandingan antara rumah dan sekolah supaya
sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
5.5 Mengaturkan rancangan lengkap untuk Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah.
5.6 Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan
5.7 Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan
oleh badan-badan sukan yang lain.
5.8 Mengawal dan menjaga alat sukan agar berada dalam keadaan yang baik.
5.9 Mengagihkan alat-alat sukan dan permainan kepada guru-guru yang berkenaan.
5.10 Mengemaskinikan buku stok sukan.
5.11 Mengaturkan pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu.
5.12 Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli
dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaannya.
5.13 Menyediakan laporan sukan tahunan.
5.14 Mencadangkan nama olahragawan sekolah.
5.15 Merekodkan penglibatan dan pencapaian pelajar-pelajar di dalam kegiatan sukan.
5.16 Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan
sekolah.

6.0 KETUA GURU RUMAH


6.1 Menetapkan tugas guru-guru rumah.
6.2 Memastikan alat sukan mencukupi untuk permainan rumah, serta bertanggungjawab
menjaga alat sukan dalam keadaan yang baik.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
67

6.3 Menyerahkan laporan kegiatan pertandingan sukan antara rumah kepada Setiusaha
Sukan Sekolah.
6.4 Mencadangkan ahli-ahli rumah yang berpotensi dan layak diserapkan ke pasukan
sekolah.
6.5 Menagihkan pemain-pemain kepada jenis-jenis yang disediakan setiap petang.
6.6 Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan pada
peringkat sekolah.
6.7 Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada
peringkat sekolah.
6.8 Bekerjasama dengan Setiausah/Penyelaras Sukan Sekolah dalam segala hal berkenaan
dengan peningkatan mutu sukan sekolah.

7.0 GURU SUKAN SEKOLAH


7.1 Menentukan sistem latihan yang kemas dan berkesan bagi sekolah.
7.2 Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam pasukan.
7.3 Membentuk, membuat pilihan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang
dirangka.
7.4 Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permaian itu.
7.5 Menentukan peralatan/gelanggang permainan yang selamat untuk digunakan
7.6 Menilai prestasi pencapaian pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk
meningkatkan prestasi pasukan.
7.7 Guru permainan sekolah menjadi pengerusi jawatankuasa permainan antara rumah
bagi tiap-tiap jenis permainan.
7.8 Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh ketua guru rumah.

8.0 GURU RUMAH


8.1 Mematuhi arahan ketua rumah dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
8.2 Bertangungjawab dalam membentuk pasukan rumah.
8.3 Mengawasi perjalanan permainan dan pertandingan antara rumah pada masa yang
telah ditetapkan.
Panduan Pengurusan Untuk Guru dan
Staf Sokongan Sekolah Menengah
68

8.4 Menentukan keperluan peralatan seperti alat permainan, pakaian, minuman dan
ubatan yang mencukupi.
8.5 Merekodkan keputusan-keputusan permainan antara rumah dan melaporkan kepda
ketua guru rumah dan diserahkan kepada setiausaha sukan
8.6 Mencadangkan kepada ketua guru rumah peralatan-peralatan yang patut dibeli pada
penghujung tahun untuk tindakan Setiausaha Sukan.
8.7 Mencadangkan pemain-pemain yang berpotensi kepada ketua rumah untuk perhatian
guru permainan pasukan sekolah.
8.8 Mengambil kedatangan pemain-pemain rumah pada masa kegiatan rumah berjalan.
8.9 Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam aktiviti urmah dan diserahkan kepada
ketua guru rumah pada penghujung tahun.

9.0 PENGURUS PASUKAN PERMAINAN


9.1 Bertanggungjawab dalam membentuk pasukan permainan sekolah.
9.2 Mengawasi perjalan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing.
9.3 Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan untuk pertandingan antara
rumah.
9.4 Menentukan keperluan peralatan seperti alat permainan ,pakaian, minuman,
kenderaan, perjalanan, ubatan, peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi.
9.5 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta
memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta berada di tempat permainan.
9.6 Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh
pasukan sekolah dan pertandingan peringkat sekolah kepada setiausaha sukan.
9.7 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permainan
dan menyerahkannya kepada setiausaha sukan.
9.8 Menilai prestasi pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk
meningkatkan pencapaian.
9.9 Mencatatkan penglibatan setiap pelajar dalam permainan berkenaan untuk dijadikan
asas dalam penyediaan laporan tahunan, penilaian kegiatan kokurikulum pelajar

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
69

berkenaan. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada setiausaha jawatankuasa


kokurikulum sekolah melalui setiausaha sukan.
9.10 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke masa.

10.0 GURU PENGIRING PERTANDINGAN


10.1 Bertanggungjawab dalam menentukan pasukan sekolah.
10.2 Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing.
10.3 Menentukan peraturan-peraturan pertandingan yang disertai.
10.4 Menentukan keperluan seperti pakaian, minuman, kenderaan, perjalanan, ubatan,
peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi.
10.5 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta
memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta berada di tempat
pertandingan.
10.6 Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai
oleh pasukan sekolah kepada setiausaha sukan.
10.7 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pertandingan dan pengurusan pasukan
dan menyerahkan kepada setiausaha kokurikulum.
10.8 Menilai prestasi pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk
meningkatkan pencapaian.
10.9 Mencatatkan penglibatan setiap pelajar dalam pertandingan berkenaan untuk
dijadikan asas dalam penyediaan laporan tahunan, penilaian kegiatan
kokurikulum pelajar berkenaan. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada
setiausaha jawatankuasa kokurikulum sekolah

11.0 JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH.


11.1 Membentuk biro-biro untuk tugas khas penerbitan majalah sekolah.
11.2 Menentukan dasar mengenai percetakan, kandungan dan lain-lain aspek majalah
sekolah.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
70

11.3 Menentukan mutu dan bentuk majalah sekolah.


11.4 Merancang jadual kerja pada awal tahun sehingga majalah sekolah diterbit dan
diedarkan.
11.5 Menyediakan anggaran perbelanjaan
11.6 Menentukan pencetak majalah.
11.7 Menguruskan segala surat menyurat yang diperlukan serta mendapatkan kata-kata
aluan majalah daripada individu tertentu.
11.8 Mengumpul dan menyunting segala rekod, laporan aktiviti atau kegiatan sekolah
dan artikel-artikel untuk dimuatkan di dalam majalah.
11.9 Mendapatkan seberapa banyak iklan dan penajaan sebagai satu sumber kewangan.
11.10 Mrngumpul dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan dalam
majalah.
11.11 Mengurus penghantaran bahan pencetakan kepada pihak pencetak dan
bertanggungjawab menyemah kandungannya dari segi format bahasa dan isi
sehingga sempurna.
11.12 Membuat ‘dummy’ dan ‘proof reading’
11.13 Membuat pelancaran majalah.
11.14 Menguruskan penghantaran majalah kepada pelajar, guru, pengiklan dan lain-lain
agensi yang difikirkan perlu.

12.0 JAWATANKUASA KOPERASI SEKOLAH


12.1 Tugas jawatankuasa koperasi:
12.1.1 Mengatur rancangan jangka panjang dan jangka pendek serta menentukan
pelaksanaannya.
12.1.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sebulan sekali.
12.1.3 Mengawasi perjalanan koperasi seperti yang telah ditetapkan oleh
Undang-Undang Kecil Koperasi.
12.1.4 Memastikan urusan jual beli dijalankan dengan baik dan betul.
12.1.5 Memasikan buku stok sentiasa kemaskini.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
71

12.1.6 Memastikan Laporan Kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemaskini


dan disediakan untuk dihantar ke pihak Pembangunan Koperasi sebelum
Mesyuarat Agung.
12.1.7 Mewujudkan hubungan baik dengan Jabatan Pembangunan Koperasi
Kawasan.

12.2 Tugas Setiausaha Koperasi:


12.2.1 Memanggil dan menghadiri semua jenis mesyuarat.
12.2.2 Menyediakan dan menyampaikan semua laporan serta dokumen untuk
pertimbangan mesyuarat.
12.2.3 Menyimpan daftar nama ahli serta buku laporan kegiatan dan surat
menyurat yang berkaitan.
12.2.4 Menentukan tarikh, masa dan tempat mensyuarat dengan persetujuan
pengerusi.
12.2.5 Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat sebelum mesyuarat
diadakan kepada ahli dan menyediakan bahan keperluan untuk
mensyuarat.
12.2.6 Membantu pengerusi memberikan maklumat dan penerangan.
12.2.7 Memastikan daftar keahlian ahli ketika mesyuarat dan menulis minit
mensyuarat untuk edaran seterusnya.
12.2.8 Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang ditentukan oleh Lembaga
Pengarah atau Pengerusi dari semasa ke semasa.

12.3 Tugas Bendahari Koperasi:


12.3.1 Menerima dan menjaga kewangan koperasi serta membuat pembayaran
mengikut arahan lembaga.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah
72

12.3.2 Memastikan wang yang diterima dimasukkan ke dalam bank dalam masa
24 jam selepas penerimaan.
12.3.3 Memastikan wang tunai dalam tangan pada satu-satu masa tidak melebihi
RM 200.00 ( atau yang ditetapkan oleh Lembaga).
12.3.4 Menyediakan resit, baucer dan dokumen untuk bayaran dan
menyimpannya dengan baik.
12.3.5 Mengemaskini semua buku akaun koperasi supaya dapat diperiksa pada
bila-bila masa dan menyimpannya dengan baik.
12.3.6 Menyediakan akaun tahunan dan laporan koperasi untuk dihantar kepada
pihak Pembangunan Koperasi dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.
12.3.7 Memastikan pembayaran dividen kepada ahli dikemaskini dan direkodkan.

12.4 Tugas Juruaudit Dalam Koperasi


12.4.1 Memeriksa akaun-akaun koperasi sekali sebulan.
12.4.2 Memeriksa Buku Tunai Koperasi dan melaporkan hasil pemeriksaan
secara bertulis dalam buku khas untuk makluman Lembaga Pengarah
Koperasi.
12.4.3 Melaporkan kewangan koperasi dalam mesyuarat agung.

Panduan Pengurusan Untuk Guru dan


Staf Sokongan Sekolah Menengah

Anda mungkin juga menyukai