Anda di halaman 1dari 2

ATH 641 - METHODOLOGY OF ART AND DESIGN

Fadzli bin Jaafar


2005741061 ( I D E – 0 5 )

“Hadiah Dari Tamadun Islam Kepada Dunia”

Pameran kegemilangan sains dalam tamadun Islam banyak membuka minda,


mengingatkan tentang tanggungjawab, dan membakar semangat saya sebagai seorang
pelajar seni lukis dan seni reka perindustrian, sebagai seorang muslim, manusia dan yang
paling penting ialah sebagai khalifah di muka bumi ini… juga menyedarkan saya
mengenai kesilapan tidak menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang khalifah
iaitu memberi sumbangan kepada agama, bangsa, negara, dan alam semulajadi.

Pada abad ke-8 hingga ke abad ke-14, umat Islam merupakan umat yang paling
ramai menyumbang kepada ilmu sains dan teknologi. Antara ilmuan-ilmuan tersebut
ialah Jaber bin Hayan, Al-Farabi, Al-Khuwarizmi, Al-Kindi, Al-Biruni, Ibn Sina, Ibn An-
Nafiz, Ibn Haithami dan banyak lagi. Akan tetapi, kegemilangan masyarakat Islam
semakin hilang kerana telah dibayangi oleh kemajuan tamadun Eropah. Sejak itu,
pencapaian masyarakat Islam dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan malah
kesenian sentiasa berada ketinggalan di belakang masyarakat barat. ‘Hadiah’ daripada
para wira ilmuan terdahulu banyak diambil dan diadaptasikan secara serius oleh pihak
barat selepas perang salib untuk kepentingan sendiri dan menyalahgunakan teknologi
tersebut untuk mendominasikan dunia. Sepertimana yang terjadi pada negara-negara
Islam seperti Iraq, Palestin, Lebanon dan lain-lain.
Manakala dalam bidang kesenian pula, keindahan yang dimiliki oleh konsep
kesenian Islam tidak sepopular kesenian barat yang banyak menengahkan budaya
hedonisme yang dicipta mereka sendiri tanpa berlandaskan agama ataupun nilai-nilai
moral manusia. Seterusnya melemahkan jatidiri seorang muslim dan muslimah lalu
menuju kearah kehancuran tamadun yang dahulunya telah gemilang.
Para ilmuan terdahulu begitu dahagakan ilmu mencarinya atas inisiatif sendiri
tanpa mengharapkan balasan ataupun ganjaran berupa wang ringgit daripada manusia.
Ianya dilakukan dengan keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t seperti contoh, ilmu
astronomi, geografi dan navigasi dimana para ilmuan terdahulu mengkaji tentang ilmu
ATH 641 - METHODOLOGY OF ART AND DESIGN

tersebut untuk mengetahui waktu solat, ketibaan bulan Ramadhan, kedudukan kiblat,
Haji, dan sebagainya.
Melalui sains, Astronomi, Perubatan, Geografi dan navigasi, Matematik, Seni
Bina, Seni, Teknologi dan falsafah yang kesemuanya diadaptasikan daripada pemahaman
yang jitu terhadap Al-Quran dan sunnah, mereka memberikan ‘hadiah’ tersebut kepada
dunia semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Manakala melalui kesenian pula, mereka mengagung-agungkan tuhan melalui
kesenian yang dibuat di dalam masjid, tembikar, permaidani dan sebagainya dengan
berkonsepkan kesenian Islam iaitu, peniruan alam, mentidak sejadikan gambaran alam,
penggayaan, dan mengabstrakkan. Seniman Islam setelah bersyahadah bertanggung
jawab menunaiklan syahadahnya dengan memanifestasikan segala tindakannya dalam
mentauhidkan Allah s.w.t melalui rujukannya iaitu daripada Al-Quran dan Al-Hadith,
dan seterusnya melihat kenyatan-kenyataan benar yang telah ditunjukkan Allah SWT
kepada hamba-hambanya iaitu kewujudan alam semesta ini.
Kaitan sains dan seni tak dapat dinafikan lagi kerana apabila para ilmuan
terdahulu hendak merekodkan teori sains yang ditemui, selain menulis, mereka melukis
dalam bentuk 2D visual untuk pemahaman bersama. Selain para ilmuan Islam, Leornado
Da Vinci juga melakukan perkara yang sama iaitu apabila beliau mengkaji anatomi dan
organ badan manusia yang dibedah, beliau merekodkan dalam bentuk lukisan.

Tidak dinafikan bahawa pameran sebegitu dapat memberikan sumber


inspirasi kepada golongan belia agar dapat mereka memperbaiki falsafah dan prinsip
hidup terhadap ilmu dan tanggungjawab yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadith
untuk diadaptasikan kepada cara kehidupan dan pengolahan ilmu sebagai langkah untuk
mengembalikan kegemilangan silam seterusnya memperkuatkan jatidiri seorang muslim
ataupun muslimah. Maka pameran sebegini diharap dapat membakar semangat umat
Islam agar tidak hanya memegang ‘HADIAH’ yang tidak berapa diguna pakai,
sebaliknya membuat dan memberinya sendiri hadiah yang lebih hebat kepada generasi
yang akan datang….dan sebagai sumbangan fardhu ain seorang khalifah sepertimana
kata-kata Elbert Einstein “Sains tanpa agama buta, dan agama tanpa sains tempang”

Anda mungkin juga menyukai