Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN

JENTERA KERJA PERINGKAT CAWANGAN N.15 MUARA TUANG


OEH KR BAKAR BIN SUUT

Assalamualaikum wbrhkth…….. Ini adalah pandangan peribadi saya berhubung kait dengan
Jentera Piliharaya di peringkat Cawangan N.15 Muara Tuang pada DUN ke 10.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon PBB N.15 Muara Tuang
,Dato” Sri Hj Mohamad Ali Mahmud keatas kemenangan mutlaknya..

Dibawah ini saya ingin memberi sedikit komen / pandangan peribadi saya berhubung dengan
perjalanan Jentera Parti PBB diperingkat Zone / Ranting PBB N.15 Muara Tuang :-

a. Kebanyakan Ahli Jawatankuasa PBB diperingkat Cawangan “ Tidak Mesra Rakyat”.


Sebebnya ialah, ada dikalangan AJK yang bertugas apabila ditanya, mereka seakan akan
tidak mahu melayan pertanyaan daripada orang ramai. Terlalu egois. Ini amat
menyedihkan. Kadang kadang rakyat tidak membenci pada calon yang bertanding tapi
mereka membenci pada kerenah AJK yang dilantik.Dan ini adalah salah satu factor
yang bolih menjatuhkan seorang calon bertanding.

b. Dalam kawasan Muara Tuang telah dibahagikan ke beberapa Zon masing2 dan disetiap
Zone pula dilantik AJK. Tapi apa yang berlaku selepas sahaja piliharaya Ketua Zon tidak
menerangkan baki wang yang diperuntukan kepada AJK nya. Dan perkara sebegini
harus diperbetulkan demi untuk kita bersama2 menghadapi piliharaya PRU ke 13 yang
pada bila bila masa akan diadakan. Masaalah ini jika kita tidak perbetulkan akan
membawa padah kepada Jentera Parti PBB pada masa akan datang.

c. Sepekara lagi …saya ingin mengesyorkan kepada Dato’ Sri agar disetiap ranting PBB di
N.15 Muara Tuang diseragamkan cara pengurusannya. Kita tidak mahu diranting lain
begini dan di ranting yang satu lagi lain pula pengurusannya. Dan jika bolih setiap ketua
ranting hendaklah mempunyai sikap Transparensi kepadaq semua AJK masing masing.

d. Menyentuh tentang persiapan ranting…….Kita tidak mahu pihak parti lawan yang dahulu
memasuki sesebuah kampong untuk meraih undi sedangkan AJK parti PBB kita diranting
masih lagi sibuk menunggu wang peruntukan. Jika benar benar kita hendak berjuang atas
nama parti atau pun kita benar benar cintakan parti seharusnya kita hendaklah
mencontohi pihak lawan yang tidak pernah memikirkan penat lelah mereka.
2. Ini adalah pandangan peribadi saya selaku Konselor yang dilantik oleh Parti PBB.
Sebagai mata dan telinga kepada Parti PBB yang kita cintakan, adalah menjadi tanggungjawab
saya untuk melaporkan apa jua perkara yang ada hubungkait dengan Parti PBB N.15 Muara
Tuang demi untuk menentukan kemenangan bermaruah keatas parti yang kita cintai. Kita tidak
tidak mahu apabila parti kita kalah , pada masa itu juga kita sibuk untuk mencari kesilapan Parti
atau menuding jari kepada seseorang. Bagi saya mungkin itu sudah terlabat. Maka oleh kerana
saya sedar tanggungjawab jawab saya selaku konselor yang dilantik oleh Parti PBB saya amat
berharap agar tindakan saya ini tidak melanggar apa apa jua peraturan parti atau sebaliknya. Jika
ia menjadi satu kesalahan diatas laporan saya ini, terlebih dahulu saya memohon jutaan maaf
kepada pihak Dato’ Sri.

Sekian, terima kaseh,

Saya yang benar,

( Kr. BAKAR BIN SUUT )


Ranting PBB N.15 Muara Tuang
Kampung Pengkalan Kuap
94300 Kota Samarahan

Anda mungkin juga menyukai