Anda di halaman 1dari 10

ADAT CINA

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan

seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan

mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai

peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.

Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum

tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi

adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun

tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran,

perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia.

Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang

dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

Kelahiran

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek

ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.

Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina

semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu

tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita

masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-

tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat

mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka

melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat

sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga

suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya

ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang

lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak

mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi

dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik

atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan.

Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang

larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan

tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok

perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi

penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam

seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan

menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada

kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita

yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak

bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan

tajam.
Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari

hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang

baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk

mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang

tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan

menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul

dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk

fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai

bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat

lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras

yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia

dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat

mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula

tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila

bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning

yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan
kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan

membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut

Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah

rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk

menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke

dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata

kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga

pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil

kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.

Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru

lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan,

kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak

bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.
Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling

melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi

unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi

perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala

menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih

terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

 PERKAHWINAN

Pengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan

besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga

dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada

generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur

sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa

mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan

oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang

tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan

diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam

perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan

majlis perkahwinan.
Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat

Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si

gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik

terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan

kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina

lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara

mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat

mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik

adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal

keturunan.

Meminang

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat

meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi

membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan

pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja

dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar

menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah

dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan

berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak

perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,

barulah adat bertunang dijalankan. 


Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan

bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan

tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika

dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan

akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah

perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa

yang ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga

hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan

sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya

yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan

mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik

bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan

masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah

yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan

berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai,

tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan

perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan

adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin

perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat

Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan

pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran

yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta
dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh

perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat

Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan

pihak lelaki.

Majlis Perkahwinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang

dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat

kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan

pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan

perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut

pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai

pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian

setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih,

merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai

warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke

rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah

pengantin lelaki dan perempuan akan duduk

bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi

oleh pengiring masing-masing. Seterusnya

pasangan pengantin akan didudukkan di atas


Perkahwinan Masyarakat Cina
pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-

masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada

isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu

daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum

teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang

mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin

terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan

hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang

disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan

upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan

makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau

restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada

pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan

beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti

perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu

Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi

sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di

gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

Anda mungkin juga menyukai