Anda di halaman 1dari 7

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera

Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400
hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang
beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin
dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan
Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan
penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan
Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.
Parameswara
Sejarah Malaysia
Sebahagian dari siri Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia (40,000-2,000 SM)


Gangga Negara (abad ke-2-11)
Langkasuka (abad ke-2-14)
Pan Pan (abad ke-3-5)
Srivijaya (abad ke-3 -1400)
Kedah Tua (1136 -???)
Majapahit (1293-1500)
Kesultanan Melaka (1402-1511)
Kesultanan Johor (1528-kini)
Perang Saudara Jementah (1879)
Persekutuan Pattani Besar (1603-1785)
Raja Putih (1841-1946)
Malaya British (1874-1946)
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Borneo Utara (1882-1963)
Penentangan Mat Salleh (1896-1900)
Perang Dunia II (1941-1945)
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Hari Kemerdekaan (1957)
Persekutuan Malaysia (1963-kini)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Penyingkiran Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
[sunting]

Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama(1293-1309) dan pengasas Kerajaan
Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292)
Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga
(1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si
puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia
menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344
pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari
Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan
Dharmasraya, dan Palembang.
Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam di tahun 1414.
Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara bukan asli dari Sriwijaya atau
Palembang, kerana umumnya mereka memeluk agama Buddha. Sriwijaya ketika masa lampau
adalah pusat pengembangan agama Buddha di Asia Tenggara.
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan
ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau
menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau
melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi)di Singapura, Parameswara menjadi
pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau
oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai
barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565,
Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya.
Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka
cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening
Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan
kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu,
orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang
salah seekor daripada anjing-anjing burunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk
itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas
menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat
itu "Melaka".
Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara membayar ufti
kepada negeri China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi
oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negeri China dengan rombongan pengiring sebanyak
540 orang untuk pertemuan dengan Yung Lo, Maharaja Ming.
Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai,
Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat
perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk
memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata,
"Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of
Malacca has his hand on the throat of Venice.)
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana
pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka
sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara,
ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng
shui yang terbaik pada masa itu.
Perkembangan Melaka
Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang
mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun
1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan
dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan KESULTANAN MELAKA
memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-
Tempoh Sultan
1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam
sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah 1400 – 1424 Sultan Iskandar Shah
Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Sultan Muhammad
Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. 1424 – 1444
Shah
Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada 1444 – 1445 Sultan Abu Syahid
ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya,
pihak Siam membuat serangan pertama ke atas 1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah
Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh 1459 – 1477 Sultan Mansur Shah
dari Muar. Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi Sultan Alauddin
bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". 1477 – 1488
Riayat Shah
Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan 1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah
merupakan tulang belakang kepada perkembangan
Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan
Melayu.

Kegemilangan Kesultanan Melaka


Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya
yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi
mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan
anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah.
Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan
segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada
tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok
kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan
penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada
hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan
terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing
utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang
pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan
serangan tersebut telah gagal.
Kejayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada
Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor
perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di
Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya dan
China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan
mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan
menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap
yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk
mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan
infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah
kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naugan dan perlindungan daripada kekuasaan
Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah dan
Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula
sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka.
Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali
berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun
ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka
bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi
perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga
bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara
menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai
penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan
warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka
merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh
kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Kejatuhan Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa
dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta
keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan
Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang
cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat
Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-
kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal
tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar
"Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di
Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan
Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka


Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de
Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas
Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari
mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah
terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya
mendapat pertolongan daripada negera China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor
sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang
terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan
dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka.
Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada
tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak
Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke
Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan
Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-
18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput
oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.