Anda di halaman 1dari 11

Pandangan bagaimana kanak-kanak belajar matematik.

Pengenalan

Pada masa dahulu, ramai guru mengajar matematik dengan


menggunakan kaedah mengajar yang hanya boleh
menyebarkan ilmu matematik sahaja. Jarang sekali mereka
mengamalkan teori-teori pembelajaran dalam aktiviti
pengajaran mereka. Akibatnya, matematik merupakan suatu
mata pelajaran yang bukan sahaja sukar dipelajari tetapi
juga membosankan. Akibatnya murid-murid kehilangan
minat pembelajaran matematik itu.

Kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa


memahami psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak
terhadap pembelajaran matematik serta kebolehan
menggunakannya dalam kelas adalah syarat-syarat penting
bagi pengajaran matematik yang berkesan. Oleh yang
demikian, sebagai seorang guru matematik, kita harus
memahami teori-teori pembelajaran matematik yang
dikemukakan oleh beberapa ahli psikologi yang terkenal.

Sebagai seorang guru matematik , kita harus tumpukan


perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam
peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka
dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah.

Murid-murid sekolah hanya boleh memahami konsep


matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu
mengajar memainkan peranan penting untuk
menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-
murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan
menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja
praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya
mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru
harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit.
Pengajaran matematik harus diperkenalkan dengan
gambarajah atau model.

Adalah didapati murid-murid sekolah tidak dapat membuat


kesimpulan daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu
mereka tidak boleh memahami hukum-hukum matematik
seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum
taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh
matematik itu.

Ramai murid sekolah suka menghafaz apa yang diajar oleh


guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar.
Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu
menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol
matematik yang mereka pelajari. Untuk menolong murid
mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah
matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang
sebenar dan perkenalkan simbol matematik harus dikaitkan
dengan contoh yang konkrit.

Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang terlibat dalam


pengajaran dan pembelajaran matematik, Bruner dan
pembantunya kenney membuat kajian dan pemerhatian
serta menjalankan eksperimen dalam kelas-kelas
matematik. Pada tahun 1963, Bruner dan Kenney berjaya
membina empat teorem pembelajaran matematik seperti
berikut :

1. Teorem Pembinaan

Cara yang paling berkesan bagi seorang pelajar untuk


mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah
membina perwakilan untuk mewakili konsep, prinsip atau
hukum matematik itu. Aktiviti-aktiviti konkrit haruslah
dijalankan oleh pelajar itu sendiri supaya mereka boleh
belajar matematik melalui kaedah penemuan.

2. Teorem tatatanda

Tatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikuti


perkembangan kognitif pelajar. Contohnya, dalam
pengajaran mengenai persamaan, lebih baik dimulakan
dengan tatatanda seperti # = 3@ + 2, dan setelah
menguasainya, barulah diperkenalkan dengan persamaan
seperti y = 3x + 2 kepada murid-murid. Rangkap matematik
seperti y = f(x) hanya boleh diperkenalkan di peringkat
sekolah menengah.

3. Teorem Kontras dan Variasi

Prosedur perkenalkan perwakilan abstrak daripada


perwakilan konkrit melibatkan operasi kontras dan variasi.
Kebanyakan konsep matematik tidak mempunyai erti bagi
pelajar jika konsep itu tidak dapat dibezakan dengan konsep
yang lain. Contohnya konsep lengkok, jejari, diameter dan
perentas akan menjadi lebih bererti jika sifat-sifat mereka
dapat dibezakan. Konsep nombor ganjil dan nombor genap
patut dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang
berbeza dalam kedua-dua jenis nombor itu. Selain daripada
itu, setiap konsep matematik yang baru harus diperkenalkan
melalui berbagai-bagai contoh. Misalnya, operasi tambah
boleh diajar dengan berbagai contoh seperti berikut :

3 + 4 = #, 3 + # = 7, /// + //// = ?

4. Teorem Perhubungan

Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah


dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran yang lain.
Dalam proses pengajaran, guru haruslah menggunakan
konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru.
Contohnya operasi tolak harus dikaitkan operasi tambah,
operasi tambah dikaitkan dengan operasi darab, operasi
bahagi dikaitkan dengan operasi tolak atau operasi

Profesor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli


psikologi dan pendidik, memberi banyak sumbangannya
dalam teori pembelajaran matematik. Beliau sudah berjaya
dalam merancangkan satu sistem yang berkesan untuk
pengajaran matematik. Sistem pengajaran beliau yang
berdasarkan kepada teori pembelajaran Piaget, adalah
dirancangkan supaya mata pelajaran matematik menjadi
lebih mudah dan berminat untuk dipelajari.

Dalam buku beliau 'Building Up Mathematics', Profesor


Diens berpendapat bahawa setiap konsep ( atau prinsip )
matematik boleh menjadi mudah difahami dengan tepat jika
konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa
contoh yang konkrit. Dienes mengelaskan konsep
matematik dalam 3 kategori, iaitu konsep matematik tulen,
konsep tatabahasa dan konsep penggunaan seperti berikut.

1. Konsep matematik tulen ialah sebarang simbol yang


boleh mewakili nombor-nombor dan perhubungannya.
Contohnya, tiga, 5, VII, adalah contoh-contoh konsep
bagi nombor ganjil.
2. Konsep tatatanda adalah sifat-sifat bagi nombor.
Contohnya : 253 bererti 200 + 50 + 3.
3. Konsep penggunaan ialah penggunaan konsep tulen
dan konsep tatatanda untuk menyelesaikan masalah
matematik.

Mengikut Dienes, konsep tulen haruslah dipelajari terlebih


dahulu daripada konsep tatatanda dan kedua-dua konsep itu
harus difahami dengan tepat sebelum digunakan untuk
menyelesaikan masalah matematik. Contohnya, kesalahan
dalam operasi 3(2 + 5) = 6 + 5 = 11 yang dilakukan oleh
murid ialah akibat dari salah faham mengenai konsep
kurungan.

Mengikut Dienes, konsep matematik boleh dipelajari


melalui peringkat demi peringkat, serupa dengan
perkembangan kognitif yang dihuraikan oleh Piaget. Dienes
mengusulkan enam peringkat dalam pengjaran dan
pembelajaran matematik.

Peringkat 1 : Permainan Bebas

Murid-murid diberi peluang untuk menjalankan aktiviti


permainan matematik dengan menggunakan alat bantu
mengajar atau nombor-nombor yang berkaitan dengan
konsep yang akan dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti ini
secara bebas, tanpa apa-apa hukum atau peraturan. Dalam
peringkat ini, murid-murid membentuk struktur secara
mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam
memahami konsep matematik itu.

Peringkat 2 : Permainan Berstruktur

Permainan berstruktur ialah permainan yang mengikut


peraturan atau hukum. Dalam peringkat ini, murid-murid
menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan
menyediakan diri untuk menjalankan aktiviti permainan
mengikut peraturan yang ditemui.

Peringkat 3 : Mencari Ciri-ciri

Guru membimbing murid-murid dalam mencari ciri-ciri sama


untuk konsep matematik yang dipelajari dengan cara
mengemukakan beberapa contoh matematik. Dalam
peringkat ini, murid-murid harus dapat mencari ciri-ciri yang
serupa dan mengasingkan konsep matematik yang abstrak
itu daripada aktiviti konkrit.

Peringkat 4 : Perwakilan Gambar

Selepas mendapat ciri yang sama dalam setiap contoh


matematik, murid-murid perlu menyatakan konsep itu
dengan menggunakan rajah atau gambar.

Peringkat 5 : Perwakilan Simbol

Perwakilan simbol ialah satu cara yang berkesan untuk


menyatakan konsep daripada perwakilan gambar. Murid-
murid patut dibimbing supaya menggunakan simbol-simbol
matematik utnuk mewakili konsepnya.

Peringkat 6 : Formalisasi

Dalam peringkat ini, murid-murid akan menggunakan


simbol-simbol yang difahami untuk menyelesaikan masalah
atau membina teorem, hukum dan rumus matematik supaya
menjadi satu sistem formal. Adalah ditegaskan bahawa
bukan kesemua enam peringkat tersebut akan digunakan
dalam sebarang pelajaran matematik. Peringkat 1 biasanya
digunakan bagi murid-murid yang mula hendak mempelajari
matematik. Apabila mereka sudah memperolehi konsep
matematik asas yang cukup, kita boleh mulakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran matematik daripada peringkat
2 atau gabungan dengan peringkat 3.

Sebagai panduan, kita gunakan hukum tukar tertib untuk


operasi tambah dalam perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut peringkat-peringkat yang dihuraikan
di bawah.

Peringkat 1 : Murid-murid diberi peluang untuk membina


dua set benda yang sama daripada biji getah atau benda-
benda maujud yang lain.
Peringkat 2 : Murid di suruh 'campur' kedua-dua set itu
untuk mendapatkan jumlah.

Peringkat 3 : Murid-murid disuruh menjalankan aktiviti di


atas dengan menggunakan berbagai bilangan benda dalam
setiap set. Dalam aktiviti-aktiviti itu, murid-murid akan
dibimbing untuk menemui ciri yang sama daripada operasi
tambah, iaitu kedua-dua operasi tambah memberi hasil
tambah yang sama.

Peringkat 4 : Murid-murid dibimbing untuk menyatakan


konsep hukum tukar tertib dengan perwakilan gambar

Peringkat 5 : Murid-murid dibimbing untuk menyatakan


konsep hukum tukar tertib dengan perwakilan simbol.
Peringkat 6 : Murid-murid dibimbing untuk menemui Hukum
Tukar Tertib dalam operasi tambah, iaitu :

Apakah yang harus dipelajari dalam matematik ? Robert


M. Gagne, seorang profesor dan ahli psikologi
menyenaraikan Fakta, kemahiran, konsep dan prinsip
sebagai empat kategori yang harus dipelajari dalam
metematik.

Fakta matematik adalah bahasa matematik seperti simbol


yang mewakili nombor, tanda operasi tambah, tolak, bahagi
dan darab, istilah segitiga, sudut dan sebagainya. Fakta-
fakta matematik boleh dipelajari melalui cara hafalan, latih
tubi dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan
pembelajaran tindak balas rangsangan.

Kemahiran ialah prosedur dan operasi yang dijalankan


dengan tepat dan masa yang berpatutan. Contoh
kemahiran-kemahiran matematik ialah operasi tambah,
tolak, darab dan bahagi, membina sudut tepat, melukis
bulatan dan sebagainya. Kemahiran jenis ini boleh dikuasai
melalui latihan dan permainan. Pembelajaran jenis ini
merupakan pembelajaran melalui rantaian.

Konsep matematik ialah idea yang diabstrakkan daripada


contoh-contoh konkrit. Definisi-definisi yang diberikan
kepada perimeter, segitiga sama, set, subset, nombor
perdana dan sebagainya ialah contoh-contoh bagi konsep
matematik. Seorang murid dikatakan telah mempelajari
konsep bulatan apabila dia sudah boleh mengelaskan ciri-ciri
set bulatan. Konsep matematik boleh dipelajari melalui
definisi atau pemerhatian objek-objek yang ada kaitan
dengan konsep itu. Pembelajaran jenis ini adalah
pembelajaran konsep.

Prinsip matematik ialah gabungan dan perhubungan di


antara konsep-konsep matematik. Teorem dan hukum
matematik ialah contoh-contoh bagi prinsip matematik.
Prinsip matematik boleh dipelajari melalui proses inkuiri dan
penemuan atau penyelesaian masalah. Seorang pelajar
dikatakan telah memahami sesuatu prinsip apabila dia telah
mengenalpasti konsep-konsep dalam prinsip itu, mengaitkan
konsep-konsep mengikut urutan yang sesuai serta
menggunakan prinsip itu dalam situasi yang khusus.
Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran melalui
penyelesaian masalah.

David P. Ausubel, seorang ahli psikologi dari Amerika


Syarikat, adalah orang yang pertama mengemukakan teori
pembelajaran yang memberi penekanan kepada resepi yang
bermakna. Beliau menyarankan pembelajaran resepi adalah
lebih berkesan daripada pembelajaran inkuiri dan penemuan
yang dicadangakan Bruner. Di dalam terbitan 'Education
Theory' Januari 1961, Ausubel menghuraikan perbezaan di
antara pembelajaran bermakna dan pembelajaran hafalan:

Pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana pelajar


sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamnya serta
bahan-bahan pembelajaran yang dipelajari adalah berguna
untuknya. Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan untuk
menghafaz sahaja, hasil pembelajarannya akan berupa
hafalan dan tidak bermakna.

Ausubel dalam kajiannya cuba menunjukkan bahawa


pembelajaran resepi adalah satu-satunya strategi
pengajaran yang paling berkesan untuk pembelajaran
bermakna. Di dalam terbitan 'Arithmetic Teacher' Febuari
1968, Ausubel menghuraikan perbezaan di antara
pembelajaran resepi dan pembelajaran penemuan:

Dalam pembelajaran resepi, maklumat terancang yang


lengkap diberikan kepada pelajar. Pelajar hanya menyerap
maklumat itu ke dalam struktur kognitifnya sahaja. Dalam
pembelajaran penemuan, maklumat yang hendak dipelajari
tidak diberikan, dan pelajar dikehendaki mencari maklumat
itu sendiri. Selepas penemuan, pelajar seperti pembelajaran
resepi, menyerap maklumat yang ditemui ke dalam struktur
kognitifnya.

Mengikut Ausubel, ada dua pra syarat bagi pembelajaran


resepi menjadi bermakna.

1. Pelajar sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang


positif terhadap aktiviti pembelajaran.

2.Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada


di dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk
mengaitkan dengan pelajaran baru.

Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor yang boleh


mengganggu pembelajaran yang bermakna. Pertama
peringkat perkembangan kognitif masih rendah untuk
memahami konsep yang lebih kompleks. kedua, kekurangan
motivasi yang dapat mendorong pelajar supaya belajar
konsep dengan cara yang bermakna. Ketiga, strategi
pembelajaran seperti menghafaz teorem, definisi dan
langkah-langkah penyelesaian masalah akan menggalakkan
pembelajaran hafalan yang tidak bermakna.

Selepas membaca teori-teori pembelajaran yang


dikemukan oleh ahli-ahli psikologi dan ahli-ahli matematik,
beberapa implikasi boleh dirumuskan untuk pengajaran dan
pembelajaran matematik yang berkesan.

Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan,


peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan
faktor yang paling penting untuk menentukan teknik
pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran. Murid-murid di
sekolah yang masih dalam peringkat operasi konkrit hanya
boleh menjalankan aktiviti pembelajaran yang bermakna
dengan menggunakan benda-benda maujud atau alat bantu
mengajar. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengjaran harus
dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak.

Melalui pengalaman konkrit ini, murid-murid boleh


mempelajari konsep matematik dengan tepat dan
bermakna. Ahli-ahli psikologi seperti Piaget, Bruner, Dienes
dan Gagne menegaskan kepentingan penguasaan konsep
matematik dalam aktiviti penyelesaian masalah. Untuk
mempelajari konsep matematik, istilah-istilah dan simbol-
simbol matematik harus dikaitkan dengan benda-benda
konkrit, alat-alat bantu mengajar atau situasi-situasi konkrit.
Di samping itu, istilah-istilah dan simbol-simbol matematik
harus diperkenalkan daripada peringkat mudah kepada
kompleks mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-
kanak.

Selain daripada alat bantu mengajar, pembelajaran


konsep matematik boleh juga dilakukan memlalui berbagai
cara. Dalam hal ini, Brunner mencadangkan penggunaan
kaedah penemuan. Gagne menegaskan pembelajaran
pembezaan ciri-ciri di antara konsep dengan konsep yang
lain, dan Ausubel mengusulkan pembelajaran resepi dengan
memperkenalkan 'pengelola awal' dari peringkat permulaan
serta mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan
konsep yang baru. Di samping itu, konsep umum patut
diajar terlebih dahulu, diikuti dengan ciri-ciri spesifik.

Peneguhan positif juga memainkan peranan yang tidak


kurang pentingnya dalam aktiviti pengukuhan. Melalui
peneguhan positif, kemahiran-kemahiran matematik bukan
sahaja dikuasai dengan berkesan tetapi minat pembelajaran
matematik juga dapat dipertingkatkan.

Pendidikan akan berubah jika kebudayaan berubah.


Pendidikan perlu mengikuti aliran zaman kerana pendidikan
berfungsi sebagai agen penyebar kebudayaan. Jika
pendidikan ketinggalan zaman. Pendidikan tidak akan
berfungsi dengan berkesan. Ini sesungguhnya adalah
penting untuk menjamin kemajuan masyarakat.

Bahan-bahan Rujukan

1. Aliran Pendidikan : Sulaiman Hamzah dan Karimah


Zainab, Pustaka Aman Press, K.L. 1977.
2. Buku Matematik untuk KBSR ( Buku 1 hingga Buku 6):
Kementerian Pelajaran Malaysia, DBP, K.L., 1982 -
1987.
3. Buku Panduan Am KBSR : Pusat Perkembangan
Kurikulum, DBP, 1981.
4. Buku Panduan Khas Matematik ( Buku 1 hingga 6) :
Pusat perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia, DBP, 1981-1986.
5. Buku Sumber : Matematik, PPK, 1982.
6. Buku Panduan Khas : Program Pemulihan, PPK, 1982.
7. Buku Panduan Khas : Kelas Bercantum, PPK, 1982.
8. Buku Panduan Khas : Penilian, PPK, 1982.
9. Buku Panduan Khas : Program Pengkayaan, PPK, 1982.