Anda di halaman 1dari 37

NOVEL

NOVEL
KEMBARA
KEMBARAAMIRA
AMIRA
Amer Hamzah L. Kadir
SINOPSIS
SINOPSIS
SINOPSIS
SINOPSIS
Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti
persekolahan. Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya
ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja
lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan tersebut Amira telah
berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah
menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan
dengan Malique.

Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia


lubuk emas di hutan tersebut. Tindakan Itai telah mengundang kemarahan
penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar
mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai.

Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain
cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki
terbenam dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke
dalam gaung.
Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong
Prof. Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan
petempatan awal manusia. Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan
Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah. Hasilnya mereka menemui
kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di
dinding gua. Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile disk
milik Malique. Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada
berhampiran kawasan tersebut.

Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan


terbongkarlah segala rahsia. Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh
Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu. Jennifer akhirnya berterus-
terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada Malique (Sabi).
Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan
bahawa Itai adalah adik Malique.

Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa.


Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris. Itai
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap
di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya.
TEMA
TEMA
TEMA
TEMA
 Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam
mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan
melaui watak Amira. Amira sebagai watak utama
menghabiskan cuti persekolahan dengan
menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam
ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia.
Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu
dengan Malique dan Itai sehingga merungkai
konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau. 
PERSOALAN
PERSOALAN
PERSOALAN
PERSOALAN
Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini
digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan
kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.

Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak.


Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana
tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya
setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta
selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram
dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
 
Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui
sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya
kerana risau kawasan tersebut akan musnah.
PERSOALAN
PERSOALAN
 Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui
konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah
melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya
yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya
menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

 Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui


watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk
menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang
tangannya.

 Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui


hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang
berbangsa Cina.
PLOT
PLOT
PEMBINAAN
PEMBINAANPLOT
PLOT
Permulaan

 Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke


Bukit Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan
tamadun awal manusia.

Perkembangan

 Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan


telah diselamatkan oleh Itai.
 Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa
gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.
 Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya
menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
 Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.
PEMBINAAN
PEMBINAANPLOT
PLOT
Klimaks

 Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung


Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman
purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan
kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus
mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.

Peleraian

 Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah


Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.
 Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan
peninggalan sejarah yang harus dilindungi.
TEKNIK PENCERITAAN
TEKNIK PENCERITAAN
Pemerian
 Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan
khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa
bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.
 
Dialog
 “ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan
tidak
 “ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.
 
Imbas kembali
 Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada
di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang
dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis
sarjananya.
TEKNIK PENCERITAAN
TEKNIK PENCERITAAN
Kejutan
 Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai
merupakan anak kepada Tau.
 
Suspens
 Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa
makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia
sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai
kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi
tidak berusaha mencari dari mana dia datang.
 
 Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar
kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat
berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat
berharap perkara itu berlaku.
TEKNIK PENCERITAAN
TEKNIK PENCERITAAN

 Suspens
 Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang
sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan
Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan
Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam
kajian mereka.
 
 Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di
Melaka entah kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya
mengikut O’Hara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan
yang misteri antara emaknya dan O’Hara? Emaknya yang
berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan
O’Hara yang berkulit putih.
WATAK
WATAK
DAN
DAN
PERWATAKAN
PERWATAKAN
WATAK
WATAKUTAMA
UTAMA
Amira

 Pelajar sekolah swasta.


 Anak Profesor Zaidah.
 Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT.
 Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk
mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
 Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta
dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di
hutan.
 Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri
bersama pelajar-pelajar ibunya.
 Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha
menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang
tinggi.
WATAK
WATAKSAMPINGAN
SAMPINGAN
Jacinta

 Berkulit cerah.
 Berbangsa Cina.
 Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
 Anak seorang jutawan.
 Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
 Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati
dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk
berterus terang.
 Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu
keluarganya diungkit.
 Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama
dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.
WATAK
WATAKSAMPINGAN
SAMPINGAN
Itai

 Berkulit gelap.
 Berbadan tegap.
 Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
 Anak kepada Tau.
 Bakal ketua kampung.
 Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau,
akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya
menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
 Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki
batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan
emas untuk dijadikan loket.
 Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk
berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
 Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai
dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki,
meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa
oleh angin.
WATAK
WATAKSAMPINGAN
SAMPINGAN
Profesor Zaidah
 
 Wanita pertengahan usia
 Ibu kepada Amira
 Pensyarah universiti
 Meminati bidang arkeologi
 Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai
dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan
diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.  
 Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus,
Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang
akan dilakukan. 
 Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah
dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah
disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan
projek cari gali tersebut.
WATAK
WATAKSAMPINGAN
SAMPINGAN
Tau
 
 Seorang yang tinggi lampai.
 Berbadan tegap.
 Bapa kepada Malique dan Itai.
 Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).
 Adik kepada Ludin.
 Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi
kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa
mengetahui tujuan mereka.
 Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan
abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat
menjadi ketua kampung.
 Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada
di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah
tanpa pengetahuan mereka.
WATAK
WATAKSAMPINGAN
SAMPINGAN
Malique (Sabi)
 
 Berkulit gelap.
 Berambut kasar.
 Anak Tau dengan Ipah.
 Abang kepada Itai.
 Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O’hara menyuruh
Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang
dimilikinya.
  Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup
mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata
untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh
memusnahkan hutan tersebut. 
 Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di
Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof.
Zaidah.
GAYA
GAYABAHASA
BAHASA
GAYA
GAYABAHASA
BAHASA
Simile
Contoh:Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.
 
Personifikasi
Contoh: Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu
ke arah dada haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan
tersedar dari tidurnya.
 
Hiperbola
Contoh: “Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku
bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang
menguasai kulit itu”
 
Sinkope
Contoh: “Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk
menarik perhatian Jacinta
GAYA
GAYABAHASA
BAHASA
Inversi
Contoh: Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana
kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.
 
Kata Ganda
Contoh: Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah
mata biru Samantha.
 
Peribahasa
Contoh: Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba
menghalang takdir.
NILAI
NILAI
NILAI
NILAI
Nilai bekerjasama
Contoh: Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk
memastikan projek yang dijalankan berjaya.

Nilai kasih sayang


Contoh: Kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah
membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak
menyedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Nilai keberanian
Contoh: Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat
digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
 
Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh: Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan
semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang
boleh memusnahkan hutan tersebut.
NILAI
NILAI
Nilai semangat bermasyarakat
Contoh: Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan
Jacinta yang berbangsa Cina.
 
Nilai kesopanan
Contoh: Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap
telah menambat hati Prof. Zaidah.
 
Nilai ketaatan
Contoh: Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa
orang luar ke kawasan lubuk emas.
 
Nilai amanah
Contoh: Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak
kepada Tau bertahun-tahun lamanya.
NILAI
NILAI

Nilai keikhlasan
Contoh: Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai
percutiannya di Bukit Mat Raya.
 
Nilai tolong-menolong
Contoh: Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera
akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.
PENGAJARAN
PENGAJARAN
PENGAJARAN
PENGAJARAN
 Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang
secukupnya kepada anak-anak. Contohnya, kasih-sayang antara Amira
dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira
ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang
mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

 Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang


dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus
sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan
projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
PENGAJARAN
PENGAJARAN
 Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu
matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan
bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

 Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya


menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang
kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang
berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

 Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya


semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati
tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku
bersama Pak Lias.
LATIHAN
LATIHAN
DAN
DAN
JAWAPAN
JAWAPAN
LATIHAN
LATIHAN
1. Jelaskan tiga persoalan yang digarap oleh pengarang
dalam novel Kembara Amira.

2. Jelaskan tiga perwatakan Prof. Zaidah.


JAWAPAN
JAWAPAN
1. Persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara
Amira ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap
anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor
Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari
Amira di Gunung Gua Gajah. Persoalan kedua ialah persoalan
perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-
anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami
oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya
yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya.
Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada
berjumpa dengan keluarganya. Persoalan ketiga pula ialah
persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar.
Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang
melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan
untuk mencari emas.
JAWAPAN
JAWAPAN
2. Prof. Zaidah ialah watak sampingan novel Kembara Amira.
Perwatakan beliau ialah beliau seorang yang penyayang
contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk
Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri
ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Beliau
juga seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di
Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada
setiap gerak kerja yang akan dilakukan. Selai itu beliau juga
seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun
Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan
seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun
beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.
TA
TAMMAT
AT

Anda mungkin juga menyukai