Anda di halaman 1dari 19

AHLI KUMPULAN:

SURAYA BINTI NAWI


SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN
SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI
NORHASANAH BINTI MOHAMAD YUSSOP

KOD MATA PELAJARAN:


PRA 3101

MODEL PEMBANGUNAN
KURIKULUM
PENDAHULUAN : DEFINISI
KURIKULUM
 Kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk
kepada “laluan dalam sesuatu pertandingan”.
Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan
kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan
“laluan atau laluan-laluan”. Sehingga awal abad ke
20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan
bahan pembelajaran yang berkembang iaitu “apa itu
persekolahan”. Ahli progresif dan behaviouris pada
lewat abad ke-19 dan abad ke-20 membincangkan
tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur
seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan
strategi-strategi pengajaran.
 Frank Bobbit (1918), dalam buku “The Curriculum”
menghuraikan kurikulum sebagai:
1. Keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan
terarah, terumpu kepada perkembangan
kebolehan individu atau;
2. Satu siri latihan pengalaman langsung secara
sedar digunakan oleh sekolah
untuk melengkap dan menyempurnakan
pendedahannya. Konsep beliau
menekankan kepada pemupukan perkembangan
individu melalui segala
pengalaman termasuk pengalaman yang
dirancangkan oleh sekolah.
 John Dewey (1902, halaman 5) dalam bukunya
“The Child and The Curriculum” merujuk istilah
kurikulum sebagai “pengajian di sekolah
dengan mengambil kira kandungan dari masa
lampau hingga masa kini”. Pembentukan
kurikulum menekankan kepentingan dan
keperluan masyarakat.
MODEL PEMBANGUNAN
KURIKULUM
DEFINISI PEMBANGUNAN KURIKULUM

 Pembangunan kurikulum pula adalah


perihal pembinaan dan pembentukan
kurikulum. Setelah kurikulum dibentuk,
ianya akan melalui tahap penyebaran,
tahap pelaksanaan, tahap penilaian, tahap
pembaharuan yang akan membawa
kepada pembentukan dan pembinaan
kurikulum yang baru pula (Razali Arof,
1996).
MODEL-MODEL PEMBANGUNAN
KURIKULUM

MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM

MODEL MODEL MODEL


MODEL MODEL SAYLOR,
STENHOU ALEXANDE
TREND
TYLER TABA
SE R & LEWIS TERKINI
MODEL TYLER (1949)
 Kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah,
dirancang, dikelola & dilaksanakan oleh pihak
sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang
ditentukan.
 Kurikulum merangkumi objektif pendidikan, segala
pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar.
 Menegaskan penggunaan objektif dalam
perkembangan pendidikan dianggap alat untuk
mencapai suatu tujuan.
 Menurut Tyler (1949), tujuan sebenar pendidikan
adalah untuk membawa perubahan dalam tingkah
laku murid-murid.
4 SOALAN ASAS KURIKULUM
i. Apakah tujuan pendidikan yang perlu
dicapai oleh sekolah?
ii. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh
diberikan yang mungkin dapat mencapai
tujuan tersebut?
iii. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini
boleh disusun secara berkesan?
iv. Bagaimanakah dapat kita tentukan sama
ada tujuan ini boleh dicapai atau sebaliknya?
KAEDAH MENCAPAI OBJEKTIF
 Penekanan pada pembentukan objektif tingkah laku
sebagai tujuan sebenar pendidikan bukanlah untuk
guru melakukan sesuatu aktiviti tetapi untuk
membawa perubahan signifikan dalam pola tingkah
laku murid.
 Sangat penting untuk mengenal pasti bahawa
sebarang pernyataan objektif sekolah adalah
merupakan pernyataan perubahan yang berlaku
dikalangan murid.
 Kaedah sistematik dan memberi panduan yang
kukuh untuk menentukan objektif tingkah laku dan
menyediakan hasilan yang jelas supaya kandungan
kurikulum dan kaedah penyampaian dapat disusun
dan hasilannya boleh dinilai.
MODEL TABA (1962)
 Kurikulum sebagai rancangan untuk
bertindak
 Pendekatan bawah ke atas (bottoms-up)
terhadap kurikulum di mana guru
memainkan peranan utama.
 Terdapat peraturan tertentu untuk
membina kurikulum dan guru harus
membantu dalam proses perkembangan
murid-murid.
Peraturan tersebut ialah:
 Menghasilkan unit pelajaran kecil mengikut
gred dan mata pelajaran
 Mencuba unit yang dihasilkan
 Menyemak semula pelajaran dan membuat
penambahbaikan
 Menambah skop dan urutan program
 Mengguna dan menyebar hasil pelajaran
7 LANGKAH KURIKULUM
 Mendiagnosis keperluan pembelajaran
 Membentuk objektif tingkah laku
 Memilih bahan pembelajaran yang sesuai
 Pengurusan kandungan pembelajaran
 Pemilihan pengalaman pembelajaran
 Pengelolaan aktiviti pembelajaran
 Menentukan bahan pembelajaran yang
akan dinilai dan cara-cara untuk menilai
MODEL TREND TERKINI (EMERGENT
CURRICULUM)
 Kurikulum “emergent” yang terpaksa diwujudkan
mengikut kehendak, kuasa & trend semasa dalam
sistem pendidikan sebuah negara. Contoh:
Penggunaan ICT dalam proses P&P.
 Trend terkini ialah pembelajaran yang terdiri daripada
interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa.
 Kanak-kanak diberikan peluang dan inisiatif untuk
membuat keputusan.
 4 komponen penting – objektif kurikulum,
pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan
penilaian kurikulum.
 Idea-idea dalam kurikulum “emergent” berasal
daripada minat, persoalan, isu semasa dalam
satu persekitaran dan daripada satu kumpulan
manusia.
 Guru sebagai seorang pemerhati.
 Guru mesti menilai kebolehan murid dan
merancang aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan
pemikiran kritis mereka.
CONTOH MODEL KURIKULUM

MODEL KURIKULUM
FROEBELIAN

MODEL KURIKULUM
MONTESSORI
RUJUKAN

 http://www.scribd.com/doc/6812170/Kurik
ulum-Model-Kurikulum
 http://www.scribd.com/doc/38166119/Mod
el-Pembangunan-Kurikulum-Di-Malaysia
 http://www.froebel.org.uk/printable.html#
3
 http://
www.casadeibambini.net/curriculum.html