Maslow memperkenalkan lima hierarki keperluan semula jadi manusia yang ditujukan kepada
tingkah laku manusia. Keperluan tersebut ialah keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang,
penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Menurut Maslow juga, manusia di
dorong oleh keperluan yang rendah atau bawah yang perlu dipenuhi telebih dahulu sebelum
dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, keluarga yang berpendapatan
rendah seperti klien saya iaitu Tok Tijah lebih banyak menumpukan usaha untuk memenuhi
keperluan asas seperti mendapatkan makanan dan tempat tinggal yang selesa berbanding dari
Apabila keperluan-keperluan asas ini tidak dapat memenuhi kehendak mereka, isu-isu
lain sering diabaikan seperti pendidikan anak-anak dan tahap kesihatan keluarga. Jika dikaitkan
dengan Teori Hierarki Maslow ini, ternyata pendidikan anak-anak tidak banyak diberikan
perhatian oleh ibu bapa sehinggalah keluarga tersebut menikmati status ekonomi yang
memuaskan. Oleh itu, adalah sukar bagi anak-anak untuk memberi perhatian yang lebih terhadap
pelajaran sedangkan pada masa yang sama memikirkan apa yang perlu dimakan untuk
mengelakkan kelaparan, tempat belajar yang tidak kondusif dan tidak mempunyai duit untuk
membeli makanan dan minuman semasa ke sekolah. Keghairahan anak-anak yang masih muda
ini untuk belajar hanya tinggal impian dan seterusnya kejayaan yang diingini tidak akan
kesampaian. Keadaan ini dialami oleh keluarga Tok Tijah dimana anak lelakinya hanya
bersekolah di tingkatan tiga sahaja walaupun mempunyai peluang yang cerah untuk meneruskan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini demikian kerana keluarga ini tidak mempunyai
wang yang secukupnya untuk menyara perbelanjaan persekolahan anaknya. Keadaan ini
diibaratkan seperti “Yang kaya akan bertambah kaya dan Yang miskin akan bertambah miskin”.
Selain itu, Maslow juga menerangkan mengenai lima tahap keperluan manusia seperti yang telah
saya nyatakan di atas. Tahap keperluan manusia yang pertama iaitu fisiologi merupakan
keperluan manusia yang paling asas untuk hidup. Manusia memerlukan air, udara, makanan dan
tempat tinggal bagi memenuhi kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain
tidak sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. Keadaan ini dapat dirujuk
kepada permasalahan yang berlaku kepada keluarga Tok tijah dimana mereka hanya mampu
untuk memenuhi keperluan ini sahaja. Hal ini demikian kerana, anak sulung Tok Tijah
mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah dan keadaan ini menyebabkan beliau
menghadapi masalah kewangan untuk menyara keluarga beliau. Oleh itu keperluan fisiologi
individu akan cuba berusaha bagi menjamin penerusan hidupnya dengan mendapatkan kerja
yang sesuai supaya mampu mendapatkan rumah atau tempat tinggal yang sesuai. Sebagai contoh,
klien saya mempunyai rumah yang agak usang dan memerlukan rumah yang baru bagi menjamin
keselamatannya. Hal ini demikian kerana rumah yang selesa dan sempurna diperlukan untuk
Tahap ketiga ialah keperluan sosial atau kasih sayang. Setelah mencapai keperluan pada
tahap yang pertama dan kedua, individu kini beralih kepada keperluan yang tidak kurang penting
dalam hidupnya iaitu keinginan kepada interaksi sosial. Keadaan ini dapat digambarkan melalui
pengalaman saya ketika menemubual klien saya iaitu Tok Tijah di mana mereka mempunyai
perasan malu kepada persekitaran iaitu malu untuk menyertai sesuatu aktiviti sosial yang
dianjurkan oleh komuniti dan malu kepada rakan-rakan serta jiran-jiran. Keadaan ini berlaku
disebabkan, mereka merasa sangat merendah diri disebabkan oleh kemiskinan yang dialami oleh
mereka dan tanggapan masyarakat terhadap mereka. Oleh itu keperluan ini harus dipenuhi oleh
Tahap keempat pula ialah keperluan penghargaan kendiri. Dalam tahap ini individu
mungkin sudah mempunyai pekerjaan dan status yang agak kukuh. Oleh itu, mereka inginkan
pula rasa tanggungjawab yang sesuai, pengiktirafan dan sentiasa ingin kepada pencapaian yang
lebih baik. Mereka akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai hal ini supaya timbul
perasaan dihargai sama ada di tempat kerja atau di rumah. Namun begitu, apabila individu tidak
dapat mencapai apa yang diingini menyebabkan mereka akan rasa kekurangan harga diri, dan
seterusnya akan timbul perasaan rendah diri, tidak bermaya dan tidak bersemangat dalam
kehidupan harian.
Tahap yang terakhir ialah tahap kesempurnaan kendiri. Dalam tahap ini, individu
sepatutnya telah dapat merasakan apa yang sepatutnya dicapai. Ini merupakan tahap pemenuhan
diri di mana individu telah berupaya mempunyai perasan puas terhadap apa yang telah dicapai
selama ini. Perasaan ini hanya dapat dirasai oleh individu yang telah dapat memenuhi kesemua