Anda di halaman 1dari 8

FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU

JXEA 11O4

TAJUK: PENDERHAKAAN HANG JEBAT

PENSYARAH: Prof. Dr. Amran Muhammad


NAMA: Mohd Faizul Bin Ismail
NO. METRIK: JEA 080041

Semesta 1, Sesi 2008/2009 Akademi Penganjian Melayu


Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
“Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikkan atau pengajian dan ilmu yang
berasaskan renungan ( reflective ) dan pertaakulan ( reasoning ) untuk merumuskan sifat,
hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu
kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil
daripada semua aspek alam wujud atau alam semesta.’’ ( B.A.G. Fuller A History of
Philisophy, 1955:1 ). Perkataan falsafah pada asalnya berasal daripada bahasa yunani atau
Greek purba dan pertama kali digunakan oleh Pythaghoras ( 570-540 sebelum masihi (S.M)
iaitu ahli fikir Yunani dalam abad ke-6 S.M. Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua
perkataan iaitu “ philo’’ bermaksud “cinta’’ dan “sophia’’ bermaksud “kebijaksanaan’’. Oleh
itu falsafah boleh diertikan sebagai “cinta dan kebenaran’’.

Derhaka bermakna satu perbuatan khianat, belot, durjana,berpaling padah, curang atau
perbuatan jahil. Kamus pelajar menerangkan, makna derhaka itu sebagai satu perbuatan tidak
taat kepada tuhan, negara, sultan, orang tua dan lain-lain. Kamus dewan dan bahasa edisi ke-3
menafsirkan makna derhaka sebagai satu perbuatan tidak taat atau khianat iaitu satu perbuatan
yang menentang satu kekuasaan yang sah. Ini bermakna perbuatan derhaka adalah satu
perbuatan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Perbuatan derhaka ditafsirkan
sama dengan perkataan khianat.

Perbuatan derhaka pada zaman kesultanan melayu amat dipandang serius. Pelbagai cerita
yang telah ditulis mengenai perbuatan derhaka pada zaman dahulu. Cerita-cerita ini ditulis
mungkin ada sebab-sebab tertentu . Pada pendapat saya, cerita –cerita ini ditulis adalah untuk
dijadikan teladan kepada generasi-generasi yang akan datang. Contoh cerita yang biasa kita
baca seperti Hikayat Tun perak, Hikayat Hang Tuah dab sebagainya lagi menjadi sebagai satu
cerita sejarah yang banyak memberi teladan malah gambaran terhadap zaman kesultanan
melayu pada zaman dahulu kala. Tidak hairan la cerita ini masih menjadi bahan cerita dari
generasi ke generasi yang disampaikan kepada anak cucu. Selain itu cerita ini juga boleh
dijadikan teladan kepada kita pada masa kini.

Tajuk yang akan saya kupaskan adalah berkenaan tentang sejarah wira tanah melayu pada
zaman kesultanan melaka. Hang Tuah adalah hikayat yang diketahui oleh umum. Pelbagai
cerita tentang kehebatan beliau bersama dengan empat orang lagi saudaranya iaitu Hang
Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Pelbagai kehebatan yang dicipta oleh
mereka dalam sejarah tanah melayu dan kisah persahabatan mereka juga amat mengagumkan.
Hikayat tentang mereka diceritakan turun-temurun dan sehingga hari ini dan generasi ini
masih mengetahui hikayat Hang Tuah ini.

Didalam Hikayat Hang Tuah ini ada menceritakan tentang pertarungan antara Hang Tuah
dengan Hang Jebat. Pertarungan dua sahabat ini adalah berkaitan dengan penderhakaan yang
telah dilakukan oleh Hang Jebat kepada Sultan Mansur Shah. Pertarungan yang telah terjadi
didalam istana sultan telah mengakibatkan maruah sultan jatuh dan kerana itulah Hang Tuah
diperintahkan oleh Sultan Mansur Shah untuk membunuh Hang Jebat bagi menghilangkan
malu yang telah diberikan oleh Hang Jebat itu. Dalam hikayat ini dapat kita lihat tentang
kedaulatan sultan dan selain itu memaparkan nilai-nilai setiakawan yang telah ditunjukkan
oleh Hang Jebat bagi membela kematian sahabatnya dan juga pendirian Hang Jebat untuk
menegakkan keadilan.
Daripada petikan itu, dapat dilihat bergitu besar sekali penderhakaan yang dilakukan oleh
Hang Jebat sehingga Sultan Mansur Shah begitu murka. Penderhakaan Hang jebat bukan
bermotifkan kuasa dan pangkat. Penderhakaan Hang Jebat adalah untuk mendapatkan
keadilan yang sewajarnya. Begitukah semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Hang
Jebat? Sampai sanggup melakukan penderhakaan yang teramat besar kesalahannya? Pada
zaman itu dapat dilihat bergitu tinggi martabat sultan sehinngga apa yang dilakukan oleh
Hang Jebat adalah kesalahan sehingga dibunuh sendiri oleh kawan baiknya yang selama ini
dia pertahankan untuk mendapatkan keadilan iaitu Hang Tuah.

Apa yang dapat dilihat dalam petikan itu menunjukkan penderhakaan Hang Jebat bermotifkan
sesuatu iaitu untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Penderhakaan yang
mengemparkan kota melaka pada masa itu sehingga semua panglima, pendekar dan rakyat
jelata sehinggakan sultan sendiri tidak mampu untuk mengawal keadaan tersebut.Adakah
keadilan yang diingini oleh Hang Jebat tercapai selepas melakukan penderhakaan itu? Pada
pandangan saya, apa yang dicari oleh Hang Jebat adalah kematian. Hang Jebat ibarat
membunuh diri sendiri. Keadilan yang ingin dicari oleh Hang Jebat itu seperti angan-angan
kosong. Ini kerana perintah dan segala arahan sultan ibarat daulat yang dijunjung oleh setiap
rakyat dan rakyat perlu patuh pada perintah itu.

Tindakkan yang diambil oleh Hang Jebat itu ibarat menconteng arang pada muka sultan.
Kemanakah akal yang tuhan bagi pada Hang Jebat? Sehingga berfikir tentang melakukan
kesalahan yang amat besar ini? Bagi pendapat saya, semua akal dan pemikiran yang ada pada
Hang Jebat pada masa itu telah ditutup oleh nafsu untuk menegakkan keadilan dan mungkin
dia telah berfikir habis-habisan sebelum melakukan penderhakaan ini. Kemaluan yang
diberikan oleh Hang Jebat ibarat memperlekehkan sultan sehingga istana tempat tinggal sultan
ditawan dan dijadikan tempat untuk dia melakukan penderhakaan. Bertapa aibnya Sultan
Mansur Shah. Keaiban itu dapat kita lihat pada perintah yang dikeluarkan oleh sultan
sehingga mengumpul seluruh rakyat melaka untuk melawan Hang Jebat sekaligus untuk
membunuh dia tetapi semua itu adalah perbuatan sia-sia sahaja. Disini ditunjukan tentang
kehebatan empunya keris Tamingsari sehingga tiada rakyat bahkan panglima yang handal pun
tidak berani mendekati Hang Jebat kerana apa yang pasti kematian akan mengundang kepada
rakyat atau panglima yang ingin menentang Hang Jebat.

Dalam perenggang kedua ada menyebut “ Rupa manusia sesak penuh tiada bersela lagi; rupa
jebang perisai berlapis-lapis, tombak lembing seperti ranggas, tetapi tiada dapat seorang
menaiki Hang Jebat’’. Apa yang dapat saya lihat adalah bergitu sia-sia ratusan orang mungkin
sampai ribuan orang yang datang bertandang ke istana semata-mata untuk menangkap atau
membunuh Hang Jebat tetapi hampa. Harapan sultan untuk menghilang aib yang diberikan
oleh Hang Jebat ibarat putus harapan. Tiada senjata yang hebat yang dapat digunakan untuk
mengembalikan kehormatan sultan. Saya ibarat kan sultan bagaikan putus akal dan harapan
yang dilihat oleh beliau adalah Hang Tuah yang dianggap persalah yang telah dihukum mati
tanpa membuat usul periksa yang adil. Ibarat nasi sudah menjadi bubur. Itulah ibarat yang
sesuai yang saya berikan kepada sultan kerana sultan harus berfikir dengan teliti setiap
tindakan yang diambil.
Selain penderhakaan yang dilakukan oleh Hang Jebat, terdapat juga penderhakaan yang Seri
Nara Diraja lakukan. Tetapi penderhakaan yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja adalah tidak
melakukan perintah yang diberikan sultan kepada beliau. Perintah hukuman mati Hang Tuah
yang dititahkan oleh sultan tidak dilaksanakan bahkan Hang Tuah disorok oleh beliau disuatu
tempat yang tidak diketahui umum. Penderhakaan yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja tidak
dimurkai oleh sultan tetapi disambut dengan kegembiraan ibarat sinar harapan yang muncul
untuk menghapuskan Hang Jebat.

Disini dapat saya katakan bahawa setiap penderhakaan mempunyai peringkat-peringkat


tertentu dan sultan mempunyai kuasa mutlak keatas setiap kesalahan yang dilakukan oleh
rakyat dinegeri bawah pimpinannya. Seperti penderhakaan yang dilakukan oleh Seri Nara
Diraja itu, sultan menyambut khabar berita itu dengan penuh kegembiraan harapan sehingga
dikurniakan pangkat tinggi dan kedudukan yang tinggi kerana penderhakaan yang dilakukan
oleh beliau. Tetapi pada pendapat saya, Seri Nara Diraja ini pandai mencari peluang kerana
apabila sultan menyebut-yebut tentang Hang Tuah barulah beliau berani berterus terang
kepada sultan tentang penderhakaan yang telah dilakukan.

Selepas sultan mendapat pengkhabaran yang mengembirakan itu, diperintah kepada Seri Nara
Diraja untuk menjemput Hang Tuah untuk mengadap baginda. Bergitu mudah sultan
memaafkan kesalahan Hang Tuah selepas apa yang difitnahkan kepadanya dahulu sehingga
sultan melupakan kemurkaan yang dilakukan oleh Hang Tuah bergitu sahaja. Bahkan sultan
menjemput Hang Tuah ibarat wira yang hebat, yang pulang untuk mengembalikan maruah
yang telah dijatuhkan oleh Hang Jebat. Bergitu mudah untuk menjatuhkan hukuman dan
memaafkan kesalahan yang digolong dalam kesalahan yang berat pada zaman itu bila
seseorang itu mempunyai kuasa yang mutlak.

Orang yang dahulunya dianggap penderhaka kini mendapat anugerah yang tertinggi dari
sultan. Ini semua dapat dilihat apabila sultan menganugerahkan keris diraja kepada Hang
Tuah untuk membunuh Hang Jebat dan sekaligus mengembalikan maruahnya sebagai sultan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kuasa sultan adalah mutlak pada masa itu. Semua
kata- kata atau perintah yang dikeluarkan oleh sultan harus dituruti tanpa ada sebarang
bangkangan daripada rakyat. Pada zaman itu dapat saya lihat juga kesalahan menderhaka
adalah satu kesalahan yang sangat besar kesalahannya sehingga membawa kepada hukuman
mati. Tidak kemaafan yang dapat saya lihat dari perintah sultan ini dan Hang Tuah harus
memikul tanggungjawab ini untuk menghapuskan Hang Jebat penderhaka itu.

Selain hukuman bunuh terhadap penderhaka, saya juga terbaca tentang hukuman yang
dikenakan terhadap semua keturunan penderhaka. Apa yang saya faham tentang hukuman
kepada penderhaka adalah tidak kepada individu sahaja tetapi ia melibatkan semua keturunan.
Hukuman yang dikenakan terhadap semua keturunan penderhaka adalah sama dengan
hukuman penderhaka itu iaitu hukuman bunuh. Ini dapat saya lihat selepas sultan
mengarahkan hukuman bunuh terhadap semua keturunan Hang Jebat sehingga rumah Hang
Jebat dimusnahkan supaya semua keturunan dan harta benda milik Hang Jebat lenyap.
Selain itu juga, saya dapat melihat konsep setiakawan dalam petikan ini. Dimana Hang Jebat
bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan terhadap kawan baiknya, Hang Tuah. Apa
yang saya hendak katakan adalah penderhakaan Hang Tuah terhadap nilai setiakawan yang
telah ditunjukkan oleh Hang Jebat sehingga sanggup membunuhnya. Mungkin penderhakaan
ini tidak melibatkan pihak lain, tetapi bila saya membaca kisah ini, saya merasakan tindakan
Hang Tuah satu pengkhianatan terhadap persabatan merasa. Memang tidak salah saya
mengatakan ini juga satu penderhakaan? Tetapi penderhakaan ini mungkin tidak dapat dilihat
oleh sultan atau pun rakyak negeri melaka pada masa itu. Saya merasakan Hang Tuah akan
mempunyai perasaan ini setelah mengetahui penderhakaan Hang Jebat adalah disebabkan
untuk menuntut keadilan beliau.

Disini saya ingin menyentuh sedikit hal yang berkaitan tentang persahabatan. Persahabatan
antara Hang Tuah dengan Hang Jebat amat mengangumkan. Bila saya baca cerita permulaan
hikayat Hang Tuah ini dapat saya rasakan nilai persahabatan yang ditunjukkan amat
mengaharukan. Mereka ini boleh dianggap saudara kandung. Tapi keakraban persahabatan
mereka tidak kekal lama sehinggalah berlakunya pertarungan hidup mati ini. Perbezaan
tentang prinsip yang ingin mereka berdua pertahankan adalah berbeza iaitu prinsip yang
dipertahankan oleh Hang Tuah adalah ketaatan kepada sultan manakala prinsip yang ingin
Hang Jebat pertahankan adalah keadilan.

Pelbagai persoalan yang saya dapat bila saya membaca petikan ini. Antaranya; adakah Hang
Tuah tidak menghargai penderhakaan yang dilakukan oleh sahabat baiknya iaitu Hang Jebat
untuk mencari keadilan pada hukuman mati pada beliau? Dan adakah penderhakaan Hang
Jebat itu membawa perubahan kepada pemerintah sultan? Disini saya dapat rasakan perbuatan
Hang Jebat adalah sia-sia sahaja. Beliau dianggap sebagai pesalah dan hukuman mati yang
dititahkan oleh sultan kepada Hang Tuah untuk membunuhnya diterima oleh seluruh rakyat.
Sehingga kini penderhakaan Hang Jebat diketahui dan masyarakat mengangap Hang Jebat
adalah salah. Kematian di tangan sahabat sendiri mungkin memberi kesan kepada Hang Jebat
kerana keadilan yang dituntutnya untuk sahabat dibalas dengan pertarungan untuk
membunuhnya.

Dalam petikan juga menunjukkan ketaatan kepada sultan. Ini dapat dilihat apabila Hang Tuah
diperintahkan untuk membunuh Hang Jebat. Adakah Hang Tuah menerima perintah itu
dengan rela hati? Relakah Hang Tuah mengkhianati persahabatan antara mereka berdua yang
bagaikan adik beradik? Bagi pandangan saya, jiwa Hang Tuah pada masa itu hanya ada
ketaatan kepada sultan. Baginya perintah sultan adalah segala-galanya dan harus dituruti dan
dilaksanakan seperti yang disuruh. Hang Tuah menolak semua perkara yang berkaitan dengan
diri beliau dan mengutamakan sultan dahulu. Saya ibaratkan matlamat hidup Hang Tuah
adalah untuk sultan sahaja dan tiada perkara lain dapat mengugat pendiriannya itu.
Dalam Hikayat Hang Tuah ini dapat dilihat bahawa setiap orang yang melakukan derhaka
akan menerima kesan dan akibat yang amat buruk. Derhaka kepada raja akan membawa
kepada kemusnahan. Ini kerana raja mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan.
Penderhakaan yang telah dibuat oleh Hang Jebat bukan sahaja mengundang kematian kepada
dirinya, tetapi kesemua ahli keluarganya juga turut terlibat dan dikenakan hukuman
sepertinya.

Perbuatan derhaka ini juga berlaku di dalam hikayat lain. Contoh penderhakaan yang telah
dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa terhadap rajanya iaitu Raja Singapura. Sang Rajuna Tapa
merupakan bendahari kerajaan Singapura tetapi beliau telah belot dan menderhaka kepada
rajanya kerana rasa tidak puas hati kerana tindakan sultan telah menyula anak perempuannya
yang tidak bersalah. Hukuman yang diperolehi oleh Sang Rajuna Tapa akibat melakukan
penderhakaan itu ialah beliau telah menjadi batu. Cerita dari hikayat ini mempunyai
persamaan dengan Hikayat Hang Tuah. Ini kerana, setiap penderhakaan yang dibuat terhadap
sultan pasti akan menerima hukuman.

Kedudukan sultan yang amat dipandang mulia oleh masyarakat terdahulu memang tidak boleh
dipertikaikan. Segala perbuatan yang mendatangkan kemurkaan sultan akan memperolehi
hukuman daripada sultan. Rakyat di bawah titah baginda harus menghormati sultan dan
kedudukan sultan adalah mulia. Cerita itu juga menunjukkan tindakan yang sia-sia walaupun
perderhakaan yang di buat oleh Hang Jebat itu adalah untuk menegakkan keadilan tetapi
beliau tetap bersalah dan sultan adalah betul.

Derhaka juga dilarang dalam agama. Kepercayaan masyarakat terhadap pembalasan di hari
akhirat megukuhkan lagi kedudukan raja. Selain itu juga nilai “daulat dan kesetiaan” yang
wujud dalam diri masyarakat tradisional membuat mereka semua setia kepada sultan. Ini
dapat dilihat bahawa rakyat tidak boleh merendah-rendahkan kedudukan raja. Selain itu setiap
perbuatan derhaka akan ditimpa kecelakaan membuatkan rakyat mentaati sultan.

Apa yang jelas dilihat pada cerita dalam Hikayat Hang Tuah ini adalah hiraki kedudukan
sultan adalah yang paling tinggi dan dihormati. Kedudukan sultan terus dipandang mulia
sehingga hari ini dan rakyat seharusnya tidak melakukan perkara yang mendatang kesalahan
yang boleh mendatangkan kemurkaran dari sultan.
HANG JEBAT KESIANGAN DI ISTANA

Maka Hang Jebat kesiangan dalam istana, lalu ia hendak mengamuk. Maka Sultan Mansur
Shah dengan Raja Perempuan serta dayang-dayang perwara sekalian turunlah dari istana itu,
pindah ke istana yang lain. Maka Hang Jebat pun dikepung oranglah. Maka sultan Mansur
Shah pun semayam di balai kecil menghadapi orang mengempung Hang Jebat itu. Bendahara
Paduka Raja dengan segala Orang Besar-besar hulubalang sekalian ada belaka mengadap.
Rupa manusia sesak penuh tiada bersela lagi; rupa jebang perisai berlapis-lapis, tombak
lembing seperti ranggas, tapi seorang pun tiada dapat menaiki Hang Jebat itu.

Adapun pada zaman itu Hang Jebat bukan barang-barang orang, dibawah Hang Tuah dialah
yang terbilang. Maka oleh Hang Jebat semua pintu itu dikancingnya; Maka oleh pintu yang
dihadapan jua dibukanya. Maka segala talam, kerikil, batil, ceper, dulang gangsa, dikaparkan
dilantai istana itu. Maka diatas itulah dia berlari kesana kemari, gemerencing bunyinya,
memberi hebat yang mendengarnya.

Maka Sultan Mahmud Syah pun bercakap menaiki dia. Maka Sultan Mahmud Syah pun
mengenangkan Laksamana Hang Tuah, titah baginda: “ Sayangnya si Tuah tiada, jikalau ada
si Tuah, dapatlah dia menghapuskan kemaluanku!’’

Setelah mendengar titah baginda mengenang Hang Tuah itu, maka Bendahara Paduka Raja
dan Seri Nara Diraja dan segala Orang Besar-besar pun bermohonlah hendak menaiki Hang
Jebat. Maka tiada diberi Sultan Mansur Shah; titah baginda: “ Jika tuan hamba sekalian salah
seorang bermara, jika seribu sekalipun nyawa si Jebat, masa kita samakan dengan tuan-tuan
sekalian.’’ Maka segala Orang Besar-besar itu pun diamlah.

Maka Sultan Mansur Syah murka akan segala hulubalang muda-muda, oleh tiada mau
menaiki Hang Jebat itu. Maka segala hulubalang yang muda-muda itu pun semuanya pergi,
hendak menaiki Hang Jebat; sekalian habis terjun menyampakkan dirinya ke tanah.

Setelah dilihat oleh Sultan Mansur Syah perihal itu, maka baginda pun mengenangkan Hang
Tuah pula. Telah tiga kali Sultan Mansur Syah menyebut-yebut Hang Tuah itu, maka Seri
Nara Diraja pun datang sembah; “ Tuanku, patik memohonkan ampun, mengapatah duli
tuanku sangat amat mengenangkan Hang Tuah, orang yang sudah mati; patik pun adalah
khilaf, kerana belum patut hukumnya mati; kerana Hang Tuah bukan barang-barang hamba ke
bawah duli Yang Dipertuan. Maka titah Sultan Mansur Syah, “ Sebab itulah maka kita
mengenangkan si Tuah. Jika ia ada, tadilah sudah dihapuskan pekerjaan si derhaka itu; sayang
si Tuah tiada!’’

Dilihat Seri Nara Diraja Sultan Mansur syah sangat-sangat mengenangkan Hang Tuah itu,
maka Sembah Seri Nara: “ Tuanku, jikalau sekiranya Hang Tuah seperi-perinya ada hidup,
adakah ampun duli Yang Dipertuan akan dia?’’ Maka titah Sultan Mansur Syah, “ Adakah si
Tuah Seri Nara Diraja taruh?’’

Maka sembah Seri Nara Diraja, “ Tuanku, gila apakah patik menaruh Hang Tuah. Duli tuanku
menyuruh membuangkan dia, sudahlah patik buangkan; maka patik bertadang sembah
demikian sebab duli Yang Dipertuan sangat mengenang dia. Jikalau ada kiranya ia, adakah
ampun duli Yang Dipertuan akan ia?”
Maka titah Sultan Mansur Syah, “ Jikalau ada si Tuah itu, jika seperti Bukit Kaf sekalipun
besar dosanya, nescaya kita ampuni. Hanya kepada bicara kita ada juga si Tuah. Jikalau ada
segeralah bawa kemari, supaya kita ampuni, kita suruhkan membunuh Hang Jebat”.

Maka sembah Seri Nara Diraja, “ Ampun tuanku beribu-ribu kali ampun atas batu kepala
patik. Tatkal titah duli Yang Dipertuan menyuruh membunuh Hang Tuah itu, maka fikir patik
belum patut Hang Tuah itu dibunuh sebab dosanya itu. Hang Tuah bukan barang-barang
hamba ke bawah duli Yang Dipertuan; kalau-kalau ada perkenaan kepada kemudian hari.
Sebab itulah maka ia patik taruh pada dusun anak patik, patik suruh pasung; melainkan ampun
kebawah Duli Yang Dipertuan juga akan patik”.

Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar sembah Seri Nara Diraja itu. Maka
titah baginda, “ Syabas! Bahawa Seri Nara Dirajalah sempurna hamba.” Maka titah baginda
kepada Seri Nara Diraja, “ Segeralah si Tuah suruh dibawa ke mari.”

Maka Seri Nara Diraja pun menyuruh orang mengambil Hang Tuah; maka Hang Tuah
datanglah dibawa orang kehadapan Sultan Mansur Syah. Pucat, kurus, berjalan teranggar-
anggar. Miskinan Hang Tuah belas segala yang memandang, kerana lama dalam pasungan.
Setelah Sultan Mansur Syah melihat Hang Tuah datang, maka dianugerahi baginda ayapan.
Setelah sudah Hang Tuah makan, maka oleh Sultan Mansur Syah diambil keris daripada
pinggang baginda, dianugerahi pada Hang Tuah; maka titah baginda, “ Basuhkan arang
dimuka aku,” Maka sembah Hang Tuah, “ Insya-Allah Taala, baiklah tuanku.” Maka Hang
Tuah pun menjunjung duli, lalu pergi mendapatkan Hang Jebat.

Rujukan

Edisi pelajar- Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu )


A. Samad Ahmad

Anda mungkin juga menyukai