Anda di halaman 1dari 4

Sempena Malam Ramah Mesra Penduduk 22 Disember 2007

Asalamualaikum w.b.t
Tuan-tuan & Puan-puan,

Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


di atas kesudian tuan-tuan & puan-puan, jiran yang dihormati
sekalian ke majlis ramah-mesra kita ini.
Kami maklum, ramai di antara kita akan mengambil kesempatan
dalam masa cuti perayaan yang panjang ini dari Raya Aidil Adha
hingga ke Krismas pada Selasa ini, untuk pulang ke kampung
atau bercuti ke lain-lain tempat. Walaupun begitu, setelah difikir
dan dibincangkan bersama para ahli jawatankuasa persatuan
penduduk, program ini kami teruskan juga kerana khuatir jika
ditangguh lagi, terus tidak menjadi pulak nanti.
Adapun matlamat menganjurkan program ramah-mesra ini, tidak
lagi tidak bukan adalah bagi kita sesama jiran tetangga di Fasa
3A, Jalan Platinum 7/44 hingga Platinum 7/47 untuk saling lebih
mengenali antara satu sama lain. Ia sejajar dengan seruan
agama dan kerajaan supaya jiran tetangga menjadi lebih rapat
dalam usaha memupuk persaudaraan tetapi juga mengadakan
kawalan keselamatan di peringkat awal.

LATAR BELAKANG

Secara ringkas, ingin saya ceritakan serba-sedikit sejarah


penubuhan PPPV. Setelah projek ini siap sekitar Disember 2004,
PKNS mula memberikan kunci rumah kepada kita bermula akhir
bulan Februari 2005.
Pada Ogos 2005, setelah penduduk ramai sedikit iaitu
dianggarkan lebih 70 rumah telah diduduki ketika itu, beberapa
penduduk khususnya Sdr Hussain Mian, Sdr Ismail, Sdr Zulkifli,
Sdr Yahya, Sdr Malibabu dan Sdr Saiful Yazan membuat inisiatif
menghimpunkan penduduk yang ada.
Pada 26 Ogos 2005, kira-kira 17 pemilik rumah berhimpun dan
bersepakat untuk mewujudkan Jawatankuasa Penaja untuk
penubuhan sebuah persatuan penduduk. Sasarannya ialah 6
bulan untuk ditubuhkan secara rasmi.
Alhamdulillah, sasaran itu berjaya dicapai dan permohonan
penubuhan PPPV telah diluluskan oleh ROS bertarikh 26
Februari 2006. Satu majlis perasmian telah diadakan pada bulan
Mac dan pemilihan AJK yang kebanyakannya terdiri daripada
AJK Penaja memenuhi AJK PPPV.

Mengikut perlembagaan, AJK sekarang akan tamat


tempohnya pada Mac 2008. Sehubungan itu, sukacita saya
ingin mengumumkan PPPV akan mengadakan mesyuarat
agung tahunan pada Mac 2008. Jika pilihan raya umum
diadakan ketika itu, kita tetapkan tarikh baru selepas itu.

PROGRAM-PROGRAM

Antara program-program yang telah PPPV jalankan dalam


tempoh dua tahun ini ialah mengemukakan protes kepada PKNS
mengenai masalah kebocoran pada bumbung sehingga
mengakibatkan sebilangan penduduk di sini mengalami kerugian
akibat kerosakan bilik tidur berikutan bumbung bocor.
Berdasarkan siasatan, kami mengesyaki PKNS telah melakukan
kesilapan daripada segi struktur pembinaan. Berikutan itu, kira-
kira 14 penduduk terlibat telah mengemukakan saman ganti rugi
terhadap PKNS, dengan peguam dilantik menerusi PPPV.

Aktiviti lain ialah mengemukakan permintaan kepada MBSA bagi


membina road-hump di sekitar Fasa 3A ini. Kami dimaklumkan
secara tidak rasmi bahawa MBSA tidak dapat membuatnya pada
masa ini, atas alasan `kekurangan bajet'.
Kami juga ingin menasihatkan penduduk untuk sama-sama
mengamalkan pemanduan berhemah apabila memasuki
kawasan perumahan dan tidak memandu laju. Kami meminta
ibu bapa supaya menasihatkan anak-anak yang menunggang
motosikal supaya tidak memecut. Begitu juga para pelajar
UiTM, Unisel dan sebagainya yang ramai menyewa di sekitar
ini supaya memandu atau menunggang dengan cermat di
kawasan perumahan ini. Kita khuatir akan berlaku
perlanggaran, apatah lagi anak-anak kecil yang ramai
bermain di sekitar perumahan.

Sejak 2005, beberapa kes pecah rumah, kecurian kasut dan


pecah kereta telah dilaporkan di sekitar Fasa 3A Jalan Platinum
ini.
* Dalam konteks ini, kami memikirkan asas kepada kawalan
keselamatan ialah jiran-jiran mesti saling mengenali
terutama yang duduk selang 5 rumah.
* Apabila ada orang asing didapati berkeliaran di sekitar jiran
tetangga, anda mempunyai kewajipan untuk menghampiri
mereka dan bertanya tujuan mereka.
* Jika mereka gagal memberi jawapan yang memuaskan,
hubungi jiran tersebut.

Keprihatinan beberapa jiran kita dalam menjaga keselamatan


sebenarnya telah terbukti. Sdr Rakesh dan Sdr Yahaya pernah
menyelamatkan sebuah rumah di sini daripada kebakaran tatkala
pemiliknya sendiri tidur tidak sedar dengan kejadian itu.

Dalam kejadian kedua, Sdr Syukor pernah dibaling buah mangga


oleh dua lelaki yang mencuri besi sky-folding di rumah jirannya
sebelum dua lelaki itu dirempuh oleh Sdr Khairuddin, juga jiran
kepada Sdr Syukor.

Keprihatinan dan keberanian mereka ini adalah bukti dan contoh


yang wajar kita teladani sebagai jiran yang boleh diharap dalam
menjaga keselamatan jiran tetangga. Syabas kepada mereka!

PENGGABUNGAN DENGAN FASA 3

Kami juga telah menerima pertanyaan daripada penduduk Fasa 3


sama ada mereka boleh bergabung dengan kita. PPPV tidak
merasa keberatan, walaupun kaedah urusan pentadbiran nanti
perlu diperhalusi kerana hendak menguruskan jiran kita di Fasa
3A sebanyak 157 rumah pun sudah menjadi satu tanggungjawab
besar dan berat. Kini terserah kepada AJK penduduk Fasa 3
untuk berunding sesama mereka sebelum kita boleh melangkah
ke peringkat penggabungan.

E-MAIL DAN BLOG

Tuan-tuan & Puan-puan,

Seiring dengan perkembangan era ICT, kami juga telah


mengadakan saluran komunikasi melalui e-mel iaitu
7platinum@gmail.com.
Manakala satu blog juga telah diwujudkan iaitu
http://7platinum.blogspot.com sebagai wadah untuk semua
memperoleh maklumat terkini mengenai program-program yang
hendak diadakan menerusi PPPV.
Diharap jiran semua, mengguna pakai kemudahan ICT yang
kami sediakan ini untuk saling berkomunikasi.

Akhir sekali, saya mewakili AJK Persatuan Penduduk Platinum


Villa menyeru jiran-jiran semua yang belum mendaftar sebagai
ahli supaya berbuat demikian.Saya juga ingin sekali lagi
mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-
puan hadir pada majlis ini. Sila jamu selera dan gunakan
kesempatan ini untuk saling kenal mengenali antara satu sama
lain.

Sekian. Wasalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai