Anda di halaman 1dari 11

Soalan 1-7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Beberapa orang anggota pasukan penyelamat sedang ________________ barangan dari


lori untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Johor.

A. mengubah
B. menarik
C. memunggah
D. memungut

2. Jawatankuasa lama telah ___________________ dan diganti dengan jawatankuasa yang


baru dilantik.

A. disisihkan
B. dibubarkan
C. dikeluarkan
D. dijauhkan

3. Adik terjatuh apabila kakinya _____________________ pada akar pokok.

A. tergantung
B. terpaut
C. terlanggar
D. tersadung

1
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Wau itu melayang - layang di udara sebelum ____________________ ke tanah.

A. meluncur
B. menjunam
C. menghempas
D. menjurus

5. Azizul ___________________ terjatuh ke dalam parit itu kerana basikalnya terlanggar


batu.

A. langsung
B. belum
C. nyaris
D. akan

6. Ibu menghiris daging panggang yang _____________________ itu nipis – nipis untuk
dihidangkan kepada tetamu.

A. gebu
B. kenyal
C. kental
D. mampat

7. Kami sungguh _______________________ akan kepetahannya mematahkan hujah pihak


pembangkang.

A. sangsi
B. hairan
C. kagum
D. kaget

2
Soalan 8 – 14

Ayat – ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan
D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Daun pintu rumah Datuk Razali yang berukir itu dihasilkan dari kayu jati dan dibuat di
A B C
Indonesia. Tiada kesalahan.
D

9. Abang menghadiahkan seutas rantai emas kepada ibu bersempena pada Hari Ibu.
A B C
Tiada kesalahan.
D

10. Mesyuarat Menteri – menteri Besar akan diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya pada
A B C
bulan hadapan. Tiada kesalahan
D

11. Encik Faizal menggaji beberapa orang lelaki warga Indonesia untuk membersihkan
A B C
ladang kelapa sawitnya di Kuantan sejak enam bulan lalu. Tiada kesalahan.
D

12. Salmah yang menangis teresak-esak apabila menonton filem sedih itu. Tiada kesalahan.
A B C D

13. Oleh kerana hujan turun dengan lebatnya, seluruh kampung itu telah dinaiki air.
A B C
Tiada kesalahan.
D

14. Orang yang menghidap pesakit lelah mudah alah kepada agen-agen persekitaran seperti
A B
debu dan habuk. Tiada kesalahan.
C D

3
Soalan 15 – 17

Pilih ayat – ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15. I Saya cuba dekat dirinya, malangnya dia cuba melarikan diri.
II Petang tadi abang tidur dekat sejam lamanya di beranda.
III Penghulu kampung itu dekat benar dengan anak buahnya.
IV Semasa menonton pertandingan bola sepak di stadium, penonton suka duduk dekat.

A I dan II sahaja C II dan III sahaja


B I dan III sahaja D II dan IV sahaja

16. I Watak gila-gila yang dilakonkannya dalam pementasan teater itu mempesonakan
penonton.
II Dia memang suka memandu kereta gila-gila tanpa memikirkan keselamatan orang lain.
III Kerana kecantikan yang dimiliki oleh gadis itu, banyak pemuda yang gila-gila
kepadanya.
IV Langkah yang berkesan harus dilakukan untuk membendung kenaikan harga barang yang
gila-gila kebelakangan ini.

A I, II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja


B I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV

17. I Penduduk kampung Teratai bergotong-royong mengacau dodol.


II Kedatangan penjajah telah mengacau ketenteraman penduduk di Negara kita.
III Kerana demam panas, adik asyik mengacau sahaja ketika tidurnya.
IV Bunyi radio dari rumah jiran mengacau saya sedang mengulangkaji pelajaran.

A I dan II sahaja C I, II dan IV sahaja


B III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

Soalan 18 – 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat – ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam mendeklamasikan puisi.

A. mempunyai pengalaman banyak


B. mempunyai kebanyakkan pengalaman
C. banyak mempunyai pengalaman
D. mempunyai banyak pengalaman

4
19. Masalah mengganggu bekalan air yang dilakukan di kampung itu menyebabkan para
penduduk sukar untuk melakukan aktiviti seharian.

A. gangguan bekalan air yang dilakukan


B. gangguan bekalan air yang berlaku
C. mengganggu bekalan air yang berlaku
D. mengganggu bekalan air yang dilakukan

20. Rumah saya terletak kira-kira tiga setengah kilometer daripada bandar.

A. tiga kilometer setengah dari bandar


B. tiga kilometer setengah daripada bandar
C. tiga setengah kilometer dari bandar
D. tiga setengah kilometer daripada bandar.

21. Anggota Persatuan Bahasa Melayu saja yang dibenarkan menyertai pertandingan itu.

A. dibenarkan menyertai itu pertandingan


B. membenarkan menyertai pertandingan itu
C. yang dibenarkan itu menyertai pertandingan
D. yang dibenarkan menyertai pertamdingan itu

Soalan 22 – 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

22. Beberapa jenis haiwan liar yang menjadi penghuni hutan belantara negara ini kini
kian pupus akibat pembangunan.

A. Beberapa jenis haiwan dan hutan belantara negara ini semakin mengalami
kepupusan kesan daripada penghuninya yang membangun.
B. Akibat penghuni hutan belantara mengejar kemajuan, beberapa jenis haiwan liar
kini kian pupus.
C. Beberapa jenis binatang liar di negara ini kian berkurangan akibat pembangunan
penghuni di hutan belantara.
D. Aktiviti mengejar kemajuan menyebabkan beberapa spesis binatang liar yang
menjadikan hutan sebagai habitat di negara ini kini semakin pupus.

23. Sekolah menyediakan peluang yang sebanyak-banyaknya kepada pelajar agar


melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat.

A. Pelajar diseru agar membabitkan diri dalam kegiatan yang sihat di sekolah.
B. Sekolah seluas-luasnya menyediakan peluang kepada pelajar menyertai aktiviti
yang menyihatkan badan.

5
C. Kesempatan untuk menceburi kegiatan yng sihat di sekolah terbuka luas kepada
pelajar.
D. Sekolah sentiasa memberikan peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam
aktiviti yang boleh menjadikan mereka sihat.

24. Perempuan tua itu berkata, “Wahai pemuda yang baik hati, terima kasih kerana
sudi membantu saya yang tidak terdaya ini.”

A. Pemuda yang baik hati itu berharap agar perempuan tua yang tidak terdaya itu
mengucapkan terima kasih kepadanya kerana kesudiannya menerima bantuan.
B. Perempuan tua itu mengharapkan pemuda yang baik hati itu akan berterima kasih
kepadanya kerana membantu dirinya yang tidak berdaya.
C. Perempuan tua itu mengalu-alukan kesudian pemuda itu kerana hendak
membantunya yang tidak berdaya.
D. Dengan rasa terharu permpuan tua itu mengucapkan terima kasih kerana kesudian
pemuda itu membantunya yang tidak berdaya.

Soalan 25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25. I Berdoalah semoga Tuhan mencucurkan kita semua dengan rahmat-Nya.


II Pak tua keberatan untuk membenarkan anaknya menyertai ekspedisi mendaki gunung itu.
III Nabil senyum apabila Pengetua memuji tindakan beraninya menyelamatkan budak itu.
IV Pengawal keselamatan yang bekerja d bank itu terbunuh ketika bergelut dengan
perompak.

A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

26. I Lelaki itu menghidap penyakit diabetis.


II Jangan mudah menyalahkan orang lain apabila mahu menutup kessalahan sendiri.
III Dia mengikut kelas tarian itu pada setiap hari Sabtu.
IV Datuk Razman akan mempertahankan jawatan presiden yang disandang olehnya dalam
mesyuarat agung persatuan nanti.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja

6
27. I Encik Chan berjualan ikan di pasar besar itu setiap hari.
II Peragut itu gagal melarikan diri dan akhirnya tertangkap.
III Persembahan teater yang sedang dipertontonkan itu mendapat sambutan yang
menggalakkan.
IV Eksekutif pemasaran itu sedang mempromosikan jenama pengeluaran syarikatnya yang
terbaru.

A. I dan IV sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja

Soalan 28 – 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

28. Kita harus banyak membaca surat khabar dan majalah untuk meluaskan pengetahuan dan
memperkaya perbendaharaan kata. Jika tidak, kita dikatakan …………………………

A. seperti ulat lupa akan daun.


B. seperti tikus membaiki labu
C. seperti kerbau dicucuk hidung
D. seperti katak bawah tempurung

29.
Puan Maria mengingatkan anaknya
supaya senantiasa mengenang budi baik
Pak Cik Hassan yang banyak membantu
mereka sekeluarga ketika mereka hidup
susah.

Peribahasa yang berikut sesuai bagi menggambarkan situasi di atas, kecuali …………….

A. hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.


B. orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
C. pahit dahulu. Manis kemudian
D. hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati

30. Perdana Menteri mahu rakyat Malaysia sentiasa bersaing supaya setanding dengan
negara-negara maju yang lain dalam semua aspek.
Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa…

A. biar putih tulang, jangan putih mata


B. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
C. alang-alang mandi biar basah
D. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

7
Soalan 31 – 35

Baca petikan pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

31. Penyajak melalui rangkap kelima pantun menasihati kita agar …………………….

A. mengingati apa-apa yang dipelajari sebelum ini.


B. menyimpan setiap nasihat yang diberikan.
C. menghargai dan mengingati setiap nasihat yang diberikan kepada kita..
D. menghargai jasa orang yang telah menasihati kita.

32. Maksud rangkap ketiga Pantun Dua Kerat (Nasihat) ialah ………………………….

A. orang yang sakit sudah tentu tidak mengingati diri.


B. apabila ditimpa sakit tetapi masih tidak sedar akan kesalahan diri.
C. sakit menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri.
D. kesakitan yang dialami menyebabkan seseorang itu hilang ingatan.

8
33.
Mahal iman, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.

Pengulangan kata murahlah dalam baris di atas ialah unsure gaya bahasa………………

A. response
B. aliterasi
C. anaphora
D. sinkope

34. Pengajaran yang dapat diperoleh daripada rangkap terakhir pantun ialah…………………

A. kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.


B. Janganlah sekali-kali kita melakukan perbuatan yang tidak elok.
C. kita hendaklah menjaga kesihatan mental dan fizikal
D. kita hendaklah insaf setelah terjebak dalam perbuatan yang tidak elok.

35. Pernyataan yang berikut adalah berkenaan dengan ciri-ciri Pantun Dua Kerat (Nasihat),
kecuali ………………………

A. rima akhirnya aaaa.


B. ada pembayang dan maksud.
C. mempunyai enam rangkap.
D. pantun terikat dan tidak bebas.

Soalan 36 – 40

Baca sajak dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

9
36. Apakah yang menyebabkan kanak-kanak bersari itu ingin bermain bersama-sama?

A. kerana melihat gelagat kanak-kanak yang bsedang bermain-main.


B. kerana terdengar dua orang kanak-kanak itu memanggilnya bermain.
C. kerana melihat keriangan dua orang kanak-kanak itu bermain-main.
D. kerana melihat dua orang kanak-kanak itu menggamitnya dengan mesra.

37. Yang berikut ialah tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam sajak ini, kecuali..

A. berkejar-kejaran
B. saling bersalaman
C. belajar bersam-sama
D. berpeluk mesra

10
38. bersatu hati membentuk jati diri

Pengulangan huruf t dalam baris sajak di atas merupakan unsur…………….

A. responsi
B. inverse
C. asonansi
D. aliterasi

39. Nilai yang manakah yang tidak terdapat dalam sajak ini?

A. keadilan
B. kemesraan
C. perpaduan
D. kasih sayang

40. Yang manakah antara yang berikut bukan pengajaran yang terkandung dalam sajak
Persahabatan.

A. Kita perlu membiarkan anak-anak kita bermain-main di taman permainan.


B. Kita hendaklah sentiasa menjaga keharmonian kaum.
C. Janganlah bersikap prasangka hanya disebabkan oleh perbezaan bangsa dan
budaya.
D. Kita hendaklah hidup sepakat dan berbaik-baik antara pelbagai kaum.

-SOALAN TAMAT-

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………. ………………………. ………………………………………


(ROSMANI AWANG@MUDA) (PN. KARSI BT MAJIT) (PN. SITI SHAMSIDAR ZAINUDDIN)
Guru Bahasa Melayu Ketua Panatia Bahasa Melayu Guru Kanan Bahasa Melayu

11

Anda mungkin juga menyukai