Anda di halaman 1dari 4

ISL MINGGU 1

Kronologi Peristiwa 13 Mei


Posted on the November 15th, 2009 under Sejarah, Tempatan, Unik by Syedz

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, S’gor. Beliau
minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di S’gor yang
menyaksikan 50:50 di S’gor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar
KL. Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di Kg
Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan
kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar S’gor ketika itu, Dato’
Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan
mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan.
Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu
(’menyingkir’) orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud
yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dr atas lori ke arah org Melayu di tepi jln.

Perarakan kematian Cina


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jlnraya turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jln dgn kebenaran
polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan
menghina Melayu.

Pd hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas
ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kwsn
Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar S’gor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan
terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya
kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini x dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar S’gor di Jln Raja Muda Abdul Aziz di Kg
Baru, KL. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar S’gor ketika itu cuba mententeramkan
keadaan. Rupa2nya, mrk yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang pjg dan
hanya menunggu isyarat lampu hijau dr Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita2 tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap2. Jam 3
petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah
Menteri Besar S’gor.

4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jln Kg Baru telah dipancung. Sebuah
van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda2 Cina yang dikatakan dari
PKM dan kongsi2 gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang2 Melayu di sekitar KL.
Rupa2nya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan
lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari
rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal
dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL.

Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU dikeluarkan dr Kg Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya
pasukan ini terdiri dari orang2 Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain2 turut
menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap2.
Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda2 Melayu yang mempertahankan Kg Baru dan yang lain2 mengamuk merasakan diri
mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan
ke arah rumah Menteri Besar S’gor.

Askar Melayu

Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan
rumah kedai di sekitar Kg Baru, Jln Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran
diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke
kedai2 emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut
berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman
televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh.
Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang sahih mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda2 Cina dari kongsi2 gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jln Tuanku
Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh
penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut
ramai yang mati. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton wayang di Odeon terkena
tetakan di kepala dan berpura2 mati. Beliau masih hidup hingga skrg. Akibat daripada tindakan
sebegini, orang2 Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh
diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan2nya dari Semenyih yang datang ke KL turut terperangkap dan
terkejut dgn rusuhan kaum yang tidak disangka2 pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah2
mayat mereka yang telah terbunuh di atas jln.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kg Baru tetapi
tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan
disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kg Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal
dengan harga yang mahal . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang2. Apa
yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kg Baru ketika itu.
Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal
kepada orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau
Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak
terjadi apa2. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan
bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam
keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan x berlaku di negeri melayu kelantan,
pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di
negeri2 tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.

Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas
pilihanyaraya dan hanya melibatkan orang2 melayu dan cina di KL shj.

Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan
musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada
Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa
13 Mei.

Di mana Tunku

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian pembunuhan
kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada
khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan
hal tersebut.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk
di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan
Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.
Buku “Dilema Melayu” (”Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan
gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan
penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar
Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak
menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan
lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan
yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan KL dibentuk bagi
mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Sgor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya
telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang
lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek
ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendpt tafsiran semula.

http://berita-harian-online.com/kronologi-peristiwa-13-mei/