Anda di halaman 1dari 2

LIMA SIFAT MANUSIA MENGHADAPI KESUSAHAN DAN KESENANGAN

Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali
mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi
kesusahan musibah, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

1. Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datangnya dari Allah
sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi, banjir, hama, kebakaran, angin taufan, semua itu adalah
bencana alam, alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah
pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh, miskin kemudian menjadi
kaya dan berakhir seperti sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga.
Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah S.W.T.. Firman Allah
yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada
mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan
beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran
mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah
2:6-7.).

2. Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi
nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan
malapetaka, mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah S.W.T.:
"Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu
kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa
kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia
dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang
lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dantidak dapat mendatangkan kebaikan
kepadanya, itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12.). Orang yang demikian apabila
memperolehi kekayaan, dia akan berasa sombong, kedudukan yang ada digunakan untuk
kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang
lain. Hal Itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman
Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia
seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan
Allah)." (Surah Fussilat 41-49.). "Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu
pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, kedapatan dia
sangat-sangat berputus asa, lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9.).

3. Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka,
kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-
Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah
ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan
manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah
dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa."
(Yunus 10:12.).

4. Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi kenikmatan lupa kepada Allah,
tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,
berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia
berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51.). Dia tidak mengenal Allah dan tidak
memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut, mereka sibuk
memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah ada orang
yang mengaji Al-Quran dirumahnya.

5. Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan.Apabila memperolehi
kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau
kesusahan dia tetap bersabar. Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik
senang ataupun susah.

Anda mungkin juga menyukai