Anda di halaman 1dari 15

Suruhanjaya Hak

Asasi Manusia
(SUHAKAM)
Pengenalan
 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
merupakan sebuah institusi hak manusia
yang telah ditubuhkan pada peringkat
nasional di Malaysia.
 SUHAKAM telah ditubuhkan oleh kerajaan
Malaysia setelah mendapat tentangan
daripada beberapa pihak, terutamanya
parti-parti politik dan NGO yang tidak puas
hati dengan tahap hak asasi manusia di
Malaysia.
Latar Belakang SUHAKAM

 SUHAKAM ditubuhkan oleh Parlimen di bawah


AktaSuruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999, Akta
597.
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi
penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia;
untuk menyatakan kuasa dan fungsi suruhanjaya itu bagi
pelindungan dan pemajuan hak asasi manusia di Malaysia;
dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara
yang berkaitan dengannya atau bersampingan
dengannya.
[20 April 2000, P.U. (B) 122/2000]
 Akta ini telah diwartakan pada 9 September 1999.
 Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24
April 2000.
 Penyertaan aktif dalam Suruhanjaya Bangsa-
bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia pada
1993-1995 menjadikan SUHAKAM sebuah institusi
peringkat nasional.
 Pada 3 April 2000, 5 tahun selepas Tan Sri Musa
mencadangkan penubuhan badan hak asasi
kebangsaan yang bebas, kerajaan mengumumkan
pengerusi pertama SUHAKAM, iatu Tan Sri Dato’
Musa bin Hitam dan 12 ahli suruhanjaya.
 SUHAKAM memulakan operasinya di sebuah
kabin kontena di Kementerian Luar Negeri
sebagai pejabat sementara, dan
kemudiannya berpindah ke Tingkat 29 dan
30, Menara Tun Razak.
Faktor Penubuhan SUHAKAM

Terdapat tekanan yang semakin luas


di peringkat antarabangsa terhadap
hak asasi manusia.
Penglibatan Malaysia dalam Sistem
Bangsa-bangsa Bersatu
Perkembangan politik dan masyarakat
awam yang kian peka terhadap
pembelaan hak asasi manusia
Dasar-dasar SUHAKAM

 Akta 1357 – Suatu akta untuk meminda akta


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(Pindaan) 2009.
 Akta 1353 – Suatu akta untuk meminda akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia 1999.
 Akta 597 – Akta Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia 1999.
Polisi SUHAKAM
Memupuk kesedaran mengenai hak asasi
manusia
Menasihati kerajaan atau pihak berkuasa
yang dalam mengendali aduan-aduan
berkenaan pihak-pihak yang mengeksploitasi
hak asasi manusia
Mengesyorkan pihak kerajaan atau pihak
berkuasa untuk mengambil langkah-langkah
ataupun tindakan yang sesuai
Mengkaji dan menentusahkan apa-apa
pelanggaran hak asasi manusia mengikut
peruntukan Akta Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia 1999.
Pelaksanaan SUHAKAM
Mengadakan penyelidikan dengan mengendali
program, seminar, dan bengkel untuk
menyebarkan dan mengedarkan hasil
penyelidikan
Rakyat dapat memupuk kesedaran yang
berhubung dengan hak asasi manusia
SUHAKAM turut membantu kerajaan untuk
menasihati dalam merumuskan perundangan
dan juga arahan serta tatacara pekah yang
perlu diambil untuk menangani sesuatu masalah
SUHAKAM dapat mengesyorkan kerajaan
berkenaan dengan penandatangan atau
penyertaan dalam perjanjian surat cara
antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi
manusia
SUHAKAM dapat menyiasat aduan berkenaan
dengan pelanggaran hak asasi manusia
PENILAIAN RASIONAL TENTANG
SUHAKAM
 SUHAKAM telah berusaha membangunkan
modal insan yang menyemai nilai-nilai
kemanusiaan dalam jiwa masing-masing
 Selain itu, SUHAKAM turut memastikan
setiap hak asasi bagi semua lapisan
masyarakat terjamin dengan mengelakkan
individu atau golongan tersebut diabaikan
atau didiskriminasi
Kesimpulan
Tujuan pendidikan hak asasi manusia dan promosi
harus diteruskan untuk menyedarkan masyarakat
dalam apa-apa jua perjuangan mereka untuk
mencari keadilan antara manusia. Mengejar
keadilan tidak hanya memerlukan membawa
tentang perubahan yang akan menghasilkan
manfaat material kepada kumpulan-kumpulan
atau individu tertentu tetapi juga melibatkan
pemberdayaan masyarakat untuk membentuk
masa depan mereka dan keputusan-keputusan
yang mempengaruhi kehidupan mereka.
SUHAKAM harus berusaha mencari jalan atau
penyelesaian untuk mencapai matlamat dan
tujuan menjamin hak asasi manusia bagi semua
orang Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai