Anda di halaman 1dari 10

Rahsia Kejayaan:

Pengurusan Masa Cemerlang


Oleh Taidin Suhaimin

"Maaf, saya sudah lambat .........................................."


"Jika saya masih ada masa sedikit lagi..........................."
"Saya betul-betul minta maaf, saya terlalu banyak kerja.."
Berapa banyak kali kah anda mendengar alasan-alasan di atas?
Berapa banyak kali kah anda mendengar pekerja-pekerja di pejabat, di rumah, di restoran atau
di mana-mana sahaja bercakap mengenai masalah kekurangan masa?
Masa merupakan sumber yang unik. Dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlah
masa yang sama iaitu 24 jam; tidak lebih dan tidak kurang. Masa tidak dapat dikumpulkan.
Masa tidak dapat ditukar ganti. Kita tidak dapat membuka atau menutupnya. Masa sebenarnya
akan kekal atau sentiasa ada. Yang tidak kekal ialah masa hidup kita di dunia.

Apakah yang membezakan antara orang-orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya?
Albert E.N. Gray dalam eseinya "The Common Denominator of Success" menyatakan bahawa
kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang berjaya bukannya kerana kerja kuat, nasib baik
atau bijak dalam selok-belok perhubungan manusia walaupun semua itu adalah penting.
Katanya:
"Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak suka
melakukan."
Satu faktor yang jelas menjadi inti kejayaan mereka ialah orang-orang yang berjaya sentiasa
mengukir amalan keberkesanan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa menggunakan fikiran
dan tenaga mereka untuk perkara-perkara yang berfaedah, mendahulukan apa yang paling
penting dahulu serta yang memberikan pulangan maksimum.
PRINSIP 20/80
Prinsip 20/80 sangat bertepatan dengan "seruan" di atas. Prinsip ini telah diperkenalkan oleh
Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali. Mengambil sempena namanya, prinsip ini juga
dikenali sebagai Prinsip Pareto.
Secara ringkasnya, menurut prinsip ini, untuk mencapai keberkesanan pada kadar (optimum)
sekitar 80% setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hidup kita, kita hendaklah
menumpukan perhatian / tindakan kita terhadap perkara-perkara atau tugasan yang paling
penting dahulu. Misalnya, jika kita mempunyai 10 senarai tugasan / kerja pada hari ini dan
dapat menumpu atau menyelesaikan 2 tugasan yang paling penting atau paling tinggi
pulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari ini ialah 80%.
Jika rahsia pengurusan masa ini dijadikan sebagai prinsip dan amalan hidup anda, anda akan
akhirnya tergolong dalam golongan orang-orang yang berkecapaian tinggi - amat berkesan,
cemerlang dan gemilang! Insya-Allah.

Adakah anda telah menggunakan masa dgn Berguna ??


Jika tidak Patuhi teknik pengurusan masa yang efektif di bawah.

SELESAIKAN SEMUA TUGAS DENGAN SEGERA .JANGAN BERTANGGUH


..
- JIKA TIDAK DISELESAIKAN SEGERA , TUGAS AKAN BERTAMBAH
BERI KEUTAMAAN KEPADA KERJA YANG PENTING
- UTAMAKAN KERJA YANG PENTING UNTUK DISELESAIKAN
TERLEBIH DAHULU
BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN UNTUK MEMBANTU ANDA ..
- MINTALAH BANTUAN ORANG LAIN UNTUK MEMBANTU ANDA
MENYELESAIKAN TUGASAN ANDA
4) UTAMAKAN TUGAS SENDIRI DARIPADA TUGAS ORANG LAIN
- PASTIKAN TUGAS SENDIRI SUDAH DISELESAIKAN SEBELUM
MEMBANTU ORANG LAIN
BUAT PERANCANGAN RAPI KE ATAS SATU-SATU PERKARA
- RANCANGLAH MASA ANDA DENGAN BIJAK
GUNAKAN MASA LAPANG ANDA DI SEKOLAH SEBAIKNYA ..
Kelapangan Awal Pagi
- Bagi pelajar yang datang awal
ke sekolah, masa ini boleh
digunakan untuk mengulangkaji
@ membaca nota ringkas
Kelapangan Guru Lambat Masuk Ke
Kelas
- Gunakan masa ini untuk
mengulangkaji , baca nota @
selesaikan tugas yang diberi oleh
guru
Kelapangan Waktu Rehat Setelah
Menjamu Selera
- Gunakan masa ini untuk baca
nota ringkas , selesaikan tugasan
yang diberi oleh guru
Kelapangan semasa menunggu bas @
kenderaan
- Gunakan masa ini untuk membaca
nota ringkas

PENGURUSAN MASA
Kepentingan Masa

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al


Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa.
Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti
berikut. Maksdunya:
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam
kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta
berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan
kesabaran"

Pembahagian Masa
Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak.
Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam.
Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan
memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.
Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah
1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah
Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang
akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat
awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada
peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti
akan membawa kejayaan yang cemerlang.

Faktor-Faktor Pengurusan masa.

Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara


atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan
cara tidak berfaedah. Misalnya:
1. keluarga
2. rakan-rakan
3. aktiviti yang tidak berfaedah
4. pengaruh media massa
5. sikap
Cara mengurus masa

Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja.
Misalnya:
1. senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
2. susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
3. elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
4. agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
5. buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa
seminnggu.
Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah
pasti para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik.

Contoh Jadual aktiviti

Masa Senarai Aktiviti

0500-0530 pagi sembahyang subuh


0530-0630 pagi bersedia untuk ke sekolah
0630-12.30 t/hari belajar di sekolah
12.30-0100 petang sembahyang,makan,rehat
0100-0400 petang menyelesaikan kerja rumah
0400-0530 petang riadah ringan
0530-0630 petang mandi,sembahyang, makan
0700-800 malam ulangkaji pelajaran yang baru dipelajari
0800-0830 malam melihat berita tv

0830-1000 malam ulang kaji

1000-1100 malam persediaan pelajaran esok

1100-0500 pagi tidur


Hari/Masa

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Pengurusan Masa
Kita selalu terdengar tentang kesuntukan masa untuk menyelesaikan
sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan oleh jabatan kepada kita
walaupun yang cukup telah diberikan untuk berbuat demikian. Kita juga
selalu terdengar tentang mesyuarat atau perbincangan yang berlangsung
berjela-jela dan akhirnya tidak ada kata sepakat atau keputusan diperolehi
dari msyuarat atau perbincangan tadi. Banyak kali kita merasakan dan
terbukti benar bahawa kita datang bertugas tetapi tidak banyak kerja dan
perkara yang telah kita selesaikan, kata orang unproductive. Seandainya kita
menghadapi senario seperti yang digambarkan di atas, ini bermakna kita
sedang menghadapi masalah bagaimana untuk mengurus masa di tempat
kerja kita.
Untuk mengatasi perkara ini beberapa cadangan telah dikemukan oleh pakar
dalam managemen di mana usaha untuk mengoptimumkan penggunaan
masa di pejabat merupakan perkara wajib dan tanggungjawab bersama dari
peringkat pengurusan tertinggi hinggalah kepada pekerja bawahan.
Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah :
• Kurangkan pembaziran
• Lebih bersedia ketika menghadiri mesyuarat atau perbincangan
• Jangan menerima tugas yang berlebihan.
• Selalu memberi perhatian penuh kepada tugas atau projek yang
dilakukan.
• Pelan tugas harian secara efisien.
• Pelan tugas mingguan atau bulanan secara lebih efisien.
• Dan banyak lagi …
Oleh kerana Pengurusan Masa merupakan suatu proses maka ianya harus
dimelalui peringkat tertentu seperti perancangan yang teliti, pengawasan
dan tinjauan secara berterusan.
Sebagai asas kepada pengurusan masa yang cekap dan berkesan disini
digariskan beberapa jawapan kepada persoalan asas Pengurusan Masa.
Membuang Masa - masa kita selalu terbuang dan berlalu begitu sahaja
dengan tindakan silap kita sendiri seperti menelefon yang berjela-jela, kawan
yang singgah ketika kita sedang bertugas dan bersembang dengan perkara
yang tiada kaitan dengan tugas. Untuk mengurus masa secara berkesan kita
perlu mengukur kerja yang kita buat dengan masa yang diperlukan seperti
mana yang kita rancangkan sebelum ini.
Membuat kerja orang lain – kita seharusnya menyiapkan kerja kita sendiri
tanpa bantuan orang lain. Lebih baik kita memberi latihan kepada pekerja
lain, daripada kita gunakan masa kita untuk menyelesaikan tugasnya. Dan
buat pengawasan selepas memberi latihan kerana ini akan menjimatkan
masa berbanding dengan kita yang melakukan kerja dia ! Sekiranya kita
terpaksa membuat kerja orang lain, cara yang lebih baik ialah kita perlu
menyemak masa yang kita perlukan untuk menyelesaikan kerja kita terlebih
dahulu dan sebayak mana pula masa yang kita akan gunakan untuk
membuat kerja orang lain itu.
Perjanjian atau Pertemuan – Mulakan kaedah pengawalan masa dengan
lebih sitematik. Gunakan buku untuk catatkan semua perjanjian/pertemuan
dan sebagainya.
Penskedulan – sekiranya kita bercadang untuk mengadakan sebarang
projek jangka pendek atau jangka panjang, masa untuk setiap aktiviti
seharusnya diskedulkan dengan teliti demi untuk mencapai sasaran projek
tanpa membazir masa.
Pengawalan staf – ia berkait rapat dengan penskedualan masa di atas.
Kerana setiap penskedulan ia berkait rapat dengan masa yang perlu di ambil
atau digunakan dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Dan pengawalan ini
juga tugas berterusan dan harus ditinjau dari semasa ke semasa.
Pengurusan Masa
Pengenalan
Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan
aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang
berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan
penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan
sesuai dan tepat.
Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa
anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa
dengan bijak dan bertanggungjawab.
Kepentingan pengurusan masa
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
• Membazir banyak masa yang berfaedah
• Menjadi tidak produktif
• Mendapat stres
• Menjadi cemas dan bimbang
• Bertambah gusar dan mudah marah
Dan yang paling utama, anda:
• Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan
Panduan
Panduan pengurusan masa bagi remaja
Buat jadual harian. Catatkan:
• Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
• Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
• Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
• Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah?
• Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?
Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan
menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama.
Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa dan
menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang anda dengan melakukan
aktiviti yang lebih produktif.
Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: 'Saya ingin memperoleh wang'
bukanlah satu matlamat; sebaliknya 'Saya ingin mendapatkan RM50.00 untuk membeli sepasang
kasut'; merupakan satu matlamat.
Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.
Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya:
'Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan, Melakukan senaman adalah keutamaan, Bersiar-
siar di pusat membeli belah bukan keutamaan'.
Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.
Tetapkan had masa.
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.
Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.
Gunakan diari.
Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang
ditetapkan.Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang
mesti dibereskan. Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang
untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.
Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda mencapai
apa yang telah disasarkan dengan lebih baik.
Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin
dibereskan.Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu
tempat agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres.
Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja.
Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.
Hasil
Anda menjadi:
• Lebih terurus
• Produktif
• Kurang tertekan
• Gembira
• Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna
Top of Form

e d 6 d 6 8 1 4c 6 6 7 e 5