Anda di halaman 1dari 2

ungsi BPPDP  

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan (BPPDP) ditubuhkan bagi melaksanakan fungsi utama yang
diterjemahkan pelaksanaannya melalui aktiviti berikut:

1. Merancang dan menggubal dasar pendidikan, perancangan


pembangunan pendidikan dan pembangunan sistem aplikasi
maklumat pendidikan.
2. Mengesan, menilai dan menganalisis pelaksanaan dasar
pendidikan, program pembangunan pendidikan termasuk program
bantuan luar, kerjasama serantau dan pelbagai hala.
3. Menyelaras maklumat berkaitan pendidikan untuk urusan Hal Ehwal
Parlimen, perancangan pendidikan dan keutuhan pengurusan untuk
semua agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Menjalankan penyelidikan dan penilaian bagi penyelesaian isu-isu
berkaitan perancangan dan pelaksanaan dasar dan program
pendidikan.
5. Menjalankan penyelidikan perbandingan untuk peringkat
antarabangsa.
6. Mengurus, menyedia, dan menyelaras pengumpulan data dan
maklumat pendidikan melalui sistem aplikasi maklumat pendidikan
seperti EMIS, SMEP, GIS, dan MASA.
7. Mengurus dan menyelaras pembangunan koleksi serta
perkhidmatan pusat sumber pengetahuan dan maklumat
pendidikan kepada warga Kementerian Pelajaran Malaysia dan para
penyelidik.
8. Menjalankan meta analisis terhadap dapatan kajian oleh penyelidik
dalam dan luar negara.
9. Menyediakan, menganalisis dan menyelaras unjuran enrolmen dan
kelas, serta unjuran keperluan guru bagi sekolah rendah,
menengah dan kolej matrikulasi mengikut jenis sekolah, tahap dan
negeri.
10. Menyediakan khidmat kepakaran berkaitan akta, peraturan dan
dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan,
penyelidikan, penilaian serta pengurusan data dan maklumat
pendidikan.
Objektif  
BPPDP
 
Objektif Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
adalah untuk:

 Merancang dan mengurus aktiviti perancangan, penyelidikan dan penggubalan


dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara.

 Menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui penyelidikan,


intervensi dan penilaian supaya pelaksanaan perancangan pendidikan berjalan
dengan lebih berkesan serta menepati indikator antarabangsa. 

 Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam


melaksanakan perancangan pembangunan pendidikan. 

 Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan yang strategik,


menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif Kementerian Pelajaran
Malaysia. 

 Merancang dan menguruskan aktiviti perancangan dan penyelidikan


berasaskan piawaian kualiti. 

 Mengurus data dan maklumat bagi menyokong aplikasi sistem maklumat


pengurusan pendidikan dan pengurusan pengetahuan (knowledge
management).

Anda mungkin juga menyukai