Anda di halaman 1dari 2

Solat sunat Nikah adalah salah satu solat sunat dan boleh dilakukan sebelum

dan selepas upacara nikah.

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah bilangan
rakaatnya ialah 2 rakaat.

Cara untuk mengerjakannya ialah:


• berniat dengan lafaz niatnya:
- “Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
• rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
• rakaat kedua:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu: “YA Allah,Engkau
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian
alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami
memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau
jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya
Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah
padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku
petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah
kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami
kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau
redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi
Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan
Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan
soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada
isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat
mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak
kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”
“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan
rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan
haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang
rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan
sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau
redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami
kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat
kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari
sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang
lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-
cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami,
isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat
kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-
Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Anda mungkin juga menyukai