Anda di halaman 1dari 3

ADAB-ADAB MINUM AIR ZAM ZAM

• Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu,
antaranya:
• Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang
menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?"
Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas
lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak
menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah
caranya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila
minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca
Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah
selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah).
Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan
orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk
(minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
DOA-DOA MINUM AIR ZAM ZAM
• Niat apa yang dihajati
• Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas ra bahawa
bila meminum air zamzam, ia berkata “ Ya
Allah, berikan kepadaku ilmu yang
bermanfaat, rezeki yang luas, penawar bagi
setiap penyakit. Basuhlah hatiku dengan
zamzam serta serta penuhilah dengan
hikmah-Mu”
• Doa Tambahan
– Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, bersihkanlah hatiku
agar dapat daku menjawab soalan peperiksaan
didunia mahupun di alam barzakh yang akan datang
dengan tenang, tetapkan pendirianku dengan Ilham
dan Ilmumu dan berkatilah daku.
20. do'a waktu minum air zam-zam.mp3

Anda mungkin juga menyukai