Anda di halaman 1dari 2

KONSEP PERGERAKAN ASAS

Konsep pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran


pergerakan boleh
dilakukan. Dengan ini memudahkan murid-murid untuk mengetahui
dan
memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Konsep
pergerakan
melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-
murid
dengan peluang untuk meneroka pergaulan dan membina pemahaman
tentang
pelbagai jenis pergerakan badan.
Konsep Pergerakan Asas terbahagi kepada empat (4) iaitu :

Kesedaran tubuh badan


• Pelbagai bentuk yang badan boleh lakukan (contoh: pusing badan)
• Keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai (contoh: berdiri
menggunakan
sebelah kaki)
• Pindahan berat antara anggota badan (contoh: berjalan)
Bahagian Badan : tangan, lengan, kepala, kaki, siku, lutut dan lain-lain
Bentuk Badan : bulat, lebar, sempat, terkilas, simtri, tak simtri
Kesedaran Ruang
• Melibatkan lokasi, arah, aras, laluan dan ekstensi
Lokasi : ruang diri dan ruang am
Arah : atas – bawah, kiri – kanan, depan – belakang
Aras : rendah, sederhana, tinggi
Laluan : lurus, melengkung, zig-zag
Ekstensi : besar – kecil, jauh – dekat
Beban
• Kelajuan sesuatu pergerakan
• Kekuatan
Masa : cepat – lambat
Daya : kuat – ringan
Aliran : bebas – terikat
Perhubungan
• Perhubungan dengan Objek dan Manusia
Dengan Objek : atas – bawah, dekat – jauh, keliling, sisi, bertemu –
berpisah
Dengan Orang : memimpin – ikut, cermin – padan, solo, berpasangan,
berkumpulan.
Rujukan :