Anda di halaman 1dari 6

Apa itu kanser serviks?

Barah serviks adalah diantara barah kerap


terjadi terhadap wanita yang menyerang organ
reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal
pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi
sel barah.

Sebab ia terjadi?

Ia disebabkan oleh virus human papilloma


yang berjangkit melalui hubungan seks.
Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem
imun badan selalu dapat menangkis serangan
virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi
sebahagian kecil wanita, virus berpeluang
hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel
yang terdapat pada permukaan serviks kepada
sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada
mereka yang berusia 35-55 tahun.

Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih
merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.

Tanda dan gejala

Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin
akan mengalami:

 Pendarahan semasa bersama

 Pendarahan ditengah bulan

 Pendarahan selepas menopos

 Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj

 Sakit semasa seks

Siapa Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser cerviks?

Fakta berikut boleh meninggikan risiko anda untuk kanser serviks

 Mempunyai pasangan berbilang

 Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18

 Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV

 Kurang daya tahan imun


 Merokok

Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?

1. Ujian Pap

Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang

ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser

peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

2. Ujian HPV

Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan

utama kanser pangkal rahim.

3. Colposcopy

Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan.

Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati

sel barah sudah merebak lebih dalam.

4. Rawatan

Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal

pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah

merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Bagaimana untuk mencegahnya?

Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak
melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.

Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:

1. Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja

2. Elakkan hubungan seks pada usia muda

3. Tidak merokok

4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV

5. Suntikan Vaksin

Vaksin terhadap HPV

Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks.
Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV
dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua
wanita sehingga usia 46 tahun.

Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan vaksin ini?


Vaksin boleh didapati dimana mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan

G6PD penyakit kurang enzim

'GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency' atau lebih dikenali sebagai G6PD


adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia
mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom
X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.
Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah
disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan
oksigen atau menyingkirkan hidrogen).
Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah.
Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim
itu.

Bagaimana masalah ini dikesan?


Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu
dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan.
Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian
lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan
masalah di kalangan bayi baru lahir.
Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis.
Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini
menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik
kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.
Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang
mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di
wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.
Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute
hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu
banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba.
Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar
berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava
beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi.
Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan
yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami
masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu
memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang
mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang
boleh menyebabkan komplikasi.
Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa
komplikasi
Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan
sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh
menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan
dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh
menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah
merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin
memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan
kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat
selamanya.
Definisi Antropometri

Pengertian antropometri adalah datanum er ic tentang atribut fisik manusia yang

dikumpulkan, di analisis dan di tabelkan (W. T Singelton). Data antropometri dapat dibagi menjadi

dua kategori, yaitu :


1) Antropometri struktural / statis

adalah pengukuran dimensi linear tubuh manusia dalam posisi statis (diam). Posisi pengukuran itu

biasanya sudah di standarkan. Contoh : ukuran tinggi badan, tinggi siku duduk, tinggi pantat

popliteal, berat badan, dan lain-lain.

) Antropometri fungsional / dinamis


adalah pengukuran posisi anggota badan sebagai hasil dari gerakan tubuh.
Contoh : sudut putar pergelangan tangan, sudut putar kepala, dan lain-lain.

Jika kita perhatikan, maka terdapat perbedaan atribut / ukuran fisik manusia dari dengan

yang lainnya. Hal ini terjadi karena terdapat faktor – faktor yang mempengaruhinya. Faktor – faktor

yang mempengaruhi ukuran antropometri seseorang adalah :


a. Umur.

b. Jenis kelamin.
c. Ras / suku bangsa.
d. Jenis pekerjaan.
e. Sosial ekonomi.
D. Peralatan Praktikum
Alat yang digunakan dalam praktikum ini adalah
1. Kursi antropometri
2. Penggaris / meteran / mistar
3. Fleksibel curve

4. Kertas gambar

5. Alat tulis

6. Timbangan

7. Tinggi badan

8. Ukuran milimeter

9. Kalkulator
10. Kertas
11. Ballpoint
E. Prosedur praktikum
Lakukan pengukuran dengan berbagai variable dimensi tubuh praktikan,
sesuaikan dengan petunjuk asisten dan pedoman pengukuran data

antropometri terlampir. Isilah formulir pada lampiran dengan data yang


diperoleh.

Praktikan duduk di kursi dengan kemiringan tertentu, sebut (alpha) dilakukan di kursi biru postur

tubuh bagian belakang di cari bentuknya dengan menggunakan alatFleksibel curve, sehingga postur

tubuh bagian belakang diperoleh. Kemudian dilakukan pengukuran sebagai berikut :

E.1. Gambar postur tubuh (dari fleksibel curve) pada selembar kertas, kemudian tarik garis horizontal yang

menyentuh bagian bawah lutut dan garis tersebut diberi nama garis A (lihat gambar)

antropometri terlampir. Isilah formulir pada lampiran dengan data yang


diperoleh.
Praktikan duduk di kursi dengan kemiringan tertentu, sebut (alpha) dilakukan di kursi biru postur

tubuh bagian belakang di cari bentuknya dengan menggunakan alatFleksibel curve, sehingga postur

tubuh bagian belakang diperoleh. Kemudian dilakukan pengukuran sebagai berikut :

E.1. Gambar postur tubuh (dari fleksibel curve) pada selembar kertas, kemudian tarik garis horizontal yang

menyentuh bagian bawah lutut dan garis tersebut diberi nama garis A (lihat gambar)

Anda mungkin juga menyukai