Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN PINTAR CERDAS: GAYA PEMBELAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MELALUI MEDIASI DI SEKOLAH CEMERLANG.

1.0 Pengenalan

Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada
kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian
yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan
dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta
mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa
yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Definisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan
intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan
daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan
akedemik dan potensi mereka.

Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di
dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang
lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan  tinggi untuk 1 atau lebih di
dalam subjek akademik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek.
Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan,
muzik , lukisan atau seni persembahan.    

Gaya pembelajaran merupakan cara bagaimana seseorang itu belajar. Pembelajaran


merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, mengkod dan failkan maklumat
tersebut supaya ianya mudah untuk digunakan apabila diperlukan. Gaya pembelajaran
tidak berkait dengan kecerdasan atau apakah kemahiran yang telah anda pelajari. Tetapi
gaya pembelajaran berkait rapat dengan bagaimana minda kita berkerja dengan berkesan
terhadap pembelajaran maklumat baru. Gaya pembelajaran seseorang itu telah wujud
dalam diri seseorang sejak dilahirkan. Tiada gaya pembelajaran yang buruk atau baik.
Kejayaan datang dengan penggunaan gaya pembelajaran yang berlainan. Sebenarnya
tiada “pendekatan” gaya pembelajaran yang paling sesuai. Semua orang mempunyai gaya
tersendiri dalam pembelajaran maklumat baru. Ini bermakna setiap orang mempunyai
gaya pembelajaran yang tersendiri. Perkara yang paling penting, kita perlu mengenal
pasti gaya pembelajaran kita yang sebenarnya Beberapa definisi gaya pembelajaran
seperti Canfield mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai komponen afektif dalam
pendidikan yang memotivasikan murid-murid untuk belajar. Dunn, Beaudry dan Klavas
(1989) pula menyatakan gaya pembelajaran adalah “…….ciri-ciri peribadi yang ditanam
secara biologikal dan proses pengembangan di mana akan membuat kaedah pengajaran
yang sama digunakan berkesan untuk sesetengah murid dan tidak berkesan untuk murid-
murid yang lain,” Manakala (Dunn, 2000) menyatakan gaya pembelajaran adalah
bagaimana seseorang itu mula memberi perhatian, memproses dan menyimpan maklumat
yang baru dan sukar.

Perhatian yang diberikan kepada gaya pembelajaran adalah juga merupakan perhatian
terhadap perbezaan individu dan perbezaan kekuatan individu. Mengenali perbezaan gaya

1
pembelajaran setiap individu bermakna pendidik boleh memikirkan bagaimana mereka
dapat menjagar dengan lebih berkesan agar setiap individu apat belajar dengan berkesan.
Manakala, murid yang mengetahui gaya pembelajaran sendiri selalunya oleh aplikasi
gaya pembelajaran tersebut dan selalunya akan lebih berjaya dalam pembelajaran.

Mediasi ECAM adalah teknik yang perlu diamalkan guru di dalam kelas yang melibatkan
aspek persekitaran, kognitif, afektif dan metakognitif (Fauziah Abdul Rahim, 2007).
Sivakumar, 2008 telah menjalankan mediasi persekitaran kepada pelajar delinkuen dan
hasil telah menunjukkan pelajar delinkuen telah menunjukkan minat untuk belajar di
sekolah.

1.2 Penyataan Masalah

Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh
lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat
memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana
keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental
mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup
mereka.

Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan
kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1998). Kanak-kanak pintar
cerdas adalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap
kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri
berbanding kanak-kanak lain (Bee, 1999). Keadaan ini hanya akan dapat difahami
apabila kita lebih kerap mendampingi mereka (yang juga memiliki persamaan ciri-ciri
seperti orang dewasa) seperti yang disebut dalam peribahasa:"birds ofafeather flock
together." Contohnya, jika anda adalah seorang yang bersikap mengharapkan sesuatu
hasil kerja yang dilakukan adalah tinggi (kerja yang lakukan memperoleh hasil yang
maksimum) dan anda juga seorang yang menghargai kesungguhan, anda akan merasa
janggal ketika berada dalam sebuah organisasi di mana budaya anggota-anggota
organisasi tersebut bercanggah dengan sikap anda. Ketika berdepan dengan masalah
perbezaan tersebut, kanak-kanak jenis ini mungkin menggunakan pelbagai strategi
termasuk: menafikan kecerdasan mereka; mengelak bergaul dengan orang lain; dan
meninggalkan keperluan sosialnya (Chan, 2003). Keadaan ini membawa kepada satu
masalah sosial/pendidikan iaitu; golongan pintar cerdas juga adalah golongan yang
berpotensi memberi sumbangan besar kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat.
Sebagaimana yang kita fahami, fungsi pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi
yang ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu pelajar untuk
berkembang. Jika kita melihat dari perspektif pendidikan Berpusatkan-pelajar (student-
centered), kita akan mendapati pendidikan adalah usaha-usaha untuk memenuhi
keperluan perkembangan diri pelajar dan dalam aspek inilah pelajar pintar cerdas
memerlukan bantuan dan bimbingan pendidik.

Oleh itu satu kajian perlu dibuat untuk memberi manfaat sepenuhnya kepada pelajar-
pelajar pintar cerdas di sekolah cemerlang.

2
1.3 Objektif kajian
Kajian ini adalah untuk melihat kepada teknik mediasi ECAM (Environment;
Persekitaran,Cognitive;Kognitif,Afektif;Afektif dan Metacognitive;Metakognitif) yang
perlu dijalankan guru dalam kelas dan melihat gaya pembelajaran pelajar pintar cerdas.

1.4 Persoalan Kajian


i) Apakah gaya pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas di sekolah kajian?
ii) Apakah teknik Mediasi ECAM yang diamalkan guru di sekolah kajian?
iii)Adakah terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran pelajar dengan Mediasi
ECAM guru?

Kesimpulan

Kajian sebegini perlu di jalankan dalam memberi idea kepada bimbingan oleh guru
mengenai teknik pembelajaran yang sesuai dan dapat memberi manfaat sepenuhnya
kepada pelajar-pelajar pintar cerdas di sekolah cemerlang.

Rujukan

Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Rosila Nik Yaacob dan Aznan Che
Ahmad, (2008). PERBEZAAN PERSONALITI EKSTROVERT DAN INTROVERT
DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS AKADEMIK (PCA)
BERDASARKAN GENDER:Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains
Malaysia, USM Pulau Pinang, Malaysia

Ng Sen Fa dan Sandiyao Sebestian, (2005) MASALAH SOSIO-EMOSI


KANAK-KANAK PINTAR CERDAS. Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya

Joseph Gomez, 1999/2000 JURNAL PENDIDIKAN TIGA1999/2000 JILID 2:


BIL. 3, GAYA PEMBELAJARAN: SATU TINJAUAN LITERATUR
Jabatan Ilmu Pendidikan,MPSK.

Fauziah Abd. Rahim, (2007). ECAM Mediation Of Science And Mathematics


Students, Tesis Phd. Universiti Of Newcastle, United Kingdom.

Anda mungkin juga menyukai