Anda di halaman 1dari 2

TUGAS PEMBANTU AM RENDAH

1. Mengatur, menyusun dan mengemas kini pejabat, bilik Penolong Kanan dan
Guru Besar.
2.0 Menjaga kebersihan pejabat.
3.0 Menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah.
4.0 Menghantar surat-surat ke pejabat pos, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Jabatan Pendidikan Negeri.
5.0 Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akan dihantar.
6.0 Mengumpul dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru.
7.0 Membantu kerani dalam urusan pejabat.
8.0 Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat.
9.0 Menjaga buku rekod pejabat.
10. Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid.
0
11. Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubung dengan sekolah
0 menggunakan mesin pendua.
12. Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar / Pegawai Pendidikan Daerah
0 / Pengarah Pendidikan Terengganu.
13. Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar.
0
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
0

TUGAS PEKERJA RENDAH AM

1.0 Menjaga dan menyimpan alat-alat perkebunan.


2.0 Memotong rumput, membersih semak-samun atau pokok-pokok kecil yang tidak
berguna di kawasan sekolah.
3.0 Menanam, menggembur tanah, menyiram, membaja serta menjaga semua
pokok hiasan sekolah yang di bawah bidang tugasnya.
4.0 Menolong guru sukan / permainan untuk menyediakan padang permainan dan
lain-lain kelengkapan padang / gelanggang.
5.0 Membaiki perabot dan harta benda sekolah yang rosak.
6.0 Menyusun, mengatur dan mengangkat perabot-perabot yang diperlukan pada
masa sesuatu majlis keramaian yang diadakan di sekolah.
7.0 Menggantikan tugas Jaga semasa Jaga bercuti.
8.0 Membersih cermin-cermin, tingkap-tingkap dan juga dinding bangunan sekolah.
9.0 Menjaga dan menyelenggarakan generator, mesin rumput, pam air dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan enjin.
10. Membuka dan menutup pintu pagar dan bilik darjah.
0
11. Menyapu dan membersihkan bilik darjah, kaki lima / koridor, tangga dan juga
0 longkang sekolah.
12. Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup selepas digunakan
0 supaya tidak berlaku pembaziran.
13. Memastikan bilik air dan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan
0 selesa.
14. Menaik dan menurunkan bendera pada tiang yang dikhaskan setiap hari kecuali
0 hari perhimpunan dan cuti am.
15. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
0

Anda mungkin juga menyukai