Anda di halaman 1dari 5

MENGHURAIKAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

Apakah dia taksonomi bloom ?


Diperkenalkan oleh Benjamin Blomm (1956).
Dibuat untuk menganalisis bidang – bidang pendidikan.
Ia dibahagikan kepada 6 peringkat kemahiran :
Aras 1 : Pengetahuan
: Merupakan satu aras yang memerlukan calon mengingat semula
sesuatu fakta atau penyataan.
Aras 2 : Kefahaman
: Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya,
memberi contoh atau ilustrasi dalam bahasa sendiri.
Aras 3 : Aplikasi
: Memerlukan calon menyelesaikan masalah – masalah baru.
Aras 4 : Analisis
: Memerlukan calon menganalisis, memecah /mencerakinkan fakta
untuk mengkaji unsur – unsurnya secara mendalam termasuk
membanding, membeza mengupas dan membukti.
Aras 5 : Sintesis
: Memerlukan calon merancang, mereka dan menghasilkan
sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai
unsur.
Aras 6 : Penilaian
: Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi
untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan

Apakah yang dikatakan dengan Domain Krathwohl ?


Merupakan satu domain dalam bidang Afektif dan ianya digunakan sebagai
satu lagi objektif dalam sesi P&P selain daripada taksonomi kognitif Bloom
Ia mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap,
penghargaan dan nilai.
Domain Afektif Krathwohl boleh dikelaskan mengikut peringkat
penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi, iaitu;
Aras 1 : Penerimaan (Receiving)
Bermaksud kesediaan seseorang @ penerima untuk menerima
sesuatu yang ingin disampaikan.
Dalam pengajaran, peringkat penerimaan ini meliputi dapat
memberikan perhatian, berupaya mempertahankan pemerhatian
itu dan boleh mengarahkan kepada pemerhatian. Dan ianya
bermula dengan kesedaran penerima untuk mendengar sesuatu.

Aras 2 : Gerak balas (Responding)


Bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap ransangan
yang diterimanya disebabkan perasaan ingin tahu yang wujud
dalam diri seseorang.
Tindak balas ini akan melahirkan kepuasan dan ilmu baru kepada
individu.
Aras 3 : Penghargaan (Valuing)
Berupaya menerapkan satu nilai atau harga pada satu idea,
objek, fenomena ataupun tingkah laku.
Aras 4 : Pengorganisasian (Organization)
Seseorang itu boleh menyusun nilai – nilai yang diterimanya
kepada satu set yang praktikal dan menadi satu set nilai yang
kekal.
Sebagai contoh; pelajar dapat menerima peraturan sekolah dan
mengawal diri dari melangar peraturan tersebut.

Aras 5 : Perwatakan (characterization)


Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan
menjadikan ia satu cara hidup.
Pada peringkat ini, ia akan memperlihatkan :
o Perwatakan berdasarkan nilai tertentu – contoh : berupaya
membuat keputusan sendiri tanpa sogokan atau
berasaskan perasaan.
o Sistem nilai tersendiri; mempunyai prinsip dan falsafah
hidup sendiri.
Berdasarkan penerangan tentang taksonomi dan domian di atas, kaitan dengan
konsep – konsep di bawah ini adalah seperti berikut:

KONSEP PENTAKSIRAN :
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Antara perkara – perkara yang boleh ditaksir ialah :
o Produk yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.
o Proses yang merangkumi operasi, dapatan dan hasil
o Maklumat yang merangkumi bukti, prestasi dan topik.
o Penghakiman yang merangkumi pertimbangan, pencapaian dan
pendidikan.
Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.
Tujuan pentaksiran adalah seperti berikut :
 Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
 Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
 Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran
 Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
 Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
 Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara
efektif.
 Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan
Konsep pentaksiran ini dapat dikaitkan dengan taksonomi kognitif Bloom,
kerana dengan adanya pentaksiran seseorang guru itu akan dapat mengetahui
tahap pemikiran murid dan dengan adanya garis panduan ini, guru akan dapat
memperbaiki dan merancang P&P yang bersesuian mengikut taksonomi ini.
Begitu juga dengan Domain Afektif Krathwohl, konsep pentaksiran ini boleh
dikaitkan dengan domain afektif kerana dengan adanya keputusan – keputusan
daripada pentaksiran ini, ia akan dapat menjadi penanda aras tentang tahap
penghayatan murid di dalam sesuatu pelajaran itu. Sama ada murid semakin
meminati pembelajaran itu atau sebaliknya, dengan adanya domain ini, guru
dapat memperbaiki kaedah P&P nya supaya bersesuaian dan menyeronokkan
untuk dipelajari.

KONSEP PENGUJIAN :
Pengujian bolehkan dikatakan sebagai satu prosedur yang sistematik untuk
mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku
seseorang individu terhadap pembelajaran.
Pengujian boleh dijalankan melalui pemerhatian dan juga pentadbiran soalan
ujian.
Kegunaan pengujian ini ialah untuk :
o Menentukan pencapaian murid – murid dalam sesuatu pembelajaran.
o Menjadi penentu untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan yang
sesuai.
o Menunjukkan prestasi murid – murid dalam sesuatu kemahiran atau
dalam penguasaan sesuatu pembelajaran yang spesifik.
Konsep pengujian ini selari dengan taksonomi kognitif Bloom kerana pengujian
digunakan untuk mengukur tahap pencapaian murid melalui pemerhatian dan
juga melalui pentdbiran soalan – soalan ujian yang menggunakan taksonomi
ini. Melalui kaedah ini, guru akan dapat mengetahui sejauh mana tahap
pemikiran dan kemahiran murid dalam sesuatu pembelajaran itu mengikut
peringkat dalam taksonomi dan ianya akan dapat menjadi penentu untuk
menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai.
Begitu juga dengan domain afektif Krathwohl, ia selari dengan pengujian
kerana pengujian ia dapat melihat sejauh mana perubahan sikap seseorang
murid itu dalam pembelajaran samada semakin meningkat penghayatannya
ataupun semakin menurun penghayatannya terdahap sesuatu pelajaran
melalui pemerhatian dan juga pentadbiran soalan ujian.

Anda mungkin juga menyukai