Anda di halaman 1dari 4

FORUM.

Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah


PERSPEKTIF AGAMA
AGAMA ISLAM
Menurut konsep perguruan dalam islam ,pendidik atau guru merupakan
murabbi,mualim,muadib,alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan
profesion yang mulia dalam perspektif agama islam. Guru juga dikelaskan sebagai:

a) Al-mu'allim  menyampaikan ilmu yang benar

b) Al-murabbi  menjayakan proses tarbiah

c) Al-mu'addi  mengajarkan adab dan budi pekerti

d) Al-mursyid  membentuk kepimpinan insan

e) Al-mudarris  menitipkan pelajaran dan kemahiran

f) Qdwatun hasanah  beri contoh yang baik


Di samping itu, guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana
mereka mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah
kejahilan,kelemahan,kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu
pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu
helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan
ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. wahyu yang diturunkan dalam Surah
Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah.
Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang
terbuka. Semua itu diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar.
Ilmu ibarat mutiara yang bernilai tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu
ketuhanan.Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing
pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah
menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala
yang tidak boleh disia-siakan.
Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam
melaksanakan prinsip-prinsip “Maqasid Assyariah” (menjaga, memelihara dan
memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta). Guru menggembeling
tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada
generasi sekarang dan akan datang.
AGAMA BUDDHA
Agama Buddha merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling
ramai di negara China. Agama ini sangat mementingkan ilmu dan disiplin yang tinggi.
Tempat untuk belajar ajaran Buddha dinamakan Rumah rahib atau disebut Sangha.
Kemasukan bukan sahaja kepada rahib dan rahib perempuan sahaja tetapi kepada
sesiapa sahaja yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut Buddha.
Kaedah penyampaian adalah secara lisan sahaja.  Oleh itu, murid-murid dikehendaki
menghafal segala yang terkandung dalamdhamma, iaitu kebenaran dan vinaya , iaitu
disiplin atau peraturan.
Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh penganutnya.
Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu yang lengkap
dan mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mereka sebagai sumber di mana
penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau
barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan
dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin Buddha,
bertafakur dan berhemah tinggi.
AGAMA HINDU
Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia
ini. Justeru,guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh
masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial masyarakat hindu, guru
diberi penghormatan yang amat tinggi.
Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran
yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan
akademik,sosial dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu bapa hanyalah
kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab terhadap
kebajikan kerohanian anak mereka. Mereka menggunakan cara hafalan. Menghabiskan
masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila
guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian
mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.
AGAMA SIKH
Menurut agama sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan manusia
dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion perguruan kerana guru dikaitkan dengan
Tuhan bagi perspektif agama sikh. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan
dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian 10 orang Guru. Guru yang terakhir dalam
rantaian itu ialah Guru Gobind Singh.
Guru merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat sikh kerana mereka
dianggap sebagai pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid–
muridnya. Mereka juga mempunyai budi pekerti beliau yang baik dan ramah tamah.
Oleh itu, murid-murid mereka akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang
masalah yang dihadapi, menjadi senang hati, dan bercantum menjadi satu dengan
kebanaran.
AGAMA KRISTIAN
Agama kristian merupakan agama yang yang memberi kedudukan yang tinggi
terhadap guru. Dalam agama ini sendiri, Yesus kristus merupakan seorang guru yang
agung. Yesus sentiasa berusaha untuk mengajar tentang pelbagai perkara merangkumi
duniawi dan surgawi dan memberi nasihat kepada anak – anak muridnya supaya
mereka dapat melakukan perkara yang baik berlandaskan firman Tuhan yang terdapat
di dalam Alkitab atau Bible.
Guru sebagai seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anak-anak
murid hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan
dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Hal ini membuatkan seseorang guru akan
sentiasa berasa puas hati kerana dapat melahirkan anak-anak murid yang berjaya dan
menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama. Tuhan lebih mengetahui
tujuan dan usaha kita sebagai seorang guru, keikhlasan kita akan sentiasa dilihatNya
dan Dia lebih mengetahui waktunya Dia akan membalas kebaikan kita tersebut.
PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI FALSAFAH
Essensialisme
Falsafah ini diasaskan oleh William C. Bagley(1938). Antara pendidik yang
tergolong dalam mazhab ini ialah :

1. Thomas Briggs.

2. Frederick Breed.

3. Isaac L. Kandel.
Menurut falsafah ini, guru merupakan seorang model dan seorang yang
berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai- nilai
tradisional masyarakat. Manakala pendapat Brickman(1958) ahli- ahli essensialisme
meletakkan guru di tengah- tengah(pusat) alam pendidikan. Mereka menganggap
bahawa inisiatif dalam pendidikan terletak di bahu guru dan bukan di bahu pelajar.  Guru
juga seharusnya mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat.
Guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar
memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar mereka berjaya hidup
dalam masyarakat terus menerus.(James B. Conant dan Hyman George
Rickover) Guru juga harus mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil
inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif, membentuk iklim kondusif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mahir menggunakan teknik peneguhan
atau ganjaran dan denda.
Progresivisme
Falsafah ini diasaskan di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1920-an.
Falsafah ini muncul daripada pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk pendidikan
oleh John Dewey.
Menurut falsafah ini, guru merupakan pembimbing atau penasihat dalam
membantu pelajar- pelajar mengenali masalah- masalah yang dihadapi oleh mereka
dalam persekitaran yang berubah. Hal ini membolehkan murid-murid dapat belajar
dengan persekitaran yang baik dan selesa.
Rekonstruktivisme
Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran
fahaman progresivisme dan menjadi falsafah sendiri. Pelopor utama ialah George S.
Counts(1899- 1974) dan Harold O. Rugg(1886- 1960). Kedua- duanya ialah penyokong
pragmatisme John Dewey.
Menurut falsafah ini, peranan guru bukanlah untuk menyampaikan pengetahuan, tetapi
berperanan untuk menimbulkan isu- isu sosial yang dianggap penting. Hal ini dapat
membentuk kematangan di dalam pelajar dan mereka lebih mengenali diri sendiri. Di
samping itu, guru perlu menerang dan mencadangkan kepada para pelajarnya bentuk
masyarakat demokrasi yang merupakan suatu persekitaran yang baik di mana manusia
digalakkan untuk membentuk bakat yang ada pada diri mereka.

Eksistensialisme
Falsafah ini berdasarkan Naturalisme Rousseau dan mazhab Humanis.
Dipelopori oleh Carl Rogers(1902- 1987)  .
Menurut falsafah ini pula, sebagai manusia yang bebas, guru mestilah berusaha
untuk mendedahkan dan memerangi semua kuasa dalam kebudayaan dan masyarakat
yang cuba menghilangkan sifat- sifat perikemanusiaan manusia dengan menafikan
kebebasannya. Tugas ini adalah sangat berat tetapi sebagai seorang guru,
kepercayaan masyarakat hendaklah dibalas dengan kejayaan. Oleh itu, seorang guru
hendaklah sabar dan berusaha dengan gigih untuk mengecapi kejayaan yang diingini.
Di samping itu, falsafah ini menekankan guru untuk menghormati kebebasan
pelajar seperti mana dia menilai dirinya sendiri Hal ini memberikan kebaikan kepada
guru dan murid-murid kerana saling menghormati antara satu sama lain

Anda mungkin juga menyukai