Anda di halaman 1dari 3

Kesan-kesan buruk memperkembangkan tamadun islam melalui perkahwinan

Menurut kajian yang dikajian oleh kami, tamadun islam diperkembangkan


melalui perkahwinan Raja Ahmad dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum
Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414
dan penama Sultan Megat Iskandar Shah yang kononnya nama Islam bagi Raja
Parameswara.

Perkahwinan campur ini merupakan perkahwinan antara dua pihak yang


berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang
melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau
bangsa yang juga dipanggil Epistonolgical. Perkahwinan campur dalam kalangan
masyarakat di Malaysia meninggalkan impak bukan sahaja terhadap pihak-pihak yang
terlibat secara langsung, tetapi juga terhadap masyarakat sekeliling dan keadaan
sosiologi sesebuah negara.

1.Perbezaan Budaya

1
Realitinya konflik kadang-kadang terjadi sekiranya pasangan tidak dapat
mengatasi perbezaan budaya dan adat resam yang berbeza antara dua ethnic. Tambah
pula dengan tiadanya tolak ansur di antara kedua-dua belah pihak. Pegangan agama
juga mudah goyah dan sesat disebabkan terikut-ikut budaya asing yang lebih terbuka.
Berkemungkinan juga akan timbulnya masalah komunikasi antara pasangan dan ahli
keluarga dan kadangkala akan timbul pula masalah,inilah yang mengakibatkan
kegagalan dalam perkahwinan campur yang akhirnya membawa kepada kemusnahan
unit keluarga tersebut.

2. Impak terhadap masyarakat

Dari aspek masyarakat, akan wujud masalah perbalahan kaum disebabkan oleh
sikap etnosentrik dan prejudis terhadap kaum lain. Tambahan lagi, jika terdapat
halangan keluarga, di mana keluarga pasangan tidak mahu pasangan bertukar agama.
Contohnya, hubungan kekeluargaan yang erat dianggap penting dalam masyarakat
1
Sumber berkaitan perkhawinan campur : http://www.slideshare.net/arizal/isu-perkahwinan-09
Melayu justeru, mereka lebih gemar membina hubungan perkahwinan dalam
kelompok mereka sendiri.

Hubungan kekeluargaan yang erat dianggap penting dalam masyarakat


Melayu justeru itu mereka lebih gemar membina hubungan perkahwinan dalam
kelompok mereka sendiri. Masyarakat Melayu tidak menggalakkan anak mereka
mengahwini orang luar seperti bangsa India atau Serani kerana dikhuatiri akan
kehilangan anak serta sering dipukul atau didera. Mereka juga khuatir jika anak-anak
mahu berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam. Mereka tidak mahu anak-
anak ini terpengaruh dengan ajaran agama lain dan yang paling membimbangkan
mereka ialah anak-anak akan hilang akidah lalu menganut agama lain. Antara risiko
yang mungkin dihadapi juga adalah, peningkatan kadar penceraian dan masalah sosial
inilah yang menyebabkan kesedihan dalam perkahwinan. Akibatnya terjadilah
banyak kes-kes perkahwinan campur yang berakhir dengan episod penceraian.

3.Perbezaan Adat istiadat

2
Puteri Ratna seorang puteri islam yang berasal dari Kesultanan Peureulak di
sekitar wilayah Peureulak, Aceh Timur, Aceh mempunyai adat istiadat yang berbeza
dengan Raja Parameswara yang berasal dari melaka yang pertabalan raja diadakan
dengan penuh istiadat.Contohnya cara menyambut tetamu dan urusan rasmi. Tetamu
akan disambut mengikut protokol. Peralatan sambutan yang disediakan adalah
berdasarkan taraf utusan yang datang.Selain itu cara berpakaian, pakaian dan
perhiasan Raja dan Raja Perempuan diperbuat daripada emas dan permata. Ketika
mengadap raja, pakaian seseorang itu mestilah tertib dan sopan dengan tanjak,
berpancung dan berkeris di depan.

Maka mungkin Puteri Ratna agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan
kehidupan rakyat tempatan dan kadangkala ini juga boleh mendorong kepada
ketidaksefahaman dan akhirnya membawa kepada perceraian.

4.Komunikasi yang berbeza

Komunikasi merupa satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan


fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain
supaya pemahaman dapat dihasilkan. Masalah komunikasi yang bebeza ini bukan di
2
Sumber berkaitan Kesultanan Peureulak :http://id.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Perlak
antara pasangan Raja Parameswara dan Putire Ratna yang pastinya boleh
berkomunikasi dengan sesuatu bahasa, tetapi berkomunikasi dengan ahli-ahli keluarga
diraja serta masyarakat melaka yang berbeza bahasa ibunda dalam kehidupan
seharian.

Anda mungkin juga menyukai