Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

TN HAJI ABDUL AZIZ BIN ABU


YDP PIBG SMK SELAYANG BHARU

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

PADA 27 MAC 2010


JAM 2.45 ptg

BERTEMPAT DI
DEWAN MUTIARA BUDI,
SMK SELAYANG BHARU
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Saudara/ Saudari Pengerusi Majlis.

Yang Berbahagia,
Datuk Subahan Kamal,
ADUN Taman Templer.

Yang Berusaha,
Puan Arfah binti Abdul Rahman,
Pengetua SMK Selayang Baharu.

Guru-guru Kanan SMK Selayang Bharu,


Barisan tenaga pengajar sekolah,
Para ibu bapa,
Penerima Anugerah Cemerlang yang diraikan,
Murid-murid dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
kurnia-Nya kita dapat bersama-sama pada hari ini menghadiri Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG kali ke-36 SMK Selayang Bharu. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana kesudian Datuk Subhan Kamal, ADUN Templer
serta Tuan-tuan dan Puan-puan menghadiri majlis yang diadakan pada setiap tahun
ini.

Saya sebagai Yang Dipertua PIBG sekolah ini sentiasa mengambil perhatian
yang serius terhadap segala masalah yang dihadapi oleh barisan pentadbir dan
tenaga pengajar sekolah ini yang berpenat lelah, berkorban mendidik anak-anak
kita, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan yang melibatkan tenaga,
emosi dan ketahanan mental yang bukan sedikit.
Saya sangat-sangat mengharapkan guru-guru dan barisan Pentadbir sekolah ini
akan terus dapat memberikan komitmen sepenuhnya bersama PIBG untuk
membanteras masalah gejala sosial anak-anak bangsa kita dengan memberikan
didikan yang sempurna. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak sekolah
yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertingkat kecemerlangan. Oleh itu,
saya mengharapkan agar pihak ibu bapa dapat sama-sama turun padang dan
memberikan sepenuh komitmen kepada pihak sekolah agar anak-anak kita dapat

1
diberikan didikan secara menyeluruh dan tidak menyerahkan tanggung jawab
mendidik kepada pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa sepatutnya lebih prihatin
terhadap tingkah laku dan kesungguhan anak-anak kita yang belajar di sekolah ini.
Kesopanan tingkah laku dan nilai budi yang tinggi harus disemai dari rumah agar
anak-anak tahu dan pandai menghormati serta mengasihi para guru yang banyak
memainkan peranan mencorak masa depan anak-anak kita. Anak-anak yang terlibat
dengan salah laku disiplin haruslah ditangani dengan segera oleh ibu bapa atau
penjaga supaya masalah disiplin tidak merebak dan mencemari nama baik sekolah
ibarat virus yang harus dimusnahkan.

Budaya memasyarakatkan sekolah seharusnya sentiasa diamalkan oleh


masyarakat Selayang ini kerana sekolah adalah tempat anak-anak kita menerima
pendidikan. Ibu bapa yang mempunyai sifat prihatin terhadap pendidikan anak-
anak, mereka akan sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan pembelajaran
anak-anak dan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dengan memberikan
buah fikiran dan apa jua sumbangan yang boleh meningkatkan prestasi sekolah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Peranan Ibu Bapa merupakan resipi


kejayaan mana-mana organisasi pendidikan di negara kita. Di samping itu, dorongan
yang kuat untuk meningkatkan prestasi sekolah harus disertai dengan kesedaran
yang mendalam tentang peranan sebenar guru dalam mendidik murid agar menjadi
insan yang baik. Hal ini merangkumi persoalan nilai, moral dan budaya yang ingin
diterapkan ke dalam jiwa setiap murid bagi membentuk kesempurnaan peribadi dan
keteguhan jati diri. Dalam kesungguhan kita untuk meningkatkan prestasi, jangan
kita lupa bahawa para pelajar perlu dididik dengan nilai-nilai murni. Mereka perlu
diasuh supaya sentiasa menghormati guru dan ibu bapa, berikhtiar meningkatkan
keupayaan diri, bantu-membantu dan bersaing secara sihat bagi mencipta kejayaan
bersama. Nilai-nilai murni ini merupakan teras budaya kecemerlangan yang mesti
dijadikan pendorong utama lonjakan prestasi sekolah.

Saya sangat berharap agar ibu bapa dapat memainkan peranan yang lebih aktif
dalam memacu kecemerlangan Sekolah ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
telah dan akan terus merancang dan melaksanakan program-program pengukuhan
pembelajaran murid secara bersama dengan pihak sekolah.

Guru-guru juga akan menerima bimbingan berterusan di sekolah melalui


program perkongsian amalan terbaik oleh Guru-guru Cemerlang. Di samping itu,
para Pengetua sememangnya sentiasa memainkan peranan penting dalam
membimbing guru-guru memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran secara
hands-on. Tugas utama Pengetua bukan sekadar mengurus sekolah, tetapi
menyediakan bimbingan kepada guru-guru tentang penggunaan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang terbaik.

Para hadirin sekalian,


2
Saya sangat berbangga dengan peningkatan pencapaian peratusan
peperiksaan PMR dan SPM 2009 di sekolah ini. Untuk pengetahuan hadirin, berkat
usaha para guru dan kolaborasi PIBG, SMK Selayang Bharu telah berjaya mendapat
peningkatan PMR 2009 sebanyak …………. % berbanding PMR 2008. Begitu juga
dengan keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan baru-baru ini telah
menyaksikan peningkatan sebanyak 3.7% iaitu sebanyak ………. %. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh berusaha
melakar kejayaan di sekolah ini.

Saya pasti dengan kerjasama yang berterusan antara pihak sekolah dan ibu
bapa, kejayaan yang lebih gemilang akan dapat dicapai pada tahun 2010 ini.
Insyaallah. Akhir sekali saya ingin menyeru semua ibu bapa murid-murid yang
bersekolah di SMK Selayang Bharu ini agar dapat menyumbangkan bantuan tidak
kira secara fizikal mahupun spiritual kepada pihak sekolah, demi kecemerlangan
anak-anak kita. Mulakan langkah dengan membaiki jumlah kehadiran ibu bapa bagi
setiap acara ataupun program yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang memerlukan
penglibatan ibu bapa.

Saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun,

Baik-baik menanam padi,


Jika silap lalang yang tumbuh,
Tiada garis sempadan budi,
Kekal terpahat menjadi contoh.
.
Sekian, Assalamualikum WBT.