BML 3043 :
FONETIK DAN FONOLOGI
BAHASA MELAYU
D20091035632
SEMESTER 2 2010/2011
KUMPULAN : C
Pendahuluan
Fonetik dan fonologi merupakan satu bidang kajian yang membincangkan mengenai
pembentukan bunyi bahasa. Fonetik merupakan satu bidang kajian yang berfokuskan kepada
pembentukan bunyi bahasa. Manakala fonologi merupakan satu bidang kajian yang mengkaji
mengenai bunyi bahasa yang mempunyai sistem dan peraturan yang terdapat dalam bahasa
tersebut. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bunyi bahasa
merupakan bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga pernafasan yang
akan membentuk perkataan.
Pelbagai definasi diberikan terhadap bidang fonetik dan fonologi. Menurut Kamus
Dewan (2005), fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang
yang menunjukkan sebutannya. Manakala menurut Abdullah Hassan (1993), fonetik ialah
bidang kajian yang mengkaji mengenai bunyi bahasa daripada segi sebutan, pendengaran dan
sifatnya. Definasi fonologi pula ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu rumus-
rumus yang menentukan sebutan (F. Parker, 1974). Menurut Abdullah Hassan (1993) pula,
fonologi merupakan kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam bahasa tersebut.
Soalan Satu :
A. Dengan menggunakan simbol dan contoh-contoh yang sesuai melalui jadual yang
anda sediakan, huraikan sebanyak-banyak perbezaan dan persamaan antara
transkripsi fonetik dengan transkripsi fonemik.
Fonetik
[ # kəwtowkohan bəliawu mə̃mbičarakãn iwsu iwsu agamã islam təlah mə̃narḭɁ
pərhatian wsultan pəraɁ // wsultan Azlan Shah wunwtoɁ pərkənãn mə̃lantḭɁ Tan Sri
Dawtͻ ( Dr ) Haǰi Hawrussanĩ bin Haǰi Zakaria səbagaḭ wmũftḭ pəraɁ bərmũla 1985
səhiŋga kinĩ # ]
Fonemik
/ # kətokohan bəliaw məmbicarakan isu isu agama Islam təlah mənariɁ pərhatian
sultan pəraɁ // sultan Azlan Shah untoɁ pərkənan məlantiɁ Tan Sri Datͻ Səri
( Dr ) Haǰi Harussani bin Haǰi Zakaria səbagai mufti pəraɁ bərmula 1985 hiŋga
kini # /
Soalan dua :
Perbezaan antara bunyi nyaring dan bunyi tidak nyaring adalah berdasarkan
darjah atau sifat kenyaringannya atau auditoris. Makin luas ruang resonansi
saluran pengucapan yang digunakan pada waktu menbentuk bunyi bahasa, maka
makin tinggi darjah kenyaringannya dan sebaliknya. Biasanya bunyi nyaring
biasanya dikaitkan dengan bunyi vokal dan silabik manakala bunyi tidak nyaring
dikaitkan dengan bunyi konsonan.
Soalan 3 :
Perbezaan
Bunyi segmental Bunyi suprasegmental
Bil Huraian
Bunyi segmental terdiri Bunyi suprasegmental ialah Pertindihan bunyi ini
1. daripada fonem vocal bunyi yang dihasilkan akan menghasilkan
iaitu a, i, o, u dan e. disebabkan oleh pertindihan kelainan pada bunyi
bunyi segmental seperti ã, ĩ. segmental yang asal.
2.
Tekanan wujud pada suku kata perkataan dan disimbolkan dengan lambang [ ' ].
Dalam Bahasa Melayu, tekanan keras selalunya berlaku pada suku kata kedua dalam
perkataan. Contohnya ialah [sa'ǰa] dan [ru'mah]. Manakala dalam bahasa asing, tekanan
dapat membezakan makna. Contohnya perkataan pro'gress bermaksud memajukan dan
'progress pula bermaksud kemajuan.
Soalan 4 :
B. Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan perbezaan bunyi bersuara dan
bunyi tidak bersuara.
Bunyi bersuara ialah bunyi yang dihasilkan apabila pita suara bergetar semasa
menghasilkan bunyi tersebut. Manakala bunyi tidak bersuara ialah bunyi yang dihasilkan
yang tidak menyebabkan pita suara bergetar semasa menghasilkan bunyi tersebut.
Contoh bunyi bersuara ialah d, b, g, z dan bunyi tidak bersuara ialah t, p, k, s, č.
C. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan perbezaan diftong menaik dan
diftong menurun.
Diftong menaik terjadi dengan cara vokal pertama dihasilkan dengan cara tidak
selesai dan vokal kedua akan menghasilkan sepenuhnya. Sebagai contoh ialah [ kuih ],
[ gua ] dan [ buah ]. Manakala diftong menurun pula terhasil dengan cara vokal pertama
dihasikan sepenuhnya dan vokal kedua dihasilkan separuh penuh. Sebagai contoh ialah
bagi perkataan [ amboi ], [ lambai ] dan [ tapai ].
Pembibiran atau labialisasi ialah artikulasi tambahan yang berlaku semasa ingin
menyebut vokal belakang. Artikulasi tambahan ini ditandai dengan simbol [ w ]. Sebagai
contoh ialah k ԝučiŋ. Manakala pengglotisan merupakn ciri suprasegmental yang
berlaku sebelum penyebutan bunyi vokal. Ianya terjadi pada awal bunyi vokal yang
hadir pada perkataan yang disebut satu persatu. Sebelum bunyi vokal tersebut
dilafazkan, alat artikulasi akan mengambil sedikit masa untuk melafazkan bunyi vokal
dan menyebabkan udara terhenti pada glotis. Contohnya ialah [ ?adeɁ ], [?abaŋ ] dan [ ?
alat ]. Selain itu glotis juga berlaku pada dua vokal berdekatan dalam perkataan.
Contohnya ialah [ sa?at ] dan [ fa?edah ].
Kesimpulan
Pemahaman mengenai ilmu fonetik dan fonologi dianggap penting dalam memahami
maksud setiap bunyi yang dihasilkan itu. Melalui pemahaman terhadap bunyi tersebut dapat
mengelakkan kejadian salah tafsiran terhadap sebarang bunyi yang dihasilkan. Berdasarkan
kepada pemahaman mengenai bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa telah memudahkan urusan
komunikasi manusia. Hal ini adalah kerana, sebarang bunyi yang dihasilkan dan mempunyai
makna tertentu membolehkan manusia memahami hasrat yang cuba disampaikan oleh penutur
yang lain. Manakala bukan bunyi bahasa yang tidak memgambarkan apa-apa makna tidak akan
ditafsir oleh manusia dan hanya dianggap sebagai lumrah kejadian alam. Perbezaan pemahaman
antara bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa juga dapat mengelakkan kejadian salah tafsiran dan
sebagainya.
Bibliografi
Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.
Zaharani Ahmad ( 1993 ). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.